Hamzah Buat Apa Unhcr Mahu Masuk Depot Imigresen Kita


MALAYSIAKINI


Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin menolak gesaan agar perwakilan dari Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) di negara ini diberi akses ke depot tahanan imigresen.
"Pertama saya nak jelaskan, ini negara kita. Yang mereka nak masuk (depot) imigresen kita buat apa?
"Bukankah kita tahu siapa yang kita tangkap? Orang yang kita tangkap adalah mereka yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen," kata Hamzah dalam sidang media dalam talian dari Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.
The Star pada 20 Mei memetik pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph yang mengatakan bahawa kerajaan harus membenarkan UNHCR mendapat akses ke pusat tahanan Imigresen kerana "ribuan pencari suaka" ditahan di sana.
Joseph dilaporkan berkata, meskipun majoriti pencari suaka dalam tahanan adalah Rohingya, ada juga orang asing lain, termasuk dari Palestin dan Syria.
Pelarian dianggap pendatang tanpa dokumen berdasarkan undang-undang imigresen di Malaysia dan berisiko ditangkap, ditahan dan dihantar pulang.
Hamzah, bagaimanapun, menegaskan hari ini bahawa pemegang kad UNHCR akan dibebaskan.
"Sekiranya ada pemegang kad UNHCR, kita akan melepaskan mereka.
Dan kita tak pernah pun melakukan perkara yang menzalimi sesiapa dalam negara ini," katanya.
Pada masa yang sama, Hamzah menyatakan bahawa meskipun pemegang kad UNHCR boleh tinggal sementara di Malaysia sementara menunggu penempatan semula mereka di negara ketiga, banyak yang sebaliknya tinggal di sini selama 30 tahun.
"Ini yang sebenarnya, ada perkara-perkara yang saya akan duduk semula dengan UNHCR, Wisma Putra, untuk memastikan perkara ini tidak berpanjangan lagi dalam negara kita.
"Saya tak mahu salahkan UNHCR tapi saya nak maklumkan mereka dah keluarkan kad UNHCR lebih 120,000," kata Hamzah.
"Cuba kita fikirkan, bukan patut kad yang ada dalam negara kita dikeluarkan oleh negara kita?
"kalau dia PR (penduduk tetap) kita bagi lain, kalau dia bekerja kita beri permit... Ini tiba-tiba ada orang lain keluar kad lebih atas dari Jabatan Pendaftaran Negara.
"Jadi sepatutnya rakyat sedar, ini adalah perkara lama yang patut kita betulkan sekarang untuk masa depan lebih baik," katanya.
Hamzah baru-baru ini mengundang kritikan susulan rancangan operasi Kementerian Dalam Negeri menangkap warga asing tanpa dokumen, yang dilancarkan bersama dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) terbaru yang berkuat kuasa dari 1 Jun hingga 14 Jun.
Menjawab pengkritiknya, Hamzah pada hari Khamis mengatakan bahawa mustahil untuk memberikan vaksin Covid-19 pada warga asing tanpa dokumen dan operasi tersebut bertujuan untuk "membantu" mereka mendaftar untuk dokumen yang sah, mendapat vaksin, dan kemudian diberi pilihan untuk meninggalkan negara ini atau bekerja secara sah di sini.
Pada bulan Februari, Malaysia meneruskan pengusiran lebih 1,200 warganegara Myanmar yang ditahan di pusat tahanan imigresen negara itu, di tengah bantahan yang kuat dari UNHCR dan kumpulan hak asasi.
Pengkritik berpendapat bahawa ketika UNHCR ditolak akses ke depot Imigrasi, mungkin ada di antara mereka yang dihantar pulang yang melarikan diri dari penganiayaan di bawah Junta Myanmar dan berisiko dianiaya setelah kembali ke negara mereka.
Hingga bulan Mac tahun ini, dilaporkan terdapat sekitar 178,920 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia, dengan majoriti berasal dari Myanmar.
Untuk rekod, Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967 dan tidak mempunyai kerangka undang-undang atau pentadbiran untuk mengatur status dan hak pelarian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/hamzah-buat-apa-unhcr-mahu-masuk-depot.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imigresen Lapor Sprm Isu Video Kak Siti Bayar Wang Pelincir Masuk Malaysia

Imigresen Lapor Sprm Isu Video Kak Siti Bayar Wang Pelincir Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 212 hits
Khairul Dzaimee Daud PUTRAJAYA Jabatan Imigresen Malaysia membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung sebuah video yang tular di media sosial bertajuk Kak Siti kena bayar pelincir untuk masuk ke Malaysia Laporan ...
Hamzah Why Does Unhcr Want Access To Our Immigration Depots

Hamzah Why Does Unhcr Want Access To Our Immigration Depots

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 225 hits
Home Minister Hamzah Zainudin has rejected calls for the representatives from the United Nations High Commissioners for Refugees here to be granted access to immigration detention depots First I would like to explain this is our country Why...
As Kecam Pesawat China Burukkan Keadaan Masuk Ruang Udara Malaysia Taiwan

As Kecam Pesawat China Burukkan Keadaan Masuk Ruang Udara Malaysia Taiwan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 253 hits
Tindakan tersebut menambah senarai aktiviti China ganggu kestabilan wilayah lain Pesawat Ilyushin Il 76 adalah antara pesawat China yang dikesan TUDM semalam Gambar TUDM Komander Pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat mengecam penerbangan p...
Siapa Halang Ebit Liew Masuk Gaza

Siapa Halang Ebit Liew Masuk Gaza

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 427 hits
Kita perlu ketahui watak penting dalam konflik Palestin IsraelBERDASARKAN maklumat daripada sahabat sahabat saya di Malaysia dan di Palestin sehingga tengah malam Isnin 30 Mei 2021 pendakwah dikasihi ramai Ustaz Ebit Liew dikatakan masih be...
7 Laluan Utama Masuk Putrajaya Ditutup Tengah Malam Ini

7 Laluan Utama Masuk Putrajaya Ditutup Tengah Malam Ini

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 362 hits
Oleh SUBKHI SUDARJI MOHD Fadzil Ali memberi taklimat kepada petugas barisan hadapan dalam Op Covid 19 sebagai persediaan perancangan penugasan sekatan jalanraya IPD Putrajaya UTUSAN FAISOL MUSTAFA PUTRAJAYA Polis Diraja Malaysia akan melaks...
Masuk Kem Hari Ini Taemin Shinee Jadi Ahli Terakhir Sertai Latihan Ketenteraan

Masuk Kem Hari Ini Taemin Shinee Jadi Ahli Terakhir Sertai Latihan Ketenteraan

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 240 hits
Setelah ahli yang lain tamat menjalani perkhidmatan mereka Taemin daripada SHINee menjadi ahli yang terakhir bakal memasuki latihan khidmat ketenteraan Menurut sumber idola itu akan mendaftarkan dirinya secara rasmi pada hari ini Khabarnya ...
Kapolda Papua Sebut 10 Teroris Di Merauke Masuk Jaringan Ansharut Daulah

Kapolda Papua Sebut 10 Teroris Di Merauke Masuk Jaringan Ansharut Daulah

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 191 hits
Saat diamankan Densus 88 juga mengamankan berbagai barang bukti seperti aneka senjata tajam dan senjata api kata Fakhiri seraya menambahkan ada laporan kelompok tersebut sudah membaiat sehingga masih terus didalami
Hiburan Masuk Simpang Tolong Bagi Signal Anak Lelaki Amyza Aznan Kemalangan

Hiburan Masuk Simpang Tolong Bagi Signal Anak Lelaki Amyza Aznan Kemalangan

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 233 hits
Pelakon Amyza Aznan kongsi berita yang kurang mengembirakan di Instagram mengenai kemalangan jalanraya yang berlaku keatas anak lelakinya Andrea Mikhail malam tadi Menurut Amyza kemalangan tersebut berlaku selepas anak lelakinya itu hendak ...
Ini 6 Perusahaan Indonesia Yang Masuk Forbes 2000 Perusahaan Paling Besar Kuat Dan Bernilai

Ini 6 Perusahaan Indonesia Yang Masuk Forbes 2000 Perusahaan Paling Besar Kuat Dan Bernilai

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 254 hits
Bank yang identik dengan banknya para petani ternyata menduduki peringkat paling atas dibanding yang lain
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai