Dari kiri: Han So-hee, Park Hee-sun, Ahn Bo-hyun
Park Hee-sun pula akan membawa watak Choi Mu-jin yang merupakan raja dadah negara yang beroperasi di Dongcheon. Merupakan seorang yang tidak boleh diagak, dia mengambil Yun Ji-woo di bawah jagaannya dan melatihnya menjadi ejen penyamar. Ahn Bo-hyun akan berlakon sebagai Jeon Pil-do, seorang detektif yang bertugas dalam unit narkotik. Dia juga merupakan rakan sekerja Ji-woo yang berdedikasi dan berani ketika menyiasat.
Dari kiri: Kim Sang-ho, Lee Hak-joo, Jang Yul
Bawa watak sebagai orang kanan Choi Mu-jin, Lee Hak-joo akan tunjuk taring sekali lagi sebagai antagonis yang menunjukkan kesetiaan dan kepatuhan kepada raja dadah itu. Jang Yul bakal melakonkan watak sebagai Do Gang-jae iaitu ahli kancah dadah itu yang dibuang kerana menimbulkan masalah. Dia kemudiannya cuba membalas dendam terhdap Yun Ji-woo dan membuatkan kisah ini menjadi lebih serabut.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |