Hampir Sedekad Dalam Industri Ini Beberapa Watak Park Seojoon Jadi Kegemaran Ramai


Dah umur 35 dah kan Park Seo-joon? Ha bagi yang meminati Park Seo-joon, mesti korang tahu semalam, 16 Disember merupakan hari ulang tahunnya kan?
Selain daripada menjengah ke usia baru, tanpa kita sedar Park Seo-joon atau nama  sebenarnya, Park Yong-kyu, sudah berada dalam industri hiburan selama hampir 1 dekad. Sudah banyak drama, filem, yang dilakonkannya malah dia juga turut berjaya merangkul beberapa anugerah sepanjang kariernya.
Jadi, sempena ulang tahunnya yang ke-35, jom kita tengok beberapa watak lakonannya yang sangat diminati ramai!
1. A Witch’s Love (2014) Drama yang mengisahkan mengenai Ji-yeon lakonan Uhm Jung-hwa dan juga Dong-ha lakonan Park Seo-joon yang menemui bibit cinta antara mereka walaupun mereka mempunyai perbezaan umur yang sangat ketara.
Walaupun ini merupakan antara drama terbaru Park Seo-joon, namun lakonannya dipuji peminat kerana dia tak kekok untuk berlakon dengan pelakon senior!

2. Kill Me, Heal Me (2015) Korang masih ingat tak drama ni? Menerusi drama romantik komedi ini, Park Seo-joon membawa watak sebagai Oh Ri-on iaitu kembar kepada Oh Ri-jin lakonan Hwang Jung-eum. Drama ini mengisahkan mengenai Cha Do-hyun (Ji Sung) yang mempunyai masalah kecelaruan identiti.
Drama ini lah yang buat penonton mula mengenali bakat Park Seo-joon kerana dia mampu membawa watak komedi dengan baik.

3. She Was Pretty (2015) Pastinya watak Park Seo-joon dalam drama ini pun korang masih ingat kan? Drama yang mengisahkan mengenai Sung Joon iaitu lakonan Park Seo-joon yang mempunyai bentuk badan gemuk ketika masih kecil namun berkawan baik dengan seorang gadis cantik Hye Jin lakonan Hwang Jung-eum.
Kisah percintaan mereka ini sangat romantik kan! Dari awal lagi watak Sung Joon ini sangat mencintai Hye Jin walau bagaimanapun rupa parasnya. Mesti korang nak teman lelaki macam ni kan?

4. Hwarang: The Poet Warrior Youth (2016–2017) Drama yang menghimpunkan pelakon-pelakon kacak ini, mesti ramai tak boleh lupa! Dibintangi oleh Park Seo-joon, Go A-ra, Park Hyung-shik, Choi Min-ho, V BTS dan ramai lagi, drama ini pernah menjadi hit suatu ketika dahulu!
Tak pernah kan kita tengok Park Seo-joon berambut panjang dan membawa watak sebagai seorang pahlawan? Drama ini juga merupakan antara drama yang berjaya melonjakkan lagi nama Park Seo-joon kerana lakonannya dalam drama bersejarah buat pertama kalinya, sangat mengagumkan.

5. Fight for My Way (2017) Aw! Pasangan kekasih yang menjadi impian ramai orang! Watak Ko Dong-man yang dilakonkan oleh Park Seo-joon menerusi drama ini sangat digilai oleh peminat kerana watak ini lebih menonjolkan sisi sebenarnya.
Bergandingan dengan pelakon cantik Kim Ji-won, babak percintaan mereka sehingga kini masih berjaya memeri impak dan menjadi bualan dalam kalangan penonton. Siapa je tak suka kalau teman lelaki tampan dan pandai berlawan kan! Lawan yang ‘legit’ okay!

6. What’s Wrong with Secretary Kim (2018) Memang tak boleh dinafikan lagi bakat lakonan Park Seo-joon dalam drama rom-com kan? Sewaktu drama ini bersiaran, Park Seo-joon sekali lagi menjadi perhatian dek kerana dia membawa watak seorang pewaris dari keluarga kaya.
Mula jatuh cinta dengan pembantu peribadinya sendiri Kim Mi-so lakonan Park Min-young, siapa sangka, ‘chemistry’ mereka berdua sehingga kini masih memberi impak. Ada dalam kalangan peminat yang berharap mereka ni bercinta betul-betul. Korang ni… kan berlakon je!

7. Itaewon Class (2020) Untuk watak Park Sae-ro-yi, kebolehan lakonan Park Seo-joon sekali lagi diuji kerana watak ini betul mencabar! Kalau korang masih ingat drama ini, pasti korang ingat babak di mana Park Sae-ro-yi menangis dek kerana kematian ayahnya.
Bergandingan bersama pelakon Kim Da-mi dan Ahn Bo-hyun, wataknya dalam drama ini dilihat agak berbeza dengan watak sebelumnya kerana ia lebih berkisarkan kepada pembalasan dendam. Korang ingat tak potongan rambut ‘mangkuk’ Park Sae-ro-yi?

8. The Chronicles of Evil – Filem (2015) Filem yang mengisahkan mengenai seorang detektif yang terlibat dalam kematian pemandu teksi dan mula menyedari dia sebenarnya telah diperangkap. Dia kemudiannya cuba menyelesaikan kesilapan lalu untuk mengetahui mengapa dia menjadi sasaran.
Dalam filem ini, Park Seo-joon membawa watak sebagai Cha Dong-jae seorang detektif rookie yang membantu seniornya untuk merungkai masalah. Lakonannya dalam filem ni pun best kan!

9. Midnight Runners (2017) Mesti ramai yang setuju filem ini kelakar kan! Untuk filem ini, Park Seo-joon bergandingan bersama Kang Ha-neul yang mana mereka ini merupakan pelatih dari akademi polis yang berusaha merungkai satu sindiket haram.
Dalam filem ini, Park Seo-joon bukan sahaja berjaya membawa watak Park Ki-joon yang kelakar dan ‘out-going’, malah dia juga mampu menyentuh hati penonton dengan elemen kemanusiaan di babak akhir.
Kelakar kan bila Ki-joon selalu gaduh dengan Hee-yeol!

10.  The Divine Fury – Filem (2019) Menerusi filem ini, Park Seo-joon membawa watak sebagai Yong-hoo, seorang juara ‘martial arts’ yang mempunyai kuasa luar biasa untuk berlawan dengan kuasa jahat. Setelah melihat sendiri kematian kedua ibu-bapanya, Yong-hoo menyimpan rasa benci dan tekad untuk menggunakan kuasa itu untuk membalas dendamnya.
Lain macam watak Park Seo-joon dalam filem ini, tapi tak sah kalau tak mendapat pujian. Kalau Park Seo-joon berlakon mesti best!

Jadi, mana satu watak Park Seo-joon yang korang suka?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/hampir-sedekad-dalam-industri-ini-beberapa-watak-park-seojoon-jadi-kegemaran-ramai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadi Putera Yan Park Seojoon Dilapor Bawa Watak Suami Kapten Marvel Dalam The Marvels

Jadi Putera Yan Park Seojoon Dilapor Bawa Watak Suami Kapten Marvel Dalam The Marvels

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 215 hits
Filem pertama di Hollywood pasti peminat teruja menantikan penampilan Park Seo joon dalam filem The Marvels ARTIKEL BERKAITAN Terbaru penyunting dari webzine RPK Amerika iaitu Daniel Richman telah berkongsi watak yang akan dibawa Park Seo j...
Ingin Ikut Jejak Langkah Moon Sangmin Kongsi Mahu Hebat Dalam Genre Romantik Komedi Seperti Park Seojoon

Ingin Ikut Jejak Langkah Moon Sangmin Kongsi Mahu Hebat Dalam Genre Romantik Komedi Seperti Park Seojoon

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 104 hits
Bukan Kim Hye soo seorang sahaja yang jadi idola Moon Sang min tapi pelakon ini juga ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pelakon yang mula menjadi sebutan dek kerana lakonannya menerusi siri hit Neltflix Under The Queen s Umbrella berkongsi mengenai ...
Meski Watak Sampingan Penonton Puji Aura Park Jihyun Dalam Reborn Rich

Meski Watak Sampingan Penonton Puji Aura Park Jihyun Dalam Reborn Rich

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 408 hits
Ramai nampaknya pelakon Reborn Rich yang menjadi sebutan ramai kini ARTIKEL BERKAITAN Biasa membawa watak antagonis sebelum ini seperti dalam Yumi s Cells Park Ji hyun sekali lagi membuktikan watak pewaris kaya bercita cita tinggi bernama M...
Hampir 10 Tahun Bersama Agensi Kini Park Bogum Bakal Bawa Haluan Sendiri

Hampir 10 Tahun Bersama Agensi Kini Park Bogum Bakal Bawa Haluan Sendiri

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 125 hits
Park Bo gum akan bawa haluan sendiri ARTIKEL BERKAITAN Terbaru satu info melaporkan bahawa kontrak eksklusif Park Bo gum bersama agensinya Blossom Entertainment akan tamat pada hujung bulan ini dan kedua dua pihak bersetuju untuk membawa ha...
Kerajaan Perpaduan Tak Bermaksud Angkat Muat Pilih Watak Bermasalah Jadi Menteri Kadir Jasin

Kerajaan Perpaduan Tak Bermaksud Angkat Muat Pilih Watak Bermasalah Jadi Menteri Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 105 hits
Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak sepatutnya bermaksud ia dibentuk secara angkat muat sebaliknya wajib mempunyai integriti Katanya ia harus memuaskan hati atau sekurang kurangnya menenangkan peras...
Saya Minta Maaf Park Sodam Buat Penampilan Umum Pertama Sejak Pembedahan Kanser Tiroid

Saya Minta Maaf Park Sodam Buat Penampilan Umum Pertama Sejak Pembedahan Kanser Tiroid

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 242 hits
Selepas kongsi hidapi kanser tiroid pada awal Januari lalu pelakon Park So dam akhirnya muncul di khayalak ramai buat kali pertama ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu pada Januari lalu Park So dam telah berkongsi bahawa dia baru sahaja s...
Bakal Bersiaran Januari Ini Filem Phantom Lakonan Park Sodam Honey Lee Jadi Bualan Penonton

Bakal Bersiaran Januari Ini Filem Phantom Lakonan Park Sodam Honey Lee Jadi Bualan Penonton

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 109 hits
Filem Phantom lakonan Honey Lee dan Park So dam kini dah menyiarkan teaser terbaru ARTIKEL BERKAITAN Filem pengarahan Lee Hae young Phantom adalah filem yang mengisahkan cabaran beberapa orang suspek yang telah dikurung di sebuah hotel terp...
Bawa Kelainan Lagu Ditto Newjeans Raih Perhatian Dengan Penampilan Choi Hyunwook Park Jihu

Bawa Kelainan Lagu Ditto Newjeans Raih Perhatian Dengan Penampilan Choi Hyunwook Park Jihu

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 104 hits
Korang dah dengar ke lagu Ditto ARTIKEL BERKAITAN Baru sahaja dilancarkan semalam lagu terbaru NewJeans Ditto sememangnya berjaya meraih maklum balas yang positif daripada peminat Dengan jumlah tontonan sehingga kini iaitu 4 3 juta lagu ini...
Papar Sisi Lebih Matang Hubungan Cinta Watak Ini Buat Penonton Teruja Tunggu Alchemy Of Souls 2

Papar Sisi Lebih Matang Hubungan Cinta Watak Ini Buat Penonton Teruja Tunggu Alchemy Of Souls 2

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 125 hits
Korang dah ready ke nak tengok Alchemy Of Souls musim kedua ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum mengikut perkembangan drama ini Alchemy Of Souls mengisahkan mengenai drama percintaan bergenre fantasi dan berlatar belakangkan negara fiksyen Da...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Asean Night Bazaar Hatyai Thailand

10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni