Anak Alami Masalah Pernafasan Lahir 2 Minggu Lebih Awal Fitri Haris Timang Cahaya Mata Lelaki
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Fitri Haris yang selamat menimang cahaya mata sulungnya bersama isteri tersayang, Fazilah Omar yang telah selamat melahirkan bayi mereka pagi tadi.
Kata Fitri, isterinya terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi mereka dua minggu lebih awal dari tarikh due kerana mengalami masalah asma yang teruk.
Bukan itu sahaja, bahkan kata Fitri, dia dan isteri berdepan dugaan bila mana bayi mereka menghadapi sedikit masalah pernafasan selepas dilahirkan dan kini dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Awal pagi tadi, Fitri berkongsi kegembiraan selepas kelahiran bayi lelaki sulungnya.
“Alhamdulillah syukur ya Allah.
“Alhamdulillah isteri saya @el_mrsfitri telah selamat melahirkan anakanda (bayi lelaki) kami. Terima kasih atas doa yang di kirimkan,” kongsinya gembira.
Kata Fitri menerusi hantaran yang sama, disebabkan bayinya yang tidak stabil, laungan azan juga dilakukan dengan berhati-hati untuk kebaikan bayi mereka.
Dalam pada itu, Fitri juga memohon doa semua agar keadaan anak kecilnya itu semakin stabil dan lekas segera keluar dari NICU.
“Doa agar kesihatan baby dan mama nya di beri kesihatan yang baik. Baby sekarang di penjagaan rapi untuk memstabilkan pernafasan.
“Azan juga di lakukan secara berhati-hati untuk kebaikan baby, dalam penjagaan rapi.
“Terima kasih kepada Dr.Fatimah, Dr. Maisarah, dan semua team di @annurspecialisthospital yang senantiasa berusaha menjaga isteri di sini. Masyaa Allah. Syukur ya Allah … syukur,” tulisnya di Instagramnya.
Menerusi MStar, Fitri juga memaklumkan isterinya sudah dimasukkan ke wad tiga hari lalu kerana mengalami masalah asma yang agak teruk. Biarpun tarikh sebenar pada 15 Julai nanti, bayi kecil mereka terpaksa dilahirkan lebih awal.
” Memang sangat teruja menanti kelahirannya, rasa seperti nak menyambut anak pertama. Buat masa sekarang kami belum ada nama untuk baby.
” Insyaallah nanti dah ada, saya akan kongsikan bersama. Harap semua dapat mendoakan keadaan isteri dan bayi kami,” kongsinya lagi.
View this post on Instagram
A post shared by Dr. Fitri Haris (@fitriharisofficial)
Terdahulu, Fitri mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya, Fazilah Omar pada Disember 2019. Fitri turut mempunyai seorang cahaya mata, Sofea Soleha, 16 tahun, melalui perkahwinan terdahulunya. Tahniah diucapkan buat pasangan ini.
Menarik: Dah Boleh Main Kejar-Kejar, Baru 10 Bulan Anak Fasha Sandha Dah Dapat Kaki, Makin Aktif Lepas Ni
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fitriharisofficial & Mstar
The post Anak Alami Masalah Pernafasan, Lahir 2 Minggu Lebih Awal, Fitri Haris Timang Cahaya Mata Lelaki appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/anak-alami-masalah-pernafasan-lahir-2-minggu-lebih-awal-fitri-haris-timang-cahaya-mata-lelaki/