Apalah Sangat Murid Belajar Daripada Seorang Insan Yang Hanya Mampu Jadi Seorang Guru



'Tahap Pendidikan Guru'
Saya tidak tahu hujung pangkal, tetapi tiba-tiba kisah tahap pendidikan seorang guru menjadi viral.

Saya teringat pernah mengadaptasi sebuah kisah yang ditulis dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Mungkin kisah ini relevan untuk dibaca semula.
Dalam satu majlis graduasi sekolah, seorang pengetua berucap dengan berkobar-kobar sambil jari telunjuk dijulang ke udara.

“Seorang doktor, mahu anaknya juga menjadi seorang doktor. Seorang jurutera, mahu anaknya juga menjadi seorang jurutera. Seorang ahli perniagaan, mahu anaknya bekerja di syarikatnya menjadi seorang CEO.

TETAPI, seorang cikgu?

Seorang cikgu juga mahu anaknya menjadi seperti mereka semua. Tiada seorang pun yang mahu MEMILIH untuk menjadi CIKGU, sangat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya."
Di satu sudut dewan, di meja makan, para tetamu mula kecoh bercerita tentang kejayaan dalam kehidupan.

Seorang CEO membuka mulut berbincang tentang masalah yang berlaku dalam bidang pendidikan.

Dia membuka bicara, “Apa yang seorang kanak-kanak boleh belajar daripada seorang insan yang pencapaian TERBAIK dalam hidupnya hanya mampu menjadi seorang CIKGU?”

Dia berpaling kepada seorang cikgu yang duduk semeja...

“Haa, awak seorang cikgu kan Rina? Terus terang, apa yang awak buat di sekolah sebenarnya?”

Cikgu Rina yang terkenal dengan jujur dan lemah lembut tersenyum, “Tuan betul-betul ingin tahu apa yang saya buat?” (Dia menarik nafas dalam-dalam lalu menyambung…)
“Begini, saya membuat kanak-kanak bekerja lebih rajin daripada apa yang mereka percaya.

Saya menjadikan murid yang mendapat gred C seperti mendapat No.1 seluruh sekolah atas peningkatan prestasi mereka.

Saya membuatkan murid yang mendapat A- terasa langsung tidak bermakna kerana membazirkan masa saya dengan membuat sambil lewa daripada yang terbaik mampu mereka lakukan.

Saya membuatkan kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian selama 30 minit di dalam kelas semasa saya mengajar. Sedangkan ibu bapa mereka sendiri tak mampu untuk buat mereka duduk walau 5 minit. Saya lakukan tanpa Ipod, Iphone, Ipad, Game, atau menonton TV.

Saya membuatkan ibu bapa terkejut dan terharu apabila saya menghantar pesanan ringkas whatsapp untuk memberitahu apa yang anak mereka telah lakukan di sekolah. Saya ceritakan bagaimana anak mereka telah berkongsi makanan dengan rakan yang tidak ada wang belanja ke sekolah. Itu adalah tindakan mulia paling sukar untuk saya lihat sekarang.

Saya membuatkan ibu bapa 'sedar' siapa sebenarnya anak mereka dan apa yang anak mereka mampu lakukan.

Tuan nak tahu apa lagi saya buat?"

(Dia berhenti seketika dan memandang mata setiap orang yang berada di meja tersebut)
“Saya buat anak-anak terasa hebat."

“Saya buat mereka selalu bertanya soalan."

“Saya buat mereka yakin menjawab pertanyaan."

“Saya buat mereka meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan dan benar-benar memaksudkannya."

“Saya buat mereka menghormati orang lain dan bertanggungjawab atas setiap tindakan mereka."

“Saya buat mereka membaca, membaca, dan membaca."

“Saya ajar mereka bagaimana nak menulis dan buat mereka menulis dan menulis sehingga mereka tidak akan salah mengeja lagi."

“Saya buat mereka tunjukkan semua kerja rumah matematik mereka. Saya buat mereka gunakan akal yang Allah berikan, bukan kalkulator yang dicipta oleh manusia."
“Saya buat bilik darjah saya sebagai tempat yang paling selamat dan kondusif untuk semua murid saya."

“Akhirnya, saya buat mereka benar-benar faham sekiranya mereka menggunakan akal dan bakat yang dikurniakan Allah kepada mereka, bekerja keras, dan mengikut kata hati mereka yang benar, mereka akan berjaya.

“Saya yakin dan percaya bahawa duit bukanlah segala-galanya, walaupun semua orang di sekeliling cuba mempertikaikan apa yang saya lakukan.

Saya masih boleh mengangkat muka tegak memandang ke hadapan dan berjalan terus tanpa menghiraukan semuanya kerana mereka tidak mengetahui apa yang saya telah buat untuk 'anak-anak'' saya ."

"Tuan nak tahu kenapa saya yakin dengan apa yang saya buat?" (memandang tepat wajah tuan CEO tanpa berkelip)

“Saya menyentuh dan memberi kelainan dalam kehidupan mereka. Saya mengubah mereka untuk percaya diri dan menjadi yang terbaik mampu mereka lakukan. Mendidik dan menyediakan mereka untuk menjadi seorang Doktor, Jurutera, dan CEO."

“Sekarang, apa pula yang Tuan CEO buat pada mereka?”

Tuan CEO memandang kosong wajah cikgu Rina.

___________

~Diterjemah secara bebas dari puisi Taylor Mali dan diubahsuai dengan sepenuh penghayatan~


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/02/apalah-sangat-murid-belajar-daripada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemendikbud Ingin Proses Belajar Murid Di Kelas Menjadi Menyenangkan

Kemendikbud Ingin Proses Belajar Murid Di Kelas Menjadi Menyenangkan

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 336 hits
Direktur Jenderal Guru dan Tenaga Kependidikan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Supriano mengatakan proses pembelajaran di kelas harus dibenahi agar bisa menciptakan kelas yang menyenangkan
Nur Kalim Guru Honorer Yang Ditantang Murid Bergaji Rp 450 Ribu Per Bulan

Nur Kalim Guru Honorer Yang Ditantang Murid Bergaji Rp 450 Ribu Per Bulan

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 252 hits
Nur Kalim diketahui sudah mengajar lima tahun di SMP PGRI Guru bidang studi IPS ini hanya digaji Rp 450 000 setiap bulannya
Kebesaran Hati Guru Maafkan Murid Smp Gresik Yang Menantangnya Berkelahi

Kebesaran Hati Guru Maafkan Murid Smp Gresik Yang Menantangnya Berkelahi

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 405 hits
Sebagai guru Nur Khalim menerima perlakuan yang tidak pantas dan menyenangkan oleh siswanya Dia berbesar hati berjiwa besar memaafkan
Viral Video Siswa Smp Menantang Dan Mencengkeram Kerah Gurunya Murid Kok Nggak Hormati Guru Sih

Viral Video Siswa Smp Menantang Dan Mencengkeram Kerah Gurunya Murid Kok Nggak Hormati Guru Sih

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 268 hits
Kok bisa sih anak sekolah berani sama gurunya Paling sih endingnya bakalan nangis nangis minta maaf ye kan
Pihak Sekolah Tidak Paksa Murid Belajar Pendidikan Islam

Pihak Sekolah Tidak Paksa Murid Belajar Pendidikan Islam

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 358 hits
Imej via Malaysiakini Berhubung laporan Malaysiakini di bawah tajuk KPM ingin menjelaskan bahawa pihak sekolah tidak pernah memaksa murid yang terbabit mengikuti Pendidikan Islan sebagaimana dilaporkan portal Malaysiakini dan beberapa media...
Rekod Tunjuk Islam Kementerian Nafi Murid Hindu Dipaksa Belajar Agama

Rekod Tunjuk Islam Kementerian Nafi Murid Hindu Dipaksa Belajar Agama

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 359 hits
SEREMBAN Kementerian Pendidikan hari ini menafikan laporan media semalam yang melaporkan mengenai seorang murid beragama Hindu dipaksa belajar Pendidikan Islam di sebuah sekolah di negeri ini Ketua pengarah pelajaran Datuk Amin Senin sebali...
Lelaki Ini Dipecat Dari Pertandingan Bina Badan Hanya Kerana Dia Seorang

Lelaki Ini Dipecat Dari Pertandingan Bina Badan Hanya Kerana Dia Seorang

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 525 hits
Ibrahim Masri melaungkan azan sejak 15 tahun lalu di sebuah bandar di Israel namun suaranya kini disenyapkan kerana menyertai pertandingan bina badan Kementerian Dalam Negeri Israel memecat beliau sebagai ketua bilal di masjid El Jazzar uta...
Halau Tikus Dan Lipas Dengan Hanya Menggunakan Kulit Telur Begini Caranya Senang Sangat

Halau Tikus Dan Lipas Dengan Hanya Menggunakan Kulit Telur Begini Caranya Senang Sangat

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 969 hits
Rumah kita akan mengalami masalah jika kita kongsikan bersama dengan makhluk perosak seperti tikus lipas dan semut Setiap malam kita tidak mampu tidur lena dengan kehadiran encik tikus yang boleh merosakkan barang di rumah malahan membawa p...
Guru Tadika Tikam Murid Dengan Klip Kertas Kerana Tak Mahu Tidur

Guru Tadika Tikam Murid Dengan Klip Kertas Kerana Tak Mahu Tidur

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 675 hits
cDua guru tadika ditahan polis dan disoal siasat selepas didakwa sengaja mendera murid muridnya dalam kejadian yang berlaku di sebuah tadika di bandar Xi an wilayah Shaanxi China lapor Daily Mail Menurut salah seorang ibu mangsa Pan berkata...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn