Hadiah Hari Pekerja Yang Dapat Dan Menunggu


 

Bagi saya pengumuman kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah hadiah kepada mereka sempena Hari Pekerja yang disambut semalam. Malah ia berita gembira luar biasa kerana kadar kenaikannya ialah yang tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam.
“Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini adalah 13% dan tahun ini saya akan mengumumkan kenaikan lebih tinggi daripada 13%. Maka kita akan melaksanakan mulai 1 Disember tahun ini sebab saya sudah berjanji,” kata Anwar.
Cuepacs atau Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam tentulah menghargai pengumuman yang dibuat perdana menteri seperti dilapor FMT.
Namun pada masa yang sama ‘berharap’ (mungkin istilah ‘mahu’ lebih tepat?) beberapa cadangan lain yang dikemukakannya untuk tambah baik dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ‘dilaksanakan segera’. Ini selain kenaikan gaji lebih 13% yang diumumkan.
Presiden Cuepacs Adnan Mat dilaporkan berkata cadangan itu termasuk berkaitan kenaikan pangkat, pemberian elaun dan beberapa indikator lain yang termasuk dalam pakej SSPA sebelum ini.
Saya menyimpulkan ini sebagai mereka puas hati (kerana dapat kenaikan gaji) tetapi tidak puas hati (kerana tuntutan lain belum dapat).
Kenaikan gaji sahaja atau menurut Anwar pelarasan gaji penjawat awam, akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion berikutan jumlah kenaikan yang terbesar dan terbaik dalam sejarah.
Kata seorang pesara yang pernah memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam, ini akan menambah beban hutang negara yang sudah mencecah RM1.5 trillion.
Bagaimanapun seorang rakan yang juga pesara perkhidmatan awam berpendapat setelah sekian lama (menurut beliau lebih 10 tahun) ‘tak naik gaji’ sememangnya wajar kenaikan diberi kali ini kerana katanya kenaikan harus dibuat setiap lima tahun.
Oleh itu katanya kerajaan harus buat pembayaran ‘backdate’. Namun menurut seorang lagi kawan berkata: “Sebab itu PM bagi lebih untuk cover yang lama tak naik tu”.
Berkata pula seorang kawan adalah tidak benar untuk mengatakan gaji kakitangan awam tidak naik kerana setiap tahun ada annual increment sehingga capai tahap tertinggi. Gaji katanya tidak statik.
Sebaik berita pengumuman kenaikan gaji disiarkan saya terbaca satu hantaran di Facebook berbunyi: “Tahniah penjawat awam tingkatkan kualiti dan prestasi”. Disahut seorang yang mengikuti laman Facebook berkenaan dengan berkata “kurangkan lepak kat kedai kopi emmmm susah nak ubah”.
Itulah masalah kakitangan kerajaan. Persepsi negatif yang dikaitkan dengan lepak ponteng dan malas.
Jika anda bukan kakitangan kerajaan atau tidak punya anggota keluarga bekerja dengan kerajaan anda mungkin akan kata mereka tidak layak dapat kenaikan gaji.
Tidak dinafikan ada di kalangan penjawat awam yang kerja keras, gigih, penuh dedikasi. Tetapi tidak dinafikan juga ada yang sebaliknya.
Tetapi kedua-dua golongan iaitu yang rajin dan yang malas akan sama sama dapat kenaikan gaji apabila apa yang dirancang kerajaan dilaksanakan.
Bagaimanapun kali ini menurut Anwar berbeza. ‘Ini bukan untuk semua’.
Kalau rekod pekerjanya tak membanggakan, malas, sering lambat dan tidak beri tumpuan yang baik mereka tidak layak diberi ganjaran seperti dijanjikan kerajaan,” kata perdana menteri.
Memang tepat tetapi ‘it’s easier said than done’. Lantas ketua jabatan mesti mainkan peranan untuk tahu ‘mana permata mana kaca’.
Kerap juga kedengaran kakitangan yang kuat ponteng bukan sahaja terlepas bahkan dapat naik gaji (dan pangkat?) kerana pandai main wayang.
Kerap juga kita dengar rintihan kakitangan yang betul-betul kerja ‘dicicir atau tercicir’ hanya kerana tidak pandai menonjolkan diri di depan sang ketua. Lalu mereka kecewa dan patah semangat.
Anwar mungkin punya sebab tersendiri untuk memberi ganjaran kepada kakitangan awam. Saya tidak mempersoalkan keikhlasan beliau mahu menghargai sumbangan penjawat awam. Namun walau apa pun niatnya langkah ini boleh dilihat sebagai sesuatu yang populis .
Siapa pun yang menubuhkan kerajaan akan sentiasa menjaga hati penjawat awam. Saya ulangi apa yang saya tulis untuk FMT pada 14 Feb 2023 yakni selain memastikan jentera kerajaan berjalan lancar jaga mereka dengan baik ialah memastikan sokongan yang diperlukan apabila pilihan raya diadakan.
Bukan sokongan mereka sahaja tetapi juga anggota keluarga mencakupi ibu bapa dan sanak saudara. Jika dilayan baik sokongan akan didapati.
Begitulah ‘logiknya’. Setuju atau tidak terpulang. Maka kakitangan kerajaan dilayan baik.
Contoh mereka dapat one off payment untuk hari raya, kos sara hidup dan sebagainya selain bonus. Semasa wabak Covid-19 umpamanya, RM1.17 billion daripada pakej rangsang ekonomi kerajaan Muhyididn Yassin diperuntukkan untuk kakitangan kerajaan.
Pada Mac lalu, Anwar dilapor berkata SSPA yang sedang dirangka akan meneliti keperluan memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita bekerja dalam tempoh lebih pendek supaya dapat beri perhatian lebih kepada keluarga. Dalam lain perkataan, orang perempuan boleh balik awal.
Ketika Anwar mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam semalam, lebih 1,000 pekerja daripada pelbagai sektor berarak ke Dataran Merdeka bagi menuntut hak pekerja.
Ada tuntutan diaju kepada majikan masing-masing. Ada juga yang dihala kepada kerajaan atau memerlukan campur tangan kerajaan.
Mereka terpaksa berarak di bawah sinar terik matahari. Orang kerja gomen tak payah berpanas dan berpeluh.
Sebagai wartawan tua, wajib saya akhiri penulisan ini dengan suara Gerakan Media Merdeka atau Geramm sempena Hari Pekerja. Kata Geramm media juga pekerja dengan hak yang perlu diperjuangkan.
Bukan hanya dalam konteks kebebasan media tetapi juga hak asasi, pembayaran gaji, perlindungan sosial, waktu bekerja, kesetaraan gender dan banyak lagi.
Kepada pihak berwajib, hayatilah suara sang pewarta yang mencari berita. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/hadiah-hari-pekerja-yang-dapat-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 229 hits
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada golongan pekerja sama ada dari sektor awam swasta dan mereka yang bekerja sendiri atas sumbangan kepada pembangunan dan menjadi pemangkin ekonomi negara Saya ingin men...
Dapat Hadiah Hari Jadi

Dapat Hadiah Hari Jadi

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 165 hits
Walaupun hari jadi Mama Yan esok tapi semalam Mama Yan dah dapat hadiah hari jadi Terharu sangat sebab yang bagi hadiah tu staf office Mula mula masuk dalam kereta Suami suruh ambil beg kertas kat tempat duduk belakang dia kata ada hadiah M...
Peringati Hari Buruh Pj Bupati Jombang Ingatkan Pesan Bung Karno Ke Pekerja

Peringati Hari Buruh Pj Bupati Jombang Ingatkan Pesan Bung Karno Ke Pekerja

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 131 hits
Pj Bupati Jombang Sugiat melepas acara dan memberikan sambutannya di Alun Alun Kabupaten Jombang
1 Mei 2024 Selamat Hari Pekerja

1 Mei 2024 Selamat Hari Pekerja

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 243 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tanggal 1 Mei setiap tahun Malaysia dan juga seluruh dunia akan menyambut Hari Pekerja Hari tersebut disambut bagi menghargai golongan pekerja yang telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara Di Malay...
Foto Hari Buruh Sedunia Pekerja Tetap Sibuk Garap Proyek Lrt Velodrome Manggarai

Foto Hari Buruh Sedunia Pekerja Tetap Sibuk Garap Proyek Lrt Velodrome Manggarai

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 149 hits
Hari Buruh pada 1 Mei merupakan peringatan yang dirayakan di seluruh dunia untuk menghormati perjuangan dan kontribusi para pekerja dalam mencapai hak haknya
Prabowo Di Hari Buruh Semoga Seluruh Pekerja Dan Keluarga Semakin Maju Sejahtera

Prabowo Di Hari Buruh Semoga Seluruh Pekerja Dan Keluarga Semakin Maju Sejahtera

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 213 hits
Ia mendoakan agar seluruh pekerja termasuk buruh dapat semakin erat bersatu dan sejahtera
Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 407 hits
Tanggal 1 Mei setiap tahun Malaysia dan juga seluruh dunia akan menyambut Hari Hari tersebut disambut bagi menghargai golongan pekerja yang telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara Di Malaysia hak setiap pekerja dilindungi oleh Akta ...
Selamat Hari Pekerja Koleksi Ucapan Hari Pekerja Poster

Selamat Hari Pekerja Koleksi Ucapan Hari Pekerja Poster

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 258 hits
Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja yang mencari rezeki yang halal di muka Bumi ini tidak kira di mana pun anda berada Hari Pekerja atau juga dikennali sebagai Hari Buruh disambut di seluruh dunia pada 1 Mei dan di Malaysia tarikh ini d...
Jokowi Di Hari Buruh Setiap Pekerja Adalah Pahlawan

Jokowi Di Hari Buruh Setiap Pekerja Adalah Pahlawan

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 184 hits
residen Jokowi pun mengunggah gambar ilustrasi yang memperlihatkan berbagai macam pekerjaan
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner