Covid 19 Varian Delta Ganas Perkara Yang Perlu Anda Tahu
AGENDA DAILY	 								 								 											

						Kumpulan yang tidak divaksinasi merupakan golongan yang paling berisiko terhadap varian Delta. -Gambar hiasan
									 							 					 						Varian Delta menghantui dunia dalam tempoh tiga bulan terakhir  ini. Virus SARS-CoV-2 jenis inilah yang menjadi penyebab lonjakan  jangkitan baharu Cocid-19 di pelbagai negara.
Menurut rekod WHO, sehingga 16 Jun lalu, varian ini telah tersebar  hingga lebih 80 buah negara, sedangkan virus ini baru dikesan pada akhir  tahun 2020 di India.
Varian yang memiliki nama lain iaitu B.1.617.2 sewaktu pertama kali  dikesan pada akhir tahun 2020 di India. Selang empat bulan selepas ia  dikesan, varian ini menjadi penyebab gelombang jangkitan COVID-19 di  India.
Kenapa ia lebih berbahaya?Menurut Ketua Unit dan Pakar Perunding Kecemasan Hospital Pakar KPJ  Johor, Prof Dr Rashidi Ahmad, genetik virus varian merubah struktur dan  kelakuan virus asal dan keberkesanan vaksin yang sedia ada.
“Sebagai contoh, jangkitan virus Alpha dan Delta  cepat merebak dan  menyebabkan simptom yang teruk dan terpaksa dirawat di hospital. Di  United Kingdom, data statistik menunjukkan 90 peratus kes jangkitan  disebabkan oleh varian Delta dan Alpha .
“Kebolehjangkitan varian Delta varian adalah 55 peratus berbanding  Alpha  dan kebolehjangkitan Alpha varian pula adalah 50 peratus  berbanding virus Covid-19 asal. Perkara yang lebih mengejutkan ialah  varian Delta  menyebabkan kadar kematian 64 peratus lebih tinggi  daripada virus asal.
“Di Brazil, varian Gamma menyebabkan kadar jangkitan Covid-19  mendadak naik dalam kalangan orang muda berbanding dengan orang tua  sebelumnya. Kadar kematian juga meningkat tiga kali ganda berbanding  jangkitan Covid-19 asli,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.
Mengulas langkah pencegahan varian ini, beliau memberitahu, menghalang penyebaran covid-19 adalah kaedah yang paling utama.
Justeru, patuhilah saranan doktor dan kerajaan agar melakukan  penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter, sentiasa membasuh  tangan dengan sabun atau menggunakan sanitizer, pakai topeng pembedahan  atau N95 dan elakkan berada di tempat yang sesak dengan orang ramai.
“Masyarakat digalakkan untuk menerima vaksin terutama mereka yang  berisiko tinggi seperti orang-orang tua dan mereka yang mempunyai  penyakit kronik terutama kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.  Peranan vaksin bukan untuk halang jangkitan. Vaksin adalah untuk kita  memiliki sistem imun yang kuat supaya sekiranya kita dijangkiti, gejala  tidak teruk.
Walaubagaimanapun jika program suntikan vaksinasi penduduk Malaysia  berjaya mencapai lebih daripada 80 peratus, ia mampu mengurangkan  penularan wabak ini bahkan kadar penggunaan atau beban sistem kesihatan  negara juga akan berkurangan,” katanya.
Dalam pada itu, Dr. Rashidi menyokong usaha kerajaan  membangunkan  dua jenis vaksin menggunakan teknologi sama seperti penghasilan vaksin  Pfizer-BioNTech dan Sinovac.
“Ia satu tindakan yang wajar dan bijaksana demi memastikan  kesejahteraan dan kelestarian hidup penduduk Malaysia. Malaysia tidak  sepatutnya semata-mata bergantung harap atau belas ihsan peruntukkan  vaksin daripada negara pengeluar. Ini kerana vaksin keluaran negara kita  lebih murah dan kemungkinan lebih selamat, sesuai dan efektif khusus  kepada penduduk Malaysia itu sendiri.
“Selain itu, Malaysia sudah mempunyai pakar-pakar dalam bidang  virologi dan immunologi daripada Universiti dan makmal termaju dan moden  seperti “Institute for Medical Research (IMR)” di Setia Alam,”  jelasnya.
Beliau turut menggalakkan orang ramai mendaftar segera untuk program  vaksin. Ini kerana keengganan orang ramai  untuk menerima vaksin yang  ditawarkan boleh membahayakan nyawa jika terdedah kepada virus Covid-19  ketika menanti vaksin impian anda. Perumpamaan sikap ini ialah ibarat  mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan. Hasilnya ialah yang  dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
“Persepsi kerajaan kita ketika ini ialah berdasarkan keperluan yang  mendesak  iaitu mempertahankan sistem kesihatan dan perubatan negara  yang semakin meruncing, menyekat penularan Covid-19 dalam kalangan  masyarakat, mengurangkan kadar kematian yang tinggi dan memulihkan  ekonomi negara yang semakin merosot.
“Ini penting  untuk memastikan seluruh rakyat menerima vaksin agar  imuniti kelompok dapat tercapai secepat mungkin dan seluruh rakyat  Malaysia boleh menjalani kehidupan seperti sebelum pandemik dengan  sedikit perubahan norma baru ini,” jelasnya.
FAKTAVarian Delta lebih mudah menular berbanding varian lain.Bukti menunjukkan ia 40 hingga 60 peratus lebih mudah ditularkan  berbanding varian Alpha yang dominan di Amerika Syarikat (AS) dan United  Kingdom (UK).Malah, varian Delta lebih mudah ditularkan daripada varian asal virus yang pertama kali dikesan di Wuhan.Varian yang pertama kali dikesan di India ini juga lebih berbahaya berbanding varian lain.Satu kajian mendapati pesakit dijangkiti varian Delta adalah dua  kali ganda berkemungkinan dimasukkan ke hospital berbanding pesakit  dijangkiti varian Alpha.Gejala dihidap pesakit varian Delta juga berbeza dengan simptom  COVID-19 biasa sekali gus memudahkan individu dijangkiti menyebarkan  virus itu secara tidak sengaja.Ini kerana ia menyerupai simptom selesema biasa termasuk sakit kepala, hidung berair dan sakit tekak.Kumpulan yang tidak divaksinasi merupakan golongan yang paling berisiko terhadap varian Delta.Kanak-kanak dan golongan muda yang tidak diberikan vaksin dan baru  mengikuti program tersebut telah mendorong lonjakan kes baharu di  beberapa negara, terutamanya di sekolah.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/covid-19-varian-delta-ganas-perkara.html