Haaaaa Jangan Hampa Kan Daku Wahai Zaid Aku Takut Nak Ke Dalam


 


Masa ‘suntuk’, apakah peguam baharu Najib dapat sediakan rayuan SRC dengan sebaiknya?



Robin Augustin dan Nicholas Chung -August 4, 2022 
Najib Razak akan diwakili oleh pasukan peguam baharu dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu menolak permohonan pasukan peguam bela Najib Razak yang baharu untuk diberi lebih masa membuat persiapan terhadap kes rayuannya membingungkan beberapa pihak, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada mahkamah bertindak terlalu tegas ke atas bekas perdana menteri itu dalam mencapai keputusan itu.
Pada 26 Julai lalu, firma guaman, Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners memaklumkan Mahkamah Persekutuan bahawa ia dilantik Najib untuk mengendalikan rayuan kes berhubung SRC International, menggantikan Shafee & Co.
Peguam veteran Hisyam Teh Poh Teik turut dinamakan sebagai peguam bela utama Najib, menggantikan Shafee Abdullah.
Menurut Najib, beliau terpaksa melantik pasukan peguam bela baharu, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur lima hari sebelum itu, menolak permohonan untuk melantik peguam diraja UK, (Queen Counsel) Jonathan Laidlaw, seorang pakar perundangan jenayah kolar putih, menjadi peguam bela utamanya dalam rayuan muktamad kes itu di Mahkamah Persekutuan.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Sejurus selepas dilantik, firma guaman baharu Najib, yang diketuai bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim, menulis kepada mahkamah, memohon penangguhan kes rayuan SRC International yang ditetapkan pada 15 Ogos hingga 30 Ogos.
Antara alasan yang diberikan dalam permohonan itu ialah firma berkenaan memerlukan masa untuk membuat persiapan komprehensif dalam membentangkan rayuan terakhir Najib.
Jika gagal dalam rayuan itu, Najib berisiko dipenjarakan sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman yang telah diberikan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Permohonan pasukan peguam bela baharu Najib untuk diberikan lebih masa bagi membuat persiapan setelah dilantik kurang sebulan lalu, ditolak semasa sesi pengurusan kes Jumaat lalu, sekali gus memberi Zaid, Teh dan pasukan peguambela mereka hanya kira-kira tiga minggu untuk membuat persiapan.
“Mahkamah Persekutuan nampaknya menguruskan penjadualan kes rayuan (Najib) ini dengan amat ketat,” kata seorang peguam kanan kepada FMT.
“Ia memberikan gambaran salah, seolah-olah mahkamah mahu menyelesaikan kes rayuan ini secara tergesa-gesa. Ini sesuatu yang merunsingkan,” kata peguam itu yang tidak mahu namanya disiarkan.
Rayuan Najib difailkan pada 8 Dis tahun lepas, sejurus selepas Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak rayuannya terhadap sabitan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020 atas tujuh tuduhan pengubahan wang haram.
Keputusan itu disusuli dengan Peguam Shafee & Co memfailkan petisyen rayuan Najib pada 25 April.
Mahkamah Persekutuan kemudian menetapkan tarikh rayuan pada 15 Ogos dan mengarahkan pasukan pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujah bertulis mereka selewat-lewatnya 31 Julai.
Sebenarnya pertukaran peguam cara bukannya suatu perkara luar biasa dalam perjalanan kes, kata peguam kanan itu kepada FMT, dan menegaskan, dalam apa jua keadaan, tertuduh memang berhak menukar peguam dalam membela diri.
“Perkara 5(3) Perlembagaan memberikan setiap orang yang dituduh, termasuk Najib, hak memilih peguam dan hak itu unsur penting dalam memastikan perbicaraan yang adil.
“Hak itu semestinya termasuk hak melepaskan peguam dan melantik pengganti,” tambah peguam kanan itu.
Malah, menurut beliau, seorang tertuduh tidak perlu beri sebarang alasan untuk mewajarkan penggantian itu, dan kebenaran mahkamah juga tidak diperlukan untuk menggunakan hak berkenaan, katanya.
Peguam itu akur bahawa dalam kes Najib, mahkamah mempunyai budi bicara sama ada membenarkan permintaan pasukan guaman baharunya yang mahu diberi lebih masa untuk membuat persediaan.
“Ia memerlukan mahkamah menggunakan budi bicara kehakiman dengan menilai keadaan yang menimbulkan permintaan (untuk diberikan lebih masa) itu, berpandukan prinsip undang-undang,” katanya.
Dalam membuat penilaian itu, beliau berkata mahkamah harus mengambil kira hak perlembagaan Najib untuk memperolehi perbicaraan adil, termasuk hak mendapatkan khidmat peguambela pilihannya.
Faktor itu lebih mustahak memandangkan rayuan Najib dalam kes SRC International melibatkan kebebasannya. Jika rayuan ditolak, Najib akan dibawa terus daripada mahkamah untuk menjalani hukuman penjara.
“Memandangkan faktor ini, mahkamah lazimnya tidak akan menolak permintaan menangguhkan perbicaraan selagi ia munasabah dan dengan syarat ia bukan percubaan menyalahgunakan proses mahkamah,” katanya.
Mengulas arahan Mahkamah Persekutuan, Presiden Bar Malaysia Karen Cheah merujuk Peraturan 6(a) Kaedah-Kaedah (Amalan dan Etika) Profesyen Undang-Undang 1978 yang mengatakan bahawa mana-mana peguam yang ingin bertindak dalam sesuatu kes mesti mampu dan bersedia untuk menjalankan perbicaraan pada tarikh yang sudahpun ditetapkan oleh mahkamah.
Kata Cheah, ini bermaksud bahawa seseorang litigan yang bertukar peguam mengambil risiko bahawa mahkamah akan menolak sebarang permohonan penangguhan kes meskipun adanya pelantikan peguam baharu. Maka, peguam baharu yang dilantik harus bersiap sedia.
Tambahnya, mahkamah mempunyai budi bicara sama ada untuk membenarkan atau menolak permohonan untuk mendiscajkan peguam dan menangguhkan perbicaraan.
“Selain itu, peguam baharu boleh juga dikenakan tindakan tatatertib atas alasan salah laku profesional sekiranya dia tidak dapat memberi alasan munasabah mengapa penangguhan kes dipohon,” katanya.
Apa pun, kes SRC Najib bukan perbicaraan biasa. Perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2018 itu menyaksikan 86 saksi memberi keterangan (pendakwaan, 57; pembelaan, 29) selama 76 hari perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Keputusan hakim perbicaraan, Nazlan Ghazali, disampaikan secara lisan pada 28 Julai 2020 dan diikuti dengan penghakiman bertulis lebih 500 muka surat, di mana beliau mentafsirkan pelbagai peruntukan dalam lebih 20 perundangan dan merujuk kepada undang-undang dalam kira-kira 350 kes terdahulu untuk mensabitkan Najib.
Kes itu kemudian dibawa ke Mahkamah Rayuan. Panel hakim yang mendengar rayuan itu selama 15 hari menghasilkan keputusan setebal 317 muka surat, yang merupakan asas rayuan terakhir Najib kepada Mahkamah Persekutuan.
Kes Najib bertambah unik kerana bekas perdana menteri itu memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan Jun lalu untuk dibenarkan mengemukakan keterangan lanjut. Najib juga memohon mahkamah memerintahkan perbicaraan semula atas dakwaan Nazlan sepatutnya menarik diri sebagai hakim kesnya kerana konflik
kepentingan.
Segala perkembangan ini merangkumi isu-isu perlembagaan dan perundangan yang menuntut firma guaman baharu Najib membuat persiapan rapi dalam rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.
Pemecatan Shafee bermakna pasukan peguam bela baharu Najib perlu bertindak pantas dalam menyediakan rayuan jitu dan menyakinkan.
Ia membabitkan penelitian ribuan muka surat kenyataan saksi, keterangan dokumentar yang dikemukakan semasa perbicaraan, penghakiman bertulis kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, serta nota keterangan yang direkodkan sepanjang keseluruhan prosiding.
“Justeru, rayuan peguam memohon diberikan lebih banyak masa dilihat sangat munasabah kerana ia (penangguhan rayuan) jelas perlu untuk membenarkan mereka membentangkan kes anak guam mereka pada tahap kecekapan yang setimpal dengan status dan sifat rayuan (di mahkamah tertinggi negara),” kata peguam itu.
“Setakat ini, tiada apa-apa yang menunjukkan bahawa Najib dan pasukan peguamnya menyalahgunakan proses mahkamah atau bertindak tidak wajar,” tambahnya.
Terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan enggan menangguhkan rayuan itu, meskipun peguambela baharu Najib hanya mempunyai tiga minggu untuk membuat persiapan, seorang pemimpin veteran Umno menyifatkan keadaan itu sebagai “janggal” dan bercanggah dengan norma sistem perundangan semasa.
“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, badan kehakiman telah dipuji kerana kebebasannya terutamanya dalam mengadili kes berprofil tinggi.
“Para hakim telah berulang kali menunjukkan nilai integriti, keadilan, kejujuran dan ketelusan, yang sebelum ini dianggap telah hilang,” kata pemimpin itu yang enggan namanya disiarkan.
Walaupun diselubungi pelbagai kerumitan, kes Najib hanya mengambil masa lebih empat tahun untuk sampai ke mahkamah tertinggi, katanya.
“Saya rasa faktor kepentingan awam dan kemarahan di lapangan menyebabkan kes (Najib) bergerak pantas,” tambahnya, sambil membuat perbandingan dengan perbicaraan kes Liwat II Anwar Ibrahim yang berlangsung selama lebih enam tahun.
“Pemerhatian saya sendiri ialah sepanjang prosiding, Najib dan peguamnya sentiasa memberi penghormatan sewajarnya kepada mahkamah,” katanya. “Tidak pernah Najib memperlekehkan mahkamah.”
Beliau berkata beberapa pertimbangan juga mesti diambil kira mengenai dua watak utama yang memimpin pasukan peguam bela baharu Najib.
“Zaid Ibrahim dan Hisyam Teh kedua-duanya terkenal dalam kalangan pengamal undang-undang sebagai amat profesional dan mereka tidak akan sekali-kali membenarkan nama baik mereka dipergunakan dalam sebarang percubaan menyalahguna proses mahkamah,” katanya.
Apa pun, menurut beliau, wujud bisikan di lapangan yang cenderung kepada pandangan bahawa Najib berhak mendapat layanan lebih adil di ambang rayuan mahkamah terakhir yang bakal menentukan hidupnya.
“Jika pada akhir rayuan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa bekas perdana menteri mesti dihukum untuk jenayahnya, biarlah ia kerana dia gagal mengemukakan rayuan yang bermerit, (dan) bukan kerana dia dihalang daripada berbuat demikian,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/haaaaajangan-hampa-kan-daku-wahai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Nak Confess Dekat Kawan Baik Be Like Senang Je Kan Dia Ajak Kawen

Bila Nak Confess Dekat Kawan Baik Be Like Senang Je Kan Dia Ajak Kawen

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 159 hits
Soal jodoh ini sememangnya menjadi rahsia Allah S W T kepada kita sesiapa pun tidak akan boleh menjangka bahawa dirinya akan bertemu jodoh dengan sesiapa kerana isu jodoh ini memang bukan ditentukan oleh kita manusia ini Ada yang diantara k...
Hati Hati Bercakap Wahai Pemimpin Ph Jangan Syok Sendiri

Hati Hati Bercakap Wahai Pemimpin Ph Jangan Syok Sendiri

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 171 hits
JAMZURI ARDANIBN PN GTA semua berebut untuk dapatkan undi Melayu konservatif Hanya PH boleh menjadi pilihan pengundi Melayu progresif Tetapi golongan pengundi Melayu progresif tidak ramai hanya sekitar 15 20 sahaja Kebanyakan mereka tinggal...
Berdoalah Wahai Semua Rakyat Semoga Ph Menjadi Kerajaan Kita Nak Tangkap Kaki Sapu Duit Merengkok Dalam Negara

Berdoalah Wahai Semua Rakyat Semoga Ph Menjadi Kerajaan Kita Nak Tangkap Kaki Sapu Duit Merengkok Dalam Negara

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 305 hits
Selamba saja jawab ya kalau dulu la jadi zaman oh Hishammuddin yakin kapal pertama LCS akan siap setahun dua August 8 2022 11 20 Hishammuddin Hussein berkata tiada sebuah pun kapal LCS diserahkan kepada kerajaan sehingga kini walaupun RM6 0...
Hiburan Tak Ada Niat Nak Dera Mak Angkat Dakwa Paksa Alia Makan Sebab Takut Kurang Zat

Hiburan Tak Ada Niat Nak Dera Mak Angkat Dakwa Paksa Alia Makan Sebab Takut Kurang Zat

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 449 hits
Sebelum ini tular di media sosial video yang memaparkan seorang kanak kanak perempuan empat tahun didera dengan menggunakan penyangkut baju dan penyapu oleh seorang wanita dipercayai ibu angkatnya hanya kerana enggan makan Susulan itu sepas...
Mata Ada Kan Jangan Main Redah Je Tak Nampak Ke Anak I Wanita Dakwa Sekumpulan Wanita Ini Tiada Adab Tetapi

Mata Ada Kan Jangan Main Redah Je Tak Nampak Ke Anak I Wanita Dakwa Sekumpulan Wanita Ini Tiada Adab Tetapi

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 483 hits
Mata ada kan jangan main redah je Tak nampak ke anak I Wanita dakwa sekumpulan wanita ini tiada adab tetapi Percutian sekumpulan wanita di Kuala Lumpur sedikit terjejas apabila mereka dibebel oleh seorang wanita yang tidak berpuas hati deng...
Hiburan Malu Nak Masukkan Ke Kolej Komuniti Mak Ayah B40 Sanggup Susahkan Anak Bayar Hutang Beribu Masuk Ipts

Hiburan Malu Nak Masukkan Ke Kolej Komuniti Mak Ayah B40 Sanggup Susahkan Anak Bayar Hutang Beribu Masuk Ipts

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 238 hits
Tergolong dari golongan yang kurang berkemampuan tidak bermaksud ia merupakan penghalang buat seseorang untuk berjaya dalam kehidupannya Kalau dilihat ramai saja pelajar yang tergolong dalam kumpulan B40 berjaya mengubah nasib keluarga sele...
Pas Nak Kerjasama Kita Adu Kekuatan Dulu Pada Pru15 Cabar Zahid

Pas Nak Kerjasama Kita Adu Kekuatan Dulu Pada Pru15 Cabar Zahid

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 219 hits
freemalaysiatoday com August 2 2022 11 21 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata secara umum tanpa menyebut nama menyatakan beliau tidak boleh bekerjasama dengan ulama politik di mana percakapannya sentiasa berubah ubah PETALING JAYA Pr...
Dia Nak Makan Mee Kari Penutup Pantang Sheila Rusly Masak Special Untuk Menantu

Dia Nak Makan Mee Kari Penutup Pantang Sheila Rusly Masak Special Untuk Menantu

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 292 hits
Untung sungguh dapat mak mentua sporting Bukan mudah menantu nak dapat layanan yang begitu baik sekali seperti kasih sayang mak sendiri Tapi hubungan itulah yang menjadikan hubungan Sheila Rusly dan menantunya Elisya Sandha begitu akrab sek...
Boleh Ke Nak Beri Alasan Ini Tindakan Peribadi Ketika Beruniform

Boleh Ke Nak Beri Alasan Ini Tindakan Peribadi Ketika Beruniform

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 203 hits
Apa imej yang anggota ini terjemahkan Sudah tentu memberi gambaran yang negatif dan merendahkan PDRM sebagai anti jenayah
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner