Clare diwawancara oleh Iswardy dan disiarkan semalam oleh satu blog
Menurut Clare, di mahkamah United Kingdom, parti politik tidak boleh menyaman pihak lain.Atas dasar itu, Hadi sebagai pemimpin Pas yang menyaman beliau bukannya Pas sendiri.“Bukti yang saya terima adalah sumbangan wang dari Umno kepada Pas bukan kepada Hadi,” kata Clare lagi.Menurut Clare, selepas tawaran penyelesaian luar mahkamah di terima beliau, ramai termasuk peguam beliau memujuk agar menerima sahaja tawaran itu dan tidak perlu ke mahkamah.“Jadi saya terima wang itu dan saya yakin orang ramai dapat memahami Hadi dan Pas tidak sedia ke mahkamah,” kata Clare dalam wawancara itu.Pada 1 Julai, Hadi membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.Keputusan itu dicapai menerusi Perintah Persetujuan di Mahkamah Tinggi London dan disahkan oleh Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.Clare mendakwa Hadi membayar RM1.4 juta kepada beliau sebagai kos guaman bagi membolehkan kes itu diselesaikan di luar mahkamah|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |