Bendera China Dikibar Di Teluk Intan Penganjur Mohon Maaf


bharian.com.my
Oleh Muhamad Lokman Khairi
[email protected] - Oktober 25, 2024 @ 1:09pm
Laporan BH online.
TELUK INTAN: Penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia, memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan, di sini, malam tadi.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua, berkata perbuatan itu dilakukan rombongan yang berasal dari China dan tidak membabitkan warga Malaysia.

Beliau berkata, tindakan mengibarkan bendera negara asing tidak sesekali dirancang dalam tentatif oleh pihak pengelola.

"Sambutan Guan Gong Sedunia adalah program yang sudah berlangsung beberapa tahun dan dianjurkan dari Johor ke Kedah, dan Perak adalah salah satu stesen yang terbabit.

"Dalam setiap program sambutan ini di pelbagai negeri, pihak pengelola akan mengibarkan bendara Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbol patriotisme. Perarakan dan sambutan di Teluk Intan adalah tidak terkecuali daripada itu.

"Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden itu dan akan meneliti segala aspek yang perlu diperbaiki demi menjayakan program," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Pengakuan Boon Hua itu sekali gus menepis dakwaan insiden terbabit berlaku ketika Pesta Tanglung Teluk Intan yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, bulan lalu.
Sekumpulan individu dilihat mengibarkan bendera China pada Sambutan Guan Gong di Menara Condong Teluk Intan, malam tadi. - Foto tular
Terdahulu, media melaporkan PAS Perak menggesa pihak berkuasa menyiasat insiden tular bendera China dikibarkan di Menara Condong Teluk Intan.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Razman Zakaria mendakwa, perkara itu menyalahi Seksyen 3 Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 iaitu tiada seorang pun boleh mempamer mana-mana lambang kebangsaan termasuk bendera negara asing di tempat awam atau di sekolah.

Justeru, beliau menyifatkan tindakan terbabit boleh dianggap sebagai satu tindakan provokasi yang mencabar kedaulatan dan keharmonian negara.

Beberapa video tular di media sosial hari ini memaparkan sekumpulan individu dilihat mengibarkan bendera China di kawasan berhampiran Dataran Menara Condong Teluk Intan pada waktu malam sambil bersorak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/bendera-china-dikibar-di-teluk-intan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kibar Bendera China Penganjur Mohon Maaf Pas Desak Siasatan

Kibar Bendera China Penganjur Mohon Maaf Pas Desak Siasatan

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 254 hits
Malaysiakini nbsp Penganjur sambutan Guan Gong Sedunia tampil memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China pada malam perarakan di Teluk Intan Perak semalam Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong Soon Boon Hua menjelaskan perbuatan ...
Kibar Bendera China Kenakan Tindakan Tegas Kepada Penganjur Dr Akmal

Kibar Bendera China Kenakan Tindakan Tegas Kepada Penganjur Dr Akmal

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 264 hits
bharian com myOleh Oktober 25 2024 Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh Foto fail NSTPMELAKA Pemuda UMNO mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan segera ke atas insiden pengibaran China ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan Per...
Penjelasan Isu Perarakan Bendera Di Dataran Menara Condong Teluk Intan

Penjelasan Isu Perarakan Bendera Di Dataran Menara Condong Teluk Intan

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 274 hits
Menurut Ketua Polis Perak Polis mengesahkan perarakan bendera negara asing yang tular di media sosial diadakan tanpa permit Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata perarakan berunsurkan keagamaan membabitkan kereta be
Insiden Kibar Bendera China Persatuan Guan Gong Mohon Maaf

Insiden Kibar Bendera China Persatuan Guan Gong Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 270 hits
IPOH 25 Okt Persatuan Kebudayaan Guan Gong Malaysia hari ini memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh satu daripada rombongan berkenaan pada malam perarakan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan semalam Pengerusi Persatuan Kebuday...
Polis Kibar Bendera China Penganjur Langgar Syarat Larang Warga Asing Berarak

Polis Kibar Bendera China Penganjur Langgar Syarat Larang Warga Asing Berarak

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 509 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Penganjur sambutan Guan Gong Sedunia yang terkait dengan pengibaran bendera China di Dataran Menara Condong Teluk Intan didapati melanggar permit melarang warga asing berarak Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris berka...
Cukup Cukuplah Minta Maaf Akmal Kecam Insiden Kibar Bendera China

Cukup Cukuplah Minta Maaf Akmal Kecam Insiden Kibar Bendera China

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 222 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 25 2024Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh menggesa kerajaan mengambil tindakan keras terhadap penganjur sambutan Guan Gong Sedunia berikutan insiden mengibarkan bendera China pada malam perarakan di Teluk Intan se...
Pelajar Kibar Bendera China Bukan Rakyat Malaysia Kata Fahmi

Pelajar Kibar Bendera China Bukan Rakyat Malaysia Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 358 hits
Fahmi Fadzil berkata SKMM telah mengenal pasti individu yang menyebar maklumat palsu kononnya pelajar Malaysia mengibarkan bendera China berkenaan KUALA LUMPUR Pelajar yang mengibarkan bendera China di sebuah sekolah menengah persendirian d...
Pemuda Mca Selar Insiden Kibar Bendera China

Pemuda Mca Selar Insiden Kibar Bendera China

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 375 hits
Tangkap layar video tular mempamerkan peserta negara China mengibar bendera negara itu ketika perarakan sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan SHAH ALAM Tindakan mengibarkan bendera negara asing adalah perbuatan memalukan dan tidak patri...
Ini Tindak Balas Kibar Bendera China Apa Kata Umno Pio

Ini Tindak Balas Kibar Bendera China Apa Kata Umno Pio

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 369 hits
Pemuda PAS Malaysia bersolidariti bersama PAS Perak susulan penganjuran perhimpunan Jalur Gemilang yang disertai seramai 1 000 orang di sekitar Menara Condong Teluk Intan Perak pada 26 Oktober 2024 lalu 1 Solidariti perhimpunan Jalur Gemila...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir