Hafizul Kamal Disangka Alami Kemurungan



Pelakon filem Paskal, Hafizul Kamal, 36, disangka mengalami masalah kesihatan mental dan kemurungan gara-gara berkongsi ciapan seorang wanita yang pernah terdetik menamatkan riwayat hidup menerusi Instagram (IG) Story, baru-baru ini.
Hafizul berkata, niatnya sekadar mahu memupuk kesedaran di kalangan pengikut mengenai masalah kesihatan mental yang semakin parah akibat pandemik COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya, pelaksanaan fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Namun, katanya, dia terkejut beberapa rakan menghubunginya untuk bertanyakan khabar, selain menerima panggilan media dan menjadi bahan kecaman netizen dalam laman Facebook.
Bagi tidak mencetuskan kekeliruan, Hafizul berkata, dia membuat keputusan memadamkan status yang dimuat naik.
"Tujuan berkongsi tangkap layar berkenaan kerana saya bimbang dengan masalah kesihatan mental yang semakin menjadi-jadi di sekeliling. Akibat terlampau lama berkurung di rumah, ramai tertekan sehingga mengalami kemurungan.
"Lebih teruk ada yang membuat keputusan menamatkan riwayat hidup. Saya paling terkesan membaca perkongsian seorang ejen insurans mengenai pelanggan yang bertanya adakah keluarga akan menerima pampasan sekiranya seseorang menamatkan riwayat hidup.
"Perkara ini benar-benar menyentak naluri saya. Mereka tidak meminta semua ini terjadi, tetapi tekanan dan terdesak membawa kepada tindakan di luar kawalan. Jadi, jangan hanya tahu mengecam kerana anda tidak berada dalam kedudukan mereka," katanya kepada BH Online.
Biarpun tidak pernah berdepan dengan masalah kemurungan, bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, dia dapat merasai kesengsaraan ditanggung oleh individu yang berdepan masalah kesihatan mental.
Juara program On Air itu berkata, tahap kesedaran masalah kesihatan mental di kalangan masyarakat masih berkurangan. Justeru, sudah tiba masa membantu dalam memupuk lebih banyak kesedaran mengenainya.
"Netizen nampak perkara ini buruk, tetapi mereka tidak cuba memahami, sebaliknya terus menghukum.
"Andai kata ada di kalangan rakan meluahkan perasaan berada dalaman tertekan, tolong jangan ambil mudah. Kita kena ambil tahu apa yang membuatkan mereka tertekan. Beri peluang kepada mereka meluahkan perasaan.
"Pada sesiapa yang berdepan dengan tekanan, carilah seseorang meluahkan perasaan. Sekiranya dibuang kerja, jangan memendamkan perasaan, sebaliknya berkongsi bersama isteri mahupun keluarga," katanya.
Pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Miranda pada 2014 itu mengakui, memang sukar mendapat pekerjaan, tetapi sekurang-kurangnya jangan memendam kesedihan seorang diri.
"Dalam keadaan kita masih berkurung, hanya menghadap dinding rumah sepanjang hari, tekanan menjadi lebih berat. Jadi, carilah jalan untuk melepaskan tekanan," katanya yang menggunakan waktu terluang berbincang dengan isteri selepas anak-anak tidur.
Berkongsi perkembangan kerjaya seni, Hafizul bersyukur memiliki beberapa rangkaian perniagaan yang boleh dijadikan sandaran selepas kerjaya lakonan tertangguh gara-gara fasa satu PPN.
Bagaimanapun, Hafizul berkata, dia sudah lama memperlahankan kerjaya seni berikutan bimbang membawa virus COVID-19 kepada anak-anak.
Namun. katanya, dia tetap berharap situasi pandemik dapat pulih dengan segera supaya dapat bekerja semula.
"Filem dan dua drama yang sepatutnya menjalani penggambaran kini tertangguh disebabkan pandemik. Lagipun, saya sudah lama menangguhkan kerjaya lakonan kerana tidak mahu menanggung risiko sehingga menyebarkan virus kepada keluarga.
"Sekarang saya banyak memberikan tumpuan kepada perniagaan dalam talian dan membuat ulasan produk menerusi IG. Namun, saya tetap mengharapkan kerjaya lakonan dapat kembali bergerak seperti biasa," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/07/hafizul-kamal-disangka-alami-kemurungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Rasa Suram Dan Letih Ella Akui Pernah Alami Masalah Kemurungan

Hiburan Rasa Suram Dan Letih Ella Akui Pernah Alami Masalah Kemurungan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 542 hits
Sedia maklum masalah kesihatan mental di negara Malaysia kian hari semakin meningkat tidak terkecuali penyanyi rock lagenda iaitu Ella turut mengakui beliau pernah mengalami masalah nbsp Anxiety nbsp dan juga kemurungan BACA Semakin Pulih P...
10 Tips Alami Mengatasi Kulit Wajah Berminyak

10 Tips Alami Mengatasi Kulit Wajah Berminyak

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 352 hits
10 Tips Alami Mengatasi Kulit Wajah Berminyak Kulit dengan berlebihan minyak membuahkan muka yang mengkilap serta berminyak terlebih bila cuaca tengah panas Keringat bikin kulit tampak makin berminyak dari umumnya Muka yang mengkilap bikin ...
Aktor Lawas Ferry Irawan Alami Pecah Pembuluh Darah Rekan Sesama Artis Galang Donasi

Aktor Lawas Ferry Irawan Alami Pecah Pembuluh Darah Rekan Sesama Artis Galang Donasi

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 477 hits
Lama tak terdengar kabar publik dikejutkan dengan kondisi terkini Ferry yang cukup memprihatinkan
Hiburan Dihempap Bola Boling Elisya Sandha Alami Kecederaan Ketika Penggambaran Ratu Ten Pin

Hiburan Dihempap Bola Boling Elisya Sandha Alami Kecederaan Ketika Penggambaran Ratu Ten Pin

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 447 hits
Komited dalam menjayakan watak sebagai pemain boling profesional pelakon Elisya Sandha khabarnya telah mendapatakn khidmat seorang jurulatih peribadi untuk membantunya membawakan karakter tersebut dalam drama bersiri terbaru Ratu Ten Pin Ka...
Kisah Benar Bila Gadis Ini Miliki Dua Vagina Alami Dua Haid Serentak Video

Kisah Benar Bila Gadis Ini Miliki Dua Vagina Alami Dua Haid Serentak Video

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 575 hits
Kisah Benar Bila Gadis Ini Miliki Dua Vagina Alami Dua Haid Serentak VIDEO TRENTON New Jersey Seorang pelajar perempuan di Amerika Syarikat yang dilahirkan memiliki dua rahim dan dua vagina mengaku dia mengalami haid dua kali sebulan dan ma...
Bunuh Diri Khidmat Nasihat Kepada Individu Alami Pelbagai Masalah

Bunuh Diri Khidmat Nasihat Kepada Individu Alami Pelbagai Masalah

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 332 hits
Bunuh diri Khidmat nasihat kepada individu alami pelbagai masalah Individu yang mengalami masalah seperti kewangan kesihatan tekanan perasaan kemurungan masalah keluarga dan lain lain perlu diberikan bantuan khidmat nasihat selain sokongan ...
Anak Alami Masalah Pernafasan Lahir 2 Minggu Lebih Awal Fitri Haris Timang Cahaya Mata Lelaki

Anak Alami Masalah Pernafasan Lahir 2 Minggu Lebih Awal Fitri Haris Timang Cahaya Mata Lelaki

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 395 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi Fitri Haris yang selamat menimang cahaya mata sulungnya bersama isteri tersayang Fazilah Omar yang telah selamat melahirkan bayi mereka pagi tadi Kata Fitri isterinya terpaksa menjalani pembedahan untuk melah...
Kkm Beri Cuti Saring Kesihatan Mental Elak Petugas Kesihatan Alami Tekanan Melampau

Kkm Beri Cuti Saring Kesihatan Mental Elak Petugas Kesihatan Alami Tekanan Melampau

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 397 hits
Cuti tanpa rekod itu akan diberikan dengan persetujuan ketua jabatan Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah Gambar Bernama Petugas kesihatan yang terlibat dalam pengendalian wabak Covid 19 akan diberikan cuti tanpa rekod dengan perse...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun