Hampir 75 Calon Sekadar Lulus Atau Gagal Kpm Perlu Bertindak Segera


 
Ahli akademik menggesa intervensi awal dari peringkat sekolah rendah untuk mengatasi calon SPM sukar melanjutkan pengajian dalam bidang kritikal kerana tiada kelayakan minimum. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Dalam ‘keghairahan’ meraikan kejayaan 11,713 calon Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) 2023 mendapat semua A, ahli akademik menggesa kerajaan turut memberi perhatian kepada statistik menunjukkan hampir 75% pelajar hanya lulus minimum dan ke bawah.
Menurut laporan SPM tahun lalu dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM), seramai 278,700 daripada 373,525 calon memperoleh keputusan sekurang-kurangnya lulus, sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran, semua gagal, atau lain-lain kombinasi.
Ada ahli akademik bimbang kesan jangka panjang terhadap sumber manusia kerana kumpulan terbabit tiada kelayakan minimum ke institusi pengajian tinggi (IPT) terutama dalam program ikhtisas antaranya perubatan, kejuruteraan atau teknologi maklumat.
Presiden Persatuan Sains Teknologi dan Inovasi Yunus Yasin berkata mungkin agak sukar membantu calon gagal subjek penting seperti Matematik dan Sains walaupun mereka mendapat sijil kerana lulus Bahasa Melayu serta Sejarah.
Menurutnya, antara cara membantu kumpulan terbabit mungkin dengan menggalakkan mereka menyertai program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), namun turut bergantung minat mereka.
Bagaimanapun, Yunus berkata situasi ramai calon SPM hanya lulus minimum dan ke bawah itu sepatutnya diatasi lebih awal untuk melahirkan sumber manusia berkualiti, bagi menampung keperluan pekerja masa depan dalam bidang kritikal.
Statistik menunjukkan 131,489 calon mencapai keputusan sekurang-kurangnya lulus pada SPM 2023.Beliau menggesa KPM melaksanakan intervensi awal bermula dari peringkat sekolah rendah dan pada masa sama mengajak masyarakat terdiri daripada NGO dan ibu bapa untuk mencari jalan penyelesaian.
“Transisi (keputusan) dari sekolah rendah ke peringkat menengah tiba-tiba menurun, mengapa ia berlaku? Kita tak tahu sebab KPM tak kongsi data.
“Ada yang dakwa disebabkan kurang guru, peruntukan untuk peralatan seperti makmal, pelajar kurang minat atau cikgu kurang bertanggungjawab… kita tak pasti,” katanya kepada FMT.
Menurut Yunus, laluan kerjaya seseorang harus ditentukan lebih awal dan bukan di peringkat penentuan aliran bermula Tingkatan 4 seperti amalan kini.
“Perlu ada penilaian awal. Bukan untuk tentukan orang itu bijak atau sebaliknya tetapi untuk mengesan masalah lebih cepat disusuli pencegahan… Ini tidak dapat diselesaikan KPM sahaja, perlu kerjasama untuk tingkatkan keputusan SPM.”
Ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mohamad Sattar Rasul pula bimbang kelompok terbabit berpandangan terus bekerja lebih baik berbanding menyambung pelajaran, termasuk TVET.
Menurutnya, keadaan itu berisiko menyebabkan negara kekurangan bakat dan pekerja diperlukan pelabur jika mahu membuka operasi di Malaysia.
“Pelabur tidak akan melabur di Malaysia sekiranya tidak yakin, jadi perlu perbaiki stigma sedemikian dan memupuk kesedaran bina kerjaya,” kata pengerusi Pusat Kajian Pembudayaan STEM UKM itu.
Sattar menasihatkan calon SPM yang mendapat keputusan hanya lulus dan gagal tidak berputus asa mencari cara meningkatkan diri, antaranya belajar TVET yang juga boleh membawa mereka melanjutkan pengajian di dalam atau luar negara.
“Pendidikan tidak terhenti biarpun memperoleh keputusan kurang memuaskan. Sekarang ada banyak alternatif. Pilihan tidak terhad seperti zaman dulu,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/06/hampir-75-calon-sekadar-lulus-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Psi Sebut Kaesang Sudah Cukup Usia Maju Calon Bupati Atau Wali Kota

Psi Sebut Kaesang Sudah Cukup Usia Maju Calon Bupati Atau Wali Kota

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 205 hits
Sejauh ini Kaesang belum melakukan pendaftaran atau mengambil formulir calon wali kota
6mp 14 Hari Atau 14 Bulan

6mp 14 Hari Atau 14 Bulan

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 208 hits
Suka tengok Hamzah Zainudin atau Mejah dalam loghat Perak sangat berkeyakinan ketika mengadakan sidang media berkaitan arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada Jumaat Yalah sebagai setiausaha agung parti patutlah beliau tunjuk...
Hasil Riset Terbaru Pembeli Lebih Percaya Affiliate Marketing Daripada Artis Atau Influencer

Hasil Riset Terbaru Pembeli Lebih Percaya Affiliate Marketing Daripada Artis Atau Influencer

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 267 hits
Ninja Xpress bekerja sama dengan Populix mengadakan survei Suara UKM Negeri Vol 5 tentang Fenomena Affiliate Marketing pada Social Commerce
Kapan Pdip Tentukan Sikap Oposisi Atau Gabung Prabowo Gibran

Kapan Pdip Tentukan Sikap Oposisi Atau Gabung Prabowo Gibran

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 156 hits
Dia menyebut penyusunan kabinet merupakan hak prerogatif Prabowo sebagai presiden
Lebih Didahulukan Istri Atau Ibu

Lebih Didahulukan Istri Atau Ibu

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 278 hits
Pertanyaan Dalam Islam bagi seorang suami mana yang lebih didahulukan Ibunya atau istrinya Jawaban Alhamdulillahi hamdan katsiran thayyiban mubarakan fihi ash shalatu wassalamu ala alihi wa shahbihi Menggabungkan Dua Perkara Lebih Utama Per...
Rentasan 1603 Usaha Pas Takutkan Pelabur Digital Ternyata Gagal

Rentasan 1603 Usaha Pas Takutkan Pelabur Digital Ternyata Gagal

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 220 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1603 1 PELABUR DIGITAL TAK TAKUT KERENGGA 2 ISU SUBSIDI BAHAN API NAK LESTARI ATAU TEMBERANG 3 BENARKAH PAS KOMITED PERKASA MAHKAMAH SYARIAH
Sistem Maybank Mae Maybank2u Dan Kad Debit Gagal Semuanya

Sistem Maybank Mae Maybank2u Dan Kad Debit Gagal Semuanya

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 271 hits
Maybank baru sahaja mengumumkan bahawa aplikasi MAE Maybank2u dan Maybank2u biz transaksi kad debit semuanya sedang mengalami masalah Kumpulan perbankan di dalam catatan media sosialnya berkata sistem sedang mengalami gangguan sementara dan...
Kalau Baca Ikut Fahaman Walaun Nampak Sangat Gagal Dalam Bahasa Melayu Spm Kalau Nak Buat Report Ni Boleh Dah

Kalau Baca Ikut Fahaman Walaun Nampak Sangat Gagal Dalam Bahasa Melayu Spm Kalau Nak Buat Report Ni Boleh Dah

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 277 hits
Najib BakarTadi aku terjumpa post ni Mula tu terkejut juga aku Sebab setahu aku elektrik dah diswastakan masa aku kecik lagi Yang swastakan itu la penasihat SG4 Jengah ke ruangan komen begitulah rata ratanya kata perkara yang sama Dah swast...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Nak Anak Senyum Manis Sampai Besar Start Dengan 5 Tip Ni

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag