Hadap Jalan Putus Bawa Bayi Redah Hutan Kisah Guru Cekal Demi Anak Murid Di Pedalaman


Hadap Jalan Putus & Bawa Bayi Redah Hutan, Kisah Guru Cekal Demi Anak Murid Di Pedalaman
Guru sering digambarkan sebagai lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain, namun peranan mereka sebenarnya jauh lebih luas.
Peranan guru dalam sistem pendidikan adalah tidak ternilai. Komitmen dan dedikasi mereka menjadi asas kepada kecemerlangan akademik dan pembangunan insan yang seimbang.
Namun, tidak ramai yang menyedari bahawa di sebalik ketabahan seorang guru, terdapat pelbagai rintangan yang terpaksa diharungi demi memastikan ilmu dapat disampaikan secara berterusan kepada generasi muda.
Dalam segmen “Ini Kisah Aku” kali ini, Siakap Keli mengetengahkan kisah inspirasi seorang guru di pedalaman Sabah yang tetap teguh menggalas amanah mendidik walaupun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.
Tidak berputus asa, terus menunaikan amanah sebagai pendidik Helley Noorwhety Binti Jodir, seorang guru berusia 46 tahun dari Kg. Tondig Tandek, Kota Marudu, telah mendedikasikan dirinya dalam bidang pendidikan sejak 2007 di SK Magandai.
Bermula sebagai guru sandaran tidak terlatih, beliau terus gigih menimba pengalaman sehingga layak sebagai guru terlatih pada 2010.
Bilangan murid dalam kelas yang diuruskan pula antara 15 hingga 25 orang.
Namun, cabaran yang dihadapi jauh lebih besar daripada sekadar mengajar iaitu berkaitan dengan akses ke sekolah.

“Pada mulanya, pada tahun 2007 saya mula bertugas di sekolah dengan menaiki motosikal kerana satu-satunya kenderaan yang dapat sampai ke sekolah hanyalah motosikal dan kenderaan pacuan empat roda.
“Namun, kenderaan pacuan empat roda pula jarang sekali masuk ke sekolah disebabkan keadaan jalan raya yang sangat teruk
“Sekiranya ada kenderaan yang masuk, kos sewanya pula sangat tinggi, mencecah RM1,200 untuk satu perjalanan sehala,” jelas beliau.
Beliau menambah pada waktu itu, perjalanan menggunakan motosikal mengambil masa lebih kurang sehari apabila musim hujan.
Malah, ada kalanya beliau terpaksa berhenti dan bermalam di tengah perjalanan akibat keletihan yang melampau serta kesukaran meneruskan perjalanan pada waktu malam.

Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, jalan raya menuju ke sekolah telah mengalami proses naik taraf dan pelbagai perubahan, menjadikan perjalanan dari pekan Kota Marudu hanya mengambil masa kira-kira tiga jam.
Strategi kreatif memikat murid untuk belajar Dalam dunia pendidikan, setiap guru tidak hanya bertugas menyampaikan ilmu, bahkan perlu memiliki kreativiti untuk memastikan pelajaran disampaikan dengan cara yang menarik dan berkesan.
Untuk menarik minat murid, Helley menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan, muzik dan lagu.
Dengan adanya WiFi di sekolah, lagu-lagu pendidikan dipaparkan melalui LCD, menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Selain itu, kaedah lain turut digunakan mengikut kesesuaian.
“Banyak lagu pembelajaran yang boleh dipaparkan melalui LCD, menjadikan murid-murid sangat gembira belajar sambil menyanyi
“Terdapat banyak lagi kaedah pembelajaran lain, namun kaedah inilah yang paling kerap saya gunakan,” kata beliau lagi.
Tetap bantu murid belajar walaupun tidak hadir Apabila ditanya bagaimana beliau memastikan murid tetap belajar walaupun tidak hadir ke sekolah, Helley berkongsi pendekatannya dengan memanfaatkan kemudahan teknologi.

Beliau menggunakan pelbagai cara seperti menghantar modul pembelajaran melalui WhatsApp kepada ibu bapa (jika murid tidak hadir), membuat panggilan video dan menyediakan pautan bahan pembelajaran agar murid tetap dapat mengikuti pelajaran dari rumah.
Selain itu, Helley turut mengatur rakan-rakan sekampung untuk menjadi pembimbing tambahan bagi murid-murid ini.
Dengan sokongan komuniti, pelajar yang tidak hadir tetap mendapat bimbingan dan tidak ketinggalan dalam pembelajaran.
Pengalaman mengajar yang penuh cabaran Pada permulaan penempatan, Helley menghadapi cabaran besar setiap kali keluar masuk ke sekolah. Keadaan jalan yang teruk menambah keletihan, terutama ketika musim hujan.
Menempuh jalan runtuh atau putus dengan menaiki motosikal bukan sahaja memerlukan keberanian, malah ketabahan yang tinggi untuk terus menunaikan tanggungjawabnya sebagai pendidik.
Pada tahun 2019, sejurus tamat cuti bersalin, Helley menghadapi pengalaman yang tidak akan pernah dilupakannya sepanjang hidup.
Ketika menumpang kenderaan Guru Besar menuju ke sekolah, kereta itu rosak di tengah perjalanan. Tanpa pilihan lain, beliau terpaksa meredah hutan dan hujan melalui jalan pintas, berjalan kaki sambil mendukung bayi berusia dua bulan demi menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik.
Gambar terkini sekiranya kenderaan rosak tengah jalan, terpaksa tunggu bantuan dari rakan-rakan lain “Pengalaman ini pernah saya kongsikan di media sosial dan pernah tular juga pada masa tersebut,” kata beliau kepada SK.
Selain pernah sesat dalam hutan, cabaran paling besar bagi Helley ialah ketika masuk dan keluar sekolah dalam hujan lebat semasa musim tengkujuh.
“Mulut terkunci, tangan terus mengesat air mata yang tak berhenti mengalir” Setiap guru pastinya mempunyai kenangan yang meninggalkan kesan mendalam sepanjang menjalankan tugas. Begitu juga dengan Helley apabila menziarahi ke rumah seorang murid yang jarang hadir ke sekolah.
“Ada seorang murid saya yang jarang sekali hadir ke sekolah. Lalu, saya mengambil keputusan untuk melawat murid tersebut bersama PK Hem
“Perjalanan ziarah ini mengambil masa kira-kira sejam sehala dengan berjalan kaki melalui bukit bukau dan berhadapan dengan pacat atau lintah darat
“Setibanya kami di rumah murid tersebut, hasrat saya untuk bertanya mengapa dia jarang hadir ke sekolah yang disertai sedikit perasaan geram kerana masalah ponteng, tiba-tiba berubah menjadi sebak
“Mulut terkunci rapi dan yang mampu dilakukan hanyalah mengesat air mata yang tidak berhenti mengalir

“Keadaan rumah yang hanya separuh berdinding dan agak menyedihkan menyentuh hati saya. Di situ, seorang anak kecil dan nenek tua duduk bersama murid yang jarang hadir itu
“Rupanya murid tersebut baru sahaja kehilangan ibu tersayang dan tidak hadir ke sekolah kerana perlu menjaga adik yang masih kecil serta nenek yang buta, sementara bapa mereka bekerja di ladang untuk menyara keluarga
“Sepanjang perjalanan pulang ke sekolah, keletihan berjalan meredah hutan dan anak sungai terasa ringan kerana emosi saya terusik dengan keadaan yang baru saja disaksikan.
“Sejak itu, saya insaf dan mula menjadi guru yang lebih peka terhadap kehidupan keluarga murid, terutamanya mereka yang jarang hadir ke sekolah,” kongsi Helley lagi.
Kenangan manis bersama murid-murid di SK Magandai Ibu kepada lima orang anak ini turut berkongsi walaupun penuh cabaran, beliau menemui kegembiraan apabila melihat murid-muridnya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan mendapat pekerjaan yang baik.
Bagi beliau, kejayaan murid-murid dari Magandai yang berjuang menentang kemiskinan dan pelbagai cabaran hidup adalah sumber inspirasi terbesar.

“Walaupun perkara ini biasa bagi orang lain, bagi saya ia adalah saksi mata perjuangan anak-anak Magandai yang tidak berputus asa, sanggup berdepan dengan kemelut kemiskinan dan pelbagai cabaran hidup sepanjang usaha mereka menuju kejayaan,” ujar beliau kepada SK lagi,
Faktor yang membuatkan guru ini terus bertahan sehingga kini Beliau terus bertahan mengajar di sekolah pedalaman hasil gabungan beberapa faktor yang amat bermakna dalam perjalanan kerjayanya sebagai seorang pendidik, iaitu murid, sokongan padu ibu bapa dan komuniti setempat, serta hubungan rakan sekerja yang saling menyokong bagaikan sebuah keluarga besar.
“Faktor utama saya terus bertahan ialah murid-murid. Mereka hadir ke sekolah dengan pelbagai cabaran, sama ada dari segi kemudahan, jarak perjalanan mahupun latar belakang keluarga
“Namun begitu, semangat mereka untuk belajar tidak pernah pudar. Setiap senyuman, setiap usaha kecil dan setiap pencapaian mereka menjadi sumber kekuatan kepada saya
“Murid-murid inilah yang mengingatkan saya tentang makna sebenar seorang guru dan tanggungjawab yang dipikul,” jelas Helley.
Selain itu, sokongan ibu bapa dan komuniti setempat turut menjadi faktor penting dalam menyokong kelangsungan pendidikan di sekolah ini.
Walaupun hidup dalam serba kekurangan, ibu bapa tetap memberikan kepercayaan serta penghargaan yang tinggi kepada para guru.

Komuniti setempat pula sentiasa menunjukkan kerjasama dalam menjayakan pelbagai aktiviti sekolah dan membantu mengikut kemampuan masing-masing.
Hubungan erat antara pihak sekolah dan masyarakat setempat telah mewujudkan suasana yang harmoni serta memberikan rasa dihargai kepada guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
“Faktor seterusnya ialah rakan sekerja yang sentiasa saling menyokong antara satu sama lain. Di sekolah pedalaman, hubungan sesama guru bukan sekadar hubungan profesional, malah terjalin seperti sebuah keluarga besar
“Kami berkongsi cabaran, bertukar pandangan, saling membantu serta saling menguatkan semangat dalam apa jua keadaan. Sokongan inilah yang menjadikan setiap kesukaran terasa lebih ringan apabila dihadapi bersama
“Kesimpulannya, saya bertahan di sekolah pedalaman bukan kerana ketiadaan pilihan, tetapi kerana adanya murid yang memerlukan, komuniti yang menghargai dan rakan sekerja yang menyokong
“Kesemua faktor ini menjadikan pengalaman mengajar di sekolah pedalaman satu perjuangan yang penuh makna dan nilai kemanusiaan,” ujar beliau kepada SK.
Harapan untuk pendidikan pedalaman Dalam pada itu, Helley turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas usaha pihak kerajaan menaik taraf jalan raya, yang telah memberikan sinar harapan kepada warga sekolah serta seluruh komuniti untuk menyaksikan perubahan positif dalam kehidupan mereka dalam masa terdekat.
Beliau berharap pendidikan di kawasan pedalaman dapat berkembang setara dengan sekolah di bandar tanpa jurang besar dari segi kemudahan, teknologi dan peluang pembelajaran.

Selain itu, diharapkan kemudahan di sekolah-sekolah pedalaman dapat dinaik taraf agar setanding dengan sekolah di kawasan bandar, sekali gus memastikan peluang pendidikan yang lebih adil dan berkualiti untuk semua.
Beliau juga berharap sekolahnya berpeluang menjadi K11 bagi memberikan lebih banyak peluang kepada murid-muridnya.
“Saya percaya bahawa setiap murid, walau di pelosok mana sekalipun mereka tinggal, berhak mendapat pendidikan berkualiti yang mampu mengubah masa depan mereka
“Mudah-mudahan sekolah ini berpeluang dinaik taraf menjadi K11 memandangkan kini ia masih berstatus K9,” kata beliau lagi.
The post Hadap Jalan Putus & Bawa Bayi Redah Hutan, Kisah Guru Cekal Demi Anak Murid Di Pedalaman appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/15/hadap-jalan-putus-bawa-bayi-redah-hutan-kisah-guru-cekal-demi-anak-murid-di-pedalaman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dari Kampung Terbang Ke Ireland Kisah Anak Sarawak Kuat Demi Keluarga Jadi Inspirasi

Dari Kampung Terbang Ke Ireland Kisah Anak Sarawak Kuat Demi Keluarga Jadi Inspirasi

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 151 hits
Dari Kampung Terbang Ke Ireland Kisah Anak Sarawak Kuat Demi Keluarga Jadi Inspirasi Kental Mungkin itulah satu kata yang paling tepat bila bercakap tentang perjalanan hidup Farid Syafiq Shariffudin Shah 30 Dibesarkan oleh seorang ibu tungg...
Kebakaran Hutan Dan Aktiviti Anak Anak Di Musim Panas Di Aussie

Kebakaran Hutan Dan Aktiviti Anak Anak Di Musim Panas Di Aussie

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 139 hits
Sedang musim panas di Aussie sekarang Cuaca yang semakin terik menyebabkan banyak kebakaran hutan berlaku termasuk yang berdekatan dengan rumah kawan kami di Kenwick semalam Semoga semuanya dilindungi dan berada dalam keadaan selamat Dalam ...
Terengganu Remaja 16 Tahun Lahirkan Anak Hasil Sumbang Mahram Buang Bayi Di Belakang Rumah

Terengganu Remaja 16 Tahun Lahirkan Anak Hasil Sumbang Mahram Buang Bayi Di Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 120 hits
Nurul Fatihah Sulainiam hmetro com myBAYI lelaki yang masih hidup ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Raja Besut di sini petang semalam FOTO tularBesut Bayi lelaki yang masih hidup ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Raj...
Bapa Dilarang Bawa Pulang Jasad Anak Kalau Tiada Van Jenazah

Bapa Dilarang Bawa Pulang Jasad Anak Kalau Tiada Van Jenazah

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 140 hits
KOSMO PETALING JAYA Seorang bapa yang baru kehilangan bayi berusia lima hari akibat komplikasi jantung meluahkan rasa kesal kerana berdepan kesukaran untuk menuntut jenazah anaknya di Unit Forensik di sebuah hospital selepas dimaklumkan bah...
Langkah Perlahan Seorang Ayah Penghidap Parkinson Undang Air Mata Di Majlis Perkahwinan Anak

Langkah Perlahan Seorang Ayah Penghidap Parkinson Undang Air Mata Di Majlis Perkahwinan Anak

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 131 hits
MANILA Dalam suasana majlis perkahwinan yang penuh bahagia itu para tetamu tersentuh apabila melihat seorang bapa yang menghidap Parkinson perlahan lahan berdiri dan mengatur langkah menuju ke hadapan demi anak perempuannya Walaupun pergera...
Fasa Anak Belajar Di Universiti

Fasa Anak Belajar Di Universiti

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 143 hits
Fasa Anak Universiti Ada satu fasa dalam hidup yang ramai tak nampak beratnya fasa anak melangkah ke universiti Fasa yang penuh doa penuh harapan dan penuh pengorbanan yang kadang tak terucap Baru semalam rasanya kita hantar anak ke tadika ...
Johnson S Lancar Kempen Playdays Galak Anak Bermain Aktif Kekal Segar Sepanjang Hari

Johnson S Lancar Kempen Playdays Galak Anak Bermain Aktif Kekal Segar Sepanjang Hari

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 107 hits
Johnson s jenama yang dipercayai dengan lebih daripada 125 tahun dan jenama No 1 Dunia dalam penjagaan bayi dan kanak kanak kini kembali dengan kempen Johnson s PlayDays untuk memberi inspirasi kepada ibu bapa di Malaysia untuk meluangkan l...
Sambal Udang Dan Kembali Ke Rahmatullah Anak Saudara Saya

Sambal Udang Dan Kembali Ke Rahmatullah Anak Saudara Saya

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 125 hits
Hari ini saya sangat kesedihan dengan pemergian ke rahmatullah anak saudara saya Haji Ruzman Ismail tengah malam tadi Sepanjang hari ini seperti kekosongan dan kehilangan Tat kala Nana naik ke bilik untuk memberitahu berita tersebut saya se...
Lelaki Mengaku Tak Salah Liwat Anak Tiri Sindrom Down

Lelaki Mengaku Tak Salah Liwat Anak Tiri Sindrom Down

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 134 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan meliwat anak tirinya yang juga kanak kanak Orang Kurang Upaya Sindrom Down berusia 11 tahun minggu lalu Tertuduh yang juga seorang mekanik...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Get The Best Experience While Playing Hoki22 Login Online Slots

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid