Hakim Langgar Etika Boleh Dipecat


DATO’ HAJI ZAINUL RIJAL ABU BAKAR





SAYA dimaklumkan insiden yang tular di atas berlaku di Kota Kinabalu Sabah di majlis makan malam Opening of Legal Year (OLY) peringkat Sabah dan Sarawak. Video-video yang dapat diakses oleh saya menunjukkan penjawat-penjawat awam di atas bersama beberapa orang lain lagi menari sepentas semasa majlis makan malam tersebut.

OLY di Sabah dan Sarawak telah diadakan sejak dari 2001 lagi. Di Peringkat Persekutuan OLY juga diadakan. Kebiasaannya pada malam hari disusuli dengan majlis makan malam dihadiri oleh dif-dif kenamaan. Saya difahamkan majlis makan malam tidak diadakan di peringkat Persekutuan pada tahun ini. Dalam majlis makan malam OLY Sabah dan Sarawak tersebut diadakan persembahan oleh pegawai dan peserta dari setiap bahagian yang hadir. Persembahan pula adalah pelbagai termasuk nyanyian dan tarian

Adalah khilaf jika dikatakan disebabkan pertukaran Kerajaan Persekutuan acara ini diadakan kerana ia telah lama diadakan di Sabah dan Sarawak iaitu sejak 2001. Tuan rumah acara ini digilirkan mengikut rundingan bersama di Sabah dan Sarawak

Dalam acara OLY 2019 ini setiap stesen mengadakan persembahan dan insiden yang berlaku adalah semasa persembahan tuan rumah. Majlis makan malam pula adalah norma lazim diadakan setiap tahun oleh badan kehakiman dan guaman sejak sekian lama

Saya dimaklumkan beberapa dif kehormat termasuk Ketua Hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Peguam Negara dan Menteri Undang-undang dijemput ke pentas untuk menjayakan bersama persembahan tuan rumah namun dikatakan tidak semua yang berada di pentas dijemput oleh penganjur ke pentas

Manakala yang di bawah pentas pula bangun dan menari di samping memberi laluan kepada VVIP ke pentas

Pada pandangan saya tidak menjadi kesalahan bagi pihak penganjur menganjurkan OLY 2019 dengan persembahan dari setiap bahagian bagi memeriahkan makan malam tersebut. Hal yang demikian adalah lazim dilakukan khususnya di Sabah dan Sarawak. Apatah lagi hanya yang dijemput sahaja yang hadir ke majlis berkenaan

Bagi saya isunya bukanlah majlis makan malam dan persembahan yang diadakan itu tetapi persoalan mengapa individu-individu tertinggi badan kehakiman turut serta menari dan kelihatan bermesra dengan cabang kerajaan yang lain serta peguam persendirian yang seolah-olah memberi isyarat keakraban hubungan mereka sehingga mungkin boleh menjejaskan keadilan

Saya mendesak Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Peguam Negara menjelaskan kenapa mereka naik ke pentas dalam majlis rasmi seperti ini menari bersama sedangkan di pentas tersebut terdapat Menteri Persekutuan, Peguam Negara, peguam-peguam persendirian yang akan menimbulkan tohmah kepada institusi yang sedang mereka ketuai. Walaupun mereka dijemput ke pentas, bagi memelihara kesucian institusi yang mereka ketuai, sewajarnya mereka menolak jemputan tersebut kerana menimbulkan fitnah

Suatu keadilan bukan hanya perlu dilakukan tetapi mesti juga dilihat dilakukan

Oleh itu jika kelihatan Hakim-hakim sangat mesra menari bersama peguam di pentas yang sama ia akan menimbulkan syak wasangka di kalangan orang awam

Untuk penjelasan saya lampirkan di bawah ini sebahagian daripada Kod Etika Hakim 2009Kewajipan mematuhi Kod

4.     (1)     Seseorang hakim hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan yang ditetapkan dalam Kod ini

(2)     Pelanggaran mana-mana peruntukan yang ditetapkan dalam Kod ini boleh menyebabkan seseorang hakim dikenakan tindakan tatatertib mengikut peruntukan Kod ini

Mendukung integriti dan kebebasan badan kehakiman
5.     Seseorang hakim hendaklah menjalankan fungsi kehakiman dengan bebas berdasarkan penilaian tentang fakta dan mengikut pemahamannya tentang undang-undang, bebas daripada apa-apa pengaruh luar, dorongan, tekanan, ancaman atau gangguan, secara langsung atau tidak langsung daripada mana-mana pihak atau bagi apa-apa sebab

Mengelakkan ketidaksopanan dan gambaran ketidaksopanan dalam semua aktiviti kehakiman6.     (1)     Seseorang hakim hendaklah pada setiap masa, berkelakuan mengikut cara yang menggalakkan integriti dan kesaksamaan badan kehakiman.

(2)     Seseorang hakim tidak boleh :-(a)     membenarkan apa-apa hubungan mempengaruhi kelakuan kehakiman atau penghakimannyaDalam melaksanakan tugas-tugas kehakiman dengan adil dan cekap

7     (8)     Seseorang hakim tidak boleh berkelakuan mengikut cara yang tidak wajar sebagai seorang hakim atau yang boleh membawa atau dikira akan membawa nama buruk kepada jawatannya sebagai seorang hakim

Dalam bab mengurangkan risiko percanggahan dengan tanggungjawab kehakiman hakim semasa menjalankan aktivitu luar kehakiman
8.     (1)     Seseorang hakim hendaklah memastikan bahawa semua aktiviti luar kehakimannya tidak: (a)     menimbulkan keraguan yang munasabah tentang keupayaan untuk bertindak dengan saksama sebagai seorang hakim;

(2)     Seseorang hakim hendaklah mengelakkan hubungan rapat dengan anggota profesional perundangan secara individu, khususnya mereka yang menjalankan amalan di dalam mahkamah hakim itu, jika hubungan sedemikian mungkin menimbulkan syak atau tanggapan pilih kasih yang munasabah
(7)     Seseorang hakim tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh membawa nama buruk kepada jawatannya sebagai seorang hakim

Adalah sangat jelas ketiga-tiga cabang iaitu Kehakiman (Ketua Hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan beberapa hakim lain) Executive (Menteri Undang-undang) dan Legislatif (Peguam Negara yang menggubal undang-undang) ditambah pula dengan beberapa Peguam Persendirian menari dengan gembira berkongsi satu pentas bersama menimbulkan pelbagai tohmahan kepada pihak kehakiman. Persoalan juga timbul adakah insiden ini memberi isyarat prinsip pengasingan kuasa yang sekian lama diamalkan sudah pudar atau tidak lagi dipentingkan

Walaupun pelanggaran etika seorang hakim mesti diadukan kepada Ketua Hakim pelanggaran etika Ketua Hakim mestilah diadukan kepada Yang Di Pertuan Agong kerana Yang Di Pertuan Agong melantik Ketua Hakim

Saya juga sedar terdapat beberapa kalangan daripada peguam dan badan eksekutif yang mempertahankan insiden tersebut dengan pelbagai alasan termasuk menjadi norma lazim para peguam dan hakim mengadakan majlis makan malam dan berdansa, tidak menimbulkan sebarang wasangka serta tiada perlanggaran etika. Jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini ialah dengan merujuk kepada Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan

Oleh yang demikian aduan perlulah dibuat kepada Perdana Menteri agar membuat representasi kepada Yang Di Pertuan Agong menurut Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan terhadap Ketua Hakim dan kepada Ketua Hakim bagi Hakim-hakim yang lain mengikut etika berkenaan jika Perdana Menteri berfikir hakim-hakim tersebut wajar dipecat, sekiranya tidak tindakan lain menurut undang-undang perlu diambil. Walau bagaimanapun Ketua Hakim tidak boleh menghakimi aduan tersebut kerana beliau bersama-sama di dalam majlis berkenaan

Yang Di Pertuan Agong boleh menubuhkan suatu tribunal jika suatu representasi dibuat oleh Perdana Menteri bagi memecat Hakim yang melanggar etika atau suatu tindakan menurut undang-undang juga boleh diambil sekiranya pemecatan bukanlah suatu yang wajar akibat perlanggaran etika kehakiman atau tidak, insiden yang ditularkan ini, mengikut Perkara 125 tersebut

DATO’ HAJI ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
Presiden ,Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/hakim-langgar-etika-boleh-dipecat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kod Etika Hakim

Kod Etika Hakim

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 305 hits
Perkara 8 Seorang hakim hendaklah memastikan bahawa semua aktiviti luar kehakimannya TIDAK MENIMBULKAN KERAGUAN yang munasabah tentang keupayaan untuk bertindak dengan saksama sebagai sorang hakim DanPerkara 8 Seseorang hakim hendaklah MENG...
Tersangkut Ott Kasus Suap Hakim Pn Semarang Lasito Segera Dipecat

Tersangkut Ott Kasus Suap Hakim Pn Semarang Lasito Segera Dipecat

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 245 hits
Kepala Pengadilan Tinggi Jawa Tengah Mommy HT Siahaan dalam waktu dekat segera memecat hakim Pengadilan Tinggi Lasito yang terlibat kasus suap Pemecatan dilakukan setelah Lasito menerima vonis dalam persidangan
Guna Aset Kerajaan Jamu Makan Langgar Etika Kempen Spr

Guna Aset Kerajaan Jamu Makan Langgar Etika Kempen Spr

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 316 hits
DENYUT REFORMASI Suruhanjaya Pilihan Raya memandang serius laporan terdapat pihak yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands melanggar undang undang peraturan dan etika kempen pilihan raya Pengerusi SPR Azhar Azizan...
Memalukan Let S Twist Again Apa Kata Kod Etika Hakim

Memalukan Let S Twist Again Apa Kata Kod Etika Hakim

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 269 hits
ISMA WEB Rule of law acuan Malaysia Baharu membuka tirai Keadilan Menuju Kehadapan untuk rakyat Malaysia dengan edisi happening HAPPENING LA WEY Wa caya sama lu inilah sistem kehakiman kita Keadilan Menuju Kehadapan dalam Malaysia Baharu Ap...
Haid Tak Datang Tapi Tak Hamil Boleh Buat Tulang Rapuh 7 Puncanya Perlu Diambil Serius

Haid Tak Datang Tapi Tak Hamil Boleh Buat Tulang Rapuh 7 Puncanya Perlu Diambil Serius

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 290 hits
Haid yang sepatutnya datang setiap bulan sudah lama tidak datang Bila ujian kehamilan negatif Risaunya mama apa yang sedang berlaku adakah ia satu penyakit Kebimbangan tentu singgah di minda para ibu apabila saat saat itu tidak kunjung tiba...
Ketahui 7 Titik Refleksologi Pada Tapak Kaki Bayi Yang Boleh Tenangkannya Menangis

Ketahui 7 Titik Refleksologi Pada Tapak Kaki Bayi Yang Boleh Tenangkannya Menangis

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 1071 hits
Bayi menangis biasanya kerana ada sesuatu yang tak selesa di badan mereka Bukan sebab lapar dan mahu susu semata mata Ibu bapa perlu tahu 7 titik refleksologi bayi yang boleh meredakan jenis jenis sakit tertentu Kalau anda nak tahu urat sar...
Meneran Lebih Awal Semasa Proses Kelahiran Boleh Menyebabkan Rahim Jatuh Kenali 10 Lagi Punca

Meneran Lebih Awal Semasa Proses Kelahiran Boleh Menyebabkan Rahim Jatuh Kenali 10 Lagi Punca

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 462 hits
Wanita khususnya yang sudah melalui proses kelahiran mempunyai risiko untuk mengalami rahim jatuh Lebih berbahaya jika ia berlaku tanpa disedari dan seterusnya menggugat kesihatan rahim Dr Siti Aishah Daud Pakar Perbidanan Sakit Puan Subang...
Lg G8 Mungkin Akan Menyokong Skrin Kedua Yang Boleh Ditanggalkan

Lg G8 Mungkin Akan Menyokong Skrin Kedua Yang Boleh Ditanggalkan

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 189 hits
Trend pengeluar telefon pintar kini dilihat bukan lagi menggunakan takuk tetapi adalah skrin boleh lipat Konsep peranti boleh lipat ini secara tidak langsung menjadikan sesebuah peranti itu mempunyai dua skrin mengikut sokongan cara peranti...
Debat Pilpres Hanya Boleh Dihadiri 100 Pendukung Setiap Paslon

Debat Pilpres Hanya Boleh Dihadiri 100 Pendukung Setiap Paslon

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 257 hits
KPU membatasi massa yang ingin menyaksikan acara debat secara langsung Setiap pasangan calon hanya mendapatkan 100 undangan
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos