Hala Tuju Selepas Spm


 


Bila sebut tentang hala tuju lepas SPM, ramai yang berebut nak masuk ke universiti. Sebenarnya, peluang selain universiti sangatlah banyak. Sama ada nak tak nak saja
Meh saya kongsikan antara peluang dan ruang yang boleh dipohon
1. Politeknik dan KOLEJ Komuniti.- Yuran hanya RM200 satu semester
- Yuran asrama RM60 sahaja satu semester
- Politeknik ini jam bukan kaleng-kaleng. Mereka sudah ada asasi dan ijazah mereka sendiri. Bukan lagi pilihan alternatif. Tak dapat universiti, politeknik pun bolehlah. Tidak
- Keboleh pasaran politeknik Kolej Komuniti ni lebih 90%- Politeknik juga ada menawarkan kursus yang tidak ditawarkan oleh universiti
2. Matrikulasi- Permohonan ke matrikulasi sudah dibuka sehingga 31 Mac 2024. Sebaiknya, anak-anak SPM 2023 mohonlah dulu. Senang. Takyah fikir dah. Lagipun permohonan percuma
- Belajar setahun saja (ada kursus 2 tahun juga)- Banyak kelebihan matrik. Bayaran pendaftaran RM500++ saja. Tak ada bayaran lain dah. Asrama pun percuma. Kalau layak, siap boleh dapat elaun lagi. - Jika anak-anak bijak, KPM akan taja dan hantar belajar di luar negara. Balik jadi pensyarah matrikulasi
- Kalau tak nak sambung ijazah, sijil matrik ni boleh mohon untuk kerja kerajaan. Setaraf diploma, STPM, STAM. Dapat gred 27
3. ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam)- Dalam UPU, bukan hanya ada universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti saja. Tapi ada ILKA
- Ada ADTEC, BPKLP, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Perindustrian, Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan, Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI), KKTM
- Semua ni ada dalam UPU. Boleh godek-godek dekat UPUPocket. Sebab nak mohon nanti melalui UPU
4. IPG- Kalau nak jadi cikgu sekolah rendah, inilah laluannya
- Boleh dikatakan 'confirm posting'
- Belajar secara percuma. Ditaja oleh KPM. Siap dapat elaun lagi
- Ada juga peluang belajar di luar negara khusus untuk murid terlajak pandai
- Syarat kemasukan hanya minima 5A. Tapi nak memohon bukan main susah. Ramai yang mohon. Kekosongan hanya ada sekitar 6k saja
7. STPM- Sekarang dipanggil Kolej Pra-Universiti KPM
- Ini tak perlu mohon. Akan ditawarkan secara automatik kalau layak. Kalau tak layak, boleh buat rayuan
- Belajar 3 sem saja
- Yang bestnya, kalau keputusan sem 1 dan sem 2 tak cantik, kita boleh repeat. Baiki keputusan supaya CGPA akhir boleh dapat yang terbaik
- Yuran sama macam yuran sekolah. Kata kawan saya, yuran tadika lagi mahal daripada yuran STPM ni
8. IPMA (Institut Pendidikan MARA)- Ada banyak. Cuma saya nak highlight kan kepada GiatMara, IKM, KKTM dan Kolej Profesional MARA
- Sebab dekat sini belajar percuma saja
- Asrama pun percuma. Siap dapat elaun lagi
- UniKL juga bawah MARA. Yuran mungkin mahal. Tapi, boleh dapat pinjaman MARA. Pinjaman boleh ubah. Pinjam puluh ribu, bayar mungkin berapa ribu je. - Boleh juga rujuk yang lain
9. Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU)- Ada 4 buah
- UTP bawah Petronas- MMU bawah Telekom- UNITEN bawah TNB- UniKL bawah MARA- Yuran memang keras. Tapi mereka ada biasiswa dan pinjaman boleh ubah. Pinjam banyaaaaaaaaakkkkkk, bayar ciput
10. Swasta- Tak semua swasta berasaskan keuntungan semata
- Ada yang bagus bagi biasiswa. Kena faham TnC betul-betul
- Cuma nak tak nak, kena terima hakikat, ada duit, baru boleh sembang
11. Private Wing University- Bawah universiti awam tapi bahagian swasta. - Tak ada subsidi kerajaan
- Kena bayar yuran penuh. Harga agak keras
- Cuma bagusnya, semua silibus, sijil, konvo buat dekat universiti induk
- UMP ada UMP Advanced. UM ada UMCCED. UTM ada UTM Space (sekadar sebut beberapa contoh)12. Pra Diploma UiTM- Khusus untuk bumiputera yang tak dapat keputusan yang baik
- Kena tambah 1 semester untuk persediaan. Jumlah semester jadi 7 untuk diploma
- Berpeluang belajar di UiTM untuk sambung ijazah
13. Latihan Separa Perubatan dibawah SPA
ILKKM - Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. - Menawarkan 10 kursus bertaraf diploma dan 2 kursus bertaraf sijil. - Dibayar elaun RM800 sebulan, Elaun Uniform, Elaun Buku & dibekalkan kasut setiap sem. - Yuran belajar percuma. Hanya bayar yuran asrama RM20 sebulan
- Habis belajar terus diserapkan bertugas dalam KKM. Jawatan tetap. Tapi ada juga yang kontrak dulu sementara
Dahlah. Ini saja yang saya terfikir setakat ini. Lagipun penat menaip guna henset ni Kalau ada lagi, saya update lagi ya. Mak ayah, anak-anak SPM dah boleh fikir sekarang. Jangan dah habis SPM baru nak fikir
At least, bila dah tahu syarat am khas, kita dah boleh buat target. Contoh nak masuk IPG mesti 5A. Jadi dalam kepala dah letak target. Apa nak jadi, aku kena dapat at least 5A untuk masuk IPG
Itu lebih baik daripada belajar tak ada matlamat. Ibarat main bola tapi tak ada tiang gol. Kena sepak, tackle, siku, tanduk. Dah bawa bola sampai atas, tak ada tiang gol nak shoot. Penat je yang dapat
All the best ya. Bittaufiq wannajah
Sumber: https://www.tiktok.com/@abdulmuiezruslee?_t=8imOyX5Z9us&_r=1
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/02/hala-tuju-selepas-spm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Perjumpaan Tertutup Sesi Penerangan Hala Tuju Institusi Berbai Ah Ppim 25 02 2024

Aktiviti Perjumpaan Tertutup Sesi Penerangan Hala Tuju Institusi Berbai Ah Ppim 25 02 2024

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 267 hits
25 Februari 2024 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Majlis Sesi Penerangan Hala Tuju Institusi Berbai ah di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur Majlis ini bertujuan semua ahli jemaah dapat bersama sama bermuzakara...
Lelaki Gigit Anggota Polis Selepas Ditahan Tidak Pakai Topi Keledar

Lelaki Gigit Anggota Polis Selepas Ditahan Tidak Pakai Topi Keledar

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 144 hits
KOSMO SEORANG penunggang skuter menggigit jari anggota polis di Bengaluru baru baru ini Foto AFPNEW DELHI nbsp Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki menggigit jari anggota polis trafik di Bengaluru Indi...
Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah Jabatan Agama Islam Wp

Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah Jabatan Agama Islam Wp

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 261 hits
Berzikir dan membaca doa selepas solat fardhu adalah amalan yang digalakkan Ini adalah berdasarkan beberapa riwayat hadis dan athar berkaitan galakan dan kelebihan amalan zikir dan berdoa selepas Kelebihan Zikir Doa Selepas Solat Fardhu Men...
Tak Suka Bersaing Ramai Perasan Song Jihyo Lebih Aktif Selepas Jeon Somin Keluar Running Man

Tak Suka Bersaing Ramai Perasan Song Jihyo Lebih Aktif Selepas Jeon Somin Keluar Running Man

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 276 hits
Sedar tak sedar sudah lebih 3 bulan Jeon So min meninggalkan Running Man dengan alasan mahu berehat seketika sebelum memberikan fokus pada dunia lakonan ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini dilihat beberapa penonton setia rancangan berkenaan mel...
Saya Dah Tak Nak Pakai Park Shinhye Kongsi Cerita Kembali Berlakon Selepas Jadi Ibu

Saya Dah Tak Nak Pakai Park Shinhye Kongsi Cerita Kembali Berlakon Selepas Jadi Ibu

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 204 hits
Walaupun dah mencecah 30 an namun ramai pelakon Korea yang masih selesa membawa watak pelajar sekolah ARTIKEL BERKAITAN Antara dari mereka ialah Park Shin hye dan Park Hyung shik dalam drama Doctor Slump Komen para pelakon itu dalam program...
Lelaki Taiwan Hilang Selepas Melakukan Penyiaran Langsung Di Hostel

Lelaki Taiwan Hilang Selepas Melakukan Penyiaran Langsung Di Hostel

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 189 hits
Seorang pencipta kandungan Taiwan dilaporkan menghilang selepas siaran langsung dari sebuah hostel di Kemboja yang didakwa menjadi tempat mangsa mangsa penipuan kerja Siaran selama 70 minit disiarkan di akaun Facebook beliau pada malam 12 F...
Pegangan Kwsp Melayu Bertambah Kurang Selepas Covid 19

Pegangan Kwsp Melayu Bertambah Kurang Selepas Covid 19

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 427 hits
Pelbagai pengeluaran berkaitan pandemik COVID 19 dengan ketara menghakis tahap simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi kaum Bumiputera dan India di negara ini Penengah atau median simpanan pencarum secara keseluruhannya menurun pada ta...
Penjawat Awam Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 21

Penjawat Awam Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 21

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 302 hits
PETALING JAYA Seorang penjawat awam maut dipercayai terjun dari tingkat 21 di sebuah kondominium di sini semalam Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 9 malam Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamalu...
Penunggang Motosikal Melambung Selepas Rempuh Kereta Tiba Tiba Tukar Laluan

Penunggang Motosikal Melambung Selepas Rempuh Kereta Tiba Tiba Tukar Laluan

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 174 hits
Alias Abd Raniam hmetro com myBatu Pahat Penunggang motosikal melambung selepas merempuh kereta dipandu warga asing yang menukar laluan secara tiba tiba di Kilometer 123 2 Lebuhraya Utara Selatan arah Yong Peng dekat sini semalam Insiden 1 ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti