Hand Sanitizer Boleh Bunuh Kuman Pada Tangan


Hi Korang,
Ok lagi satu bacaan ilmiah untuk korang
Kak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang. Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita



Kita mungkin sering menggunakan hand sanitizer, dengan tujuan untuk membasmi kuman. Walau bagaimanapun, adakah penggunaan hand sanitizer benar-benar berkesan untuk membunuh virus? Adakah terdapat cara lain yang lebih mudah dan berkesan bagi membunuh virus pada tubuh anda

Ikuti jawapannya melalui penulisan ini

Hand sanitizer boleh bunuh virus flu dan Ebola?
Baru-baru ini, The Food and Drug Administration (FDA) telah mengeluarkan surat amaran kepada GOJO Industries, pengeluar produk Purell, agar menghentikan tuntutan bahawa produk hand sanitizer mereka boleh membunuh virus seperti flu dan Ebola

Menurut FDA, produk Purell yang berasaskan alkohol diperakui sebagai ubatan, tetapi belum diluluskan untuk diiklankan seperti tuntutan berikut. Di Amerika Syarikat, jenama hand sanitizer Purell ini adalah jenama yang paling popular bagi penduduk di sana

Apa yang Purell letakkan pada botol hand sanitizer mereka?
Purell membuat tuntutan ‘Terbukti mampu membunuh 99.9% kuman pada tangan’ bagi produk-produk mereka. Untuk pengetahuan anda, tuntutan sebegini berada di kesemua botol produk, penjenamaan, laman web dan keterangan produk Purell. 
Ia adalah satu tuntutan yang sangat meyakinkan pengguna terutama sekali pada waktu di mana wabak novel coronavirus sedang merebak di seluruh dunia. Tuntutan berlebihan sebegini boleh memperdayakan pengguna yang mungkin beranggapan bahawa produk mereka boleh membunuh virus hampir 100%
Saranan CDC dan WHO
Pusat Kawalan Penyakit (CDC) dan WHO menggalakkan penggunaan air dan sabun sebagai cara utama bagi membersihkan diri anda daripada kuman dan virus. Penggunaan air dan sabun lebih berkesan menanggalkan bahan kimia berbahaya dan juga virus berbanding hand sanitizer


Jika tiada air dan sabun, maka hand sanitizer berasaskan alkohol boleh digunakan sebagai salah satu langkah-langkah pencegahan bagi jangkitan virus flu. CDC menyatakan bahawa disinfektan dengan kepekatan alkohol antara 80 hingga 90 peratus adalah ‘kuat’ atau ‘berkuasa’ dalam melemahkan kesemua enveloped virus (virus berkapsul). 
Hand sanitizer berasaskan alkohol boleh mengurangkan mikrob pada tangan anda dengan lebih pantas dalam situasi tertentu, tetapi ia tidak mampu membunuh kesemua mikrob atau kuman pada tangan anda

Hand sanitizer tidak begitu berkesan apabila tangan anda kotor dan berminyak
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa, hand sanitizer berkesan dalam perkhidmatan klinikal seperti hospital, kerana tangan tidak terlalu kotor dengan tanah dan berminyak. Ini kerana, jika tangan anda berada dalam keadaan yang sangat berminyak atau kotor, penggunaan hand sanitizer sememangnya tidak begitu berkesan. 
Jika tangan anda kotor dengan kesan tanah selepas bersukan, cara terbaik untuk membersihkannya daripada kuman atau virus adalah dengan menggunakan sabun dan juga air

Hand sanitizer tidak menanggalkan bahan kimia berbahaya pada tangan anda
Berdasarkan banyak kajian yang telah dilaksanakan, hand sanitizer mungkin tidak mampu untuk menanggalkan bahan kimia berbahaya daripada tangan anda. 
Dalam satu kajian, individu yang menggunakan hand sanitizer untuk membersihkan tangan mereka memiliki tahap kandungan racun perosak yang lebih tinggi dalam tubuh. Oleh itu, jika tangan anda ada menyentuh bahan-bahan kimia berbahaya, basuh tangan anda dengan bersih menggunakan sabun dan juga air.
Adakah hand sanitizer boleh menyebabkan mudarat jika saya tertelannya?
Kanak-kanak cenderung untuk menelan hand sanitizer yang mempunyai bau yang wangi, berwarna atau memiliki pembungkusan yang menarik. Hand sanitizer perlu disimpan jauh daripada dicapai oleh kanak-kanak dan digunakan di bawah pengawasan individu dewasa. 
Hand sanitizer yang berasaskan ethyl alcohol (ethanol) adalah selamat jika anda menggunakannya seperti yang diarahkan. Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan keracunan alkohol jika seseorang menelannya dengan kadar yang tertentu


Kesimpulan
Jelas sekali bahawa hand sanitizer tidak mampu untuk membunuh 100% kuman pada tangan anda seperti yang didakwa. Selain itu, ia juga tidak begitu berkesan bagi menanggalkan kotoran fizikal yang lebih berat seperti sisa makanan dan tanah. Oleh sebab itu, CDC menyarankan untuk kita sebaiknya mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air. Jika tidak terdapat sabun dan air, barulah hand sanitizer boleh digunakan sebagai pilihan kedua. 
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan

Artikel Oleh Muhammad Wa'iz, Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan

Okla nanti kak lily kongsikan lagi artikel ilmiah ni lagi. Terima kasih kepada team Hello Doktor untuk perkongsian ni ek




Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2020/02/hand-sanitizer-boleh-bunuh-kuman-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keperluan Pembersih Tangan Hand Sanitiser Untuk Nyahjangkitan Kuman

Keperluan Pembersih Tangan Hand Sanitiser Untuk Nyahjangkitan Kuman

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 397 hits
Oleh Dr Fatimah Binti Salim Institut Atta ur Rahman UITM Di kala virus novel corona menjadi isu hangat ramai yang mencadangkan pengunaan nyahjangkit kuman Kuman di sini merujuk kepada mikroorganisma iaitu makhluk tersangat kecil yang tidak ...
Cuci Tangan Dengan Air Sabun Atau Pakai Hand Sanitizer

Cuci Tangan Dengan Air Sabun Atau Pakai Hand Sanitizer

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 743 hits
Cuci Tangan Dengan Air Sabun atau Pakai Hand Sanitizer Cuci Tangan Dengan Air Sabun atau Pakai Hand Sanitizer Di waktu penularan wabak Coronavirus kini langkah mencuci tangan ialah perkara yang wajib dilakukan Hand sanitizer dapat digunakan...
Pastikan Anda Beli Hand Sanitizer Mengandungi Sekurang Kurangya 60 Kepekatan Alkohol

Pastikan Anda Beli Hand Sanitizer Mengandungi Sekurang Kurangya 60 Kepekatan Alkohol

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 344 hits
Setakat 30 Januari 2020 angka bagi individu yang dijangkiti virus korona telah melebihi 7 000 Jangkitan virus korona baharu ini lebih agresif berbanding dengan sindrom pernafasan akut teruk dan sindrom pernafasan timur tengah Namun berbandi...
Idi Dan Reckitt Benckiser Indonesia Imbau Masyarakat Jaga Kebersihan Tangan Untuk Cegah Penyebaran Kuman

Idi Dan Reckitt Benckiser Indonesia Imbau Masyarakat Jaga Kebersihan Tangan Untuk Cegah Penyebaran Kuman

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 251 hits
IDI dan Reckitt Benckiser Indonesia imbau masyarakat rajin cuci tangan karena tangan adalah organ tubuh yang paling potensial dihinggapi kuman
Hand Sanitizer Yang Sah Dan Berkesan Perlu Ada Sekurang Kurangnya 60 Alkohol Dr Edwin

Hand Sanitizer Yang Sah Dan Berkesan Perlu Ada Sekurang Kurangnya 60 Alkohol Dr Edwin

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 250 hits
Wabak Coronavirus novel yang semakin tular di media sosial amat membimbangkan para pengguna Pelbagai tips kebersihan yang baik dan langkah berjaga jaga dengan cara pemakaian topeng dan cara penggunaan hand sanitiser Jadi tidak hairanlah bah...
Percobaan Bunuh Diri Dibuat Vlog Saaih Halilintar Dikritik Karena Manfaatkan Penderitaan Orang Lain

Percobaan Bunuh Diri Dibuat Vlog Saaih Halilintar Dikritik Karena Manfaatkan Penderitaan Orang Lain

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 825 hits
Bahkan Saaih disebut sebut mengadakan giveaway lewat vlognya ini hingga akhirnya menjadi trending
Sakit Hati Sunarto Sewa Orang Untuk Bunuh Ibu Mertua Sekda Lamongan

Sakit Hati Sunarto Sewa Orang Untuk Bunuh Ibu Mertua Sekda Lamongan

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 321 hits
Ibu mertua Sekretaris Daerah Lamongan Yuhronur Efendi Hj Rowaini dibunuh oleh Imam Winarto Pelaku disuruh menghabisi nyawa korban dan diberi imbalan Rp 200 ribu oleh Sunarto warga Dusun Boyo Desa Sonoadi Kecamatan Karanggeneng Kabupaten Lam...
Ribut Karena Poligami Suami Bunuh Istri Tua

Ribut Karena Poligami Suami Bunuh Istri Tua

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 540 hits
Tidak terima selalu bertengkar karena telah berpoligami seorang suami membunuh istri pertamanya Direktur Ditkrimum Polda Lampung Kombes M Barly Ramadani mengatakan pelaku pembunuhan itu bernama Handoko warga Desa Way Galih Kecamatan Tanjung...
Persatuan Kesihatan Mental Kecam Persembahan Bunuh Diri Aina

Persatuan Kesihatan Mental Kecam Persembahan Bunuh Diri Aina

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 344 hits
MALAYSIAKINI Persembahan kontroversi oleh penyanyi Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu ke 34 malam tadi mengundang kecaman persatuan kesihatan mental Pada persembahan itu Aina berpakaian serba putih dan dilihat menikam dadanya sehingga darah ...
Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Penjaja Belon Bertindak Agresif Tolak Anggota Penguat Kuasa Dbkl

Nak Bantu Pun Sanusi Marah Akai Tak Dak

Along Bakal Mati Syawal Ini

Is Vr And Ar The Next Big Thing In Gaming

Preparing Your Home For Hari Raya A Guide To Multigenerational Living

Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Bagaimanakah Biodiversiti Dapat Menjana Ekonomi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Ambil Kuih Raya

Proton Saga Mc3 Facelift 2025 Adakah Ia Akan Membuat Kejutan Tahun Ini

Resepi Rendang Ayam Cili Padi Bahan Bahan 2 Ekor Ayam

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaja Belon Di Jalan Tar

Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission