Hampir Dijual Kepada Tokan Dadah Oleh



“SAYA hampir dijual kepada tokan dadah oleh ibu kandung sendiri sebagai pertukaran untuk mendapatkan dadah dan hampir menjadi hamba seks kepada tokan berkenaan tapi mujur lelaki itu tidak mengapa-apakan saya, malah menjaga saya seperti adik angkat.

"Sampai sekarang saya tak mahu tinggal bersama ibu kerana dia masih melakukan perkara sama (menagih dadah), " kata gadis yang diselamatkan pihak berkuasa ketika ditahan bersama remaja lelaki berusia 17 tahun dipercayai teman lelakinya, di Simpang Empat Kangkung, di Alor Setar, semalam.


Gadis berusia 21 tahun itu diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Setar dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Setar dari terbelenggu dengan penagihan dadah dan bersekedudukan sejak hampir sebulan lalu.

Operasi diketuai Ketua Pegawai AADK Kota Setar, Mohd Syafrie Shamsuddin, Pelindung Kanak-Kanak JKM Kota Setar, Mohd Sabri Saad dan Pengerusi Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Daerah Kota Setar (NGO), Ahmad Che Yahya.

Berdasarkan maklumat awal, pasangan itu disyaki terbabit dengan dadah, malah gadis itu mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun, hasil hubungan luar nikah dengan teman lelaki terdahulu yang dikenalinya empat tahun lalu.




Dalam serbuan 6.30 petang di Simpang Empat Kangkung semalam, wanita itu ditahan berasingan bersama anak lelakinya itu, manakala teman lelakinya pula ditangkap tidak lama kemudian.

Gadis itu mendakwa kehidupannya hanyut selepas mengenali bapa kepada anaknya itu ketika dia masih bersekolah sebelum lelaki itu menghilangkan diri sebaik dia melahirkan kanak-kanak itu tiga tahun lalu.

Katanya, dia hanya mengenali lelaki itu di tepi jalan ketika ponteng sekolah dan terus mengikut lelaki itu sehingga terlanjur dan mengandung.

"Saya tak kenal dia sangat dan kami tak pernah berkahwin, namun sempat tinggal bersamanya selama sembilan bulan sehingga anak saya lahir sebelum dia melarikan diri.




"Selepas itu saya mengenali teman lelaki baru ini lebih sebulan lalu melalui adik saya dan dialah yang menjaga saya dengan anak kerana dia bekerja di kilang selepas dibuang sekolah kerana menjual rokok dalam kawasan sekolah," katanya.

Katanya, mereka tinggal bersama ibarat suami isteri kerana ibu lelaki itu tidak membenarkan mereka berkahwin mungkin disebabkan dia mempunyai anak luar nikah.

Kedua-dua mereka kemudian dibawa Balai Polis Simpang Empat untuk dibuat laporan polis sebelum dihantar ke Pejabat AADK Kota Setar bagi menjalani ujian saringan air kencing, namun keputusannya negatif dan kes akan diserahkan kepada pihak JKM untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke HSB untuk menjalani pemeriksaan kesihatan berikutan terdapat kesan kecederaan pada kepala selepas ibunya mendakwa dia terjatuh.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundur, Datuk Dr Ismail Salleh yang turut meluangkan masa bersama pasangan yang ditahan itu merasa terkilan dengan sikap ibu bapa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak mereka.

Dr Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Agama negeri memandang serius dengan masalah keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat kerana penyalahgunaan dadah yang perlu ditangani semua pihak.

“Ketua kampung dan penduduk sekitar perlu mengambil cakna melaporkan aktiviti ini kepada pihak berkuasa kerana ia boleh membabitkan kes jenayah seperti pemerdagangan manusia, jenayah curi dan pembunuhan,” katanya.

SUMBER


 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aadkselangor.blogspot.com/2019/02/hampir-dijual-kepada-tokan-dadah-oleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dadah Bernilai Rm 556 Ribu Berjaya Dirampas Oleh Polis Di Pulau Pinang

Dadah Bernilai Rm 556 Ribu Berjaya Dirampas Oleh Polis Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 313 hits
DADAH BERNILAI RM556 RIBU DIRAMPAS OLEH JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK BUKIT AMAN DAN JSJN IPK PULAU PINANGGeorge Town 18 Februari 2019 Sidang media berkaitan rampasan dadah dan peralatan memproses dadah telah disempurnakan oleh YDH CP D...
Tokan Dadah Serah Diri Beramai Ramai

Tokan Dadah Serah Diri Beramai Ramai

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 400 hits
Tokan Dadah Serah Diri Beramai RamaiDhaka Lebih 100 pengedar dadah termasuk ketuanya akan menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas Bangladesh melancarkan perang anti dadah untuk menghapuskan permintaan terhadap pil murah iaitu yaba AFP y...
Final Piala Fa 2006 Hampir Diganggu Oleh Siaran Doctor Who

Final Piala Fa 2006 Hampir Diganggu Oleh Siaran Doctor Who

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 155 hits
Musim bola sepak England 2005 2006 menyaksikan kecemerlangan Chelsea sebagai juara liga Manchester United menjulang Piala Liga dan Liverpool menjadi juara Piala FA selepas mengalahkan West Ham United menerusi sepakan penalti Tetapi tidak ra...
Lubang Skrin Samsung Galaxy S10 Boleh Disorokkan Oleh Pengguna

Lubang Skrin Samsung Galaxy S10 Boleh Disorokkan Oleh Pengguna

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 298 hits
Skrin Infinity O Samsung Galaxy S10 S10 dan S10e mempunyai lubang yang ditebuk untuk kamera Sistem ini digunakan bagi membolehkan peranti mempunyai dahi yang nipis tanpa menggunakan takuk Tetapi bagi pengguna yang tidak menggemari lubang ka...
Tiada Pembekuan Atau Rampasan Oleh Sprm Kata Pas

Tiada Pembekuan Atau Rampasan Oleh Sprm Kata Pas

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 263 hits
Tiada pembekuan atau rampasan oleh SPRM kata PAS nbsp Dikemas kini 37 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 28 Feb 2019 8
4 Sikap Yang Perlu Dijauhi Oleh Guru

4 Sikap Yang Perlu Dijauhi Oleh Guru

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 341 hits
Sikap Yang Perlu Dijauhi Oleh Guru1 Tidak ambil kisah dengan tugasan berkumpulanAntara sikap yang kita perlu jauhi ialah tidak ambil kisah dengan urusan kerja yang melibatkan jumlah yang ramai Misalnya waktu kokurikulum kita sengaja melenga...
Bukan Mudah Untuk Ph Bangunkan Negara Yang Ditinggalkan Oleh Kerajaan Rasuah

Bukan Mudah Untuk Ph Bangunkan Negara Yang Ditinggalkan Oleh Kerajaan Rasuah

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 245 hits
Walaupun diserang teruk dengan pelbagai isu di media sosial calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Nazali dijangka menang mudah didalam pilihanraya kecil Dun Semenyih 2 Mac ini Keyakinan tersebut disuarakan oleh Naib Presiden AMANAH Datuk Hus...
Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Rumah Terbuka

Jangan Kahwin Pada Usia Terlalu Muda

Akhyar Cedera Dipukul Dompet Telefon Bimbit Disamun

Drama My Stolen First Kiss

Emy Yusuf Feat Driant Kenyang Beraya Chord