Hamidah Saksi Kit Siang Cadangkan Mahathir Tubuh Bersatu



“Saya mengaku sayalah yang memberikan maklumat kepada Najib,” kata bekas Pengasas dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Osman yang mengakui memberikan maklumat berhubung penubuhan Bersatu yang diilhamkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. (Utusan) – Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hamidah Osman mendedahkan beliau merupakan pemberi maklumat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan Bersatu.
Hamidah mendakwa, beliau turut hadir dalam satu mesyuarat dipanggil oleh Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana ketika itu yang turut dihadiri beberapa pemimpin lain selepas gerakan Deklarasi Rakyat dilihat gagal membuahkan sebarang impak.
“Saya hadir dan Kit Siang juga ada. Dalam perbincangan kami, di depan saya, Kit Siang sendiri mencadangkan kepada Dr. Mahathir agar menubuhkan sebuah parti Melayu macam UMNO bagi mendapatkan 10 peratus daripada undi UMNO, yang mana jika itu berjaya dilakukan, Pakatan Harapan akan dapat menubuhkan sebuah kerajaan.
“Jadi, kalau hendak tanya siapa yang memaklumkan pada Najib, saya dengan ini memberi pengakuan bahawa sayalah orang yang hadir ketika perkara itu dibincangkan antara Dr. Mahathir dan Kit Siang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Hamidah berkata demikian sebagai membalas kenyataan Kit Siang semalam yang membidas Najib berhubung perkara tersebut apabila mendakwa bekas Perdana Menteri itu adalah seorang penipu, malahan beliau tidak dapat mengemukakan bukti atas dakwaannya.
Najib ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pendang baru-baru ini mendedahkan, asal usul penubuhan Bersatu adalah hasil cadangan daripada Kit Siang.
Dalam pada itu, Hamidah berkata, beliau sama sekali tidak akan terkejut sekiranya pengakuan yang dibuatnya hari ini akan turut dinafikan oleh Kit Siang kerana tiada apa yang mustahil, malahan sikap berbohong bukannya ada apa-apa bagi pemimpin veteran DAP itu.
“Kit Siang memberi kenyataan bahawa dia tidak pernah menuduh Dr. Mahathir sebagai seorang yang korup sedangkan kita tahu sebelum tertubuhnya Pakatan Harapan, Dr. Mahathirlah dikatakan sebagai bapa korupsi.
“Kalau rakyat yang mengundi mereka, mereka boleh tipu dengan tidak menunaikan manifesto-manifestonya, dalam hal ini, jika dia menafikan apa yang saya kata, maka, saya tidak terkejut,” katanya.
Tambah Hamidah, beliau terpanggil untuk bertanggungjawab menerangkan situasi sebenar pada hari ini apabila Kit Siang tampil menafikan dakwaan tersebut.
“Ini merupakan satu perbuatan tidak baik sebagai pemimpin, dengan sewenang-wenangnya buat, selepas itu menafikan, tarik balik dan minta maaf.
“Ini bukan satu budaya yang kita mahu dalam negara ini. Macam saya pada hari ini, saya mengaku dan bertanggungjawab dengan pengakuan saya sebab orang kata, berani buat berani tanggung,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/07/15/hamidah-saksi-kit-siang-cadangkan-mahathir-tubuh-bersatu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Yang Kata Kit Siang Cadang Tubuh Bersatu Boleh Ke Tanjung Rambutan Sindir Tun M

Orang Yang Kata Kit Siang Cadang Tubuh Bersatu Boleh Ke Tanjung Rambutan Sindir Tun M

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 339 hits
PUTRAJAYA 15 Julai Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas pada 20 Julai ini bagi meminda perlembagaan berkaitan pemilihan parti kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata pindaan itu bagi membol...
Najib Dedah Kit Siang Cadangkan Penubuhan Bersatu

Najib Dedah Kit Siang Cadangkan Penubuhan Bersatu

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 394 hits
PENDANG Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan mengenai asal usul penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah hasil cadangan Penasihat DAP Lim Kit Siang Bekas Perdana Menteri itu mendedahkan perkara tersebut semasa berucap merasmikan Pe...
Report Najib Claims Kit Siang Pitched Bersatu To Dr M In Ploy For Malay Downfall

Report Najib Claims Kit Siang Pitched Bersatu To Dr M In Ploy For Malay Downfall

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 361 hits
Datuk Seri Najib Razak has credited DAP adviser Lim Kit Siang for the formation of Parti Pribumi Bersatu Malaysia the youngest component party in the ruling Pakatan Harapan chaired by Tun Dr Mahathir Mohamad and headed by Tan Sri Muhyiddin ...
Bersatu Ditubuh Dari Idea Lim Kit Siang

Bersatu Ditubuh Dari Idea Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 378 hits
BERSATU Ditubuh Dari Idea Lim Kit Siang Pendedahan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BERSATU ditubuh atas cadangan Lim Kit Siang suatu yang mengemparkan kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah Tegas beliau maka in...
Tun Dr Mahathir Met Tun Lim Kit Siang For 45 Minutes

Tun Dr Mahathir Met Tun Lim Kit Siang For 45 Minutes

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 508 hits
The above picture was viralled by Raja Petra and reached one Whass App group For the benefit of the Malaysian cabinet it is a social media platform where a group of people could share with each other information in the form of text image vi...
Go To Tg Rambutan Dr M Responds To Bersatu Was Kit Siang S Idea Claim

Go To Tg Rambutan Dr M Responds To Bersatu Was Kit Siang S Idea Claim

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 369 hits
Bersatu chairperson Dr Mahathir Mohamad responded with sarcasm today when asked about claims that the idea to set up the party had come from DAP stalwart Lim Kit Siang Asked about former Bersatu vice president Hamidah Osman s claim earlier ...
Bersatu Is More Of Najib S Child Not Mine Kit Siang

Bersatu Is More Of Najib S Child Not Mine Kit Siang

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 321 hits
Lim Kit Siang has credited former premier Najib Abdul Razak with making the political landscape in Malaysia fertile for the birth of Bersatu According to the DAP veteran two events were responsible for the formation of Bersatu which include...
Is Accusing Kit Siang Of Creating Bersatu Hate Speech

Is Accusing Kit Siang Of Creating Bersatu Hate Speech

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 258 hits
We will have a strict precise definition If you deliberately and repeatedly destroy the harmony of society causing harm to people buildings and others this is considered an offence Mujahid Yusof Rawa on the proposed Anti Discrimination Act ...
Anwar And Kit Siang Underestimated Mahathir

Anwar And Kit Siang Underestimated Mahathir

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 311 hits
Yesterday it was still 50 50 and looked like a stalemate But today Mahathir made a move that has just strengthened himself And it is a most interesting move that involves Umno and PAS Yes if this move succeeds Anwar and DAP are checkmated A...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa