Halau Tikus Dan Lipas Dengan Hanya Menggunakan Kulit Telur Begini Caranya Senang Sangat
Rumah kita akan mengalami masalah jika kita kongsikan bersama dengan makhluk perosak seperti tikus, lipas dan semut. Setiap malam kita tidak mampu tidur lena dengan kehadiran encik tikus yang boleh merosakkan barang di rumah malahan membawa penyakit kepada kita dan keluarga. Jika encik tikus ini beranak-pinak di rumah anda memang bertambahlah kerosakan yang boleh berlaku.
Lipas yang tidak kurang hebatnya merayap di tengah malam ke dalam tong sampah di rumah kita kemudian singgah di makanan kita. Itu tak masuk fasa lipas terbang yang memang boleh kecoh satu rumah. Satu masalah lipas ini kita tidak membunuhnya sebarangan kerana dalam badan lipas ini ada parasit lain yang boleh membahayakan isi rumah kita.
Semut meskipun nampak seperti makhluk yang tidak bersalah sebenarnya dalam diam mengigit kita sehingga bengkak! Sangat bahaya kalau ada anak kecil dan semut masuk ke dalam telinga.
Petua kali ini menggunakan apa yang selalu kita buang iaitu kulit telur ayam. Kulit telur ayam rupanya ada banyak manfaat yang kita tidak tahu. Memetik laman Unicity, dibawah merupakan cara mengusir tikus, lipas dan semut.
Cara-caranya:
Keringkan kulit telur. Kemudian, gilingkan untuk menghancurkannya menjadi serbuk. Taburkan serbuk kulit telur itu segera pada kawasan yang hendak dibasmi.
Serbuk kulit telur boleh mengusir dan membunuh beberapa jenis haiwan perosak, seperti siput, siput babi, kutu, kumbang, tikus, lipas dan semut. Bila haiwan perosak terkena serbuk kulit telur, haiwan tersebut akan terus menggeliat, bergerak untuk beberapa ketika, berputar dan akhirnya mati.
Basmi haiwan perosak pada tanaman
Taburkan serbuk kulit telur pada daun tanaman anda yang sudah rosak diserang. Ini juga adalah satu kaedah menggunakan kulit telur untuk pengendalian haiwan perosak. Haiwan perosak akan menjauh daun tersebut serta membunuh perosak yang lain yang melekat di atas daun.
Diluar, taburkan juga serbuk kulit telur di sekitar permukaan tanah tanaman anda. Jika berlaku hujan, taburkan lagi serbuk tersebut untuk mengusir haiwan perosak menjauhi tanaman anda.
Sumber: petuaibu © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.blogmazeer.com/2019/02/halau-tikus-dan-lipas-dengan-hanya.html