Hak Melayu Kini Sedang Dirombak Dirompak Bendera China Letupan Misteri


 
Gambar atas: Trajedi berdarah 13 Mei 69 & bawah: Sekumpulan individu dilihat mengibarkan bendera China pada Sambutan Guan Gong di Menara Condong Teluk Intan, Oktober 2024
1. Orang Melayu makin terpinggir di bumi sendiri.
KEPELIKAN boleh dimaksudkan sebagai keanehan dan keganjilan. Kamus Dewan turut mentafsir sebagai kesukaran dan kesulitan. Situasi itu berulang semula sekarang. Mengulangi naratif serupa pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 apabila ada individu bukan Melayu menyifatkan anggota tentera makan dan tidur sahaja.
Masihkah kita ingat. Pada 13 Ogos 2019 seorang ahli perniagaan, Koon Yew Yin dilapor menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil langkah untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam.
Pada catatan di blognya dia menulis “anggota tentera, seperti yang kita ketahui, hanya makan dan tidur sahaja. Majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasaran.
“Sepatutnya mereka digunakan untuk ganti pekerja asing yang diupah di ladang FELDA,” kata Yew Yin. Isu tersebut dilapor meluas media. Mengapa keceluparan pelik itu dibiarkan berlaku.
Sedangkan keganjilan seumpamanya tidak pernah kedengaran sebelum ini. Lebih-lebih lagi merendahkan martabt perwira. Tanpa pengorbanan tentera Yew Yin tidak boleh meraih laba. 
Isu mempersendakan hak orang Melayu, Islam dan Raja Melayu kerap berlaku ketika itu.
Pada November 2018 beberapa menteri dan Ahli Parlimen PH menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis Subang Jaya, susulan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy dilapor berkata polis daerah Subang Jaya mengeluarkan kenyataan salah..
“Kenyataan salah dan tidak bertanggungjawab itu menimbulkan ketegangan masyarakat India kerana kelewatan serta tindakan polis yang tidak berkesan untuk mengawal insiden berkenaan,” katanya.
Peristiwa tersebut sudah lama berlalu. Ia berlaku di era 1.0 kerajaan PH. Isunya adakah isu serupa tidak berulang hari ini. Sekarang era PH 2.0 Plus Umno.
Anjing liar
(Selanjutnya sila lihat 'Orang Melayu makin terpinggir di bumi sendiri.'   –HARAKAHDAILY 23/10/2024)


2. Imbas kembali: Bagaimana hak istimewa Melayu boleh tergugat  -Prof Madya Dr Nazri Muslim - Ogos 11, 2018 @ 11:00am (BH)  
Prof Madya Dr Nazri Muslim 
KONSEP persamaan yang dipelopori di bawah slogan ‘Malaysian Malaysia’ ditujukan ke arah pembasmian apa yang dikatakan diskriminasi dan layanan tidak adil hasil daripada penggunaan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Namun orang Melayu berasa tidak senang, tergugat dan melihat slogan itu sebagai satu percubaan untuk mempersoal dan mengurangkan kedudukan mereka yang akhirnya membawa kepada pemisahan Singapura dari Malaysia pada 1965. 
Yang berjalan lancar ialah proses kerakyatan melalui prinsip ‘jus soli’, manakala syarat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan orang Melayu masih dicabar dan digugat sedangkan perkara itu telah dipersetujui bukan Melayu dan diterapkan dalam perlembagaan, iaitu undang-undang utama Malaysia.
Kritikan dan penentangan mengenai perkara ini muncul semula sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) 1969 di mana kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam, bahasa dan kedudukan istimewa orang Melayu dicabar oleh bukan Melayu.   
Ia mencetuskan pergaduhan kaum iaitu Peristiwa 13 Mei dan kesannya, darurat diisytihar, Parlimen digantung dua tahun serta pindaan dilakukan terhadap perlembagaan yang mengehadkan kebebasan bersuara selain penggubalan Akta Hasutan 1948.
Seterusnya, ia dibangkitkan kembali apabila Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II) meminta kerajaan menghapuskan hak istimewa Melayu di bawah dasar penyusunan semula masyarakat jika mahu melihat mereka maju dan mampu berdikari. 
Ia timbul lagi apabila Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (SUQUI) menuntut agar unsur tradisi itu dilenyapkan, mengundang kemarahan pertubuhan Melayu yang berpendapat hak istimewa bangsa itu dijamin perlembagaan dan tidak wajar disentuh SUQUI.
Perkara sama juga dibangkitkan bekas pemimpin GERAKAN, Tun Dr Lim Keng Yaik yang menggesa parti politik melupakan formula kontrak sosial antara kaum kerana didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India berasa kecil hati.
Pindaan perlembagaan
(Selanjutnya sila lihat 'Bagaimana hak istimewa Melayu boleh tergugat'  -Prof Madya Dr Nazri Muslim - Ogos 11, 2018 @ 11:00am Berita Harian.)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hak Melayu kini sedang dirombak, dirompak.. Bagaimana boleh jadi begitu?


(i). Mari kita lihat sejarah letusan perkauman 13 Mei 69.
a. 13 MEI 1969 tetap relevan untuk diingati sejarahnya walaupun jumlah korbannya bukanlah mencecah puluhan ribu mangsa seperti tragedi ‘ketupat berdarah’ di Indonesia, pergaduhan etnik di Maunday, sittwe di Mynmar, konflik Singhalese-Tamil di Sri Langka, tragedi Fiji 1987 yang membawa rampasan kuasa Mejar Rabuka dan lain-lain pergeseran kaum. 
Angka korban bergantung kepada kecekapan pihak keselamatan menguruskan konflik, manakala pengajarannya daripada tragedi yang wajib diberi perhatian. Tragedi ini mempunyai kaitan secara langsung dengan keputusan pilihan raya umum 1969, lonjakan pengaruh parti cauvinis Cina serta hilang majoriti dua pertiga parti PERIKATAN di DUN Selangor. Faktor hiliran yang lain juga agak rencam menjadi motor pencetus kejadian.
b. Negara ini di 'pecah-pecah perintah' oleh penjajah British dengan dasar pengelompokan etnik sehingga terpisah melalui identiti sosio budaya. Orang Cina menetap dikawasan lombong bijih dan pekan-pekan, orang India di ladang-ladang getah, manakala orang Melayu terpuruk di kampung. Mobiliti sosial juga berbeda, kaum Cina melangkah jauh kedepan manakala kaun Melayu sebagai tuan rumah dibiarkan miskin dan kurang pendidikan. 
Penjajahan Jepun juga semakin melebarkan jurang sosio budaya, intergrasi antara kaum hancur apabila Jepun membantai etnik Cina dan mengupah kempetai dan Tekikan daripada bangsa Melayu. Pemerintahan Bintang Tiga pasca penjajahan Jepun telah mengesahkan bahawa hubungan antara kaum di Tanah Melayu sangat rapuh dan nipis.
c. Peristiwa 13 Mei adalah mercu tanda kegagalan hubungan komunal negara ini. Banyak faktor mengapa terjadinya 13 Mei 1969, antara faktor yang memicu tragedi ini ialah berikutan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) pada 10 Mei 1969. Parti-parti pembangkang bernuansa perjuangan kaum Cina telah menang besar di kawasan-kawasan Kuala Lumpur. Saat itu kerusi-kerusi konstitusi di Kuala Lumpur berada dalam DUN Selangor. 
Penyokong-penyokong pembangkang sangat teruja bahkan lupa diri seketika akibat kemenangan dalam pilihan raya. Parti pembangkang bertunjang dokongan kaum Cina telah meminta kebenaran pihak polis untuk mengadakan perarakan bagi meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan kedudukan getir parti pemerintah di Selangor.
d. Laungan provokatif menggema di langit Kuala Lumpur, bandar yang dimajukan oleh Sutan Puasa, Haji Abdullah Hukum serta peranan Yap Ah Loy kemudiaannya. Perarakan kemenangan ‘victory parade‘ Pilihan raya tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Ada yang sinis, terbakar perasaan, tersulut api dendam dan kemarahan mula menjalar serta membakar perasaan. 
Dalam catatan beberapa sumber sejarah, perarakan yang majoriti oleh etnik bukan Melayu itu telah bergerak sehingga ke Jalan Campbell, juga Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru yang merupakan titik tumpuan orang Melayu di Lembah klang, kawasan Melayu yang dibangunkan pada tahun-tahun 1890an ini juga terletaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris. Beliau pemimpin karismatik dan juga mempunyai pengikut yang ramai.
e. Perarakan kemenangan sebagai pencetus provokasi besar yang membakar kemarahan kaum Melayu, sebahagian etnik Cina yang berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi di Kuala Lumpur. Jeritan, makian, sumpah seranah adalah ramuan mujarab bagi dua pihak yang semakin menipis kesabaran. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. 
Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan agar tidak berlaku sesuatu yang buruk. Mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang. Khabar angin menjalar dengan pantas dan semakin memburukkan keadaan. Ketika berkumpul dalam keadaan bersemangat itu, bergentayangan cerita-cerita tentang kebiadapan segelintir orang Cina tersebar dan memulakan babak-babak rusuhan. 
f. Tragedi tercetus dengan Kuala Lumpur mula menjulang asap dan api kemarahan, pembunuhan dan keadaan yang panik mewabak dengan pantas. Kuala Lumpur tidak terkawal, maka perintah berkurung diadakan oleh kerajaan juga Majlis Keselamatan Negara telah ditubuhkan dibawah Tun Abdul Razak sebagai Pengarahnya. Menarik untuk dirakamkan bahawa peranan PAS dan pemimpinnya dalam mengekang perbalahan kaum 13 Mei 1969. Peranan almarhum Ustaz Hassan Shukri dalam menghalang kemaraan pejuang-pejuang Sungai Manik ke daerah konflik, disabarkan pasukan sabil orang Melayu Perak daripada menjadikan Kuala Lumpur berkubang darah.
Kelantan yang ditadbir oleh PAS menyaksikan tiada satu titik pun darah etnik Cina yang tumpah! Pemimpin PAS Kelantan berjaya meredam emosi dan sentimen orang Kelantan agar tidak terprovokasi dengan apa yang melanda Kuala Lumpur. Islam adalah agama damai dan sejahtera yang menjaga masyarakat bukan Islam. Tragedi 13 Mei yang telah mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda telah memberikan banyak pengajaran kepada negara kita, namun semakin lama jarak masa maka ianya semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda dan pemimpin yang bertunjangkan etnosentrisme.
g. Lebih setengah abad lalu, negara ini pernah bersimbah darah, Kuala Lumpur pernah terbakar dengan noda politik komunal (perkauman) yang parah. Keharmonian dan keseimbangan politik dirubah semula dengan penubuhan Barisan Nasional yang menyaksikan penyertaan PAS dan banyak parti komponen yang lain.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digubal untuk merapatkan jurang ekonomi Melayu dan bukan Melayu. Langkah-langkah pencegahan diatur untuk mengekang suara perkauman kerana negara berbilang kaum ini sangat rapuh kesepakatan kaum. Jauhi pemimpin chauvinis dan yang tidak menghormati kontrak sosial negara ini. 13 Mei akan berulang kembali jika kita tidak bercermin dengan sejarah lalu.
(ii). Bendera China dikibar di Teluk Intan: Penganjur mohon maaf  Laporan BH online.
TELUK INTAN: Penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia, memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan, di sini, malam tadi. Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua, berkata perbuatan itu dilakukan rombongan yang berasal dari China dan tidak membabitkan warga Malaysia.
Beliau berkata, tindakan mengibarkan bendera negara asing tidak sesekali dirancang dalam tentatif oleh pihak pengelola.
"Sambutan Guan Gong Sedunia adalah program yang sudah berlangsung beberapa tahun dan dianjurkan dari Johor ke Kedah, dan Perak adalah salah satu stesen yang terbabit.
"Dalam setiap program sambutan ini di pelbagai negeri, pihak pengelola akan mengibarkan bendara Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbol patriotisme. Perarakan dan sambutan di Teluk Intan adalah tidak terkecuali daripada itu.
"Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden itu dan akan meneliti segala aspek yang perlu diperbaiki demi menjayakan program," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Pengakuan Boon Hua itu sekali gus menepis dakwaan insiden terbabit berlaku ketika Pesta Tanglung Teluk Intan yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, bulan lalu. Sekumpulan individu dilihat mengibarkan bendera China pada Sambutan Guan Gong di Menara Condong Teluk Intan, malam tadi. - Foto tular.
Terdahulu, media melaporkan PAS Perak menggesa pihak berkuasa menyiasat insiden tular bendera China dikibarkan di Menara Condong Teluk Intan.
Pesuruhjaya PAS Negeri, Razman Zakaria mendakwa, perkara itu menyalahi Seksyen 3 Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 iaitu tiada seorang pun boleh mempamer mana-mana lambang kebangsaan termasuk bendera negara asing di tempat awam atau di sekolah.
Justeru, beliau menyifatkan tindakan terbabit boleh dianggap sebagai satu tindakan provokasi yang mencabar kedaulatan dan keharmonian negara.
Beberapa video tular di media sosial hari ini memaparkan sekumpulan individu dilihat mengibarkan bendera China di kawasan berhampiran Dataran Menara Condong Teluk Intan pada waktu malam sambil bersorak.
Walau apapun terjadi masakini, PAS tetap pertahankan hak Melayu Islam di negara ini, hak umat Islam secara mendunia, dengan Islam sebagai solusi penyelesaian, termasuk masalah perkauman bangsa dan kerakyatan, berkibarnya bendera China di Teluk Intan, adakah ada kaitan dentuman misteri di Ipoh yang sedang diselidiki polis, dan sebagainya.
Begitu kira-kira. Jumpa lagi berikutnya. Insya Allah!
....

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/10/hak-melayu-kini-sedang-dirombak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Kibar Bendera China Penganjur Langgar Syarat Larang Warga Asing Berarak

Polis Kibar Bendera China Penganjur Langgar Syarat Larang Warga Asing Berarak

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 178 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Penganjur sambutan Guan Gong Sedunia yang terkait dengan pengibaran bendera China di Dataran Menara Condong Teluk Intan didapati melanggar permit melarang warga asing berarak Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris berka...
Tuduhan Kerajaan Diam Membisu Dalam Isu Kibar Bendera China Di Festival Kebudaya

Tuduhan Kerajaan Diam Membisu Dalam Isu Kibar Bendera China Di Festival Kebudaya

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 112 hits
Tuduhan kerajaan diam membisu dalam isu kibar bendera China di festival kebudayaan adalah salah dan tak tepat Seorang pemimpin pembangkang fitnah menteri yang rasmi juga adalah salah dan tak benar Tak pasti jangan kongsi biarbetul The post ...
Bendera China Razman Dikecam Mengapa Kelebek Mb Kedah

Bendera China Razman Dikecam Mengapa Kelebek Mb Kedah

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 180 hits
1 Isu bendera China Fadhli bidas ahli akademik kecam RazmanKUALA LUMPUR Ketua Penerangan PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari membidas satu ulasan politik oleh seorang profesor yang mengecam keras Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berhubung ins...
Ini Tindak Balas Kibar Bendera China Apa Kata Umno Pio

Ini Tindak Balas Kibar Bendera China Apa Kata Umno Pio

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 140 hits
Pemuda PAS Malaysia bersolidariti bersama PAS Perak susulan penganjuran perhimpunan Jalur Gemilang yang disertai seramai 1 000 orang di sekitar Menara Condong Teluk Intan Perak pada 26 Oktober 2024 lalu 1 Solidariti perhimpunan Jalur Gemila...
Kibar Bendera China 17 Dirakam Keterangan

Kibar Bendera China 17 Dirakam Keterangan

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 97 hits
BernamaIPOH Sebanyak 17 peserta warga China yang terlibat sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia dan mengibarkan bendera asing ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan semalam diambil keterangan Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris...
Kibar Bendera China Kenakan Tindakan Tegas Kepada Penganjur Dr Akmal

Kibar Bendera China Kenakan Tindakan Tegas Kepada Penganjur Dr Akmal

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 139 hits
bharian com myOleh Oktober 25 2024 Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh Foto fail NSTPMELAKA Pemuda UMNO mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan segera ke atas insiden pengibaran China ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan Per...
Kibar Bendera China Penganjur Mohon Maaf Pas Desak Siasatan

Kibar Bendera China Penganjur Mohon Maaf Pas Desak Siasatan

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 119 hits
Malaysiakini nbsp Penganjur sambutan Guan Gong Sedunia tampil memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China pada malam perarakan di Teluk Intan Perak semalam Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong Soon Boon Hua menjelaskan perbuatan ...
Bendera China Dikibar Di Teluk Intan Penganjur Mohon Maaf

Bendera China Dikibar Di Teluk Intan Penganjur Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 106 hits
bharian com myOleh Oktober 25 2024 1 09pmLaporan BH online TELUK INTAN Penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia memohon maaf atas insiden pengibaran ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan di sini malam tadi Pengerusi ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip