Hampir 773 000 Menganggur Setakat Disember 2020 Jabatan Perangkaan



Kadar pengangguran meningkat kepada 4.8 peratus atau 772.9 ribu orang pada Disember 2020, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia pada Isnin.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, susulan pembukaan semula ekonomi menjelang akhir tahun 2020, bilangan penduduk bekerja meningkat sedikit berbanding bulan-bulan sebelumnya.
“Pada bulan terakhir 2020, walaupun bilangan kes baharu COVID-19 melebihi purata 1,500 kes sehari, aktiviti ekonomi masih dibenarkan untuk beroperasi dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard yang ketat.
“Justeru, bilangan penduduk bekerja pada Disember 2020 meningkat 0.1 peratus bulan ke bulan atau bersamaan dengan 19.3 ribu orang kepada 15.22 juta orang setelah mencatatkan penurunan marginal pada bulan sebelumnya.
“Nisbah guna tenaga kepada penduduk yang menunjukkan kemampuan ekonomi untuk mewujudkan pekerjaan kekal pada 65.1 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengikut sektor ekonomi, penduduk bekerja dalam sektor Perkhidmatan terus mencatatkan trend yang semakin meningkat terutamanya dalam aktiviti Perdagangan borong & runcit; Kesihatan kemanusiaan & kerja sosial; Maklumat & komunikasi dan Pendidikan.
Walau bagaimanapun, guna tenaga dalam industri berkaitan pelancongan seperti Penginapan dan Perkhidmatan makanan; Pengangkutan dan penyimpanan; serta Kesenian, hiburan & rekreasi terus menurun.

Kadar pengangguran Malaysia
Kadar pengangguran Malaysia
Kadar pengangguran Malaysia “Dari segi penduduk bekerja mengikut taraf pekerjaan, kategori pekerja yang merangkumi 77.6 peratus daripada jumlah guna tenaga meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 11.81 juta orang berbanding bulan sebelumnya.
“Sementara itu, kategori bekerja sendiri yang merangkumi 15.8 peratus penduduk bekerja, terus mencatatkan pengurangan bagi bulan ketiga sebanyak 0.6 peratus kepada 2.4 juta orang pada Disember 2020.
“Kumpulan ini terdiri daripada penerima gaji harian yang bekerja di pasar tani, pasar malam dan gerai makanan; freelancers; serta pekebun kecil,” kata Mohd Uzir.
Tambah Mohd Uzir keadaan pasaran buruh pada Disember 2020 yang masih dipengaruhi krisis kesihatan dan kesan ekonomi telah memperlahankan momentum pemulihan pasaran buruh.
Justeru pasaran buruh pada Disember kekal kompetitif dengan bilangan tenaga buruh meningkat seramai lebih 27 ribu orang kepada 15.99 juta orang.
Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) pada Disember adalah pada 68.4 peratus.
Bagi suku ke empat 2020 pula, Mohd Uzir berkata keadaan pasaran buruh bertambah baik susulan pembukaan semula ekonomi.

Kadar pengangguran Malaysia
Kadar pengangguran Malaysia
Kadar pengangguran Malaysia “Keadaan pasaran buruh bertambah baik secara beransur-ansur dengan tenaga buruh dan guna tenaga terus meningkat berbanding suku sebelumnya, masing-masing mencatatkan 15.92 juta orang dan 15.16 juta orang.
“Sementara itu, bilangan penganggur meningkat kepada 760.7 ribu orang dengan kadar pengangguran pada 4.8 peratus,” katanya.
Mohd Uzir berkata bagi tahun penuh 2020 pula, kadar pengangguran meningkat kepada 4.5 peratus, kadar tertinggi yang dicatatkan sejak 1993 (4.1%).
“Sepanjang tahun 2020, berdasarkan data purata suku tahunan, KPTB pada tahun 2020 menurun 0.3 mata peratus kepada 68.4 peratus (2019: 68.7%).
“Dalam tempoh sama, bilangan penduduk bekerja menurun 0.2 peratus kepada 15.1 juta orang.
“Penurunan kecil ini disebabkan oleh ketidaktentuan dalam pasaran buruh susulan krisis kesihatan dan ekonomi pada tahun ini.
Mohd Uzir berkata krisis kesihatan memberi impak yang besar kepada tenaga buruh dan menyebabkan kadar pengangguran mencecah lebih 4 peratus berbanding kadar purata 3 peratus yang direkodkan dalam tempoh sebelum krisis.-Awani

The post Hampir 773,000 menganggur setakat Disember 2020 – Jabatan Perangkaan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/08/hampir-773000-menganggur-setakat-disember-2020-jabatan-perangkaan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hampir-773000-menganggur-setakat-disember-2020-jabata

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Pakai Jam Hampir Sejuta Ringgit Ketika Kl Ada Lebih 30 000 Keluarga Miskin

Menteri Pakai Jam Hampir Sejuta Ringgit Ketika Kl Ada Lebih 30 000 Keluarga Miskin

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 532 hits
MALAYSIA DATELINETular di media sosial padanan jam tangan dipakai Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dalam sidang medianya sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan kelmarin Imej jam mewah di tangan kiri pemimpin Umno berusia 6...
Perak Lancar Program Tuisyen Cikgu Saarani Bantu Hampir 200 000 Pelajar

Perak Lancar Program Tuisyen Cikgu Saarani Bantu Hampir 200 000 Pelajar

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 233 hits
UMNO ONLINEIPOH Kerajaan Negeri Perak hari ini melancarkan Program Tuisyen Cikgu Saarani yang akan memberi manfaat kepada hampir 200 000 pelajar di seluruh negeri ini terutamanya mereka yang datang daripada keluarga miskin dan berpendapatan...
Percubaan Negeri Spm 2020 Novel Zon Utara

Percubaan Negeri Spm 2020 Novel Zon Utara

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 864 hits
SOALAN PERCUBAAN 2020 KAJIAN NOVEL ZON UTARA DISEDIAKAN OLEH CIKGU ROOSE SET 1 PERAK 2020 SMK SUNGAI MANIK TELUK INTAN Pengarang banyak menerapkan nilai kemanusiaan dalam karyanya bagi menggerakkan cerita Berdasarkan sebuah novel yang anda ...
Pecutan Akhir Calon Spm 2020 Dibayangi Kegusaran

Pecutan Akhir Calon Spm 2020 Dibayangi Kegusaran

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 252 hits
Hanya tinggal kurang dua minggu menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia namun hati Nur Amalia Hazirah Mohd Yunus sudah mula berdebar Perasaan berdebar calon SPM itu kini bercampur gusar setelah tidak lagi mendapat bimbingan guru seca...
Berapa Kadar Dividen Kwsp Tahun 2020 Agaknya

Berapa Kadar Dividen Kwsp Tahun 2020 Agaknya

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 281 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengumumkan dividen 5 45 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5 0 peratus bagi Simpanan Shariah KWSP dalam kenyataannya berkata pembayaran dividen untuk tahun kewangan 2019 bagi Simpanan Konvensional itu ada...
Ini Skenario Pelantikan Kepala Daerah Terpilih Hasil Pilkada 2020

Ini Skenario Pelantikan Kepala Daerah Terpilih Hasil Pilkada 2020

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 200 hits
Ada 3 skenario pelantikan kepala daerah terpilih hasil Pilkada 2020 Hal itu disampaikan oleh Gubernur Jawa Tengah Ganjar Pranowo Skenario tersebut yaitu pelantikan sesuai waktunya beberapa daerah yang masa jabatannya masih cukup lama dan be...
Covid 19 Menyebabkan Masalah Manga Cetak Rompak Di Jepun Meningkat Kerugian Mencecah Rm1 6 Bilion Disember Lalu

Covid 19 Menyebabkan Masalah Manga Cetak Rompak Di Jepun Meningkat Kerugian Mencecah Rm1 6 Bilion Disember Lalu

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 164 hits
Jepun ialah negara matahari terbit yang bertanggungjawab mempopularkan komik yang lebih dikenali sebagai manga Industri di manga kekal sihat di Jepun dengan jualan komik fizikal masih lagi tinggi berbeza dengan yang berlaku di negara lain T...
Bukan Setakat Tampal Banyak Kelebihan Main Sticker Pelbagaikan Kreativiti Macam Ni Baru Anak Makin Bijak

Bukan Setakat Tampal Banyak Kelebihan Main Sticker Pelbagaikan Kreativiti Macam Ni Baru Anak Makin Bijak

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 518 hits
Selain membelikan anak mainan jangan lupa memberikan anak mainan yang dapat menguji minda mereka Salah satu aktviti yang dapat menguji kemahiran motor halus anak adalah bermain dengan sticker Bukan hanya menampal bahkan aktiviti semacam ini...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin