Hadith Kelebihan Buah Tembikai



SOALAN:
Apakah terdapat hadith berkaitan kelebihan tembikai?

JAWAPAN:
Setiap insan ada kecenderungan atau minat yang tersendiri pada sesuatu perkara termasuklah makanan. Di dalam hadith ada dinyatakan di antara makanan yang digemari atau pernah dimakan oleh Baginda SAW.

Antaranya adalah buah tembikai sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam al-Tirmidzi di dalam kitabnya Sunan al-Tirmidzi dan al-Syamail al-Muhammadiyyah:

Daripada Aisyah R.anha berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْكُلُ البِطِّيخَ بِالرُّطَبِ
“Adapun Nabi SAW pernah memakan buah tembikai bersama kurma basah.” [Riwayat al-Tirmidzi (3836), Imam al-Tirmidzi menilai hadith ini sebagai hasan gharib, manakala Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah baik]

Berdasarkan soalan di atas, sememangnya terdapat beberapa hadith yang disandarkan kepada Nabi SAW dalam menceritakan berkaitan kelebihan memakan tembikai. Antaranya:

1. Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ امْرَأَةٍ حَامِلَة أَكَلَتِ البِطِّيخ، إِلَّا يَكُوْن مَوْلُودها حَسُنَ الوَجْهِ وَالخُلُقِ
“Tidak ada seorang pun daripada wanita yang hamil apabila memakan buah tembikai, melainkan anak yang akan dilahirkan mempunyai wajah dan akhlak yang baik.”

2. Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

الْبِطِّيخُ قَبْلَ الطَّعَامِ يَغْسِلُ الْبَطْنَ غَسْلًا وَيَذْهَبُ بِالدَّاءِ أَصْلًا
“Memakan tembikai sebelum makan akan mencuci perut dan akan menghilangkan penyakit.”

Pandangan Ulama Terhadap Hadith Kelebihan Buah Tembikai:

• Imam Ahmad (241 H) mengatakan tidak ada yang sahih pada menceritakan kelebihan tembikai melainkan Rasulullah SAW pernah memakannya. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 486]

• Imam Ibn al-Jauzi (597 H) mengatakan tidak ada yang sahih pada menyatakan kelebihan buah tembikai. [Lihat: al-Mawdhu’at, 2/286]

• Imam al-Nawawi (676 H) juga menyatakan bahawa tidak ada satu pun hadith yang sahih padanya (iaitu pada kelebihan buah tembikai). [Lihat: Fatawa al-Nawawi, 266]

• Imam al-Zarkashi (794 H) menegaskan tidak ada hadith yang thabit (daripada Nabi SAW) berkaitan kelebihan tembikai. [Lihat: al-Masnu’ fi Ma’rifah al-Hadith al-Mawdhu’, 77]

• Imam al-Qawuqji (1305 H) berkata telah menukilkan kata-kata Ibn al-Daiba’ bahawa Abu ‘Amr al-Tuqani telah menulis berkenaan kelebihan tembikai sebanyak satu juzuk kitab dan hadith-hadithnya adalah batil.

• Imam al-Fattani (1343 H) berkata hadith-hadith yang menceritakan tentang kelebihan tembikai adalah bathil (tidak sahih). [Lihat: Tazkirah al-Mawdhu’at, 148]

Melihat kepada beberapa pandangan para ulama’ di atas, kami cenderung untuk mengatakan bahawa tidak terdapat hadith yang sahih pada menceritakan berkaitan kelebihan buah tembikai melainkan hadith yang menceritakan bahawa Nabi SAW pernah memakannya ketika hayat Baginda SAW sepertimana yang disebutkan oleh Aisyah R.anha.

Penutup

Kesimpulannya, tidak terdapat hadith-hadith yang sahih pada menceritakan berkaitan kelebihan memakan buah tembikai melainkan hadith yang menceritakan bahawa Nabi SAW pernah memakannya. Di samping itu, sekiranya terdapat ahli Sains yang menyebutkan akan kelebihan buah tembikai maka ia tidaklah menjadi masalah untuk mempercayainya walaupun di sana tidak terdapat hadith yang menceritakan perkara tersebut. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (Al-Nahl: 43)

Justeru, haram bagi kita untuk meriwayatkannya serta menyebarkannya melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya.

Akhirnya, semoga Allah SWT sentiasa memelihara kita serta menjaga lidah kita daripada mengucapkan sebarang pendustaan di atas nama Baginda SAW. Amin. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/10/hadith-kelebihan-buah-tembikai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Best Gila Layan Air Tembikai Direct Dari Buah Tembikai

Best Gila Layan Air Tembikai Direct Dari Buah Tembikai

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 247 hits
Team Oh Media encikjambuofficial cuba air tembikai special di Cendol Jam Besar Melaka Siap dapat minum dalam buah tembikai itu sendiri dan air nya sangat fresh tanpa di campur dengan gula harganya RM10 00 je Sumber Oh Media
1 417 Buah Kereta Sedang Mendaki Menuju Ke Cameron Highlands

1 417 Buah Kereta Sedang Mendaki Menuju Ke Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 286 hits
Catatan ini saya lewat buat berbanding update di facebook saya Cuma untuk sebagai rekod sahaja supaya di masa akan datang ada boleh saya rujuk fakta di bawah ini Sejam saya menuruni Jalan Tapah sekitar pukul 10 pagi saya berselisih dengan 1...
Nenek Asal Magetan Tinggal Sebatang Kara Tak Punya Uang Jual 3 Buah Sendok Untuk Beli Beras

Nenek Asal Magetan Tinggal Sebatang Kara Tak Punya Uang Jual 3 Buah Sendok Untuk Beli Beras

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 257 hits
Kisah viral hari ini tentang seorang nenek bersama Sadinah yang tak punya uang untuk makan Mbah Sadinah adalah warga Desa Kleco Kabupaten Magetan Jawa Timur yang akhirnya menjual tiga buah sendok untuk membeli beras Mbah Sadinah mendatangi ...
Tutorial Gubahan Bentuk Buah Dari Tuala

Tutorial Gubahan Bentuk Buah Dari Tuala

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 1706 hits
Banyak perkongsian ilmu gubahan yang ana dapat dari group FB Gubahan Bunga Cantik ni Memang kreatif sungguh ahli ahli group dan Alhamdulillah mereka tidak lokek ilmu untuk berkongsi Dan perkongsian tutorial cara menggubah hantaran berbentuk...
Ujian Rangkaian 5g Tempatan Akan Dikembangkan Ke 6 Buah Negeri Bermula Oktober Hingga Mac 2020

Ujian Rangkaian 5g Tempatan Akan Dikembangkan Ke 6 Buah Negeri Bermula Oktober Hingga Mac 2020

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 371 hits
Melalui Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara kerajaan Malaysia sedang menguji pelbagai cara bagaimana rangkaian telekomunikasi 5G boleh memanfaatkan semua rakyat Malaysia Buat masa ini kesemua ujian ujian rangkaian 5G sedang giat...
Jadual Senarai Kalori Buah Buahan Dan Sayuran Di Malaysia

Jadual Senarai Kalori Buah Buahan Dan Sayuran Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 513 hits
Buahan buahan dan sayuran mempunyai nilai kalori yang rendah berbanding makanan yang diproses Sudah tentu ia sangat baik untuk mereka yang sedang dalam program diet Ia sangat membantu program diet anda jika diamalkan dengan betul Buah buaha...
Rembat Kipas Di Masjid Polis Buru Individu Disyaki Curi 3 Buah Kipas

Rembat Kipas Di Masjid Polis Buru Individu Disyaki Curi 3 Buah Kipas

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 423 hits
Rakaman CCTV kes kecurian yg berlaku pada tengahari 28 Sept 2019 lepas di Masjid Nurul Islam Aulong Taiping Perak Suspek 1 dipercayai bangsa Melayu telah melarikan 3 unit kipas dinding Menurut laporan terbaru pihak polis sedang mengesan seo...
Kesan Susi Pudjiastuti Lima Tahun Jadi Anak Buah Jokowi Di Kabinet

Kesan Susi Pudjiastuti Lima Tahun Jadi Anak Buah Jokowi Di Kabinet

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 243 hits
Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti tak bisa berkata banyak saat ditanya kesannya lima tahun bekerja bersama Presiden Joko Widodo atau Jokowi di kabinet Menurut dia terlalu banyak kesan yang didapatnya selama menjadi menteri Jok...
Dua Buah Sekolah Buat Hal Kementerian Beri Peringatan

Dua Buah Sekolah Buat Hal Kementerian Beri Peringatan

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 237 hits
Gambar sumber dari GoogleSedang hangat diperkatakan sekarang ini tentang tindakan dua buah sekolah yang mengundang tanda tanya kepada netizen Yang pertama adalah kes tentang tindakan pentadbir sekolah berkenaan melarang bacaan doa dalam pro...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit

Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Hard Rock Penang

Sabah S Elephant Champion


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Hakikat Bukan Selalu Kita Dibalas Dengan Kebaikan

Kru Goat Chord

Pasaran Saham As Terus Meningkat

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Yang Dilaporkan Hilang Di Pekan Ditemukan Selamat Di Chukai

Selalu Sendawa Atau Kentut Ini 14 Cara Buang Angin Dalam Perut