Hak Pengguna Dapatkan Maklumat Sinar Harian 08 05 2025


SHAH ALAM - Tindakan sekumpulan doktor yang membantah peraturan mewajibkan klinik swasta dan farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan ibarat menafikan hak pengguna untuk mendapatkan maklumat.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tiada sebab untuk pihak terlibat tidak mahu mempamerkan harga kerana setiap jualan termaktub di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Ubat) 2025, mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).
Menurutnya, pengguna juga mempunyai hak untuk membuat pilihan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

“Apa masalahnya tidak mahu pamer harga ubat? Sebab semua pelanggan nak tengok (harga). Kalau saya sendiri pun nak tahu harga, nak pastikan ada duit atau tidak untuk buat bayaran nanti.
“Jadi, kita pun boleh tengok klinik lain kalau lebih murah. Hak pengguna untuk mendapatkan maklumat. Kalau pengguna nak pilih, dia boleh pilih. Dia (doktor) nak terasa itu soal lain,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Beliau mengulas gesaan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) agar kerajaan tidak menyamakan perkhidmatan profesional dengan penjualan barangan di kedai runcit.
Presiden baharu MMA, Datuk Dr R Thirunavukarasu mahu kerajaan mempertimbangkan untuk menggunakan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Akta 586) kepada profesion perubatan bukan Akta 723.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Nur Asyikin Aminuddin juga senada menegaskan, isu perdagangan merupakan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Jelas beliau, penguatkuasaan peraturan pemaparan harga ubat meliputi perlindungan pengguna dan anti-pencatutan, tidak melibatkan tadbir urus klinikal.
“KPDN merupakan kementerian bertanggungjawab untuk mengawal selia perkara ini.
“Walaupun Kementerian Kesihatan pakar dalam bidang klinikal dan kesihatan awam, tetapi ia tidak disusun secara berstruktur untuk bertindak sebagai pengawal selia dalam isu harga atau perdagangan,” ujarnya.
Tegas beliau, salah satu prinsip perlindungan pengguna yang paling penting di Malaysia ialah tiada profesion yang boleh dikecualikan daripada faktor ketelusan dan harga yang adil.
Katanya, meskipun memahami kebimbangan dibangkitkan badan profesional perubatan khususnya berkaitan bebanan operasi dan kos yang dikawal selia, ia mesti ditimbang tara dengan hak asasi seorang pengguna iaitu hak untuk mendapatkan maklumat harga dengan jelas sebelum membuat keputusan kewangan.
“Kadar inflasi perubatan di Malaysia telah melebihi kadar global. Salah satu punca kenaikan inflasi perubatan termasuklah harga ubat yang tidak telus.
“Perkara lain yang jadi punca kenaikan inflasi perubatan akan turut diberi perhatian tetapi kita mulakan dengan perkara paling asas iaitu pemaparan harga ubat,” tambah beliau.
Artikel oleh: Sinar Harian
HAK PENGGUNA DAPATKAN MAKLUMAT

https://www.sinarharian.com.my/article/727262/berita/nasional/hak-pengguna-dapatkan-maklumat



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2025/05/hak-pengguna-dapatkan-maklumat-sinar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 185 hits
Artikel oleh Sinar Harian TIADA SEBAB KLINIK SWASTA FARMASI DAPAT KEISTIMEWAAN
Keretapi Sarong 2025 Tarikh Tema Dan Acara Menarik

Keretapi Sarong 2025 Tarikh Tema Dan Acara Menarik

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 194 hits
Keretapi Sarong 2025 Tarikh Tema dan Acara Menarik Acara Keretapi Sarong telah menjadi tradisi tahunan sejak pertama kali ia diadakan pada tahun 2012 yang lalu Pada tahun 2025 ini Keretapi Sarong telah masuk tahun ke 9 dan sekali lagi bakal...
Sps Madani 2025 Cara Memohon Syarat Kelayakan

Sps Madani 2025 Cara Memohon Syarat Kelayakan

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 187 hits
Bagi individu yang bekerja di bawah sektor sukarelawan perkhidmat rumah ibadat dan penyelia dan petugas pusat komuniti kerajaan telah menyediakan SPS Madani 3 0 buat anda semua di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Untuk menget...
Aktiviti Majlis Rumah Terbuka 2025 Malaysia International Marketing Trade Chamber Ppim 29 04 2025

Aktiviti Majlis Rumah Terbuka 2025 Malaysia International Marketing Trade Chamber Ppim 29 04 2025

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 187 hits
Ketua Aktivis PPIM nadzimjohan toqqi menghadiri ke Majlis Rumah Terbuka anjuran Malaysia International Marketing Trade Chamber di Arina Uniti Kuala Lumpur
Majlis Salam Aidilfitri 2025

Majlis Salam Aidilfitri 2025

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 205 hits
26 April 2025 Sabtu Pagi Menguruskan dak Adik mengambil ujian berkomputer bagi lesen motor dan Alhamdulillah dalam debar dak Adik lulus akhirnya Selesai urusan berkaitan aku bawa pula dak Jasmine pergi grooming Sementara itu en Hubby dah mu...
Konsuri 2025 Konvensyen Suri Rumah Paling Inspirasi Akan Berlangsung Di Putrajaya

Konsuri 2025 Konvensyen Suri Rumah Paling Inspirasi Akan Berlangsung Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 177 hits
Suri rumah adalah jantung keluarga Tapi dalam kesibukan mengurus rumah tangga ramai antara kita terlupa untuk mengurus hati dan jiwa sendiri Justeru KONSURI 2025 hadir sebagai ruang rehat rohani dan inspirasi buat wanita wanita terpilih sep...
Lirik Lagu Aku Ikhlas Melepaskanmu Shandy Pagalla

Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Awie Riez Luka Chord

Board Game Caf S The Analog Social Scene Redefining Pop Culture

Empat Tahun Selepas Angkara Keji Finalis Masterchef Dihukum Penjara 34 Tahun

Revealed The Hyper Exclusive Mv Agusta Superveloce 1000 Ago

Dituduh Jumpa Bomoh Siam Sebab Tiada Job Penyanyi Wanita Buat Laporan Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Imah Nini Coffee Kitchen Menyeruput Nostalgia Di Tengah Kota Bogor

Betul Ke Hypothyroid Penyebab Rasa Letih Melampau

Masak Guna Kuali Periuk Stainless Steel

Kota Lama Duyung Pulau Duyung Terengganu Warisan Yang Terbiar

Kes Telur Masam Michael Ang Selar Usahawan Dijangkiti Herpes Tak Rasa Malu Ke

Fahmi Fadzil Anggap Gandingan Nurul Izzah Amp Saifuddin Nasution Sangat Cocok