Hadiah Wang Rm138 000 Sebagai Tawaran Menetap Di Itali
Assalamualaikum wbt...Awak masih ingat lagi tak pada cerita saya yang lepas...?
WOW.. RUMAH CUMA BERHARGA RM63!
Ingat lagi tak cerita nie...? Jika di Utara Crotia menawarkan pembelian rumah yang cuma berharga RM63, lain pulak kisah di Itali..
Dekat sebuah perkampungan di Calabria, barat daya Itali, kaunselor negeri Gianluca Gallo telah menawarkan wang tunai sebanyak AS$33,000 bersamaan dengan RM138,000 pada sesiapa yang berhasrat untuk tinggal di perkampungan itu. Perkampungan yang didiami seramai 2,000 orang penduduk itu dikatakan nak menambah populasi yang semakin menurun sejak beberapa tahun yang lepas..
Tawaran untuk dalam tempoh tiga tahun itu membolehkan seseorang itu memilih untuk tinggal di kawasan berhampiran dengan laut atau gunung atau kedua-duanya sekali. Tapi ada syarat lain yang perlu mereka ikut jika nak tinggal di perkampungan itu.. Antaranya adalah ;Berumur tidak lebih 40 tahun ; Perlu membuka perniagaan kecil sama ada perniagaan baru atau mengambil alih perniagaan sedia ada ;Perlu tinggal di Calabria dalam tempoh 90 hari selepas menerima tawaran berkenaan ;Tawaran ini diharap dapat menarik minat golongan muda yang bersemangat untuk menerokai peluang pekerjaan yang baru. Menurut kata Gallo lagi, pendapatan bulanan yang boleh diperolehi di situ adalah sekitar 800 euro hingga 1,000 euro iaitu sekitar RM3,800 sehingga RM4,900 untuk tempoh dua hingga tiga tahun. Sebagai alternatif, mereka akan diberikan peruntukan one-off pada sesiapa yang nak buka aktiviti sosial seperti pembukaan restoran, ladang dan kedai.
Beliau juga berkata, "Kami menyediakan data teknikal, pendapatan bulanan dan tempoh peruntukan termasuk penambahan penduduk sehingga 3,000 orang,"
Katanya lagi, tawaran itu diharapkan berjaya mendapat sambutan dan skim pertama itu akan berjaya. Pendekatan lebih bersasar akan digunakan untuk menghidupkan kembali komuniti berbanding penjualan rumah.
Bakal penduduk juga boleh menikmati keunikan lokasi yang menawarkan bangunan yang tidak digunakan serta kemudahan internet berkelajuan tinggi.
Jadi, ada sesiapa yang nak pergi ke sana...? Pastikan awak berusia tak lebih 40 tahun tau... hihihi... banyak tue hadiah yang ditawarkan...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shikinrazali.com/2021/08/hadiah-wang-rm138000-sebagai-tawaran.html