Hampir 300 000 Desak Waytha Letak Jawatan


Diterbitkan 19 Dis 2018, 12:34 tengah hari 

Ekoran kematian Muhammad Adib Mohd Kassim malam kelmarin, wujud kempen dalam talian bagi mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy supaya meletak jawatan.

Melalui laman sesawang change.org gesaan supaya senator terbabit berundur sudah mendapat sokongan lebih 272,680 orang setakat tengah hari ini.

Petisyen berkenaan dilancarkan sejak beberapa hari lalu oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS).

Petisyen tersebut yang dimulakan oleh Aiman Haziq yang menuntut pelucutan jawatan Waythamoorthy kerana memburukkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa dengan menyebarkan fitnah mengenai pencabulan hak asasi terhadap kaum minoriti.

Menurut kenyataan GPS, NGO berkenaan terdiri dari pelbagai agama, kaum, latar belakang dan pendirian politik menuntut pelucutan jawatan Waythamoorthy yang diberi tanggungjawab dalam hal-ehwal perpaduan di negara ini.

Katanya, desakan itu disebabkan menteri terbabit memburukkan imej negara di platform antarabangsa dengan menyebarkan fitnah kononnya rakyat Malaysia beragama Hindu didiskriminasi.

“Dia memfitnah kepada dunia luar kononnya penganut Hindu perlu memeluk Islam jika mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam, manakala rumah ibadat mereka telah dirobohkan sesuka hati oleh pihak berkuasa.

“Dia juga berkeras mahu meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) atas kapasitinya sebagai menteri walaupun mendapat tentangan dan bantahan daripada masyarakat bumiputera.

“Dia juga gagal mengawal ketegangan antara kaum yang semakin memuncak sejak kebelakangan ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai menteri,” kata NGO itu.

Menurutnya, Waythamoorthy juga dikatakan mempunyai latar belakang kontroversi seperti pernah menyertai perhimpunan Hindraf pada 2007, dan pasport antarabangsanya pernah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Beliau juga, kata NGO itu lagi, mempunyai kepentingan dengan pemimpin Hindraf yang pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Selain itu, beliau gagal menyelesaikan isu tanah kuil Sri Maha Mariamman Seafield di Subang Jaya atas kapasitinya sebagai menteri perpaduan.

“Sebaliknya, beliau menyalahkan polis dengan alasan kononnya pihak berkuasa itu lambat mengawal rusuhan semasa kejadian rusuhan,” katanya.

Sehubungan itu, GPS menuntut Waythamoorthy meletak jawatan demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/hampir-300000-desak-waytha-letak-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Desak Menteri Waytha Letak Jawatan Mbm Bagi Masa Hingga Jumaat Ini

Desak Menteri Waytha Letak Jawatan Mbm Bagi Masa Hingga Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 344 hits
JUFITRI Joha bersama pemimpin belia ketika sidang media bagi mendesak tindakan dan pengadilan sewajarnya dari pihak berkuasa serta gesaan meletak jawatan terhadap Menteri Perpaduan Waytha Moorthy di Wisma Majlis Belia Malaysia Jalan Tasik P...
Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan Satu Tindakan Keji Dan Memalukan

Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan Satu Tindakan Keji Dan Memalukan

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 333 hits
PUTRAJAYA 24 Dis Sekumpulan aktivis termasuk peguam kontroversi Siti Zabedah Kassim mendakwa pihak yang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy meletakkan jawatan dilihat cuba mengambil peluang menegakkan kebencian keta...
Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai

Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 615 hits
Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib Anda Mesti Terkejut Berapa RamaiBerhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai
Eloklah Waytha Moorty Letak Jawatan Sebagai Menteri Kadir Jasin

Eloklah Waytha Moorty Letak Jawatan Sebagai Menteri Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu P Waytha Moorthy perlu berundur sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana hilang kelayakan menjaga perpaduan nasional Desakan itu dibuat penulis blog The Scribe Datuk A Kadir ...
215706 Tandatangan Petisyen Tuntut Waytha Moorthy Letak Jawatan Dipecat

215706 Tandatangan Petisyen Tuntut Waytha Moorthy Letak Jawatan Dipecat

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 362 hits
Petisyen menuntut pelucutan jawatan P Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator memperoleh 215 706 tandatangan setakat pukul 5 petang Petisyen tersebut dilancarkan pada 17 November lalu oleh Gerakan Pengundi Seda...
Umno Dalam Proses Desak Zahid Letak Jawatan Presiden

Umno Dalam Proses Desak Zahid Letak Jawatan Presiden

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 507 hits
JELAPANG hendak bertanyakan kepada kawan kawan Umno Benarkah satu gerakan sedang diadakan di bahagian bahagian Umno untuk mendesak Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno
Petisyen Desak Perlucutan Jawatan Waytha Moorty Meningkat Kepada 201 957 Tandatangan

Petisyen Desak Perlucutan Jawatan Waytha Moorty Meningkat Kepada 201 957 Tandatangan

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Petisyen menuntut perlucutan jawatan Menteri Perpaduan dan Senator yang disandang oleh P Waytha Moorty kini meningkat kepada 201 957 tandatangan sehingga jam 12 30 tengahari ini Petisyen atas talian itu dilancarkan oleh Gerakan...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi