Hakikat Sebenar Yang Perlu Dilalui Apabila Anda Ingin Jadi Penulis Online Dan Jana Pendapatan


Perkongsian kali ini, saya nak share serba sedikit pengalaman yang saya dah pernah lalui sepanjang bergiat secara aktif sebagai penulis di internet.
 
Saya ni adalah serba sedikit pengalaman dalam bidang penulisan ini. Jadi kalau anda rasa nak dengar (atau baca) perkongsian pengalaman ni, bolehlah teruskan membaca. Kalau rasa tak minat, boleh terus tutup halaman ini. Saya janji yang saya tak akan berkecil hati.
 
Apa yang saya muatkan dalam artikel ini hanyalah sebagai “panduan” atau “perkongsian” semata-mata. Bagi mereka yang masih agak baru dalam bidang penulisan di internet, anggaplah ini sebagai satu rujukan.
 
Saya langsung tak berniat nak melemahkan semangat sesiapa. Apa yang bakal saya ceritakan adalah satu hakikat, yang sememangnya akan dilalui oleh semua penulis. Mungkin anda tak akan lalui semua, tapi pasti akan ada satu atau dua perkara yang saya kongsikan disini akan anda lalui.
 
Persoalannya disini bukanlah tentang sama ada anda akan lalui atau tidak, sebaliknya tentang bila anda akan lalui.

Andai kata anda lalui apa yang saya coretkan dalam artikel ini satu masa nanti, tak perlulah anda terlalu terkejut, sebabnya diperingkat awal lagi anda telahpun baca pendedahan dari saya. Sebaliknya anda akan rasa lebih bersedia, sebab dah tahu lambat laun apa yang saya ceritakan ini akan berlaku juga pada anda.
 
Tanpa membuang lagi banyak masa, jom kita lihat, apakah hakikat yang anda perlu lalui apabila ingin menjadi seorang penulis di internet. Tak kiralah sama ada menulis di blog, media sosial, atau lain-lain platform di internet.

 
Masa yang diambil untuk hasilkan income sangat perlahan Kadang-kadang dalam posting yang saya hasilkan, saya akan kongsikan antara bukti income yang pernah saya terima, hasil daripada kerja-kerja penulisan yang saya lakukan.
 
Ada yang jumlahnya sekadar beberapa ringgit, ada yang puluh-puluh ringgit dan ada juga yang mencecah ratusan ringgit. Misalnya kat bawah ni adalah bayaran terkini yang saya perolehi hasil daripada menulis tentang produk-produk yang dijual oleh Lazada Malaysia.

Saya pernah dapat sikit, tak sampai pun RM100. Pernah juga dapat lebih RM1,000. Pada saya, tak kiralah berapa jumlahnya, asalkan ada hasilnya, itu dah cukup menggembirakan saya. Lagipun, ini bukannya satu-satunya sumber pendapatan yang boleh kita perolehi apabila membuat kerja-kerja penulisan secara online.
 
Satu perkara yang saya suka dengan bidang penulisan di internet ini ialah, saya percaya bahawa setiap orang boleh dan mampu untuk memperolehi pendapatan yang sama seperti yang saya terima. Jika anda usaha lebih keras lagi, In Shaa Allah boleh dapat hasil yang berkali ganda lebih baik berbanding yang saya sendiri hasilkan.
 
Cuma itulah… satu hakikat yang perlu kita terima ialah, proses untuk karya penulisan kita mampu diterjemahkan dalam bentuk pendapatan akan mengambil masa yang agak lama. Ia merupakan satu proses yang sangat slow.
 
Berapa lama masa yang diperlukan bagi seseorang itu mampu untuk jana pendapatan melalui penulisan?
Ianya berbeza bagi setiap individu.
 
Ada beberapa faktor yang akan mempengaruhi berapa lama masa yang diambil, antaranya
(1) Skil penulisan yang dimiliki oleh individu tersebut
Skil penulisan ini berbeza bagi setiap individu. Ada penulisan jenis penceritaan (story telling), penulisan untuk jual barang (story selling dan copywriting)
 
(2) Tahap populariti individu tersebut
Sekiranya individu tersebut adalah seseorang yang dikenali dan sedia mempunyai pengikut yang ramai, maka perjalanan untuk dia raih pendapatan melalui penulisan bakal jadi lebih cepat.
 
(3) Topik ataupun niche yang dipilih untuk ditulis
Pemilihan topik juga memainkan peranan untuk berjaya dalam bidang penulisan. Kalau sesuatu topik tu sangat popular, dan ada ramai orang-orang yang hebat turut menulis topik yang sama, selalunya penulis yang masih baru akan sedikit tenggelam. Orang ramai akan lebih merujuk kepada orang yang lebih hebat.
 
Jadi kalau pilih topik yang tak ramai orang tulis, kita ada peluang untuk jadi satu-satunya sumber rujukan utama dan dilihat sebagai individu yang pakar mengenai topik tersebut.
 
(4) Tahap kerajinan kita dalam menghasilkan karya penulisan
Kalau anda hanya mampu untuk hasilkan 1 artikel dalam masa seminggu, dan dibandingkan dengan individu yang mampu untuk hasilkan 1 artikel dalam masa satu hari, sudah tentu individu yang boleh hasilkan artikel baru setiap hari akan lebih berjaya.
 
Orang yang buat kerja penulisan sepenuh masa, mungkin tak ada masalah untuk buat artikel baru setiap hari satu artikel. Tapi kalau sekadar penulis sambilan, itu lebih mencabar.
 
Sekarang ini, saya nampak ada banyak laman web baru, yang pemiliknya mampu hasilkan 5 – 10 artikel baru setiap hari. Macam mana mereka buat?
Oh mereka rupanya mempunyai ramai penulis yang bernaung dibawah laman web yang sama. Sebab tu mampu hasilkan artikel yang begitu banyak setiap hari.
 
Saya pernah usahakan untuk kumpul beberapa orang penulis untuk sama-sama bangunkan sebuah laman web. Tapi akhirnya projek tersebut tak berjaya.
 
Boleh jadi sebab setiap penulis itu ada pemikiran “daripada aku susah payah bangunkan website orang lain, lebih baik aku menulis dalam website aku sendiri…” 
 
Mungkinlah.

Pendapatan yang bakal dihasilkan pada peringkat awal dari kerja penulisan tidaklah begitu tinggi Kalau anda merasakan income sebagai penulis ni besar, mungkin anda perlu fikirkan semula.
 
Ya, saya tak nafikan diluar sana mungkin ada individu yang kerjanya hanya menulis tapi mampu untuk hasilkan pendapatan yang sangat besar.
 
Bila dia tulis buku, bukunya jadi bestseller.
Bila dia menulis di media sosial, terus ada banyak yang like, komen dan share.
Bila dia menulis di blog, blognya turut mendapat limpahan trafik yang banyak.
 
Tapi hakikatnya kebanyakkan dari kita tak macam tu. At least saya tak macam tu. Bila saya menulis di media sosial, di FB misalnya, biasanya karya penulisan saya akan krik… krikk… sahaja.

Maka disini pada peringkat awal, fokus kita bukanlah untuk hasilkan duit dengan serta-merta, sebaliknya kita fokus untuk menarik minat dan memperkenalkan konten kita kepada orang ramai. Bila orang ramai dah mula selesa dan suka dengan konten yang kita hasilkan, pada waktu tu barulah akan ada ramai orang mula beri perhatian pada penulisan kita.
 
Masa tu, pandai-pandailah selitkan serba sedikit link affiliate ataupun promosi produk dalam artikel.
 
Persaingan antara penulis juga sangat tinggi Memandangkan kerja penulisan ini bukanlah satu kerja yang begitu sukar, dan ada banyak penulis baru boleh mula terjun dalam bidang ini pada bila-bila masa, ia menjadikan persaingan untuk merebut perhatian pembaca jadi agak tinggi.
 
Maka disini pentingnya untuk anda jadi seseorang yang dihormati dan mempunyai kredibiliti, barulah penulisan anda akan dipandang serius serta dianggap penting.
 
Ada ramai orang yang menulis topik yang sama, seperti mana yang anda tulis. Persoalannya, kenapa orang perlu baca apa yang anda tulis dan bukannya baca karya penulisan orang lain?
 
Adakah sebab artikel anda lebih padat, lengkap dengan maklumat?
Atau sebab bahasa yang digunakan lebih santai?
 
Dekat sini, anda perlu cari apa kelebihan anda berbanding penulis lain. Kalau anda merasakan anda ada lebih banyak kelemahan berbanding penulis-penulis lain, maka cari cara untuk tutup kelemahan tersebut dan ambil inisiatif untuk tingkatkan keupayaan diri.
 
Masa yang lama akan dihabiskan untuk mengadap komputer Kadang-kadang akan berlaku satu keadaan dimana anda akan merenung skrin putih tanpa buat sebarang kerja penulisan.
 
Ini biasanya akan berlaku jika anda tidak mempunyai jadual penulisan anda sendiri. Jika anda jenis yang spontan, tidak suka merancang untuk menulis perkara apa dalam satu-satu masa, maka kebarangkalian untuk berlaku perkara ini kepada anda sangat tinggi.
 
Dalam kepala rasa macam ada banyak benda yang nak ditulis. Tapi bila dah berada depan skrin, anda hanya merenung skrin tanpa menaip walau satu patah perkataan sekalipun.

Saya sarankan, elakkan menulis secara spontan. Bukan kena berhenti terus, tapi kurangkan. Untuk jadi lebih produktif, anda patut sudah siap sedia dengan senarai tajuk atau topik yang anda ingin tulis. Cari masa untuk senaraikan 100 topik atau tajuk untuk anda tulis dan terbitkan di laman web milik anda.
 
Pastikan senarai ini sentiasa ditambah, apabila anda dapat idea penulisan baru. Selepas ini barulah anda tak akan kehabisan idea, serta tak perlu merenung skrin komputer terlalu lama.
 
Sentiasa akan muncul penulis baru yang mampu untuk hasilkan kerja yang lebih baik Bidang penulisan ini adalah satu bidang yang dinamik. Sebagai penulis, kita tak boleh terlalu cepat puas hati dengan hasil kerja yang telah kita lakukan.
 
Mungkin pada satu-satu masa, kita pernah menghasilkan karya penulisan yang sangat bagus dan karya tersebut sering dijadikan tempat rujukan. Namun, satu perkara yang anda perlu tahu adalah, seiring dengan perjalanan masa, mungkin akan ada beberapa maklumat yang kita salurkan sudah tidak relevan atau ada maklumat baru yang kita tidak masukkan dalam artikel penulisan yang kita pernah hasilkan sebelum ini.
 
Jika anda tidak memandang serius mengenai hakikat ini, dengan mudah penulis-penulis baru dapat mengatasi anda. Apalah gunanya anda pernah jadi sumber rujukan sebelum ini, jika pada hari ini maklumat yang anda salurkan sudah tidak lagi relevan. Dari 10 info yang anda kongsikan, mungkin 7 daripadanya sudah tidak boleh digunakan.
 
Bak kata orang, info tersebut dah basi.
 
Bandingkan dengan kehadiran penulis baru, yang menulis 10 point dan kesemua 10 point itu tadi sangat relevan dengan situasi semasa.
 
Jadi apa yang perlu kita lakukan?
Mujurlah bidang penulisan di internet ini tidaklah seperti penulisan buku. Kita ni sebenarnya pada bila-bila masa boleh lakukan kemaskini pada artikel-artikel lama yang pernah dihasilkan.
 
Jika ada info yang sudah tidak relevan, ianya boleh dikeluarkan.
Jika ada info baru yang sebelum ini tidak dimuatkan dalam artikel, ianya boleh ditambah.
 
Senang cerita, jangan cepat puas hati dengan artikel lama yang pernah kita terbitkan. Sentiasa cari masa, untuk upgrade dan update konten artikel tersebut, supaya ianya tetap relevan dan tak kisahlah bila ianya dibaca, ia tetap bermanfaat kepada pembaca.
 
Kebarangkalian untuk bertembung dengan scammer sangatlah tinggi Sebabnya masa kita akan banyak dihabiskan untuk online.
 
Sewaktu kita cari maklumat untuk hasilkan artikel, kita mungkin akan bertembung dengan banyak peluang-peluang untuk jana pendapatan secara online.
 
Dekat sini perlunya kita mempunyai pengetahuan yang baik mengenai cara mengenalpasti peluang yang real dengan yang scam. Anggaplah ini macam kita punya sistem pertahanan. Kalau tak ada ilmu nak kenal scammer, bimbang nanti asyik jadi mangsa kena scam sahaja.
 
Kadang-kadang kita mungkin tak jadi mangsa scam, tapi kita secara tak sengaja telah menulis dan mempromosikan sesuatu yang scam. Ini juga agak bahaya. Secara tak sengaja penulisan kita telah menyebarluaskan program yang scam.
 
Tiada jaminan bahawa anda akan berjaya Saya percaya semua orang ada peluang untuk berjaya dalam bidang penulisan. Namun, untuk mengatakan kejayaan dalam bidang ini adalah dijamin, ianya kurang tepat.
 
Waktu saya baru mula nak melibatkan diri dalam bidang penulisan, waktu tu ada ramai penulis baru macam saya. Kami semua menulis dan berlawan-lawan menerbitkan artikel penulisan yang baru diblog. Tapi selepas beberapa tahun, seorang demi seorang mula menutup blog dan telah meninggalkan bidang penulisan.
 
Akhirnya sekarang, mereka yang masih setia menulis dah tidak begitu ramai.

Karya kreatif anda tidak dihargai Bila sebut mengenai karya kreatif, apakah yang terlintas difikiran anda?
 
Karya kreatif yang saya maksudkan ini adalah seperti
(1) Cerpen
(2) Novel
(3) Drama
(4) Autobiografi
(5) Catatan jurnal / diari
(6) Puisi
(7) Syair
(8) Pantun
(9) Gurindam
(10) Sajak dan sebagainya
 
Kalau anda mahir menghasilkan pantun kreatif, permintaan untuk pantun ini mungkin meningkat jika anda menghasilkan pantun untuk
(1) Ucapan selamat hari lahir
(2) Pantun sambutan tahun baru
(3) Pantun ucapan selamat hari raya dan sebagainya
 
Selain dari itu, hasil penulisan kreatif anda mungkin akan dipandang sepi. Kalau anda menulis di laman web jenis blog, anda boleh lihat statistik trafik yang masuk ke blog anda dan membaca konten kreatif yang anda hasilkan.
 
Mungkin selepas itu anda akan setuju tanpa syak bahawa konten kreatif memang agak kurang dicari oleh pengguna internet, MELAINKAN anda sememangnya sudah popular dan mempunyai reputasi yang baik dalam bidang tersebut.
 
Jika anda seorang artis, sudah dikenali, dan ada pengikut yang ramai, tak mustahil karya kreatif anda akan ada peminatnya.
 
Kalau karya kreatif kurang mendapat tempat, justeru karya yang bagaimana yang patut dihasilkan?
Jawapannya ialah, anda patut hasilkan karya yang
(1) Memberi input untuk menyelesaikan masalah tertentu
(2) Artikel jenis “how to” atau “bagaimana cara”
 
Artikel dari dua jenis ini lebih mudah untuk mendapat perhatian pengguna internet berbanding artikel jenis karya kreatif.
 
Orang lain akan menghakimi anda dan mungkin akan terima kecaman Kalau tak sanggup kena judge, baik jangan sesekali masuk dalam bidang ini.
 
Tak la, saya gurau je. Sebenarnya mulut orang memang kita tak boleh nak kawal. Biasalah, dalam banyak-banyak orang yang baca penulisan kita, pasti akan ada yang suka, ada yang tak suka, ada yang setuju dan maybe akan ada yang kritik penulisan kita.
 
Saya syorkan, anda tak perlu layan sangat mereka-mereka yang mengecam. Melainkan kalau apa yang mereka kritik tu adalah perkara yang betul. Kalau kritikan tu adalah kritikan yang membina, maka bolehlah kita perbaiki mana yang silap.
 
Kalau sekadar komen yang menghina tu, anda abaikan sahaja dan move on kepada kehidupan anda. Tak perlu nak dilayan, sebabnya kalau dilayan akan jadi semakin meleret-leret.
 
Kehabisan idea Fenomena kehabisan idea ini juga adalah sesuatu yang akan dirasai oleh semua penulis. Orang yang ada banyak idea pun, sampai satu tahap akan merasai sendiri keadaan dimana dia kehabisan idea.
 
Keadaan kehabisan idea ini lebih dikenali dengan nama writer’s block. Namun anda tak perlu bimbang sebabnya ada cara untuk menangani masalah writers block ini.
 
Hilang minat untuk menulis Seterusnya, anda mungkin akan hilang minat untuk menulis.
 
Hal ini banyak terjadi dalam kalangan penulis. Macam yang saya ceritakan pada awal-awal tadi. Sewaktu awal-awal pembabitan saya dalam bidang penulisan ini, memang ada ramai orang yang turut sama jadi penulis blog.
 
Tapi lama kelamaan, jumlahnya makin berkurang dan laman web mereka juga sudah banyak yang hilang.
 
Ada yang telah beralih platform, dari blog kepada facebook, media sosial dan sebagainya.
Ada yang telah mengubah pendekatan, dari menulis artikel kepada menghasilkan video.
 
Ada juga yang terus meninggalkan bidang ini. Penulis tersebut sudah tak begitu aktif menulis, sama ada di blog, akaun media sosial dan dimana-mana sekali pun.
 
Mungkin, minat menulis itu sudah tak ada. Menulis ni, bila kita dah mula stop, mungkin sebab kita sibuk dengan kerja lain, lama-kalamaan skil tu akan mula hilang dan rasa teruja untuk berkongsi maklumat juga makin hilang.
 
Akhirnya, sedikit demi sedikit kita mula meninggalkan bidang penulisan secara total.
 
Fikir long term untuk penulisan Satu masa dulu, saya tak pernah ada cita-cita nak jadikan kerja penulisan ini sebagai kerjaya full time. Saya pun sama macam orang lain, masuk univerisiti, kerja dengan majikan, kemudian berhenti kerja untuk kerja dengan majikan lain yang boleh bayar gaji lebih besar.
 
Tapi agak malang sebab saya kurang happy dengan kehidupan seperti itu. Saya lebih seronok bila menulis. Saya rasa bebas bila menulis, dan bila dapat menyampaikan apa yang terbuku dalam hati, tanpa perlu ambil kisah apa orang lain nak kata.
 
Saya tak berapa minat nak menulis di media sosial, sebabnya orang-orang dekat situ banyak sangat yang acah-acah pakar. Suka nak berdebat, berbalas-balas hujah yang tak akan membawa kemana.
 
Tapi saya suka menulis di blog.
Saya tulis je apa yang saya rasa saya nak tulis.
 
Tahu-tahu saya dapat notifikasi melalui emel yang saya telah berjaya hasilkan komisen. Contohnya macam kat bawah ni.

Kadang-kadang pernah berlaku dalam sehari, saya dapat notifikasi emel seperti ini sampai beberapa kali. Padahal ada juga hari-hari tertentu yang saya mengelat dan malas nak menulis.
 
Apa yang saya nak katakan ialah, jika anda memang serius nak jadikan bidang penulisan di internet sebagai satu bidang untuk anda jana pendapatan, anda perlu fikir untuk jangka masa panjang.
 
Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan mula dari sekarang ini ialah seperti
 
Sampai bila anda nak menulis?
In Shaa Allah saya akan terus menulis selagi mana nyawa dikandung badan.
 
Apakah skil yang anda perlukan untuk pergi lebih jauh dalam bidang penulisan?
Pada pendapat saya, kita perlukan skil bercerita (story telling), skil menggunakan cerita untuk menjual (story-selling), skil copywriting untuk jual barang.
 
Apakah platform yang anda ingin gunakan untuk kerja-kerja penulisan?
Sesetengah orang selesa dan sangat berjaya menggunakan facebook untuk menulis. Alhamdulillah, rezeki dia.
 
Saya pula kurang selesa guna facebook, atau lain-lain media sosial, sebabnya semua tu bukan milik kita secara sepenuhnya. Saya pilih untuk menulis di blog sendiri, dan saya akan langgan domain dan hosting saya sendiri. Blog pula saya akan gunakan yang self-hosted, supaya tak perlu terikat dengan mana-mana terma dan syarat.
 
Blog saya, suka hati sayalah nak tulis apa.
 
Apakah kaedah untuk buat duit dengan penulisan yang anda bakal gunakan?
Saya sendiri, fokus kepada
(1) Pengiklanan seperti Google Adsense sebab tak perlu buat apa-apa sangat selain menulis macam biasa
(2) Program Affiliate. Ini saya cuma perlu masukkan link affiliate dalam artikel jika sesuai.
(3) Program Multi Level Marketing. Saya promosikan jika sesuai dengan konteks artikel.
(4) Advertorial. Ini maksudnya kita hasilkan entri berbayar. Satu artikel boleh caj RM100 – RM300.
 
Sekali lagi saya nak tekankan. Fikir long term.
Ya, jangka masa panjang.
 
Apa yang saya kecapi dan lalui, bukan atas hasil usaha setahun dua, sebaliknya bertahun-tahun menulis.
 
Peringkat awal, memang ada rasa nak stop, nak give up, dan macam-macam lagi. Tapi setiap kali rasa nak berhenti, tiba-tiba dapat komisen, dapat payment dari pengiklan, terus tak jadi berhenti dan saya terus bertahan sampai sekarang.
 
Akhirnya bidang penulisan ini, jadi bidang kerja yang saya boleh buat secara fulltime.
 
Tak kiralah apa yang berlaku kat luar sana, sama ada Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), Darurat, Bencana Alam atau what so ever, saya fokus pada kerja-kerja penulisan saya sahaja, dan Alhamdulilah, income tetap berjalan, menerusi Google Adsense dengan affiliate.
 
Kesimpulan
Akhir kata, bidang penulisan ini, walaupun semua orang boleh ceburi, namun ia mungkin bukan sesuai untuk semua orang.
 
Bidang ini perlukan jiwa!
 
Biarlah apa yang kita tulis itu terbit dari jiwa, supaya jiwa-jiwa pembaca dapat tersentuh dengan penulisan yang kita hasilkan.
 
Ya, ikhlas dari jiwa penulis terus ke jiwa pembaca. Baru akan wujud satu connection yang membuatkan mereka akan terus baca dan baca apa yang kita coretkan.
 
Tanyalah pada diri, betul ke aku ni minat menulis?
What if, setelah bertahun-tahun menulis tetap tak ada sebarang hasil dalam bentuk wang ringgit, adakah ketika itu kita akan masih istiqomah menulis?
 
Wallahua’lam.
 
Saya berpendapat, hanya orang yang betul-betul minat menulis sahaja yang cukup gila dan akan terus istiqomah menulis walaupun tak ada sebarang payment ha3.
 
The post Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/hakikat-sebenar-yang-perlu-dilalui-apabila-anda-ingin-jadi-penulis-online-dan-jana-pendapatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jana Pendapatan Pasif Harian Secara Konsisten Dan Selamat Di B4u Global

Jana Pendapatan Pasif Harian Secara Konsisten Dan Selamat Di B4u Global

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 314 hits
Jana Pendapatan Pasif Harian Secara Konsisten Dan Selamat Di B4U GlobalJika anda mahu jana pendapatan pasif harian terima untung dan dividen setiap hari dari Isnin hingga Jumaat setiap minggu B4U Global adalah platform pelaburan terbaik unt...
Platform Jana Pendapatan Pasif Paling Selamat Di Malaysia Di B4u Trades Investment

Platform Jana Pendapatan Pasif Paling Selamat Di Malaysia Di B4u Trades Investment

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 324 hits
Platform Jana Pendapatan Pasif Paling Selamat Di Malaysia Di B4U Trades InvestmentB4U Trades Investment merupakan platform jana pendapatan pasif secara harian mingguan mahupun bulanan yang terbaik dan paling selamat di Malaysia Platform B4U...
Jana Pendapatan Pasif Bulanan Secara Konsisten Bersama B4u Trades Investment

Jana Pendapatan Pasif Bulanan Secara Konsisten Bersama B4u Trades Investment

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 308 hits
Jana Pendapatan Pasif Bulanan Secara Konsisten Bersama B4U Trades InvestmentJika anda mahu jana pendapatan pasif bulanan secara konsisten terbukti selamat dan terbaik B4U Trades Investment adalah platform pelaburan terbaik pilihan ramai pel...
Pengalaman Jana Pendapatan Usd Dengan Intellifluence

Pengalaman Jana Pendapatan Usd Dengan Intellifluence

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 316 hits
Hi semua Hari ni saya nak share sebuah platform dari luar negara iaitu di mana korang boleh jana pendapatan tambahan dalam USD hanya melalui blog atau sosial media sahaja Intellifluence ini merupakan satu marketplace yang menghubungkan anta...
Jana Pendapatan Pasif Tahun 2020 2021 2022 2023 2024 Bersama B4u Trades Investment

Jana Pendapatan Pasif Tahun 2020 2021 2022 2023 2024 Bersama B4u Trades Investment

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 348 hits
Jana Pendapatan Pasif Tahun 2020 2021 2022 2023 2024 Bersama B4U Trades InvestmentB4U Trades Investment adalah platform pelaburan untuk anda jana pendapatan pasif tahun 2020 2021 2022 2023 2024 B4U Trades Investment terbukti cemerlang semen...
Jana Pendapatan Pasif Walau Tidak Menaja Sesiapa

Jana Pendapatan Pasif Walau Tidak Menaja Sesiapa

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 352 hits
Jom Melabur Di Platform Pelaburan Terbaik Dan Selamat Bersama B4U Trades Investment Dari B4U Global Malaysia Dalam usaha kita untuk The post appeared first on
Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka

Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 201 hits
Grab peluang ini untuk ketahu cara jana pendapatan sampingan melalui affiliate Klikjer sehingga 4 angka dengan mudah dan lumayan Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri selama hampir 3 tahun sertai program ini Dan sudah berjaya peroleh ko...
Cerita Sebenar Isu Tular Pendapatan Rider Foodpanda Rm18 000

Cerita Sebenar Isu Tular Pendapatan Rider Foodpanda Rm18 000

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 480 hits
Cerita sebenar isu tular pendapatan rider Foodpanda RM18 000 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sekarang ini sedang tular gambar income rider foodpanda Pendapatan terkumpul sebanyak 2 bulan berjumlah RM18 000 itu sememangnya menjawab banya...
Kursus Ternakan Ayam Daging Online

Kursus Ternakan Ayam Daging Online

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 642 hits
Assalamualaikum Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang Allah Sebagai pengenalan saya Mohd Firdaus Saya telah berkecimpung dalam industri ternakan ayam daging sejak tahun 2005 Saya secara ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar