Hampir 15 Tahun Wujud Kami Terima Banyak Peluang Tapi Kemampuan Terbatas


Views: 1
Bermula sebagai laman perkongsian trik, hack dan tutorial internet. OMG Hackers asalnya dikenali sebagai My Hackers Are Here. Ketika itu, scene godam-godam ini hanyalah sebuah hobi dan tidak mendatangkan bahaya kepada masyarakat umum. Data peribadi juga tidak disimpan secara pukal dalam bentuk elektronik. Jika diingat, untuk buka akaun bank pun, kita masih perlu ke kaunter ketika itu.
Ahli pengasas kemudiannya telah membawa haluan masing-masing. Ada yang menjadi penulis media, ada yang menceburi bidang keselamatan siber dan banyak lagi. Tinggallah Abam Arya sebagai penjaga tunggal laman web dan media sosial kami. Sehinggalah dinamakan semula sebagai OMG Hackers.
Tahun 2016-2017, beberapa ahli baru diserap. Tahun 2019, admin Murung Mohowongso membuat sedikit pembaharuan pada laman web dengan beralih kepada platform yang lebih stabil. Tahun 2020, Abam Arya melabur lebih sedikit pada laman web untuk beberapa aset premium.
Tahun 2022 boleh dikatakan tahun kemuncak OMG Hackers apabila mencapai lebih 1 Juta pengikut di Facebook Page kami. OMG Hackers sebelumnya mencari seorang ahli di kawasan Lembah Klang bagi memenuhi jemputan media yang semuanya dibuat di kawasan Lembah Klang. Tapi lain pula jadinya. Mereka yang tahu, tahulah. Harapkan pagar, pagar makan padi. Disuruh hadir jemputan jika lapang saja, tapi menjual nama syarikat untuk mendapatkan pelbagai barang review tanpa sebarang hasil. Sudahnya, beliau dilepaskan dan tinggallah kami yang berhabis masa, tenaga dan wang ringgit untuk membangunkan syarikat ini cuci tahi.
Tahun 2024 jadi satu lagi batu loncatan bagi kami dengan pendaftaran semula OMG Hackers ke Suruhajaya Syarikat Malaysia. Kami juga menerima banyak nasihat dan membina rangkaian bersama rakan media yang lain. Melalui ahli kami yang berserakan di seluruh Malaysia, ada yang rapat dengan ramai pengendali Page dan Group berasaskan teknologi seperti The Patriot, DFM, PARC, MPCGC dan banyak lagi. Antara nasihat yang seringkali kami terima adalah untuk menamakan semula nama kami kepada nama yang lebih komersil dan “membuang” perkataan “Hackers”. Kami difahamkan, ada beberapa nama besar industri sememangnya berminat untuk menaja kami, tapi konotasi negatif pada nama “Hackers” tersebut jadi penghalang.
Tahun 2025 jadi sejarah gelap kami apabila Page kami dipadamkan tanpa sebab yang jelas. Kami antara Page pertama yang jadi mangsa dalam gelombang pemadaman Page di Facebook sebelum beberapa Page besar lain menerima nasib yang sama. Alasan Meta, semuanya dilakukan oleh sistem (baca AI), jadi mereka tidak boleh buat apa-apa secara manual. Malang bagi kami, ketika Page lain boleh dipulihkan, Page kami langsung hilang dari arkib Meta tanpa sebarang sisa.
Mujurlah ada insan baik yang membantu kami pulihkan semangat dengan menaja hosting kapasiti tinggi untuk laman web kami. Kami buat Page baru dan bina semula segalanya dari awal.
Sepanjang kami menulis, hampir setiap minggu kami menerima jemputan untuk media. Malahan, ada juga beberapa jemputan bertaja untuk ekspo teknologi ke luar negara! Namun, terpaksa kami tolak atas faktor kekangan masa, kos, logistik dan aset perkakasan liputan. Saya dan Arya sebagai pemilik bersama OMG Hackers tidak menyimpan sebarang peranti bernilai tinggi untuk kegunaan penghasilan video bagi mencipta kandungan media.
Aset bernilai tinggi seperti kamera Insta360, telefon pintar flagship, kamera aksi, mikrofon berprestasi tinggi tidak dimaklumkan penerimaan dan tidak diserahkan kepada Arya yang menjadi pemilik tunggal entiti OMG Hackers pra-2024. Begitu juga dengan kerja-kerja media berbayar, juga tidak dimaklumkan. Kerana itulah, penghasilan video dan liputan media kami sangat terbatas. Mereka yang benar-benar bekerja untuk syarikat, tidak menerima hasil daripada pengorbanan selama ini.
Tahun ini ada 1-2 jemputan ke luar negara. Tapi terpaksa juga kami tolak. Iyalah, kami sendiri pun pakai telefon midrange saja. Memang malu nak buat liputan ekspo teknologi antarabangsa bila mana rakan media lain bawa macam-macam peralatan. Dengan Content Monetization yang tidak diluluskan, kami sudah tak nampak cara untuk bawa entiti OMG Hackers ini lebih jauh. Bukan segalanya perlukan wang, tapi wang diperlukan untuk segala-galanya. Belanja, penyelenggaran dan naik taraf platform. Semuanya memerlukan kos.
Apa pun, terima kasih kepada semua yang tetap menyokong kami. OMG Hackers kini tidak lagi jadi laman perkongsian perkara yang melanggar undang-undang. Tapi telah meluaskan skop dan genre yang dihurai. Sebagaimana ahli dan peminat OMGH sudah semakin dewasa, begitu juga dengan kandungan di Page ini. Lebih kepelbagaian membuka lebih banyak peluang kepada kami. Namun begitu, fokus kami terhadap data peribadi, privasi, keselamatan data dan teknologi masih lagi dikekalkan.
Doakan OMG Hackers terus maju. Jika kami ingin menukar nama kelak, apakah nama yang paling sesuai dan masih mengekalkan identiti asal?
The post Hampir 15 Tahun Wujud, Kami Terima Banyak Peluang, Tapi Kemampuan Terbatas appeared first on OMGHACKERS.COM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/hampir-15-tahun-wujud-kami-terima-banyak-peluang-tapi-kemampuan-terbatas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Turun Anwar Tapi Lain Yang Turun Terima Kasih Ds Anwar Berita Baiknya

Turun Anwar Tapi Lain Yang Turun Terima Kasih Ds Anwar Berita Baiknya

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1558 hits
Bermula 30 September ini seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1 99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam atau menerusi aplikasi stesen minyak Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota...
Kisah Adik Alif Hidup Sendirian Sejak 17 Tahun Kini Terima Tawaran Belajar Ke Upsi

Kisah Adik Alif Hidup Sendirian Sejak 17 Tahun Kini Terima Tawaran Belajar Ke Upsi

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 876 hits
KOTA BHARU Dalam kesibukan masyarakat mengejar kehidupan harian masih ada kisah menyentuh hati yang wajar dijadikan teladan Begitulah kisah seorang remaja tabah bernama Adik Alif yang menjadi perhatian warganet selepas perkongsian tular di ...
Kena Tobat Banyak

Kena Tobat Banyak

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 756 hits
Yang sebenarnya yang paling utama PAS untuk lakukan adalah Pertama banyak sangat Putar belitkan fakta dan selalu bawa yang tambah serbuk perasa nak bagi sedap demi nak tunjuk pemimpin mereka hebat Keduanya sebab banyak sangat Pelbagai cerit...
Bukan Aku Tak Mahu Cerita Aku Dah Banyak Kali Cuba

Bukan Aku Tak Mahu Cerita Aku Dah Banyak Kali Cuba

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1294 hits
Bukan aku tak mahu cerita Aku dah cuba Banyak kali Tapi setiap kali aku mula buka cerita aku nampak orang tak benar benar dengar Atau dengar tapi hanya untuk membalas bukan memahami BilaKataTakSamaDenganRasa
Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 2053 hits
Bekas anggota kumpulan Sepah Mamat membuat keputusan mengumumkan tidak akan menyertai sebarang program komedi lagi selepas ini Nak beri tumpuan pada bisnes saja Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad 40 berkata dia dan rakan seangkatann...
Detik Cemas Bumbung Jatuh Hempap Banyak Kereta Di Pantai Dalam

Detik Cemas Bumbung Jatuh Hempap Banyak Kereta Di Pantai Dalam

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 322 hits
Detik Cemas Bumbung Jatuh Hempap Banyak Kereta Di Pantai Dalam Suasana cemas melanda beberapa kawasan sekitar ibu negara apabila ribut dan angin kencang dipercayai membadai sebentar tadi Antara kawasan yang terjejas ialah Pantai Dalam yang ...
Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Let Gang Rape Suspects Take Spm After Trial Says Maria

Wan Saiful Saya Terima Surat Pemecatan Malam Tadi Surat Tidak Disertakan Alasan Terperinci Punca Dipecat

Ref Gio Rural Lucas Fernandes Arquitetos Itajobi S O Paulo Brazil

The Invisible Battle When Emotional Abuse Hides In Plain Sight

Ingin Jadi Content Creator Yang Bagus

Maggie Goreng Eh Bukan Maggie

Kadir Jasin Rape Incident In Melaka School Isn T A Test From God But Man Made Calamity Waiting To Happen


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fila Amir Dan Adama Camara Pasangan Romantis Malaysia Afrika

Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Jenna Ortega S Legs And Feet In Tights 34

Penggunaan Ayat Call To Action Dalam Kempen Pemasaran Beserta Contoh

Eu Asean Komited Perkasa Pendidikan Tinggi Tumpu Pembangunan Bakat Amp Kemahiran

Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas