Halatuju Politik Malaysia Gagal Atau Bertukar


 


Oleh DR SHAHNOR BASRI 
Politik sedang hanyut dengan kedegilan, kegilaan, ketamakan dan ketidak-keruan. Sukar untuk meyakini dan mempercayai sesiapa setakat ini. Rakyat sedang merana, pandemik makin berterusan naik dengan angka menakutkan, bunuh diri kerana kesempitan dan tekanan menjadi-jadi, ekonomi terus merudum dan kesengsaraan demi kesengsaraan menghimpit rakyat.

Politikus? Berenak-enakkan di kerusi empok dan ada yang mendapat habuan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan.

Hakikatnya rakyat diabaikan. Tujuh kegagalan kerajaan PN yang disenarai oleh Presiden Umno dengan sekaligus menarik sokongan terhadap Tan Sri Mahiaddin selaku PM tidak diendahkan.

Anggota-anggota kabinet yang mewakili partinya sendiri seakan mengabaikan keputusan tersebut dan menjadikan ia bahan untuk bertelingkah pendapat sesama kepimpinan Umno. Siapa yang benar dan siapa pendusta besar (Biggest Liar), rakyat tidak tahu!

Ada pemimpin yang tidak tahu malu dan lidah bukan setakat bercabang dua, malah bercabang-cabang. Baru sehari mengatakan Umno tidak melobi kedudukan Timbalan Perdana Menteri dan MKT telah putus tidak terima jawatan, sehari kemudian pimpinan muda yang sama melutut mengadap Timbalan Perdana Menteri yang tidak dilobinya!

Di sebalik yang lain, seorang pimpinan kanan Umno yang juga merupakan ahli MKT ketika diwawancara oleh penganalisis politik Datuk Zaharin Mohd. Yasin menyatakan bahawa daripada 56 orang ahli MKT, 46 ahli MKT layak mengundi telah bersetuju menyokong keputusan MKT seperti yang di umumkan oleh YB Presiden, dengan 3 ahli MKT tidak bersetuju (1 menolak, 1 berkecuali dan seorang KIV).

Daripada jumlah tersebut menurut beliau lagi 35 menyokong tanpa syarat dan selebihnya bersyarat!. Tetapi kini kenapa pelbagai ulasan telah keluar termasuk oleh pelbagai pihak termasuk yang tidak menganggotai MKT dengan menggambarkan pula bahawa ramai ahli MKT tidak bersetuju dengan Presiden.

Ada pula rakaman audio mesyuarat yang bocor dan rakaman haram dilakukan oleh seseorang atau beberapa orang, yang kemudian mendedahkannya kepada awam. Sungguh tidak beretika dan bermoral! Kalaulah benar MKT menolak syor tidak menyokong dan mendokong TSMY serta merta, kenapa dibiarkan DSZH membuat sidang media live diawal pagi seusai mesyuarat MKT Umno? Siapakah berkata benar dan siapa pula pendusta besar?

Dengan angka kes baharu Covid-19 yang mencanak naik melepasi 9,000 kes baharu sejak tiga hari lalu, menunjukkan kerajaan tidak mendengar pandangan pakar dan ahli politik di luar dari PN dalam menghadapi pandemik tahap merunsingkan ini.

Benarlah ungkapan Presiden Umno bahawa kerajaan ini Kerajaan Gagal. Benarlah hujah Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim bahawa pendekatan kerajaan PN tidak berdasarkan data-raya yang tepat (actual and real big data), pendekatan pemulihan yang tidak berstrategi, polisi flip-flop dalam perintah kawalan pergerakan, menyalahguna proklamasi darurat yang kononya bertujuan untuk membasmi wabak dan melandaikan jangkitan (akan tetapi sejak darurat diisytihat tiada bukti langsung pandemik di negara ini reda dan landai jangkitan).

Kerajaan gagal ini seperti hujah DS Presiden Umno telah menidakkan sebelum ini titah Di Raja supaya parlimen bersidang segera untuk membentang dan membahas agenda menghadapi pandemik.

Parti Pejuang yang baru diluluskan pendaftaran pula melalui kenyataan oleh Presiden Datuk Seri Mukhris Mahathir telah mengesyorkan semula cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN). Kononnya untuk menyejukkan ‘suhu’ politik.

MPN akan mengambil alih kuasa kabinet sehingga PRU ke 15. Ini satu lagi cadangan yang bukan untuk meredakan suhu politik malah akan menyebabkan suhu politik lebih membara dan menggelegak, kerana melalui cadangan ini sudah pasti ada yang bercita-cita untuk menjadi Pengerusi MPN kalau pun tidak dapat menjadi PM semula. Lebih baik abaikan cadangan ini, pergi ke Parlimen segera berbahas dan cari penyelesaian bersama demi untuk rakyat dan kerana rakyat!

Sewajarnya Parlimen bersidang seperti yang telah diputuskan bagi membahas dengan teliti ordinan-ordinan darurat, menyemak semua dana yang telah diguna selama hampir setahun lebih terutama semenjak proklamasi darurat, membahas pelan cadangan oleh kerajaan PN yang lemah dan semput untuk mentadbir pandemik ini apatah lagi mengurus negara dari pelbagai sudut.

Biarkanlah Parlimen sebagai badan perundangan tertinggi persekutuan bersidang dan memutuskan secara bersama akan kaedah-kaedah terbaik untuk mengatasi pandemik ini secara tuntas, berstrategi, berasas data sains yang tepat dan berpandukan kaedah kesihatan awam yang tersusun.

Kita boleh kembali pulih dan berjaya tanpa mencipta satu lagi helah berpolitik untuk berkuasa melalui Majlis Pemulihan Negara. Do it Right and Do It Together! Cadangan MPN boleh didengar tapi untuk percaya siapa yang berkebolehan mentadbirnya dengan sikap non-partisan, jujur, tidak berpihak dan sedia mendengar adalah amat sukar.

Apakah jalan kehadapan. Umno telah menyatakan pendirian (jika benarlah) menolak kepimpinan TSMY serta-merta (mulai 8hb Julai 2021). Kalau Umno tidak lagi menyokong TSMY sebagai organisasi, maka maknanya kesemua MP Umno tidak lagi menyokong dan mendokong TSMY.

Katalah sebahagian yang punya kepentingan dan kedudukan dalam kabinet TSMY ingkar dengan keputusan MT Umno, majoriti masih tidak berpihak kepada TSMY, walaupun Pejuang dan muda memilih untuk berada bersama TSMY yang mengkhianati mereka.



 

Beliau sebenarnya sudah tiada pilihan, melainkan berundur sebelum Parlimen bersidang pada 26 Julai ini atau adakah beliau mahu senasib dengan Timbalan Presidennya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Peja) yang diturunkan dari ‘takhta’ Menteri Besar Perak melalui undi percaya.

Sudah pastilah keputusan terbaik adalah sebelum 26 Julai kerana aib dan mudaratnya tidaklah seburuk menghadapi undi percaya terhadap PM oleh ahli Parlimen. Jika TSMY berjiwa rakyat dan negarawan beliau harus mendahulukan rakyat. Beliau harus melihat betapa parahnya ekonomi di ketika beliau memerintah.

Laporan Bloomberg terkini mengesahkan bahawa ekonomi Malaysia sedang bermasaalah, kerajaan tidak berfungsi dan Malaysia mengikut rumusan Bloomberg hampir kepada Negara Gagal! (Malaysia Economy in Trouble. Government is Dyfunctional. Malaysia is closed to a Failed State, Bloomberg , 09 Julai 2021).

Laporan The Economist dua minggu lalu pula meletakkan Index tercorot Malaysia dalam menghadapi pandemik dan kesannya terhadap ekonomi! Adakah TSMY dan Kabinetnya mahu bertahan dalam keadaan gagal berpanjangan dan memusnahkan negara?
——————
Penulis merupakan Felo Akademi Sains Islam yang berpengkalan di Jordan dan tulisan ini adalah analisis peribadi penulis dan tidak menggambarkan pendirian akademi.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/halatuju-politik-malaysia-gagal-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sakit Mata Dan Sakit Hati Melihat Telatah Ahli Politik Malaysia

Sakit Mata Dan Sakit Hati Melihat Telatah Ahli Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 472 hits
Kerana rakyat kata mereka Tapi aku sebagai rakyat yang mewakili siapa siapa mengetahui ianya bukan kerana rakyat sebenarnya Jika ianya benar dan ikhlas kerana rakyat pemikiran ahli ahli polittik tidak sebegini rupanya Berebut kuasa bermuka ...
Malaysia Menuju Ke Arah Negara Gagal Kolumnis Bloomberg

Malaysia Menuju Ke Arah Negara Gagal Kolumnis Bloomberg

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 248 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Letusan sosial krisis ekonomi dan politik adalah kemungkinan menjadikan Malaysia menuju ke arah negara gagal kata kolumnis Bloomberg Dimulakan dengan rayuan meminta bantuan oleh rakyat ketika pelaksanaan lockdown ...
Kit Siang And Why Is Malaysia A Failed State Or Kerajaan Gagal

Kit Siang And Why Is Malaysia A Failed State Or Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 240 hits
According to the west Malaysia is a Failed State or Kerajaan Malaysia Kerajaan Gagal because of human trafficking and exploitation of illegal workers And the people involved in this crime are the Chinese businessmen who are mainly DAP peopl...
Malaysia Gagal Kerajaan Gagal

Malaysia Gagal Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 265 hits
MALAYSIA GAGAL KERAJAAN GAGAL Kalau tanya Mustapha Mohamed sure dia akan kata Malaysia tidak gagal sistem pentadbiran beroperasi dengan baik memang la sebab orang yang gagal memang takkan mengaku dia gagal Sebagai contoh puluhan tahun Musta...
Hanya Mereka Yang Gila Berpolitiking Kata Malaysia Gagal Tangani Covid 19

Hanya Mereka Yang Gila Berpolitiking Kata Malaysia Gagal Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 442 hits
SHAH ALAM Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan belum ada negara dalam dunia yang boleh mendabik dada telah berjaya menghadapi penularan wabak pandemik Covid 19 sehingga kini Menurutnya tidak ada juga negara yang berputus asa ...
Malaysia Negara Gagal

Malaysia Negara Gagal

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 437 hits
Sudah sekurang kurangnya dua kali Malaysia didakwa negara gagal Kali pertama sebelum Pilihan Raya Umum 2018 yang dituduh pihak lawan terhadap kerajaan semasa itu Terbaharu ia ditukas pula pihak luar Apabila didakwa sedemikian ia ditujukan k...
Politik Talam Dua Muka Penyumbang Kerajaan Gagal

Politik Talam Dua Muka Penyumbang Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 371 hits
DR KAMARUDIN MUSAIsunya kerajaan gagal atau kegagalan kerajaan Apa pun yang menjadi punca kepada kedua dua situasi ini adalah terjelma daripada Langkah Sheraton langkah yang melahirkan kerajaan berdasarkan pencabulan dan penodaan demokrasi ...
Pegawai Azmin Dakwa Noor Hisham Gagal Gesa Berundur

Pegawai Azmin Dakwa Noor Hisham Gagal Gesa Berundur

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 267 hits
Andrew OngSetiausaha akhbar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali hari ini menggesa Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah untuk mengundurkan diri Menulis di laman Twitternya Adlin M Zabri berkata ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord