Hamzah Bidas Demonstrasi Ketika Penularan Varian Delta


Bernama
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin membidas pihak yang sanggup berhimpun beramai-ramai dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika negara sedang berdepan penularan varian Delta pandemik COVID-19 ketika ini.
Beliau berkata tindakan itu tidak seharusnya berlaku apabila tidak mematuhi Op Patuh dan menggagalkan usaha kerajaan untuk melandaikan lengkuk COVID-19 dengan berkumpul di tempat awam.
Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melihat dari sudut kegagalan mematuhi SOP dan jika ada, tindakan akan diambil.
“Waktu ini patutnya kita patuh SOP. Rakyat sepatutnya faham SOP. Kami hanya benarkan essential services. Berkumpul dan membuat demonstrasi adalah satu kesalahan. Inikan pula dilakukan waktu negara dalam keadaan darurat. Kadangkala ada netizen yang mulanya marah apabila sektor kilang dibenarkan beroperasi, tetapi orang yang sama juga mengajak orang lain untuk berkumpul.
“Saya rasa mereka double standard. Kumpulan ini cuba memecahbelahkan dan menimbulkan perasaan tidak senang. Kemudiannya (selepas dijangkiti COVID-19) barulah mereka sedar bahawa varian Delta ini merebak dengan cepat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama dekat Larut hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah dilaporkan berkata polis akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam satu perhimpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini termasuk penganjur untuk tindakan seterusnya.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata kehadiran beberapa tokoh atau pemimpin politik hanya mengeruhkan lagi keadaan dan merosakkan imej negara yang sedang berperang dengan pandemik COVID-19 ketika ini.
"Mereka bukan tokoh tapi ingin rosakkan negara. Saya tidak panggil mereka tokoh tetapi penghasut," katanya dan menambah tindakan susulan akan diambil dan diumum dari semasa ke semasa.
Terdahulu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menyampaikan sumbangan kira-kira 1,000 kotak makanan kepada penduduk dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Siputeh, Ulu Selama. Turut hadir Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani dan Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.
Hamzah turut mengumumkan peruntukan segera kira-kira RM200,000 untuk pembelian kit ujian COVID-19 agar saringan secara besar-besaran dilakukan dengan segera di kawasan tersebut sekali gus mengawalnya daripada terus merebak.
Seramai 5,152 penduduk di empat kampung membabitkan Kampung Sungai Seputeh, Kampung Teluk Mas, Kampung Garok dan Kampung Tapah, di Ulu Selama terlibat dalam PKPD selama 14 hari bermula tengah malam 27 Julai hingga 9 Ogos. - Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/hamzah-bidas-demonstrasi-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Borneo 24 07 2021 712 Kes Baharu Di Sabah Bimbang Penularan Varian Delta

Awani Borneo 24 07 2021 712 Kes Baharu Di Sabah Bimbang Penularan Varian Delta

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 303 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut AWANIBorneo 24 Julai 2021 Tidak mengikut SOP menjadi punca kenaikan kes COVID 19 di Sabah kata Masidi Gereja di kawasan PKPD di Sarawak kekal
Kelantan Kesan Kes Pertama Varian Delta

Kelantan Kesan Kes Pertama Varian Delta

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 337 hits
Kelantan mengesan kes pertama varian Delta membabitkan seorang wanita di Pasir Puteh yang disahkan positif dua hari lalu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin berkata wanita berkenaan juga pe...
31 Kasus Varian Delta Ditemukan Di Ntt 2 Orang Meninggal Dunia

31 Kasus Varian Delta Ditemukan Di Ntt 2 Orang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 272 hits
Satgas Percepatan Penanganan Covid 19 Nusa Tenggara Timur melaporkan 31 kasus paparan virus corona varian Delta di daerah itu Dua di antara pasien yang terpapar meninggal dunia
Who Varian Delta Saat Ini Terdeteksi Di 124 Wilayah Di Seluruh Dunia

Who Varian Delta Saat Ini Terdeteksi Di 124 Wilayah Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 244 hits
Delta diperkirakan akan menjadi varian dominan secara global dalam beberapa bulan ke depan di mana WHO memprediksi bisa muncul lebih dari 200 juta kasus terkonfirmasi dalam hitungan minggu
Varian Delta Dikesan Di Cameron Highlands

Varian Delta Dikesan Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 306 hits
Dilaporkan dua kes COVID 19 di Cameron Highlands turut melibatkan varian Delta yang sangat merbahaya dan pantas untuk dijangkiti
Covid 19 Varian Delta Ganas Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Covid 19 Varian Delta Ganas Perkara Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 265 hits
AGENDA DAILY Kumpulan yang tidak divaksinasi merupakan golongan yang paling berisiko terhadap varian Delta Gambar hiasan Varian Delta menghantui dunia dalam tempoh tiga bulan terakhir ini Virus SARS CoV 2 jenis inilah yang menjadi penyebab ...
Apakah Anak Anak Rentan Terpapar Covid 19 Varian Delta Plus

Apakah Anak Anak Rentan Terpapar Covid 19 Varian Delta Plus

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 250 hits
Mengutip Yale Medicine studi dari Inggris menunjukkan anak anak dan orang dewasa di bawah 50 tahun 2 5 kali lebih mungkin terinfeksi varian Delta Lantas bagaimana penularan varian Delta Plus terhadap anak
Cukup Cepat Merebak Melalui Udara Ketahui 5 Gejala Covid 19 Varian Delta

Cukup Cepat Merebak Melalui Udara Ketahui 5 Gejala Covid 19 Varian Delta

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 269 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu penularan varian Delta yang bahaya dan mudah merebak antara faktor peningkatan kes Covid 19 di Malaysia Dr Noor Hisham menjelaskan unjuran jangkitan disebabkan varian itu ...
Video Wanita Lansia Dituduh Jadi Pemicu Menyebarnya Covid 19 Varian Delta Di China

Video Wanita Lansia Dituduh Jadi Pemicu Menyebarnya Covid 19 Varian Delta Di China

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 205 hits
Seorang wanita lanjut usia asal Nanjing ditangkap polisi di Yangzhou Provinsi Jiangsu China Wanita bernama Mao dituduh sebagai pemicu wabah Covid 19 varian Delta Mao dianggap melanggar regulasi antipandemi dan Undang Undang Pencegahan Penya...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj