Hadi Awang Perjelas Isu Perbezaan Akidah Ideologi Setelah Dikritik Ph


agendaily.com21/09/2022
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.
PAS tidak menganggap parti itu satu-satunya kumpulan Islam kerana masih terdapat perkumpulan lain dan individu yang berpegang dengan akidah yang kukuh walaupun berbeza pendekatan, kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya peringatan jika berlaku sesuatu yang membahayakan akidah bukan sahaja terletak kepada PAS, bahkan setiap umat Islam juga diwajibkan mencegah kemungkaran mengikut kemampuan masing-masing, khususnya kemungkaran aqidah.

“PAS tidak pernah menganggap mereka sahaja satu-satunya kumpulan Islam, kerana di sana terdapat kumpulan-kumpulan Islam yang lain dan individu yang tetap berpegang dengan akidah yang kukuh sekalipun berbeza pendekatan dengan PAS.

“Namun, kumpulan-kumpulan tersebut sama-sama berkewajipan memberikan peringatan sekiranya berlaku sesuatu yang membahayakan akidah,” katanya dalam kenyataan hari ini (21 September 2022).

Ahli Parlimen Marang itu turut menjelaskan perbezaan akidah dan ideologi setelah isu yang beliau bangkitkan sebelum ini berkaitan mereka yang tidak beriman dipolitikkan.

“Perkataan akidah seerti dengan perkataan iman, dan ia sama sekali tidak boleh disamakan dengan perkataan ideologi kerana akidah atau iman itu merupakan hidayah Allah SWT.

“Adapun ideologi pula ialah ciptaan manusia bersifat makhluk yang mempunyai banyak kelemahan, walaupun seseorang itu berakal dan berilmu.

“Akidah itu hanya beriman kepada Allah SWT sahaja sebagai Pencipta alam dan segala peraturan-Nya. Kepercayaan yang disimpul dengan teguh yang dinamakan iman itu tiada keraguan sedikit pun. Sekiranya ada keraguan, maka imannya tidak sah atau akidah yang disimpulkan itu terungkai,” katanya memberi penjelasan.

Abdul Hadi juga menjelaskan bahawa akidah atau iman bermaksud kepercayaan kepada Islam sebagai al-din (agama) daripada Allah SWT yang bersifat keagamaan yang sempurna, tidak seperti takrif agama yang lain.

Begitu juga katanya dalam soal politik, ekonomi dan lain-lain, wawasan akhirat mengikut perhitungan atau hisab akan dosa dan pahala, serta balasannya kelak. Islam sama sekali berbeza dengan ideologi yang berpisah daripada petunjuk agama.

“Akidah dan iman itu mempunyai sempadan yang wajib dijaga dalam semua urusan agama dan dunia, bahkan ia tidak boleh dilangkah dan dicerobohi sekali-kali. Dalam keadaan diri seseorang dan kumpulan itu dikawal oleh batas-batas iman dan kufur.

“Ideologi pula merupakan suatu teori yang menjadi sistem kepercayaan, hasil ciptaan manusia yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya, ia merujuk kepada satu set kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakan politik dan sosial,” katanya.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata terdapat dalam kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem dan tidak bermusuh, maka Allah SWT mengizinkan berhubungan dengan mereka.

“Hal ini penting bagi memperkenalkan Islam secara lebih dekat, atau bersaudara dengan kelompok tersebut dari segi kemanusiaan dengan menjaga sempadan iman diri kita sendiri.

“Malangnya, terdapat kalangan mereka yang terlanjur dalam hubungannya dengan bukan Islam, bahkan bercampur aduk tanpa sempadan. Sehinggakan, mereka melanggar sempadan yang memisahkan antara iman dan kufur, suatu aspek yang wajib diketahui dan difahami oleh setiap penganut Islam,” katanya.

Minggu lalu, Abdul Hadi dilaporkan berkata ramai dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) yang tidak beriman dan tidak bermoral yang mana secara terbuka mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/hadi-awang-perjelas-isu-perbezaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asyik Adu Domba Elok Pm Ismail Pecat Hadi Awang

Asyik Adu Domba Elok Pm Ismail Pecat Hadi Awang

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 175 hits
Asyik adu domba Elok PM Ismail pecat Hadi AwangPosted By on September 17 2022Ucapan dan tulisan Presiden Pas Hj Hadi Awang kebelakangan ini telah sampai ke tahap memecah belah antara kaum dan keharmonian masyarakatOleh itu Ahli Parlimen Bay...
Hiburan Masa Tu Saya Tengah Geram Nabila Perjelas Isu Rumah Tangga Bersama Engku Emran

Hiburan Masa Tu Saya Tengah Geram Nabila Perjelas Isu Rumah Tangga Bersama Engku Emran

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 188 hits
Sebelum ini kecoh tentang rumah tangga usahawan yang juga kakak kepada Neelofa Noor Nabila Mohd Noor yang dikatakan berantakan selepas dia memadam gambarnya bersama suami di laman Instagram Susulan spekulasi berkenaan Nabila tampil menjelas...
Kita Recycle Semula Berita Bukti Hadi Awang Pas Merompak Rm 90 Juta Dana 1mdb

Kita Recycle Semula Berita Bukti Hadi Awang Pas Merompak Rm 90 Juta Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 200 hits
Bismillah Saya Jufazli Shi Ahmad telah membuat laporan Polis secara rasmi di Ibu Pejabat Polis Cheras Kuala Lumpur hari ini Skandal rasuah mega PAS sebanyak RM 90 Juta dana haram 1MDB melibatkan Najib Razak dan Hadi Awang ini telah ditutup ...
Sebagai Pengajaran Pimpinan Utama Ph Wajib Saman Fitnah Besar Besaran Terhadap Hadi Awang

Sebagai Pengajaran Pimpinan Utama Ph Wajib Saman Fitnah Besar Besaran Terhadap Hadi Awang

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 241 hits
Semalam Presiden Pas Hadi Awang telah menulis satu rencana panjang yang terkandung di dalamnya beberapa fitnah besar terhadap PH Antara dakwaannya ramai di kalangan pimpinan PH adalah mereka yang tidak beriman dan tidak bermoral gabungan pe...
Perbezaan Parti Politik Adalah Perbezaan Wadah Bukannya Perbezaan Akidah

Perbezaan Parti Politik Adalah Perbezaan Wadah Bukannya Perbezaan Akidah

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 244 hits
Perbezaan parti politik adalah perbezaan wadah bukannya perbezaan akidah Pemuda AMANAH menjawab kenyataan Presiden Pas tentang kemungkaran akidah yang sedang diselamatkan Pas Dalam kerangka politik semasa setiap parti politik punya hak yang...
Hasut Pecah Belah Elok Kerajaan Keluarga Malaysia Pecat Hadi Awang

Hasut Pecah Belah Elok Kerajaan Keluarga Malaysia Pecat Hadi Awang

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 253 hits
Ucapan dan tulisan Presiden Pas Hj Hadi Awang kebelakangan ini telah sampai ke tahap memecah belah antara kaum dan keharmonian masyarakatOleh itu Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin mencadangkan beliau dipecat daripada sebarang jawatan ya...
Sebab Apa Tok Guru Abdul Hadi Awang Menjadi Sasaran Serangan

Sebab Apa Tok Guru Abdul Hadi Awang Menjadi Sasaran Serangan

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 253 hits
Sebab apa Tok Guru Abdul Hadi Awang menjadi sasaran serangan Pada tahun 2015 DAP dan PKR cuba menjatuhkan Presiden PAS Tok Guru Abdul Hadi Awang sebab beliau tidak sokong Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih sebagai Menteri Besar Selango...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Smarter Operations Enabled By Sap System Malaysia

Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat

Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi