Hair Band Memang Cantik Tapi Boleh Bagi Kesan Pada Bayi Kepala Bayi Membesar Sepanjang Bayi Membesar Jadi Berhati Hati


Kita sebagai ibu bapa teruja untuk pakaikan hair band untuk anak. Tapi tak ramai yang tahu tentang kesan dan bila penggunaan barut, bedung, sedu dan hair band sehingga menyebabkan bayi tidak selesa. Ikuti perkongsian Doktor Erna;

BARUT, BEDUNG, SEDU DAN HAIR BAND
Ramai yang masih marah bila saya berkongsi tentang hal hal kesihatan wanita dan kanak kanak.
Tak apa, kita tak perlu bersetuju semua benda, kan? Saya sampaikan melalui ilmu saya sebagai seorang doktor sahaja
Tentang hal bedung;
Ada yang kata, di hospital juga bayi terus dibedung sejurus selepas lahir. Adalah itu juga salah?
Ok puan puan sekalian, adakah saya menyebut perkataan salah di dalam posting saya? Tak ada kan? Saya kata bukan keperluan.
Puan puan perlu faham. Bayi selepas dilahirkan terdedah kepada risiko untuk mendapat hypothermia iaitu di mana suhu badan adalah rendah dari yang normal. Nama pun baru dilahirkan kan. Jadi, sebab itu kita bersihkan dia, pakaikan dia baju dan bedung dia. Untuk elak berlakunya hypothermia.
Dan salah satu cara lain adalah dengan mendekatkan badan bayi tanpa apa apa baju dengan badan ibu sejurus selepas bersalin. Selain untuk mengeratkan ikatan ibu dan anak,teknik ini juga memberikan haba kepada bayi.
Selepas 24 jam, biasanya suhu badan bayi sudah normal. Jadi, di negara kita yang beriklim tropika ini, bila siang atau ada masa malam malam dengan suhu yang panas dan kering, tak perlu bedung pun tidak mengapa.
Sudah ramai rasanya doktor doktor dan pakar pakar kata yang angin tidak boleh memasuki badan manusia melalui kulit. Angin apa yang dimaksudkan oleh tuan tuan dan puan puan? Angin bayu? Angin kus kus? Oksigen? Angin apa?
Perut bayi menjadi kembung disebabkan oleh banyak faktor;
Contoh, tidak sendawakan bayi selepas menyusu, menyusu terlalu banyak, tidak cukup susu, bagi puting menyebabkan bayi hisap angin. Sebab itu, bila bayi kembung, kita cuba sendawakan dan belai lembut bahagian abdomennya.
Ok, boleh faham kan?
Bayi akan merengek bila mereka tidak selesa. Boleh jadi lapar, panas,sejuk, gatal badan, pampers penuh, berak, kencing atau mengantuk. Masa inilah peranan anda sebagai ibu bapa bermula. Ambil tahu apa yang buatkan bayi anda tidak selesa.
Sama seperti meletakkan tisu basah di dahi bila bayi sedu;
Adakah ianya perlu?
Tak perlu pun sebenarnya.
Sedu berlaku apabila bayi menyusu dalam keadaan tergesa gesa atau tidak hadam dengan betul atau terus melakukan aktiviti selepas menyusu atau tidak sendawakan dengan betul.
Cara yang boleh digunakan untuk hilangkan sedu adalah dengan memasukkan jari ke dalam mulut bayi atau sendawakan bayi. Biasanya sedu akan hilang dengan sendirinya.
Jika sedu berterusan sehingga berjam jam, bawa bayi anda berjumpa doktor.
Bolehkah bagi gripe water pada bayi?
Ingat, bayi di bawah 6 bulan tidak boleh diberi apa apa selain susu samada susu badan atau susu formula.
Tiada kajian spesifik mengatakan gripe water boleh menyembuhkan kembung dan sakit gigi. Jadi, berhati hatilah ya.
Tentang barut;
Untuk pengetuhuan anda, perut bayi dan kanak kanak memang sedikit buncit. Itu adalah anatomi normal mereka. Jadi, tak perlu risau.
Yang perlu risau adalah jika perut mereka keras, mereka menangis kerana sakit, mereka tidak selesa, ada peruhan pada najis mereka dan mereka tidak sihat. Jika ada ini semua, bawa berjumpa doktor.
Bayi perlu menyusu dengan kerap untuk membesar.
Tak perlulah pakaikan mereka barut. Bahagian abdomen mereka memerlukan ruang yang selesa selepas menyusu.
Janganlah pakaikan barut sehingga ke dada. Anda sendiri tidak selesa jika perlu pakai korset sehingga ke dada. Paling lama anda boleh pakai pun cuma beberapa jam sahaja.
Perhatikan dada anda sendiri semasa anda bernafas. Dada anda akan turun dan naik kerana itulah fisiologi badan kita. Sama seperti bayi, malah mereka lebih memerlukan suasana yang selesa, untuk bernafas, semasa makan, semasa berheat, semasa tidur dan semasa membuat aktiviti.
Sebab itu barut bukanlah satu keperluan pun. Biarlah bayi anda selesa.
Ada yang kata pakai barut untuk sukat susu bayi?
Peliknya dengan ajaran merapu sebegini. Bagaimana anda boleh terpedaya semudah ini?
Sukat susu bayi dengan barut? Lawak kan? Untuk apa sukat?
Bayi memang perlukan susu sebagai makanan dan minuman dia.
Bila saya cakap, bagi lah susu ibu sepenuhnya. Itukan sunnah.
Tapi tak ada pula saya kata bagi susu formula tu haram. Hadui.
Ada pula yang kata alah dekat hospital pun misi sumbat susu formula juga.
Hurm. Inilah dia masalah orang kita.
Faham tak mahu, hentam sahaja melulu.
Jika si ibu sudah berusaha sehabis baik untuk beri susu badan namun susu masih sedikit dan bayi, asyik merengek, takkan anda mahu kami membiarkan sahaja bayi anda.
Lagi lagi bayi kepada ibu yang ada kencing manis semasa mengandung, memang mempunyai risiko hypoglycemia iaitu paras gula dalam darah rendah. Ini adalah bahaya kerana ianya boleh membawa maut.
Boleh faham kan? Insha Allah boleh
Dan lagi satu, saya mahu menegur dengan penggunaan hair band;

Ramai yang suka beli hair band yang berwarna warni. Hati hati. Pastikan ianya tidak ketat.
Bagaimana nak tahu? Lepas anda cabut, tiada bekas atau tanda getah hair band tersebut.
Kepala bayi juga membesar sepanjang dia membesar. Jadi, berhati hatilah ya.
Sebelum kita melakukan sesuatu pada anak anak kita, fikir dahulu, perlu atau tidak, selesa atau tidak untuk dia. Saya tidak pula kata eh jangan pakaiiii, harommmm ni
Saya betulkan berkaitan dengan kesihatan kerana itu bidang saya. Jika anda tidak mahu bersetuju, tidak apa. Itu anak awak, amanah awak.
Semua mahukan yang terbaik untuk anak anak mereka kan? Asalkan tidak memudaratkan bayi, tak apa. Tapi jika sesuatu amalan itu memudaratkan,kenapa masih mahu mengikut?
Ya, masalah kita adalah suka percaya bila dengar,
Eh, orang dulu kata kan
Eh, aku baca kat group tu kan
Eh itu, eh ini. Kan?

Janganlah mudah sangat tertipu ya.
Jadilah ibu bapa yang bijak bestari. Untuk mendapatkan anak anak yang bijak, anda sebagai ibu dan bapa perlu bijak juga. Ajar ilmu yang betul, bukan bagi supplemen untuk bijak pandai ya. Kalau dengan menelan supplemen boleh pandai dan sihat, maka tak adalah orang tak bijak dan orang sakit di muka bumi ini
Nota kaki : Iman tanpa ilmu bagaikan lentera di tangan bayi. Namun ilmu tanpa iman, bagaikan lentera di tangan pencuri. (Buya Hamka)
Sumber: Dr. Erna Nadia
Tak suka permusuhan, setiap amalan perlu ada penerangannya
The post Hair Band Memang Cantik Tapi Boleh Bagi Kesan Pada Bayi. Kepala Bayi Membesar Sepanjang Bayi Membesar, Jadi Berhati-Hati appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hair-band-memang-cantik-tapi-boleh-bagi-kesan-pada-bayi-kepala-bayi-membesar-sepanjang-bayi-membesar-jadi-berhati-hati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Tidur Terlentang Tingkatkan Risiko Bayi Mati Mengejut 3 Kali Ganda Mesti Sentiasa Berhati Hati

Ibu Hamil Tidur Terlentang Tingkatkan Risiko Bayi Mati Mengejut 3 Kali Ganda Mesti Sentiasa Berhati Hati

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 530 hits
Tidur dalam posisi terlentang memberikan kesan kepada kandungan Kalau tak berhati hati bayi boleh mati dalam kandungan Semakin meningkat usia kandungan ibu hamil lazimnya akan menghadapi masalah untuk tidur kerana saiz kandungan yang makin ...
Ingatkan Ketumbuhan Pada Hati Bila Dilahirkan Bayi Mengandungkan Kembar Sendiri

Ingatkan Ketumbuhan Pada Hati Bila Dilahirkan Bayi Mengandungkan Kembar Sendiri

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 274 hits
Seorang bayi perempuan yang masih dalam kandungan dikatakan mengandung kembarnya sendiri di dalam perutnya baru baru ini Kejadian yang berlaku di Colombia itu disedari oleh seorang pakar sakit puan Dr Miguel Parra Saavedra Dia mengesan keha...
Bukan Semua Sakit Kepala Migraine Tapi Ada Kaitan Dengan Keturunan Doktor Jelaskan Punca Berlaku

Bukan Semua Sakit Kepala Migraine Tapi Ada Kaitan Dengan Keturunan Doktor Jelaskan Punca Berlaku

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 364 hits
Bukan Semua Sakit Kepala Migraine Tapi Ada Kaitan Dengan Keturunan Doktor Jelaskan Punca Berlaku Ramai mengadu terkena migraine Di mana hanya sebelah kepala terasa sakit berdenyut denyut Tapi tahukah apabila kepala terasa berdenyut itu ia s...
Jangan Ajar Anak Salahkan Orang Lain Nampak Remeh Tapi Ada Kesan Pada Anak

Jangan Ajar Anak Salahkan Orang Lain Nampak Remeh Tapi Ada Kesan Pada Anak

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 529 hits
Tanpa sedar kita sendiri yang ajar anak kita supaya menyalahkan orang lain Kita nampak perkara semacam ini mudah tapi banyak kesannya pada perkembangan anak anak kita Perkongsian ibu yang juga merupakan seorang doktor ini banyak benarnya Ki...
Malaysia Mas Boleh Terbang Tinggi Semula Tapi Airasia Tidak Minat Tony Fernandes

Malaysia Mas Boleh Terbang Tinggi Semula Tapi Airasia Tidak Minat Tony Fernandes

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 471 hits
Penutupan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd tidak akan menjadi keputusan yang bijak kata Ketua Pegawai Eksekutif dan CEO Kumpulan AirAsia Tony Fernandes Walau bagaimanapun dia tidak berminat mengambil alih kawalan Terdapat...
Separuh Jiwaku Pergi Bayi Meninggal Dalam Tidur Pemergian Anak Syurga Ini Begitu Menyentuh Hati Semua

Separuh Jiwaku Pergi Bayi Meninggal Dalam Tidur Pemergian Anak Syurga Ini Begitu Menyentuh Hati Semua

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 312 hits
Separuh Jiwaku Pergi Bayi Meninggal Dalam Tidur Pemergian Anak Syurga Ini Begitu Menyentuh Hati Semua Zuriat merupakan kurniaan terindah bagi setiap pasangan Kehadirannya dinanti dinantikan Rasa teruja membilang hari bilakah si kecil penyer...
Kemarin Beku Total Sekarang Pecahan Es Di Danau Michigan Ini Begitu Memukau Tapi Hati Hati Tajam

Kemarin Beku Total Sekarang Pecahan Es Di Danau Michigan Ini Begitu Memukau Tapi Hati Hati Tajam

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 232 hits
Bagus banget lo jadi kayak dipenuhi pecahan kaca gitu Tapi warga tetap disuruh hati hati nggak mendekat ke sana
Ilmuwan Temukan Pil Kb Pria Yang Terjamin Aman Tapi Katanya Belum Boleh Dijual Lo Kenapa

Ilmuwan Temukan Pil Kb Pria Yang Terjamin Aman Tapi Katanya Belum Boleh Dijual Lo Kenapa

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 328 hits
Sudah waktunya cowok punya pilihan lain selain kondom Biar nggak cewek doang yang dibebani pakai alat kontrasepsi
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp