Pas Nak Kerjasama Kita Adu Kekuatan Dulu Pada Pru15 Cabar Zahid


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-August 2, 2022 11:21 PM

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, berkata secara umum tanpa menyebut nama menyatakan beliau tidak boleh bekerjasama dengan ulama politik di mana percakapannya sentiasa berubah-ubah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi “mengajak” PAS mengadu kekuatan terlebih dulu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sekiranya ingin bercakap berhubung pembentukan kerjasama.

Katanya, sekiranya PAS masih mahu membentuk kerjasama dengan Umno, ia boleh dilakukan selepas PRU15.

“Kalau nak jalin sebarang bentuk kerjasama, jalin selepas keputusan PRU15…sekarang ini kita turun ke gelanggang dan adu kekuatan…kekuatan dari segi pengaruh pengundi-pengundi.

“Walaupun mahukan persefahaman dan sebagainya itu hanyalah harapan, tetapi realitinya rakyat tahu parti mana boleh membela nasib mereka,” katanya dalam wawancara ‘Jawab, Saya Tanya! yang disiarkan secara langsung dalam akaun Facebook miliknya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, semalam, yang mahukan jalinan kerjasama kedua-dua parti secara menyeluruh dan bukan di negeri tertentu sahaja.

Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN), ketika mengulas lanjut, berkata kalau diajak “berkawan”, kenyataan mesti menjurus ke arah untuk “berkawan”.

“Hari ini kenyataan seperti mahu berkawan, tapi besoknya ketika lancar parti komponen yang baharu menyalahkan Umno dan BN kononnya tidak bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Nada Zahid kemudian dilihat berubah apabila menyatakan bahawa beliau “tidak boleh bekerjasama dengan ulama politik”.

“Saya mengakui boleh bekerjasama dengan mana-mana ulama, tapi seorang yang menjadi ulama politik bercakap berubah-ubah…saya tidak merujuk kepada sesiapa. Dalam situasi seperti itu kita harus istiqomah, kita harus konsisten,” katanya.

Mengulas berhubung keputusan sama ada Umno/BN kekal bergerak solo, Zahid berkata, “keputusan solo adalah keputusan rasmi”.

“(Bagaimanapun) ada kebijaksanaan lain (cadangan kerjasama) yang penting Umno dan BN perlu dominan,” katanya.

Katanya, beliau tidak menolak dinamik politik Umno/BN akan berubah sekiranya tidak mendapat cukup kerusi selepas bergerak secara solo pada PRU15.

“Jadi, beberapa kebijaksanaan mesti dilakukan, ‘first’ kena ‘create’ keserasian, selepas itu kerjasama…kerjasama mesti berasaskan kepada understanding (kesefahaman)…tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang kekal,” katanya.

Zahid berkata, “politik merupakan permainan angka” dan Umno/BN perlu melihat secara mendalam langkah tersurat dan tersirat sebelum dan selepas PRU demi mewujudkan kestabilan politik di negara ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/pas-nak-kerjasama-kita-adu-kekuatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuuu Dia Punya Ndak Pada Kuasa Pas Tetap Nak Main Dua Kolam

Tuuu Dia Punya Ndak Pada Kuasa Pas Tetap Nak Main Dua Kolam

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 275 hits
Pas tetap nak main dua kolam pada PRU 15July 24 2022 Kepemimpinan PAS masih mengharapkan dapat memasuki Pilihan Raya Umum ke 15 menerusi kerjasama dalam Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata ...
Zahid Hamidi Bukan Poster Boy Dan Tak Boleh Pun Jadi Pm Kenapa Masih Mahu Menentukan Calon Pru15

Zahid Hamidi Bukan Poster Boy Dan Tak Boleh Pun Jadi Pm Kenapa Masih Mahu Menentukan Calon Pru15

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 231 hits
Bercakap kepada media selepas menghadiri Konvensyen Puteri BN Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin parti yang kritikal dan tidak sealiran dengannya masih boleh menjadi calon BN dalam PRU15 akan datang Menurut beliau walaupun pe...
Sosma Dulu Ada Dalil Haram Kini Ada Dalil Halal Itulah Pas Parti Penunggang Agama Dimana Ada Untung Untuk Parti Mereka

Sosma Dulu Ada Dalil Haram Kini Ada Dalil Halal Itulah Pas Parti Penunggang Agama Dimana Ada Untung Untuk Parti Mereka

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 292 hits
Dulu mengamuk sakan hingga bergegar bumi Bertepik di Padang Merbuk Hudud RUU355 Kematian Adib Pakaian patuh syarie pramugari Arak Timah Judi 8 ke 22 Pemandu mabuk Sijil UEC Sajad Siti Kasim LGBT Islam terancam Itu cerita dulu SEKARANG senya...
Dr Nasihatkan Ibu Mengandung Nak Berinai Sebaiknya Tangguh Dulu

Dr Nasihatkan Ibu Mengandung Nak Berinai Sebaiknya Tangguh Dulu

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 211 hits
Bagi sesetengah orang perempuan berinai antara yang menjadi kesukaannya Jika dulu dulu berinai ni untuk elokkan kuku dan majlis perkahwinan tapi sekarang ia dah menjadi trend Namun bagi ibu mengandung pemakaian inai sebenarnya tak digalakka...
Nasib Kurang Baik Driver Tidur Haqiem Stopa Reda Kena Sama 4n Dulu Nak Ambil Lesen Memandu Duit Tak Cukup

Nasib Kurang Baik Driver Tidur Haqiem Stopa Reda Kena Sama 4n Dulu Nak Ambil Lesen Memandu Duit Tak Cukup

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 312 hits
GARA GARA memandu kereta tanpa lesen selebriti media sosial iaitu Haqiem Stopa disam4n polis ketika melalui satu sekatan jalan raya
Zahid Senarai Sebab Pru15 Perlu Diadakan Seawal Sedaya Boleh

Zahid Senarai Sebab Pru15 Perlu Diadakan Seawal Sedaya Boleh

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 255 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 4 2022 11 30 AMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyenaraikan tiga sebab mengapa pilihan raya umum ke 15 mesti diadakan seawal yang mungkin Dia yang juga adalah pengerusi BN berkata antara sebab itu adalah ke...
Pas Tidak Guna Logo Bulan Pru15

Pas Tidak Guna Logo Bulan Pru15

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 283 hits
Abdul Hadi Awang membayangkan PAS akan terus bersama Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 PAS setuju menggunakan logo Perikatan Nasional pada pilihan raya umum ke 15 kata Presidennya Abdul Hadi Aw...
Maka Tutuplah Kilang Cukup 4 Anak Mua Bellaz Nak Fokus Besarkan Anak Dulu

Maka Tutuplah Kilang Cukup 4 Anak Mua Bellaz Nak Fokus Besarkan Anak Dulu

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 369 hits
Baru melahirkan cahaya mata keempatnya pada 29 Julai yang lalu MUA yang cukup dikenali MUA Bellaz kini mahu berehat dan memfokuskan untuk membesarkan keempat empat anaknya Tidak bercadang untuk menambah jumlah ahli keluarga lagi buat masa i...
Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Daqmie Korbankanlah Chord

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Kenapa Lidah Jadi Begitu

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Samenta Calls For Higher Sst Threshold To Help Smes

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian