Kes Guru Ponteng Kerajaan Tak Rayu Keputusan Mahkamah




Kerajaan dan empat lagi pihak tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang pampasan RM150,000 diberikan kepada tiga pelajar dalam kes saman terhadap bekas guru bahasa Inggeris mereka yang tidak hadir mengajar.

Salah seorang pelajar itu, Calvina Angayung memaklumkan lima defendan tidak memfailkan rayuan dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan.

"Mahkamah juga memberi tempoh sebulan kepada defendan untuk merayu di Mahkamah (Rayuan). Namun mereka tidak berbuat demikian.

"Saya anggap ini kerana mereka tiada lagi hujah untuk membantah keputusan mahkamah. Ini bermakna kemenangan (dalam kes ini) cukup kuat," katanya dalam kenyataan.

Mahkamah Tinggi berpihak kepada Calvina dan dua lagi plaintif, Rusiah Sabdarin and Nur Natasha Allisya Hamali, dalam kes saman mereka terhadap kerajaan dan empat lagi defendan, iaitu bekas guru Mohd Jainal Jamran, pengetua SMK Taun Gusi Suid Hanapi, ketua pengarah pendidikan dan menteri pendidikan.

Dalam keputusannya, hakim Leonard David Shim berkata lima defendan telah mencabuli hak perlembagaan tiga pelajar itu untuk mendapatkan pendidikan.

Dia juga memutuskan lima defendan telah melanggar tugas statutori mereka di bawah Akta Pendidikan 1966 apabila gagal menyediakan tiga pelajar itu untuk menghadapi peperiksaan.

Shim berkata defendan kedua, Suid Hanapi melanggar tugasnya di bawah Peraturan 3C, 25 dan 26 dalam Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sehubungan itu, mahkamah menganugerahkan RM50,000 kepada setiap tiga pelajar terbabit dan ia akan ditanggung secara bersama dan berasingan oleh semua defendan. Daripada jumlah itu, RM30,000 diberikan sebagai ganti rugi nominal atas kehilangan peluang yang dialami tiga pelajar berkenaan.

“Tidak dinafikan bahawa Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran teras untuk Sijil Pelajaran Malaysia dan untuk kemasukan ke mana-mana peringkat pendidikan atau universiti yang lebih tinggi.

“Daripada keterangan yang ada, mahkamah mendapati bahawa pemberian ganti rugi nominal diberikankepada setiap plaintif berjumlah RM30,000 kerana kehilangan peluang memperoleh gred yang baik dalam Bahasa Inggeris dan kehilangan peluang yang baik dalam hidup mereka untuk menerima yang lebih baik pendidikan pada masa hadapan," kata Shim.

Hak perlembagaan

Baki RM20,000 pula dianugerahkan sebagai ganti rugi akibat trauma emosi dan/atau psikologi akibat kesan dan penghinaan akibat ketidakhadiran guru.

Menurut Shim tiada perintah dibuat mengenai kos kerana perkara itu melibatkan soal hak asasi perlembagaan untuk pendidikan dan perkara kepentingan awam.

Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali, dan Calvina Angayung memula tindakan undang-undang ke atas defendan dengan memfailkan saman mereka pada Dis 2020.

Mereka mendakwa Mohd Jainal tidak hadir, datang lewat, dan keluar awal dari kelas selama tujuh bulan iaitu antara Mac hingga Okt 2017.

Mohd Jainal juga menjadi subjek saman serupa yang difailkan oleh Siti Nafirah Siman berhubung perkara serupa. Saman itu masih dibicarakan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/08/kes-guru-ponteng-kerajaan-tak-rayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Guru Ponteng Saya Tetap Adil Walaupun Ada Tali Persaudaraan Bekas Pengarah

Kes Guru Ponteng Saya Tetap Adil Walaupun Ada Tali Persaudaraan Bekas Pengarah

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 185 hits
Seorang bekas pengarah pendidikan telah menafikan bahawa hubungan persaudaraannya dengan seorang guru yang didakwa ponteng kelas selama tujuh bulan telah menjejaskan siasatan terhadap guru tersebut Maimunah Suhaibul yang memegang jawatan pe...
Kpm Siasat Kes Pelajar Oku Dibuli Guru

Kpm Siasat Kes Pelajar Oku Dibuli Guru

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 391 hits
KEMENTERIAN Pendidikan sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berkenaan aduan seorang pelajar Orang Kurang Upaya yang dibuli oleh gurunya di sekolah Menterinya Fadhlina Sidek berkata semua pihak termasuk sekolah yang terlibat sudah d...
Tumpu Sajalah Kes Mahkamah Kamu Anwar Beritahu Muhyiddin

Tumpu Sajalah Kes Mahkamah Kamu Anwar Beritahu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 292 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta Muhyiddin Yassin memberi tumpuan kepada kes mahkamah dihadapinya daripada mendesak beliau meletak jawatan Anwar berkata sokongan diterimanya daripada Ahli Parlimen masih kekal ...
Keputusan Prn Petanda Jelas Rakyat Tolak Pimpinan Kerajaan

Keputusan Prn Petanda Jelas Rakyat Tolak Pimpinan Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 437 hits
KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri enam negeri PN menang 50 peratus undi popular dan 60 kerusi yang ditandingi adalah satu referendum atau penolakan kepada pimpinan kerajaan hari ini Dalam kata lain walaupun kerajaan hari ini mempunyai dua perti...
Anwar Tak Patut Suruh Muhyiddin Fokus Kes Mahkamah Kata Penganalisis

Anwar Tak Patut Suruh Muhyiddin Fokus Kes Mahkamah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 246 hits
Muhyiddin Yassin sebelum ini meminta Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai perdana menteri susulan keputusan PRN Sabtu lalu PETALING JAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya menyuruh Muhyiddin Yassin memberi tumpuan kepada kes ma...
Apakah Benar Keputusan Prn 6 Negeri Penentu Nasib Kerajaan Perpaduan

Apakah Benar Keputusan Prn 6 Negeri Penentu Nasib Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 241 hits
Ainin Wan SallehPETALING JAYA Dua minggu kempen yang relatifnya kurang bermaya akhirnya melabuh tirai tengah malam tadi dengan pengundi di enam negeri akan memilih hari ini Keputusan PRN enam negeri dilihat akan terus meningkatkan suhu poli...
Kes Cikgu Ponteng Pegawai Mengaku Letak Tarikh Lama Di Buku Log

Kes Cikgu Ponteng Pegawai Mengaku Letak Tarikh Lama Di Buku Log

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 408 hits
Gloria JaymessSeorang pegawai pendidikan di Sabah hari ini mengaku telah meletakkan tarikh lama ketika menandatangani buku rekod mengajar seorang guru yang didakwa sering ponteng mengajar Norhana Ijek berkata demikian ketika memberi keteran...
Kes Salah Guna Kuasa Mahkamah Lepas Bebas Muhyiddin

Kes Salah Guna Kuasa Mahkamah Lepas Bebas Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 335 hits
malaysiakini comPresiden Bersatu Muhyiddin Yassin berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa RM232 5 juta bagi parti itu yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Muham...
Prn Dipuji Hero Sanusi Yakin Menang Jeneri Dan Kes Mahkamah

Prn Dipuji Hero Sanusi Yakin Menang Jeneri Dan Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 218 hits
MalaysiakiniBerdepan dengan pelbagai saman fitnah dan pertuduhan menghasut ketika berkempen untuk mempertahankan kerusi DUN Jeneri menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor tetap yakin peluangnya untuk menang di dalam dan di luar...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Scooter Day 2025

Naikkan Imej Produk Wangian Anda Dengan Kotak Perfume Premium

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Seronok Travel Tapi Perut Buat Hal Pula Ini Cara Nak Rasa Lebih Selesa Sepanjang Perjalanan

Dua Mayat Ibu Dan Anak 2 Tahun Ditemui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur Sebuah Pangsapuri

How The Ai Gold Rush Is Making People Rich