Hukum Menghasilkan Imej Orang Yang Telah Meninggal Dunia Dengan Ai


Salam Jumaat korang. Canggih betul teknologi sekarang ni sampai ada apps yang boleh membuatkan gambar statik jadi bergerak dan nampak hidup. Ramai yg menggunakannya utk melepaskan rindu dengan org yg telah pergi. Terbaru mama nampak ada yg combine gambar statik menjadi bergerak  berpelukan dengan org yg telah tiada secara maya. Risau juga mama nak buat macam tu. Teringn juga nak combin dgn gambar yg tersayang. Alhamdulillah ada pencerahan dari mufti berkenaan perkara ini.  Hukum Menghasilkan Imej Orang Yang Telah Meninggal Dunia Dengan AI




Hukum Menghasilkan Imej Orang Yang Telah Meninggal Dunia Dengan AISoalan:
Assalamualaikum w.b.t, saya mempunyai soalan adakah dibenarkan perbuatan menggunakan aplikasi 'generative AI' dalam menghasilkan kerja kreatif digital memaparkan wajah insan yang telah meninggal dunia sebagai salah satu jalan meluahkan rasa kesedihan dan rindu kepada insan tersayang?


Ringkasan Jawapan:
Hukum menghasilkan imej orang yang meninggal dunia menggunakan teknologi Generative Ai, iaitu seseorang memasukkan arahan pada perisian atau aplikasi untuk gambar yang dikehendaki kemudian menghasilkan imej digital mengambil sama seperti hukum melukis gambar.
Hukum melukis gambar sama ada orang yang hidup atau yang telah meninggal dunia tanpa tujuan dan sebab yang munasabah hukumnya adalah haram menurut majoriti ulama. Namun penggunaan menghasilkan imej digital untuk tujuan kemaslahatan dan keperluan seperti tujuan berdakwah dan pembelajaran tidak termasuk dalam perkara yang diharamkan. Selain itu, lukisan dan gambar yang tidak lengkap (hanya menampilkan sebahagian anggota sahaja) iaitu jika dengan ketiadaan sebahagian anggota seperti kepala maka tiada bernyawa manusia dan haiwan tersebut maka hukumnya harus. Oleh itu, penghasilan imej digital orang yang telah meninggal dunia aplikasi “generative AI” adalah harus dengan syarat:
Gambar yang dihasilkan bukanlah gambar yang sempurna seluruh anggota tubuh badan.Tidak mempamer aurat atau apa sahaja perkara yang bercanggah dengan syarak.Tidak mengaibkan gambar si mati.Tidak menjadikan gambar orang yang telah meninggal dunia bergerak-gerak kerana dikhuatiri ia akan menjatuhkan maruah atau memalukannya.Tujuan gambar tersebut dibuat hanyalah untuk perkara-perkara kebaikan.Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam menggunakan kecanggihan teknologi yang ada. Penggunaan teknologi yang tidak terkawal akan mendatangkan kesan yang tidak baik sama ada kepada individu, masyarakat mahupun negara.
 
Hukum Melukis Gambar Makhluk yang BernyawaHukum melukis gambar makhluk yang tidak bernyawa seperti pokok-pokok atau gunung ganang adalah harus dan dalam hal ini tidak ada perselisihan di kalangan ulama. Adapun hukum melukis gambar makhluk yang hidup dan sempurna adalah haram menurut Majoriti ulama[2]. Hal berdasarkan sabda Nabi SAW:
إِنَّ الَّذِينَ يَصْنَعُونَ هَذِهِ الصُّوَرَ يُعَذَّبُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُقَالُ لَهُمْ: أَحْيُوا مَا خَلَقْتُمْ
Maksudnya: “Sesungguhnya mereka yang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat seraya diseru, ‘Hidupkan apa yang kalian buat.”
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW juga bersabda:
أَشَدُّ النَّاسِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الَّذِينَ يُضَاهُونَ بِخَلْقِ اللَّهِ
Maksudnya: “Manusia yang paling pedih azabnya pada hari kiamat adalah orang yang berusaha menyaingi ciptaan Allah.”
(Riwayat al-Bukhari)
Imam Nawawi dalam menjelaskan hadis di atas berkata:
قال أصحابنا وغيرهم من العلماء: تصوير صورة الحيوان حرام شديد التحريم ، وهو من الكبائر ؛ لأنه متوعد عليه بهذا الوعيد الشديد المذكور فى الأحاديث ، وسواء صنعه بما يمتهن أو بغيره فصنعته حرام بكل حال ؛ لأن فيه مضاهاة لخلق الله تعالى،
Maksudnya: “Ulama besar mazhab Syafi’i (Ashab al-Syafi’i) dan lainnya berpandangan bahawa hukum melukis makhluk yang bernyawa adalah tersangat haram dan ia termasuk dalam dosa besar. Hal ini demikian kerana pelakunya diancam dengan ancaman keras yang disebutkan dalam beberapa hadis, sama ada dalam keadaan yang dihina atau selainnya maka hukumnya haram. Ia termasuk dalam bab cubaan untuk menyaingi ciptaan Allah SWT.[3]”
Bahkan menurut ulama mazhab Syafi’i haram melukis makhluk yang hidup walaupun dalam bentuk yang tidak sempurna atau makhluk yang tidak pernah wujud seperti gambar manusia yang memiliki sayap[4]. Namun pandangan kedua dalam mazhab Syafi’i iaitu pandangan Imam Abu Hamid al-Marwazi harus melukis gambar makhluk yang tidak wujud di alam nyata[5].


Hukum Mengenai Gambar Makhluk BernyawaSyeikh Yusuf al-Qaradawi berpendapat bahawa hukum mengenai gambar makhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan bergantung pada tujuan pembuatannya:
Haram jika gambar tersebut dibuat untuk disembah selain Allah SWT, untuk menyucikannya, untuk menyaingi ciptaan Allah SWT, untuk menggambarkan para Nabi dan Malaikat atau gambar-gambar yang tidak menutup aurat.Tidak diharamkan jika gambar tersebut tidak dimaksudkan untuk tujuan yang terlarang dalam Islam[9].Sebahagian ulama pula memberikan kelonggaran kepada gambar-gambar untuk tujuan maslahat seperti pendidikan dan lainnya.


Berbalik kepada persoalan di atas, penghasilan imej orang yang meninggal dunia menggunakan teknologi Generative Ai, iaitu seseorang memasukkan arahan pada perisian atau aplikasi untuk gambar yang dikehendaki kemudian menghasilkan imej digital sama seperti hukum melukis gambar[11].


Kesimpulani. Para ulama berselisih pandangan tentang hukum penghasilan imej. Menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafi’i hukum menghasilkan imej makhluk yang bernyawa adalah haram manakala sebahagian ulama kontemporari ada yang menyatakan tidak haram. Bagi yang menyatakan tidak haram antaranya Syeikh Yusuf al-Qaradawi, berpandangan bahawa imej atau gambar digital makhluk yang bernyawa seperti manusia dan haiwan tidak termasuk dalam larangan dalam hadis di atas. Ini kerana menurut beliau gambar yang diharamkan itu hanyalah gambar yang memiliki bayang-bayang seperti ukiran yang mempunyai 3 dimensi.
ii. Hukum menghasilkan imej orang yang meninggal dunia menggunakan teknologi Generative Ai, iaitu seseorang memasukkan arahan pada perisian atau aplikasi untuk gambar yang dikehendaki kemudian menghasilkan imej digital mengambil sama seperti hukum melukis gambar.
iii. Hukum melukis gambar sama ada orang yang hidup atau yang telah meninggal dunia tanpa tujuan dan sebab yang munasabah menurut syarak hukumnya adalah haram menurut majoriti ulama. Namun penggunaan menghasilkan imej digital untuk tujuan kemaslahatan dan keperluan seperti tujuan berdakwah dan pembelajaran tidak termasuk dalam perkara yang diharamkan. Selain itu, lukisan dan gambar yang tidak lengkap (hanya menampilkan sebahagian anggota sahaja) iaitu jika dengan ketiadaan sebahagian anggota seperti kepala tersebut maka tiada bernyawa manusia dan haiwan tersebut maka hukumnya harus. Oleh itu, penghasilan imej digital orang yang telah meninggal dunia aplikasi “generative AI” adalah harus dengan syarat:
Gambar yang dihasilkan bukanlah gambar yang sempurna seluruh anggota tubuh badan.Tidak mempamer aurat atau apa sahaja perkara yang bercanggah dengan syarak.Tidak mengaibkan gambar si mati.Tidak menjadikan gambar orang yang telah meninggal dunia bergerak-gerak kerana dikhuatiri ia akan menjatuhkan maruah atau memalukannya.Tujuan gambar tersebut dibuat hanyalah untuk perkara-perkara kebaikan.iv. Kami menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam menggunakan kecanggihan teknologi yang ada. Penggunaan teknologi yang tidak terkawal akan mendatangkan kesan yang tidak baik sama ada kepada individu, masyarakat mahupun negara.
Wallahu a'lam


Baca secara terperinci di sini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mamapipie.com/2024/09/hukum-menghasilkan-imej-orang-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pet Meninggal Dunia

Pet Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 166 hits
Setiap yang hidup pasti mati Salam takziah untuk keluarga Allahyarham Raja Petra Kamarudin
Penulis Blog Raja Petra Meninggal Dunia Diusia 74 Tahun

Penulis Blog Raja Petra Meninggal Dunia Diusia 74 Tahun

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 309 hits
Raja Petra Meninggal Dunia Raja Petra Meninggal Dunia Kehilangan Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK merupakan satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan dan politik Malaysia Pada usia 74 tahun Raja Petra menghembuskan...
Maafkan Ibu Anak Meninggal Dunia Di Taska Pedih Sehingga Kini

Maafkan Ibu Anak Meninggal Dunia Di Taska Pedih Sehingga Kini

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 130 hits
Kehilangan bayi di taska memang satu peristiwa yang meruntun jiwa Sebagai seorang ibu setiap saat teringat wajah kecil anak senyuman manisnya bau tubuhnya semua tu buat rindu jadi semakin dalam Malam malam yang sunyi selalu terfikir Kalau a...
Keluarga Besar Ayu Ting Ting Berduka Anak Kedua Sang Adik Baru Saja Meninggal Dunia

Keluarga Besar Ayu Ting Ting Berduka Anak Kedua Sang Adik Baru Saja Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 167 hits
Anak kedua Syifa yang baru berusia 2 bulan tersebut diketahui sempat mendapat perawatan di rumah sakit
Rebah Dalam Perlawanan Pemain Bola Sepak Uruguay Meninggal Dunia

Rebah Dalam Perlawanan Pemain Bola Sepak Uruguay Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 174 hits
SAO PAULO 28 OGOS Pemain bola sepak Uruguay Juan Izquierdo meninggal dunia Selasa di hospital di Brazil lima hari selepas rebah semasa perlawanan di Sao Paulo Dia berumur 27 tahun Hospital Albert Einstein di Sao Paulo berkata dalam satu ken...
Anggota Polis Ditemukan Meninggal Dunia Di Pondok Polis

Anggota Polis Ditemukan Meninggal Dunia Di Pondok Polis

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 204 hits
Selwam ArjunanBEDONG Seorang anggota polis ditemukan meninggal dunia oleh rakan sekerja di Pondok Polis Sungai Lalang di sini petang semalam Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Wan Azharuddin Wan Ismail berkata Balai Polis Bedong telah meneri...
Foto Penampakan Banjir Bandang Dahsyat Menyapu Kota Rua Di Ternate Korban Meninggal Dunia Terus Bertambah

Foto Penampakan Banjir Bandang Dahsyat Menyapu Kota Rua Di Ternate Korban Meninggal Dunia Terus Bertambah

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 225 hits
Tim SAR Gabungan bersama masyarakat di Kota Ternate Maluku Utara terus melakukan pencarian korban banjir bandang
16 Korban Banjir Bandang Ternate Ditemukan Meninggal Dunia Ini Daftarnya

16 Korban Banjir Bandang Ternate Ditemukan Meninggal Dunia Ini Daftarnya

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 176 hits
Sesuai informasi yang diterima posko pengaduan masih ada tiga korban yang belum ditemukan
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Kaya Sebab Duit Banyak

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah

Email Lists 100 Valid Any Country In The World

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

2 Jam Baru Dari Urwerk Hamilton Yang Akan Naikkan Gaya Wrist Game Kamu

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu