Hadith Tentang Tulang Sulbi






Soalan: Apakah sahih hadith berkaitan kesemua badan anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi?
 
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
 
Berdasarkan soalan di atas, sudi bagi kami untuk memetik beberapa ayat al-Qur’an berkaitan penciptaan manusia. Antaranya:
 
Firman Allah SWT: 
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik ciptaan (rupa)”. [al-Tin:4]
 
Melihat pada ayat ini, kita ketahui bahawa Allah SWT telah mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan serta Allah SWT menjadikan manusia ini sebagai salah satu tanda-Nya yang agung. Selain itu juga, ia juga menunjukkan akan kekuasaan dan kehebatan Allah SWT dalam mencipta sesuatu yang Dia kehendaki. Di dalam ayat yang lain:
 
Firman Allah SWT: 
فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ مِمَّ خُلِقَ
Maksudnya: “(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan”. [al-Thoriq:5]
 
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT memerintahkan kita agar sentiasa berfikir dan melihat ciptaan-ciptaan-Nya dan ini adalah yang difahami oleh para mufassir.
 
Hadith-Hadith Berkaitan Tulang Sulbi
Di sini kami datangkan beberapa buah hadith sahih berkaitan persoalan di atas:
 
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 
لَيْسَ مِنَ الإِنْسَانِ شَيْءٌ إِلَّا يَبْلَى، إِلَّا عَظْمًا وَاحِدًا وَهُوَ عَجْبُ الذَّنَبِ، وَمِنْهُ يُرَكَّبُ الخَلْقُ يَوْمَ القِيَامَةِ
Maksudnya: “Tidak ada pada manusia itu melainkan kesemuanya akan hancur melainkan satu tulang yang dinamakan ‘Ajb al-Zanab dan daripadanya itu akan dibangkitkan manusia pada hari Kiamat”. [Riwayat al-Bukhari (4935)]
 
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 
كُلُّ ابْنِ آدَمَ يَأْكُلُهُ التُّرَابُ، إِلَّا عَجْبَ الذَّنَبِ مِنْهُ، خُلِقَ وَفِيهِ يُرَكَّبُ
Maksudnya: “Setiap anak Adam akan dimakan oleh tanah kecuali ‘Ajb al-Zanab daripadanya diciptakan serta padanya juga akan dibangkitkan”. [Riwayat Muslim (2955)]
 
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 
إِنَّ فِي الْإِنْسَانِ عَظْمًا لَا تَأْكُلُهُ الْأَرْضُ أَبَدًا، فِيهِ يُرَكَّبُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالُوا أَيُّ عَظْمٍ هُوَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ: عَجْبُ الذَّنَبِ
Maksudnya: “Sesungguhnya pada manusia itu terdapat satu tulang yang tidak akan dimakan oleh bumi selama-lamanya. Dengannya akan dibangkitkan manusia pada hari Kiamat. Mereka bertanya: Tulang apakah itu wahai Rasulullah SAW? Nabi SAW bersabda: ‘Ajb al-Zanab”. [Riwayat Muslim (2955)]
 
Definisi ‘Ajb al-Zanab (عَجْبُ الذَّنَبِ)
Menurut lisan al-Arab, ‘Ajb al-Zanab bermaksud:
 
الْعَظْمِ الَّذِي فِي أَسفل الصُّلْب عِنْدَ العَجُز
Maksudnya: “Tulang yang berada di hujung sulbi pada tulang tongkeng ”.  [Lihat: Lisan al-Arab, 582/1]
 
Imam al-Nawawi mengatakan ‘Ajb al-Zanab adalah tulang yang halus terletak di hujung sulbi serta ia juga merupakan hujung tongkeng dan dikatakan juga bahawa ia adalah tulang ekor. Tulang ini merupakan ciptaan Allah SWT yang pertama bagi manusia dan ia akan kekal sehingga dikembalikan ciptaan manusia (pada hari Akhirat).  [Lihat: al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 92/18]
 
Fiqh al-Hadith
Daripada hadith ini, kita dapat merumuskan beberapa perkara:
 
Pertama: Proses ciptaan manusia bermula daripada ‘Ajb al-Zanab.Kedua: ‘Ajb al-Zanab tidak akan musnah dan tidak akan di makan oleh bumi.Ketiga: Daripada ‘Ajb al-Zanab akan dibangkitkan manusia pada hari Akhirat kelak. 
Penutup
Kesimpulannya, hadith berkaitan sejenis tulang yang tidak akan hancur adalah sahih kerana ketiga riwayat tersebut datang dari dua buah kitab yang menjadi ijma’ umat Islam akan kesahihannya dan kita wajib beriman dengan perkara tersebut. Akhirnya, semoga Allah SWT membangkitkan kita di hari Akhirat kelak dalam kalangan orang yang soleh dan beriman. Amin.
 
Wallahua’lam


PejabatMuftiWilayahPerseketuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2024/06/hadith-tentang-tulang-sulbi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Hanya Pembangkang Peduli Tentang Etika Pilihan Raya

Adakah Hanya Pembangkang Peduli Tentang Etika Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 164 hits
PRESIDEN Gerakan Dominic Lau meluahkan rasa marahnya kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang baru baru ini mengumumkan pembiayaan RM18 juta untuk pelbagai projek di Seberai Perai selatan Pulau Pinang menjelang Pilih...
Disoal Tentang Kontroversi Ryu Junyeol Han Sohee Hyeri Beri Jawapan Padu

Disoal Tentang Kontroversi Ryu Junyeol Han Sohee Hyeri Beri Jawapan Padu

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 203 hits
Masih ada lagi yang nampaknya terus mengungkit mengenai kisah cinta tiga segi melibatkan Hyeri Han So hee dan Ryu Jun yeol Artikel Berkaitan Terdahulu Hyeri berpisah dengan Ryu Jun yeol selepas 6 tahun bercinta dan kemudiannya lelaki itu me...
Kisah Nyata Tentang Keajaiban Sedekah Luar Biasa

Kisah Nyata Tentang Keajaiban Sedekah Luar Biasa

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 238 hits
Kisah nyata tentang keajaiban sedekah luar biasa Terdapat cerita nyata tentang keajaiban bersedekah semoga tulisan ini mampu menginpirasi kita semua Sungguh luar biasa sangat tentang kelebihan dan keistimewaan sedekah Masih banyak sekali te...
Sup Tulang Merah Kak Azlita Aziz

Sup Tulang Merah Kak Azlita Aziz

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 227 hits
Assalamualaikum WBT IMAN balik bercuti minggu ulangkaji Bulan Julai ni Iman dan rakan sepengajian akan menghadapi peperiksaan akhir semester diikuti dengan cuti semester selama tiga bulan Iman kata cuti panjang ni dia nak kerja cari duit na...
Enam Suspek Pemburu Haram Ditahan Dipercayai Bunuh Lapah Dan Jual Tulang Harimau Belang

Enam Suspek Pemburu Haram Ditahan Dipercayai Bunuh Lapah Dan Jual Tulang Harimau Belang

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 196 hits
Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia hmetro com myANTARA suspek yang ditahan terbabit membantu aktiviti penjualan hidupan liar dilindungi Putrajaya Penemuan mengejutkan apabila pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara menemui ...
Nak Selamatkan Anak Wanita Patah Tulang Kaki Selepas Disondol Kerbau Terlepas Ikatan

Nak Selamatkan Anak Wanita Patah Tulang Kaki Selepas Disondol Kerbau Terlepas Ikatan

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 265 hits
Nak selamatkan anak seorang wanita dilaporkan patah tulang kaki selepas disondol seekor kerbau yang hendak dikorbankan terlepas daripada ikatan Detik cemas itu telah dikongsikan di media sosial yang menunjukkan kerbau berkenaan terlepas sem...
Pelajar Smp Di Padang Tewas Dengan 6 Tulang Rusuk Patah Lbh Diduga Disiksa Polisi

Pelajar Smp Di Padang Tewas Dengan 6 Tulang Rusuk Patah Lbh Diduga Disiksa Polisi

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 199 hits
Korban yang berusia 13 tahun itu terakhir kali terlihat berdiri dikerumuni polisi memegang rotan Dia kemudian ditemukan tewas di bawah jembatan
Sup Daging Ala Thai Bersama Tulang Rusuk

Sup Daging Ala Thai Bersama Tulang Rusuk

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 308 hits
Memandangkan di rumah ni suami demam Makanya selepas zohor semalam terus ke pasaraya mencari bahan bahan penyediaan Sup Daging Ala Thai Kecuali daging dan tulang rusuk menggunakan daging korban Ini pertama kali sepanjang 13 tahun perkahwina...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Mat Sabu Menteri Gagal

Ole Ole Dari Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menu Khairul Aming Telur Bungkus

Wujud Usaha Jahat Tanam Persepsi K Jaan Diam Islam Dihina Pmo

How To Conduct A Reliable Bank Employee Background Check In Malaysia

Realiti Kehidupan Apabila Bekerja Dari Rumah

Gambar Konsert Sudirman Jalan Chow Kit Tahun 1986

Saifuddin Belum Buat Keputusan Tanding Pemilihan Pkr