H4ti Ad4lah Sebah4gian Daripada Rahmat Allah


Ketahuilah hati adalah sebahagian daripada rahmat Allah. Segala isi di dunia ini belum tentu memenuhi keinginan kita, tetapi dengan hati yang redha dan qanaah, kita boleh rasa bahagia dengan bersyukur bersungguh-sungguh pada Allah yang sudi memilih kita merasai nikmat hati.
Sudahkah kita bersyukur

Allah berfirman: “Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya Roh (Ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.” (Surah As-Sajdah: Ayat 9)
Hati ini benar-benar dahsyat kerana hatilah yang menentukan nilai manusia serta menemukan makna hidup. Jadilah hati yang ingin berlari mendekati Allah serta ingin mengenali Allah

“Ketahuilah bahawasanya di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan apabila ia rosak maka rosak pula seluruh jasadnya, ketahuilah dia adalah hati.” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Sucikanlah hati kerana dengan hati yang suci kita mampu menerima kehadiran-Nya dalam diri yang paling dalam. Jadilah hati yang menyerah diri bersandarkan sepenuhnya hanya kepada Allah Yang Maha Rahmat

Allah berfirman: “Kecuali orang yang mengadap Allah dengan hati yang bersih. Dan syurga didekatkan kepada orang yang bertakwa.” (Surah Al-Syu’ara: ayat 89 – 90)
Hati yang suci sering mengajak kita merenung kejadian diri dan alam dalam mencari kebenaran kenapa manusia dan alam ini diciptakan. Siapakah kita? Di manakah kita? Akan ke mana akhirnya kita

Tahukah saudara, itulah juga persoalan yang timbul hasil daripada kajian sains tentang penemuan fungsi otak pada tahun 1980 oleh Dr VS Ramachandra. Hebatnya penemuan otak ini sehingga mereka namakan sebagai “The marco polo of neuroscience”

Fungsi otak ini menggemparkan dunia kerana fungsi otak ini mencari jawapan siapa sebenarnya diri saya? Saya ini di mana? Dan saya ini mahu ke mana

“Dan di bumi terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang yakin; dan di dalam dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak melihat ?” (Surah Al-Dhariyat: ayat 20-21)
Oleh yang demikian sucikanlah hati kita dengan istighfar dan taubat. Kerana hati yang suci akan diberikan hikmah

Iaitu mampu memahami makna di sebalik hidup ini diciptakan, di sebalik yang terlihat ada yang tersembunyi, di sebalik kejadian diri dan alam ini ada rahsia, tujuan dan maksud

Izinkan saya memetik kata-kata Alexis Carrel: “Manusia sudah berpergian jauh sekali hingga ke planet, tetapi justeru tidak mampu berpergian ke tempat yang paling dekat, yakni ke dalam dirinya sendiri.”
Ketahuilah di balik hati ada rahmat cinta. Cinta adalah sebahagian rahmat Allah yang terindah dalam hidup. Betapa bosannya hidup ini jika tidak ada cinta

Betapa menakutkannya perjuangan hidup ini jika tidak ada cinta. Betapa penatnya pekerjaan kita jika tidak ada cinta

Apalah ertinya duit jika tidak ada cinta. Cinta melahirkan kelembutan dan rasa hormat. Bayangkan saudara ingin mencari pasangan hidup, sudah tentu kita ingin mengenali pasangan kita, kerana bila kita kenal budi pekertinya maka terwujudlah rasa cinta dan mengenalinya lebih dekat

Bagaimana pula dengan Allah yang menciptakan kita? Adakah pernah terdetik hati kita untuk mengenaliNya

Hanya hati yang benar-benar mencari akan menemukan jawapan. Carilah Allah. Niatlah dalam hati, bahawa kita ingin mengenali-Nya

“Dan sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (Surah Qaf: ayat 16)
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman: “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku ingin dikenali. Lalu Aku ciptakan makhluk dan alam. Dengan La ilaha illAllah, engkau akan mengenal Aku.”
Sebagaimana firman Allah dalam surah Muhamad ayat 19: “Carilah pelajarilah ketahuilah bahawa La ilaha illAllah…”
Sumber: iluvislam

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/06/h4ti-ad4lah-sebah4gian-daripada-rahmat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Pernah Putus Asa Dengan Rahmat Allah

Jangan Pernah Putus Asa Dengan Rahmat Allah

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 174 hits
Mengapa kita mudah merasa putus asa Adakah kita pernah merasa seolah olah segala ujian dan cabaran yang datang dalam hidup ini sebagai tanda bahawa Allah s w t marah kepada kita Adakah kita pernah merasa seolah olah kesulitan yang kita hada...
Perjalanan Meraih Cinta Allah

Perjalanan Meraih Cinta Allah

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 265 hits
Pernahkah kita berhenti sejenak dan merenung apa yang paling kita kejar dalam hidup ini Adakah kita pernah bertanya pada diri kita sendiri siapakah yang paling kita cintai Bagaimana kita boleh meraih cinta dan kasih sayang yang sebenar yang...
Allah Dispute Could Affect National Unity If Not Dealt With Warns King

Allah Dispute Could Affect National Unity If Not Dealt With Warns King

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 217 hits
The Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah said it was also vital to not question and belittle the religious beliefs of other races PETALING JAYA The Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah fears the polemic...
Lebai Ini Menghasut Soal Kalimah Allah Kamu Tak Faham Tapi Kamu Menghasut

Lebai Ini Menghasut Soal Kalimah Allah Kamu Tak Faham Tapi Kamu Menghasut

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 127 hits
INI PENJELASAN PMX 1986 LEBAI BAWAH NI PUN TAK BERANAK LAGI DAN AKAN DIUSULKAN DAN DIPERKEMASKAN MASA PN DULU KAMU TAK USIK TU SEBAB ADA NIAT JAHAT PDRM BERNIAT JAHAT WALAU TELAH DIJELASKAN SILA SIASAT INI PENJELASAN UAIINI PULA PENJELASAN ...
Benarlah Lakukan Kerana Allah Swt

Benarlah Lakukan Kerana Allah Swt

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 151 hits
BENARLAH LAKUKAN KERANA ALLAH SWT Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua Hihi ISTIQMAH NIAT DEKAT DALAM HATI tu kerana ALLAH jujur saja TIDAK MUDAH RASA MACAM terbakar syaitan Macam nafsu tu jadi bar...
Bersyukurlah Apa Yg Telah Allah Anugerahkan Untuk Kita

Bersyukurlah Apa Yg Telah Allah Anugerahkan Untuk Kita

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 149 hits
SEMUTTidak mempunyai mimpi karena mereka tidak pernah tidur BABI Tidak tahu matahari dan bulan karena mereka tidak boleh mengangkat kepala untuk melihat langit KUPU KUPU Tidak pernah sambut ulang Tahun karena mereka hidup selama 47 hari JAD...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin