Hak Minoriti Muslim Di India Wajib Dipertahankan Mho


Pada 17 hingga 19 Disember 2021, suatu persidangan kemuncak pemimpin agama penganut Hindu yang berideologi Hindutva telah diadakan di Bandar Haridwar, India. Akan tetapi, sidang kemuncak tersebut telah menjadi suatu medan untuk beberapa pemimpin agama menyeru dan menggesa rakyat India bangkit dan menyokong pembersihan etnik dilaksanakan di India terutamanya terhadap penganut agama Islam di India.

Kenyataan terbuka yang diucapkan oleh beberapa pemimpin agama tersebut adalah untuk menanam rasa benci terhadap golongan minoriti dan juga untuk menyerang rumah-rumah ibadat di India adalah suatu perkara yang mengancam keselamatan golongan minoriti dan tidak boleh dipandang ringan. Lebih menyedihkan lagi, apabila tiada tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa India yang dikuasai oleh kerajaan Narendra Modi yang berkait rapat dengan kumpulan Hindutva ini.
Kejadian ini sememangnya adalah suatu perkara yang sangat membimbangkan apabila ancaman dan seruan secara terbuka ini telah dibuat oleh beberapa pemimpin beragama Hindu di persidangan tersebut. Kerajaan India pimpinan Narendra Modi seharusnya menjadi pendokong dan pelaksana hak-hak kemanusiaan yang selama ini telah menjadi asas penubuhan negara India. Tambahan pula, India sebagai salah sebuah negara yang bukan sahaja menyokong dan menyertai Universal Declaration of Human Rights (UDHR), bahkan adalah antara negara yang menjadi penyumbang utama kepada penggubalan UDHR tersebut pada tahun 1948

Pihak MHO dengan ini mengecam dengan sekerasnya kenyataan menyeru kebencian yang telah dikeluarkan oleh beberapa pemimpin agama di persidangan tersebut. Pihak MHO menegaskan bahawa golongan minoriti di India seharusnya dibenarkan hak untuk hidup (Article 3 UHDR) dan hak untuk beragama (Article 2 UHDR). Prinsip kemanusiaan seharusnya dan sepatutnya dipertahankan oleh pihak berkuasa di India terutamanya kepada golongan minoriti di India. Semua manusia berhak dilayan sama rata di antara satu sama lain. Suka untuk kami petik pesan pujangga oleh Mohandas Karamchand Gandhi, seorang pejuang kemanusiaan di India :-

The greatness of humanity is not in being human, but in being humane.
Oleh yang demikian, pihak MHO sebagai sebuah pertubuhan yang komited memperjuangkan hak-hak kemanusiaan mengambil kesempatan ini untuk menggesa kepada semua pihak terutamanya beberapa pemimpin agama Hindu yang telah mengeluarkan kenyataan menyeru kepada kebencian dan menggalakkan keganasan terhadap golongan minoriti di India untuk menghormati dan mematuhi prinsip-prinsip hak kemanusiaan terhadap semua golongan manusia tanpa membezakan kepercayaan, warna kulit, status dan lain-lain lagi.

Oleh: Datuk Hishamuddin Hashim,Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/hak-minoriti-muslim-di-india-wajib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Umur 3 Tahun Mula Tunjuk Perangai Negatif Tiru Sikap Buruk Ini Yang Ibu Ayah Wajib Lakukan Segera

Anak Umur 3 Tahun Mula Tunjuk Perangai Negatif Tiru Sikap Buruk Ini Yang Ibu Ayah Wajib Lakukan Segera

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 428 hits
Anak saya umur 4 tahun Memang mudah terpengaruh dengan sikap sepupunya Bagaimana cara untuk atasi sikap sikap negatif yang dia tiru daripada orang lain Saya pula tak suka ajar anak dengan cara menjerit dan memukul Pernah tak anda alami atau...
6 Tapak Kolam Takungan Banjir Berubah Kegunaan Sprm Wajib Siasat

6 Tapak Kolam Takungan Banjir Berubah Kegunaan Sprm Wajib Siasat

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 385 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diminta bertindak ke atas penyalahgunaan kuasa dengan menukarkan tapak 6 kolam takungan banjir kepada tapak pembangunan Hal itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh susulan Laporan Ketua ...
Rekomendasi Film Invasi Alien Terbaik Wajib Nonton

Rekomendasi Film Invasi Alien Terbaik Wajib Nonton

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 429 hits
Peperangan melawan alien sampai upaya manusia bertahan dari makhluk asing jadi tontonan yang sangat menarik dan menghibur
Film Drakor Dengan Alur Cerita Apokaliptik Selain Hellbound Wajib Nonton

Film Drakor Dengan Alur Cerita Apokaliptik Selain Hellbound Wajib Nonton

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 287 hits
Nih buat kamu yang hobinya nonton film yang bikin gemeteran dijamin betah berjam jam
Permohonan Bkm Ditolak Ini Maklumat Penting Cara Kemaskini Permohonan Bkm 2022 Yang Wajib Anda Tahu

Permohonan Bkm Ditolak Ini Maklumat Penting Cara Kemaskini Permohonan Bkm 2022 Yang Wajib Anda Tahu

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 386 hits
BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah Kami kongsikan kepada anda maklumat penting BKM 2022 yang wajib anda tahuPenerima BK...
Antisipasi Lonjakan Omicron India Siapkan Bangsal Isolasi Pasien Covid 19

Antisipasi Lonjakan Omicron India Siapkan Bangsal Isolasi Pasien Covid 19

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 240 hits
Antisipasi Lonjakan Omicron India Siapkan Bangsal Isolasi Pasien Covid 19 Mengantisipasi dampak dari varian baru Omicron rumah sakit pemerintah India menyiapkan bangsal isolasi untuk pasien corona India telah melaporkan satu kasus varian Om...
Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Won Korea Melonjak Semula Susulan Campur Tangan Pihak Berkuasa

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Vijay Disambut Meriah Di Kuala Lumpur Menjelang Pelancaran Audio Filem Jana Nayagan

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan

Ai Bot Trading Kripto Cara Selamat Jana Income Pasif Dalam Usdt