Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah Jabatan Agama Islam Wp


Berzikir dan membaca doa selepas solat fardhu adalah amalan yang digalakkan.
Ini adalah berdasarkan beberapa riwayat hadis dan athar berkaitan galakan dan kelebihan amalan zikir dan berdoa selepas solat fardhu. 
Kelebihan Zikir & Doa Selepas Solat Fardhu Menurut Mufti WP menerusi Al-Kafi #713, antaranya kelebihan zikir dan doa selepas solat fardhu antaranya adalah:
1. Daripada Abu Umamah : Beliau berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. Rasulullah saw menjawab :
جَوْفَ اللَّيْلِ الْآخِرِ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ
Maksudnya :”(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardhu.”
Riwayat al-Tirmizi ( 3499).Beliau (Imam al-Tirmizi) berkata : Hadis ini adalah hadis Hasan.
2. Daripada Ibnu Abbas r.a. Beliau berkata : أَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم-كُنْتُ أَعْلَمُ إِذَا انْصَرَفُوا بِذَلِكَ إِذَا سَمِعْتُهُ
Maksudnya :” Terangkatnya suara (kuat) ketika berzikir adalah apabila orang ramai selesai menunaikan solat fardhu. Ianya berlaku pada zaman Rasulullah saw. Maka aku tahu jika mereka selesai menunaikan solat adalah ketika aku mendengar suara mereka berzikir.”
Riwayat al-Bukhari (841) & Muslim (1346)
3. Daripada Thauban r.a. Beliau berkata : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلاَتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلاَثًا وَقَالَ  اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
Maksudnya :” Rasulullah saw apabila selesai menunaikan solat Baginda beristighfar sebanyak 3 kali seraya menyebut  : اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَام.”
Riwayat Muslim (1362)
4. Daripada al-Mughirah Bin Syu’bah r.a. Beliau menulis surat kepada Mu’awiyah: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا فَرَغَ مِنَ الصَّلاَةِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِىَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
Maksudnya :” Sesungguhnya Rasulullah saw apabila Baginda selesai menunaikan solat Baginda mengucapkan : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِىَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدّ
Riwayat al-Bukhari (844) & Muslim (1366)
Kata Ibn Zubair : “Rasulullah saw mengucapkannya setiap kali selepas menunaikan solat.”
5. Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda : مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ فَتِلْكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Maksudnya :” Sesiapa yang bertasbih pada setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali. Kesemuanya adalah sebanyak 99 kali. Ketika mana sampai ke kali yang ke-100 dia mengucapkan : الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ maka diampunkan kesalahannya walaupun dosa tersebut sebanyak buih di lautan.”
Riwayat Muslim (1380)
Melalui riwayat-riwayat hadis di atas bahawa amalan zikir dan berdoa selepas solat fardu adalah satu amalan yang amat digalakkan.
Berikut dikongsikan beberapa contoh doa selepas solat yang ringkas dan boleh dijadikan amalan.
Adab Berdoa 1. Memuji Allah Antara adab berdoa yang dianjurkan oleh Nabi SAW  adalah dengan memulakan doa dengan pujian terhadap Allah SWT.
2. Berselawat Setelah memuji Allah, ia diikuti dengan berselawat kepada Rasulullah SAW.
3. Merendahkan Suara Berdoa dengan rasa rendah diri, khusyuk, bersungguh-sungguh dan penuh harapan.
4. Menghadap Kiblat Menghadap Kiblat, mengangkat kedua tangan dan menyapu kedua tangan ke muka setelah selesai doa.
5. Memilih Waktu Mustajab Selain itu ketika berdoa, seseorang itu hendaklah memilih waktu, yang diistilahkan sebagai waktu mustajab, seperti pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut ada satu ketika, apabila bertepatan masanya, Allah SWT akan memperkenankan doa tersebut.
Begitu juga dengan berdoa pada waktu malam, iaitu pada dua per tiga daripada malam.
Kita juga digalakkan memilih suasana yang mulia seperti dalam keadaan sujud, ketika suasana getir dalam peperangan, ketika hujan turun, ketika iqamah solat dan selepasnya.
Baca juga : Solat Dhuha: Panduan Lengkap Beserta Doa Dhuha
Contoh Doa Selepas Solat Yang Boleh Diamalkan Dipetik daripada laman Facebook Rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), berikut adalah contoh doa selepas solat yang boleh diamalkan.
Doa Selepas Solat Yang Dicadangkan Ketika Situasi Wabak Bagi memohon keselamatan dan perlindungan Allah SWT, berikut adalah doa-doa untuk dibacakan selepas solat dalam situasi wabak COVID-19 yang dicadangkan oleh Oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ،
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Maksudnya: “Aku memohon perlindungan daripada kalimah-kalimah-Mu yang sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan.”
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon perlindungan-Mu daripada penyaki sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”
اللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ، وَالْأَهْوَاءِ، وَالْأَسْوَاءِ، وَالْأَدْوَاءِ
Maksudnya: “Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada kemungkaran akhlak, mengikut hawa nafsu, keadaan yang buruk dan penyakit yang berbahaya.”
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan ‘afiah.”
Semoga dengan doa, rintihan dan munajat kita kepada-Nya, Allah SWT berkenan untuk memakbulkan permintaan kita ini.
*Oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Baca juga : JAKIM: Panduan Solat Tarawih Bersendirian Sepanjang PKP
Jadikan Doa Senjata Kita Sebenarnya kita boleh berdoa dalam apa jua bahasa yang kita selesa.
Maka tidak perlu tergesa-gesa bangun selepas menunaikan solat fardu jika kita terlupa dan tak mampu menghafal kesemua doa ini.
Yang penting, selepas solat nanti cubalah berada pada posisi itu buat seketika untuk berzikir dan berdoa.
Niatkan kita baca itu kerana mengikut sunah Nabi SAW.
Insha Allah, ia dapat menjadi nilai tambah kepada amalan dan ibadat kita.
Rujukan: Doa Selepas Solat oleh Taqwa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-selepas-solat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-selepas-solat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesyuarat Majlis Bagi Agama Islam Selangor

Mesyuarat Majlis Bagi Agama Islam Selangor

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 234 hits
Menjunjung kasih atas kesudian DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 7...
Betul Ke Tak Bacaan Doa Iftitah Yang Selama Ini Kita Baca Dalam Solat Tu

Betul Ke Tak Bacaan Doa Iftitah Yang Selama Ini Kita Baca Dalam Solat Tu

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 229 hits
Jangan kerana kita dah hafal sejak usia kanak kanak lagi kita tak mahu semak dah bacaan kita Betul atau tak Ada 4 kesalahan yang kerap berlaku Doa Iftitah 1 Huruf pada kalimah mestilah dibaca dengan baris hadapan Jangan dimatikan huruf ters...
Kedudukan Mahkamah Syariah Agama Islam Kekal Utuh

Kedudukan Mahkamah Syariah Agama Islam Kekal Utuh

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 212 hits
Jabatan Perdana Menteri memberi jaminan Mahkamah Syariah akan kekal dan terus terjamin selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Hal itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Je...
Kini Dukung Anies Begini Jejak Karier Jenderal Ryamizard Ryacudu Keturunan Penyebar Agama Islam Di Lampung

Kini Dukung Anies Begini Jejak Karier Jenderal Ryamizard Ryacudu Keturunan Penyebar Agama Islam Di Lampung

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 197 hits
Jenderal TNI Ryamizard Ryacudu memutuskan mendukung pasangan capres cawapres Anies Muhaimin di Pilpres 2024
Relawan Lintas Agama Doa Bersama Tkn 02 Semoga Titik Awal Kemenangan Prabowo Gibran Satu Putaran

Relawan Lintas Agama Doa Bersama Tkn 02 Semoga Titik Awal Kemenangan Prabowo Gibran Satu Putaran

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 228 hits
Ketua Relawan Pragribsip Ica Simon mengatakan aksi nyalakan 1 000 lilin cinta ini dilakukan sebagai simbol persatuan dalam keberagaman di Indonesia
Sambutan Jubli Emas Jawi Diharap Jadi Perintis Untuk Jabatan Agama Lain

Sambutan Jubli Emas Jawi Diharap Jadi Perintis Untuk Jabatan Agama Lain

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 155 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar KUALA LUMPUR Tanggal 1 Februari 2024 melakar sejarah 50 tahun penubuhan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Sejak ditubuhkan pada 1 Februari 1974 jabatan a
Cara Mudah Sekat Iklan Google Adsense

Cara Mudah Sekat Iklan Google Adsense

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 336 hits
AssalamualaikumBismillahPelik betul iklan adsense yang keluar ni Korang perasan tak iklan Google Adsense yang keluar baru baru nie Yang part lelaki jilat kaki tu Sangat mengganggu pemandangan blog nie nbsp Iklan tu pasal ubat kaki saja rasa...
Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran

12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin

Perbanyakkanlah Taubat

Bagaimankah Cara Kira Umur Kucing