Had 2 Kad Sim Langkah Strategik Bendung Jenayah Siber Kata Pakar


Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia Siraj Jalil berkata kad SIM prabayar cara paling mudah penjenayah bersembunyi dengan mendaftarkannya atas nama orang lain.
SKMM menjalankan rundingan awam yang mencadangkan setiap warganegara hanya dibenarkan memiliki dua nombor sahaja bagi setiap syarikat telekomunikasi. (Gambar Freepik)PETALING JAYA: Cadangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengehadkan pemilikan dua kad SIM prabayar bagi setiap pengguna dilihat sebagai langkah strategik ‘memotong’ saluran utama kegiatan penjenayah siber
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil, berkata kad SIM prabayar adalah cara paling mudah bagi penjenayah untuk bersembunyi dengan mendaftarkannya atas nama orang lain dan menjadikan kegiatan ‘mule SIM card’ atau kad SIM keldai.
“Apabila seseorang boleh membeli kad SIM tanpa had, ini bermakna nombor tersebut boleh digunakan untuk tujuan salah.
“Disebabkan nombor telefon penjenayah didaftarkan atas nama orang lain (kambing hitam), akhirnya pihak polis terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak dapat mengenal pasti pelaku sebenar,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, lebih buruk lagi apabila pemilik asal mungkin tidak sedar nama mereka digunakan.
Katanya, selain itu SKMM atau polis juga perlu mengekang penjualan kad SIM tidak berdaftar di platform e-dagang mahupun kedai fizikal melalui penguatkuasaan, selain usaha mengehadkan bilangan kad SIM prabayar yang boleh didaftarkan atas nama seseorang.
“Mungkin kerajaan juga perlu menyemak semula sama ada masih wujud keperluan bagi penjualan kad SIM di kedai serbaneka.
“Ia seharusnya hanya dijual melalui pengedar yang benar-benar sah dari syarikat telekomunikasi,” katanya.
Rabu lalu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, dilaporkan berkata SKMM sedang menjalankan rundingan awam bagi garis panduan tersebut dan dijangka dikuat kuasa suku pertama tahun depan.
Katanya, berdasarkan garis panduan sedia ada yang ditetapkan sejak 2017, setiap individu dibenarkan mendaftar sehingga lima nombor prabayar bagi setiap syarikat telekomunikasi.
Sementara itu, pakar siber Faiz Zakki dari Universiti Malaya pula berkata, langkah mengehadkan dua pemilikan nombor prabayar mungkin berkesan dari aspek mengurangkan penyalahgunaan.
“Namun, jika ingin lihat sama ada benar-benar berkesan dalam isu salah guna, boleh lihat semula statistik penyelesaian kes jenayah siber. Berapa kes berjaya diselesaikan walaupun semua maklumat pemilik SIM telah dimiliki?
“Hal ini rumit kerana data dimiliki pihak swasta (Telco). Maka perlu ada penguatkuasaan yang kukuh oleh pihak berkuasa,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/10/had-2-kad-sim-langkah-strategik-bendung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kad Sim Palsu Jadi Topeng Penjenayah Sinar Harian 28 10 2025

Kad Sim Palsu Jadi Topeng Penjenayah Sinar Harian 28 10 2025

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Keldai kad sim atau mule sim card dikenal pasti antara faktor utama mendorong peningkatan jenayah siber di negara ini kerana penjenayah menyembunyikan identiti sebenar mereka daripada dikesan pihak berkuasa Presiden Persatuan P...
Discord Sahkan 70 000 Akaun Digodam Tapi Kata Laluan Dan No Kad Kredit Selamat

Discord Sahkan 70 000 Akaun Digodam Tapi Kata Laluan Dan No Kad Kredit Selamat

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 147 hits
Discord sebelum ini telah mengesahkan bahawa pihak ketiga yang menyediakan sokongan data pelanggan mereka telah digodam Dianggarkan 70 000 data pengguna mereka di seluruh dunia berisiko terdedah termasuk gambar kad pengenalan yang dihantar ...
Rasuah Kata Pembenci Keh Keh Keh

Rasuah Kata Pembenci Keh Keh Keh

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 159 hits
Norman DaudFuhh PMX baru nak bagi taklimat khas pasal pemberian untuk negeri Sabah tapi tengok ruangan komen ramai betul yang terus melompat cakap ni rasuah ni gula gula politik ni nak beli sokongan Sabah Aduhh inilah masalah bila ramai suk...
11 Kata Kata Putus Cinta Paling Menggetarkan Hati Menyentuh Tapi Membebaskan

11 Kata Kata Putus Cinta Paling Menggetarkan Hati Menyentuh Tapi Membebaskan

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 222 hits
Kata kata putus cinta tak hanya tentang kehilangan tapi juga tentang bagaimana seseorang belajar berdamai dengan takdir menata ulang hati dan menemukan arti mencintai tanpa harus memiliki
Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 193 hits
AgensiWASHINGTON Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilapor menggesa Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy supaya menerima syarat Moscow bagi menamatkan peperangan dengan Rusia termasuk menyerahkan keseluruhan wilayah Donbas dalam satu p...
Ops Gempur Jabatan Imigresen Malaysia Berjaya Menahan 468 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di Cameron Highlands

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya

Kedudukan Terkini Kumpulan F Dalam Kelayakan Piala Asia 2027

Sprm Pahang Dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Perkukuh Integriti Pengurusan Dana Awam

The Revival Of Analog Horror Why Retro Scares Are Dominating Modern Pop Culture

Keningau Voters Weigh Dynasty Politics Against Village Realities

Kepentingan Hubungan Seks Suami Isteri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Waktu Awal Malam Ke Daily Coffee Lagi

Ideas Beef Cobbler Recipe Bbc

Tempe Goreng Pedas Daun Limau Resipi Rangup Wangi Yang Sangat Menggoda

Rbnz Hampir Menamatkan Kitaran Pemotongan Kadar Menyediakan Ruang Untuk Pemulihan Kiwi Terhadap Dolar

Afgan Peluk Chord

Seribu Satu Rasa Antara Mendengar Memberi Dan Menghargai