Pengalaman Jana Pendapatan Usd Dengan Intellifluence
Hi semua
Hari ni saya nak share sebuah platform dari luar negara iaitu Intellifluence di mana korang boleh jana pendapatan tambahan dalam USD hanya melalui blog atau sosial media sahaja. Intellifluence ini merupakan satu marketplace yang menghubungkan antara brands dan influencers.
Kalau di Malaysia mungkin korang dah familiar dengan Sushivid kan? Intellifluence ni lebih kurang gitu lah. Cuma Intellifluence ni US-based.
Mulanya saya macam ragu-ragu nak cuba platform ini sebab macam tak ramai yang guna especially orang Malaysia. Takut juga platform ni tak legit ke, scam ke apa. Tapi saya cuba juga sebab yelah, belum cuba belum tahu.
Jadi saya pun register akaun saya dengan Intellifluence pada bulan lepas dan terus apply satu campaign untuk blogger yang sedia ada waktu tu. Untuk blog post kali ni, saya akan share lah semua pengalaman saya dari daftar akaun, apply partnering campaign, withdrawal proses dan sebagainya. Boleh baca lebih lanjut
Cara Daftar Akaun IntellifluenceNak daftar akaun Intellifluence ni mudah je. Korang boleh refer semua steps di bawah:
Tekan link iniPilih sign up as an 'Influencer'Isi semua basic details yang diperlukan seperti nama, alamat email, dan passwordUpload profile picture Pilih 10 kategori atau niche yang korang berminat Isi public bio anda, ringkas pun tak apa (supaya brand lebih kenal anda siapa)Upload 5 gambar tambahan (yang ini terpulang nak upload atau tak, boleh letak portfolio dan sebagainya yang berkaitan)Isi alamat penuhLink kan semua social media accounts dan blogs yang korang adaIsi berapa minimum conpensate untuk 'kerja' korang dalam USD
Macam saya, memang apply akaun ini semata untuk collaborate dengan blog saya yang ini je, akaun sosial media yang lain saya tak kacau sebab mostly personal. Jadi kebanyakan campaign yang appear dekat market profile saya adalah yang berkaitan dengan blog review sahaja
Pengalaman Jana Pendapatan USD Dengan IntellifluenceProses nak apply campaign, submit kerja semua overall memang smooth je. Sebarang update dalam akaun juga kita akan dapat notification melalui email jadi tak perlu risau kalau terlepas apa-apa makluman berkenaan campaign
For the first time, saya apply satu campaign dari brand Intellifluence sendiri untuk tulis satu blog post ikut topik atau content yang dia dah tetapkan dalam campaign tu dan backlinkkan ke link yang dia sediakan juga.
Lepas saya send pitch blog saya, saya kena tunggu dalam 1 hingga 2 hari untuk brand tersebut respond kepada application saya dan mereka send semua details content yang saya perlu tulis dalam blog lepas permohonan saya diterima
Tak susah mana pun. Tulis blog post macam biasa tapi make sure kena ada kaitan dengan backlinks yang diorang minta untuk letak dalam blog post tu. Ini adalah blog post yang saya tulis khas untuk campaign pertama saya melalui Intellifluence:
Blog Post Campaign: My Personal View on Social Media in My 20s
Lepas dah siap blog post untuk campaign tu, saya pun submit link tersebut di ruangan "Post Work" dan lepas 2 hari je, brand tersebut dah approve kerja saya. Senang je kan?
Cuba teka berapa bayaran yang saya dapat untuk tulis satu blog post tu? 100USD
Bila convert ke ringgit Malaysia memang banyak, kan? Jadi, lepas brand tersebut approve kerja saya, saya kena tunggu lagi 15 hari sebelum diorang release payment ke akaun saya. Tujuan diorang buat rules 15 hari ni sebab nak make sure yang kita tak delete atau tukar apa-apa kerja yang kita dah submit pada client
Kira win-win situation la tu
Cara Dapat PaymentSemua transaction melalui Intellifluence ini dalam USD sahaja dan diorang akan transfer earning kita ke dalam akaun Paypal yang kita dah linkkan. Kalau korang belum ada akaun Paypal, boleh refer blog post ini untuk register akaun Paypal korang:
Paypal: Panduan Lengkap Cara Menggunakan Paypal
Pembayaran Intellifluence akan dilakukan setiap hari Jumaat dengan minimum payout adalah 25USD. Maksudnya kalau total earning korang masih kurang dari 25USD, diorang akan tunggu sampai total earning korang dah cukup 25USD barulah diorang akan transfer ke hari Jumaat yang seterusnya
Bila dah layak untuk payout, diorang akan bagi notification macam ni and kita tak perlu apply untuk withdrawal pun. Lepas dah link kan akaun Paypal kita dengan Intellifluence, diorang akan automatik masukkan earning kita ke akaun Paypal pada setiap hari Jumaat, asalkan total earning cukup minimum 25USD tu
So, saya pun tunggu jela hari Jumaat yang seterusnya
Tiba masa hari jumaat...
Berbaloi la juga saya cuba apply campaign melalui Intellifluence ni. Asalnya nak try and error je sebab nak tahu legit ke tak je, tapi tak sangka banyak juga earning boleh dapat ye haha. Lepas dah masuk duit dalam Paypal, terus saya transfer ke akaun bank saya sebab nak shoppinkkk ehehehe
Alhamdulillah, Isnin lepas tu terus masuk duit dalam akaun bank sebab proses transfer dari Paypal ke akaun bank ambil masa 1-3 hari bekerja.
Jadi kesimpulannya, Intellifluence ni legit ye anak-anak. Tak perlu risau kena scam ke apa
Cuba la sign up and apply mana-mana campaign yang ada, InshaAllah ada rezeki :D
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.messarah.com/2021/01/pengalaman-jana-pendapatan-usd-intellifluence.html