Hadi Memang Tak Tahu Bayaran Penyelesaian Dengan Sarawak Report



(Malaysiakini) – Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada awalnya memang tidak tahu menahu berkaitan bayaran penyelesaian saman RM1.4 juta dengan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, kata sumber.
Semua urusan, dari awal perbincangan hanya dijalankan oleh lima individu berpengaruh dalam PAS yang menggunakan Rameli Musa sebagai orang tengah, menurut sumber yang rapat dengan tokoh korporat itu.
“Lepas selesai semua, baru Tok Guru (Hadi) tahu, lepas jumpa Rameli.
“Dia terkejut,” kata sumber kepada Malaysiakini dalam pertemuan di Petaling Jaya baru-baru ini.
Seperti Hadi, jawatankuasa pusat PAS juga didakwa tidak dimaklumkan berkaitan penyelesaian kes itu dan tidak pelik jika ramai pemimpin parti itu menafikan bulat-bulat pendedahan Sarawak Report.
Tiga daripada ‘kumpulan lima’ itu ialah Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Peguam PAS Wan Rohimi Wan Daud.
Ahmad Samsuri atau lebih dikenali sebagai Dr Sam bertugas sebagai setiausaha politik Hadi sebelum dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum Mei lalu.

Dua lagi nama, iaitu seorang ahli perniagaan dan seorang individu yang dekat dengan Hadi, tidak akan didedahkan buat masa ini sementara menunggu reaksi mereka.
Bincang umum saja, kata Takiyuddin
Menjawab soalan Malaysiakini, Takiyuddin mengaku ada bertemu Rameli tetapi menurutnya mereka hanya berbincang secara umum sahaja dan beliau tidak tahu menahu berkaitan bayaran penyelesaian saman itu.
Wan Rohimi pula berkata beliau tidak terlibat manakala setiausaha akhbar Ahmad Samsuri, Adram Musa pula memberitahu portal ini menteri besar biasanya tidak akan memberikan respon kepada berita “bersifat spekulatif”.
Hadi pada 7 Mac lalu menegaskan beliau atau PAS tidak membuat sebarang bayaran kepada Rewcastle-Brown dan menyifatkan dakwaan itu sebagai agenda untuk menjatuhkan partinya.
Ini bertentangan dengan laporan Sarawak Report enam hari sebelum itu yang mengesahkan bayaran dibuat.
Laman pembocor maklumat itu malah mendedahkan dokumen penyelesaian dan salinan cek yang diserahkan melalui peguam di Kuala Lumpur.
Sumber itu mendedahkan perkara itu selepas mendakwa pihaknya kecewa selepas PAS dilihat menjarakkan diri daripada Rameli selepas namanya sebagai pembuat bayaran bocor kepada pihak awam.

Rameli juga menjadi mangsa spekulasi yang mengatakan kononnya beliau berpakat dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim dengan membuat bayaran itu, kemudian membocorkannya untuk menganiaya PAS.
Rameli sendiri setakat ini masih berdiam diri.
Cuma isterinya Norlella Md Akram Pada 6 Mac lalu meluahkan kekecewaan di Facebook.
Bagaimanapun, beliau yang juga seorang peguam, meminta media menarik balik laporan yang memetiknya atas alasan berstatus peribadi dan bukan untuk tatapan awam.
Lima kali pertemuan
Malaysiakini difahamkan terdapat lima kali pertemuan antara kumpulan lima itu dengan Rameli.
Semuanya berlangsung di Kota Damansara, Selangor, termasuk tiga kali di rumah Rameli.
Ia dikatakan berlangsung pada 15 Oktober, 20 Disember, 13 Januari, 18 Januari dan kali terakhir pada 2 Februari – sehari selepas penyelesaian dicapai antara Hadi dan Rewcastle-Brown.
Bagaimanapun, dalam kesemua pertemuan itu, tidak semua ‘wakil-wakil PAS’ itu hadir. Takiyuddin misalnya dikatakan hanya hadir dalam pertemuan pertama.
Ditanya perincian rundingan dengan Sarawak Report, sumber berkata Rameli telah berunding dengan Rewcastle-Brown di Hotel Marriott, London.
“PAS hanya setuju bayar 150,000 pound sterling tetapi Clare minta 460,000 pound sterling.
“Bincang bincang akhirnya dapatlah angka ini (GB£260,000 atau RM1.4 juta pada masa itu),” katanya.
Clare bagaimanapun menjelaskan kepada Malaysiakini jumlah yang dimintanya ialah 360,000 pound sterling, iaitu jumlah bayaran perundangan yang ditanggungnya dalam kes saman Hadi.
Rameli, kata sumber itu lagi, ialah tokoh korporat yang rapat dengan PAS dan banyak “berinfak” untuk parti itu.
Sumber menegaskan wang RM1.4 juta itu sebenarnya cuma dipinjamkan dan sepatutnya dibayar semula dua hari selepas diserahkan kepada Rewcastle-Brown.
“Tetapi sampai hari ini status bayaran balik tidak diketahui,” katanya.
‘Rameli kecewa, maklumat bocor pada RPK’
Sementara itu, satu lagi sumber yang baru bertemu Rameli baru-baru ini berkata pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) KTMB itu sekarang sangat kecewa dengan apa yang berlaku.
“Sekarang nampak macam dia tidak baik, khianat dan jahat,” katanya lagi.
Menurut sumber itu, Rameli juga tidak puas hati terhadap serangan penulis blog Raja Petra Kamarudin (RPK).

Sosok kontroversi yang membuang diri ke luar negara itu, katanya, tahu apa yang berlaku “fresh from oven” (sangat cepat) kerana salah seorang daripada kumpulan lima itu dekat dengannya.
Menghuraikan hubungan Rameli dengan Anwar dan PAS, RPK antaranya menyerang Rameli sebagai “berjudi dengan semua kuda” bagi memastikan beliau sentiasa menang.
Beliau didakwa membuat bayaran itu bagi memalukan Hadi dan PAS yang selama ini konsisten menafikan terdapat penyaluran dana dari Umno kepada pemimpin parti Islam itu.
Kes melibatkan dana RM90 juta itu dilaporkan sudah selesai disiasat SPRM dan hasil siasatan kini dalam kajian Pejabat Peguam Negara (AGC).
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Rameli sendiri berkaitan dakwaan sumber yang rapat dengannya itu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/04/10/hadi-memang-tak-tahu-bayaran-penyelesaian-dengan-sarawak-report/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Umno Bn Punca Gagal Pinda Perlembagaan Status Sabah Sarawak Anwar

Mp Umno Bn Punca Gagal Pinda Perlembagaan Status Sabah Sarawak Anwar

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 391 hits
Ahli Parlimen Barisan Nasional menjadi punca Rang Undang undang Persekutuan 2019 gagal mendapat majoriti undi 2 3 ketika dibentangkan di Dewan Rakyat semalam kata Anwar Ibrahim Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson berkata Dewan Rakyat...
Putrajaya Mahu Kembalikan Status Sabah Sarawak Ikut Ma63 Tetapi Bn Pas Gps Tak Sokong

Putrajaya Mahu Kembalikan Status Sabah Sarawak Ikut Ma63 Tetapi Bn Pas Gps Tak Sokong

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 288 hits
Cadangan kerajaan untuk meminda perlembagaan bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak mengikut perjanjian pembentukan Malaysia 1963 gagal diluluskan ekoran hanya 138 anggota parlimen yang menyokong manakala 59 lagi berkecuali Usul pindaa...
Attempt To Restore The Status Of Sabah And Sarawak Fails

Attempt To Restore The Status Of Sabah And Sarawak Fails

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 336 hits
Pakatan Harapan leaders expressed their disappointment after the attempt to amend the Federal Constitution with regard to the status of Sabah and Sarawak was shot down at the policy stage in the Dewan Rakyat tonight Minister in the Prime Mi...
Gagal Pinda Perlembagaan Tun Mahathir Tak Salahkan Mp Sarawak

Gagal Pinda Perlembagaan Tun Mahathir Tak Salahkan Mp Sarawak

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 284 hits
Kegagalan kerajaan meminda peruntukan perlembagaan berhubung status Sabah dan Sarawak malam tadi di Parlimen Foto Kosmo Perdana menteri kelihatan bersikap terbuka dengan pendirian anggota parlimen pembangkang yang enggan menyokong usul diba...
Sarawak Mp Tells Why Constitutional Amendment Bill Failed

Sarawak Mp Tells Why Constitutional Amendment Bill Failed

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 244 hits
Former federal minister Wan Junaidi Tuanku Jaafar said he chose not to support a constitutional amendment on the status of Sabah and Sarawak tabled by the Pakatan Harapan government yesterday because it was a political ploy The Santubong MP...
Bill Would Have Passed If You Had Listened To Sabah Sarawak Says Nancy

Bill Would Have Passed If You Had Listened To Sabah Sarawak Says Nancy

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 326 hits
Batang Sadong MP Nancy Shukri KUCHING Batang Sadong MP Nancy Shukri said the Federal Constitution Bill 2019 would have passed in Parliament if the government had allotted more time for the leaders of Sabah and Sarawak to discuss this matter...
Bujang Senang Lagenda Raja Sungai Sarawak

Bujang Senang Lagenda Raja Sungai Sarawak

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 1252 hits
Bujang Senang adalah merupakan seekor buaya hitam putih gergasi yang telah hidup pada zamannya di sepanjang Sungai Batang Lupar di Sri Aman Kita mengetahui sepanjang sejarah Malaysia segala serangan buaya terkini yang dilaporkan kebanyakany...
Projek Solar Sekolah Di Sarawak Rosmah Bakal Dituduh Sekali

Projek Solar Sekolah Di Sarawak Rosmah Bakal Dituduh Sekali

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 431 hits
PUTRAJAYA Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka dituduh di Mahkamah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung projek sistem solar sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1 25 bilion Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...
Putrajaya Turns Down Sarawak S Rm1 Bil Loan Offer To Repair Schools

Putrajaya Turns Down Sarawak S Rm1 Bil Loan Offer To Repair Schools

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 275 hits
The Sarawak government says Education Minister Maszlee Malik had agreed in February the RM1 billion loan would be used to upgrade dilapidated schools in the state KUCHING Putrajaya has turned down the Sarawak government s offer of a RM1 bil...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa