Hadiah Dhpp Ke M Sia Bahkan Akan Jangkau Dunia


 
1. DHPP pastikan PAS terus relevan, inklusif. 
PADA 8 September 2024, Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) telah menganjurkan konvensyen tahunannya yang ke-9 di Hotel Darul Makmur, Pahang. Usia DHPP yang kini telah mencapai 20 tahun menjadi bukti kekuatan dan dedikasi kita dalam menjalin hubungan erat antara PAS dan masyarakat bukan Islam.

Konvensyen kali ini yang mungkin merupakan konvensyen yang terakhir sebelum DHPP dijadikan sayap rasmi PAS telah dihadiri oleh kepimpinan utama PAS serta tetamu kehormat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik dan diplomatik.
Melangkah ke hadapan, DHPP menyedari bahawa cabaran politik akan terus berkembang, tetapi ini memberi peluang yang lebih besar untuk DHPP menonjol dalam arena politik tanah air. Sekiranya pindaan Perlembagaan PAS diluluskan dan DHPP menjadi sayap rasmi PAS, kita bukan lagi sekadar penyokong, tetapi sayap baru yang tertera dalam Perlembagaan PAS, memainkan peranan penting dalam memastikan PAS terus relevan dan inklusif.
Dengan perubahan status ini, DHPP akan diberi peranan yang lebih besar untuk mewakili suara masyarakat bukan Islam dalam parti, menegaskan bahawa PAS adalah parti untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang agama atau kaum. Harapan kepimpinan PAS terhadap DHPP sangat besar, dan DHPP harus tampil lebih aktif, lebih bersedia, dan lebih fokus dalam memperjuangkan agenda rakyat.
Seiring dengan perancangan menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), DHPP telah merangka beberapa langkah strategik yang perlu dilaksanakan dengan tuntas:
Memperluas Program Penerangan dan Pemahaman – Meningkatkan kefahaman masyarakat bukan Islam mengenai dasar-dasar PAS yang menekankan keadilan untuk semua. Program penerangan yang lebih mendalam dan sistematik akan digerakkan di seluruh negara, terutama di kawasan-kawasan majoriti bukan Islam.Kerjasama Rentas Kaum dan Agama – DHPP akan terus memperkukuh kerjasama dengan badan-badan bukan Islam lain dan sayap-sayap parti di seluruh negara. Ini termasuk memperbanyakkan sesi dialog antara agama dan budaya bagi mengurangkan salah faham serta membina kepercayaan antara kaum.Menguasai Media Sosial dan Platform Digital – Dalam era digital yang berkembang pesat, DHPP akan mempertingkatkan kehadiran di platform media sosial untuk menyampaikan mesej PAS dengan lebih efektif. Maklumat yang tepat dan jelas perlu disampaikan untuk menangkis dakyah serta fitnah yang mungkin mengelirukan masyarakat.Mobilisasi Jentera Pilihan Raya – Menjelang PRU16, DHPP akan bekerjasama erat dengan PAS dalam menggerakkan jentera pilihan raya di kawasan-kawasan sasaran. Pengundi bukan Islam akan menjadi fokus penting, terutamanya di negeri-negeri seperti Pahang, yang mana PAS yakin mampu meraih kemenangan besar.Penglibatan Aktif dalam Komuniti – DHPP akan terus aktif dalam menyelesaikan masalah-masalah masyarakat setempat melalui penglibatan langsung dalam aktiviti-aktiviti komuniti. Ini akan memperkukuh imej PAS sebagai parti yang prihatin dan dekat dengan rakyat.Sekiranya ini adalah konvensyen terakhir DHPP sebelum diiktiraf sebagai sayap rasmi PAS, kita patut berbangga dengan pencapaian selama 20 tahun ini. DHPP telah membuktikan bahawa kita mampu menjadi jambatan yang menyatukan PAS dengan masyarakat bukan Islam, dan kini kita bersedia untuk mengambil peranan yang lebih besar dalam landskap politik negara.
Kepada seluruh ahli DHPP, inilah masa untuk kita bangkit dengan lebih yakin dan berani. Cabaran akan terus datang, tetapi dengan perpaduan dan usaha keras, DHPP akan menjadi sayap yang kukuh dan berperanan, seiring dengan matlamat PAS untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada Malaysia. – HARAKAHDAILY 9/9/2024
BALACHANDRAN GOPAL KRISHNAN
Ketua Penerangan DHPP Pusat


2. DHPP terus teguh bersama PAS di usia 20 tahun 
JERANTUT: Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kali Ke-9 amat istimewa kepada anggota sayap itu kerana ia dirayakan pada usia DHPP memasuki tahun yang ke-20 penubuhannya.

Ketua DHPP Pusat, Balasubramaniam Nachiappan berkata, selama 20 tahun ini, mereka telah melalui pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan yang sebenarnya mematangkan DHPP untuk terus berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan organisasi politik lain.  

(Lanjut, sila lihat seterusnya 'DHPP terus teguh bersama PAS di usia 20 tahun' -HARAKAHDAILY 8/9/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, ada sesuatu yang menarik menjelang Muktamar PAS Pusat 2024 ini. Dikatakan ada hadiah DHPP ke M'sia, bahkan akan jangkau dunia?   
"Sekiranya ini adalah konvensyen terakhir DHPP sebelum diiktiraf sebagai sayap rasmi PAS, kita patut berbangga dengan pencapaian selama 20 tahun ini. DHPP telah membuktikan bahawa kita mampu menjadi jambatan yang menyatukan PAS dengan masyarakat bukan Islam, dan kini kita bersedia untuk mengambil peranan yang lebih besar dalam landskap politik negara." Kata BALACHANDRAN GOPAL KRISHNAN Ketua Penerangan DHPP Pusat.
Kepada seluruh ahli DHPP beliau berseru, inilah masa untuk kita bangkit dengan lebih yakin dan berani. Cabaran akan terus datang, tetapi dengan perpaduan dan usaha keras, DHPP akan menjadi sayap yang kukuh dan berperanan, seiring dengan matlamat PAS untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada Malaysia.
Bahkan perjuangan PAS untuk membebas manusia dari cengkaman sesama manusia di muka bumi akan terus berjalan seiring, tiada beza warna kulit, di serata ceruk dunia..
Bermula perjuangan 7 abad ke 3
Tujuh abad kebangkitan Islam pimpinan Muhammad SAW sejak awal Hijrah, merentasi tujuh abad zaman Islam di uji, dicuba dan direnyokkkan. Hinnga kini Islam sedang bangkit kembali, bermula dengan pembebasan Palestin, Masjidil Aqsa dan kejatuhan AS/Israel yang bebal.. Hingga Islam bersama kawan-kawan bukan dan belum Islam berjaya kembali, menolak 'demokrasi penindasan dan keganasan ciptaan manusia.. 
Hingga tinggal Allahu 'Akbar, lain semua kecil. Insya Allah Ta'ala!




Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..' 
Tulisan di atas ada kaitan dengan ini.
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/09/hadiah-dhpp-ke-msia-bahkan-akan-jangkau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tokoh Berpengaruh Dunia Islam

Tokoh Berpengaruh Dunia Islam

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 150 hits
Inilah pemimpin yang benar benar berpengaruh di Nusantara dan global bukan sekadar tokoh politik Mereka adalah individu yang membawa perubahan besar kepada umat menyebarkan ilmu dan inspirasi merentasi sempadan Ternyata tidak semua yang ber...
Hukum Menghasilkan Imej Orang Yang Telah Meninggal Dunia Dengan Ai

Hukum Menghasilkan Imej Orang Yang Telah Meninggal Dunia Dengan Ai

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 120 hits
Salam Jumaat korang Canggih betul teknologi sekarang ni sampai ada apps yang boleh membuatkan gambar statik jadi bergerak dan nampak hidup Ramai yg menggunakannya utk melepaskan rindu dengan org yg telah pergi Terbaru mama nampak ada yg com...
Cristiano Ronaldo Raup 20 Juta Subscriber Kurang Dari 24 Jam Langsung Pecahkan Rekor Dunia

Cristiano Ronaldo Raup 20 Juta Subscriber Kurang Dari 24 Jam Langsung Pecahkan Rekor Dunia

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 87 hits
Loyalitas penggemarnya memang nggak main main Dalam waktu 90 menit aja dia udah dapat 1 juta subscriber
Tiada Bandar Di Dunia Yang Dapat Tandingi Keindahan Putrajaya Akui Tun M

Tiada Bandar Di Dunia Yang Dapat Tandingi Keindahan Putrajaya Akui Tun M

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 102 hits
bharian com myOleh September 3 2024 Dr Mahathir bangga dengan pembangunan Putrajaya KUALA LUMPUR Selepas hampir 30 tahun Putrajaya megah berdiri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab dalam melahirkan bandar pentadbiran itu melahirka...
Industri Halal Malaysia Teratas Di Dunia Bukan Memalukan Negara

Industri Halal Malaysia Teratas Di Dunia Bukan Memalukan Negara

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 123 hits
harakahdaily netSeptember 7 2024KUALA LUMPUR Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok sebagai bila mulut lebih laju dari otak Tempelakan Hanif itu ekoran kenyataan pem...
Pet Meninggal Dunia

Pet Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 112 hits
Setiap yang hidup pasti mati Salam takziah untuk keluarga Allahyarham Raja Petra Kamarudin
Maafkan Ibu Anak Meninggal Dunia Di Taska Pedih Sehingga Kini

Maafkan Ibu Anak Meninggal Dunia Di Taska Pedih Sehingga Kini

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 90 hits
Kehilangan bayi di taska memang satu peristiwa yang meruntun jiwa Sebagai seorang ibu setiap saat teringat wajah kecil anak senyuman manisnya bau tubuhnya semua tu buat rindu jadi semakin dalam Malam malam yang sunyi selalu terfikir Kalau a...
Malaysia Kini Dalam Senarai 15 Negara Miliki Internet Mudah Alih Terpantas Di Dunia

Malaysia Kini Dalam Senarai 15 Negara Miliki Internet Mudah Alih Terpantas Di Dunia

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 133 hits
Berdasarkan semakan data terkini Speedtest setakat bulan Julai 2024 mendapati Malaysia naik 5 anak tangga dalam Indeks Global Speedtest berbanding kedudukan sebelum ini Sekali gus meletakkan Malaysia di tangga ke 14 dengan merekodkan kelaju...
Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Malaysia Launches The Lancet Countdown 2024 Report A Call To Action On Climate Change Food Security And Health

Slot Betwayvietnam Com 23 Feb 25 Betway Casino Betway Top 50 By Kathlene

Huawei Unfold The Classic With Mate X6 For The Malaysian Market

It Is The Government Not Capitalists That Should Be Allowed Near The Malaysian Healthcare System


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Mobile First Website Design

Nieyl Masak Lunch

Lirik Qasidah Rindu Madinah Umar Razeeq Ft Mujiib

Cara Meningkatkan Penghasilan Adsense Blog

Tip Buat Sambal Bilis Pekat Ikan Bilis Kekal Garing

Tulisan Berangkai Kepentingannya Contoh Penulisan