Guru Sains Smk Jerlun Terima Anugerah Princess Maha Chakri


 
Norhailmi Abdul Mutalib, 40, berpengalaman 15 tahun dalam bidang perguruan menerima anugerah berkenaan di Konsulat Thailand, Pulau Pinang dengan membawa pulang pingat, piala, sijil dan wang tunai AS$10,000 (RM41,535). (Gambar Facebook)ALOR SETAR: Seorang guru mata pelajaran Sains di sebuah sekolah luar bandar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun, dekat sini, meraih Anugerah Princess Maha Chakri 2021 pada 29 Okt.
Beliau sepatutnya menerima anugerah itu di Istana Raja di Bangkok, Thailand namun terpaksa dilangsungkan secara maya berikutan pandemik Covid-19.
Norhailmi Abdul Mutalib, 40, berasal dari Simpang Empat, Perlis terpilih menerima anugerah itu berdasarkan pencapaian luar biasa dalam membudayakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara digital kepada pelajar, guru serta komuniti.
“Saya dipilih menerima anugerah ini selepas menghantar pencalonan pada tahun lepas yang mana setiap negeri perlu menghantar dua calon guru dan nama saya disenarai pendek sebagai lima calon terbaik.

“Selepas itu, saya perlu melalui sesi dokumentasi, pembentangan serta proses temuduga dan lawatan pegawai KPM (Kementerian Pendidikan) ke sekolah sebelum dipilih kementerian untuk menjadi wakil negara menerima anugerah ini,” katanya kepada pemberita.
Anugerah berkenaan diberikan oleh Yayasan Princess Maha Chakri kepada guru-guru ASEAN dan Timor Leste.
Norhailmi yang sudah berpengalaman 15 tahun dalam bidang perguruan menerima anugerah berkenaan di Konsulat Thailand, Pulau Pinang dengan membawa pulang pingat, piala, sijil dan wang tunai AS$10,000 (RM41,535).
Norhailmi menyatakan rasa syukur dan bangga dengan pencapaiannya kerana ia membuktikan guru di negara ini mempunyai standard di peringkat antarabangsa serta hasil kerja yang diiktiraf meskipun mengajar di sekolah luar bandar.
“Ia tidak datang dengan mudah yang mana saya perlu melatih pelajar untuk meminati STEM dengan pelbagai strategi sehinggalah kementerian memilih saya menjadi Ikon Guru STEM Malaysia 2017 dan turut dinobatkan sebagai Guru Sains Terbaik Malaysia oleh Southeast Asean Minister Education Organization (SEAMEO) bagi Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018 di Bali, Indonesia,” katanya.
Beliau juga pernah menyertai program guru angkasa antarabangsa bersama NASA di US Space and Rocket Center, Amerika Syarikat pada Sept 2018, selain menjadi guru pertama di Malaysia mengikuti latihan High School Teacher Program 2019 di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) di Geneva, Switzerland dari 7 hingga 20 Julai 2019.
Norhailmi, seorang anak pesawah, berkata kemuncak kejayaannya adalah pada Mac tahun lalu apabila disenaraikan sebagai Finalis Top 50 bagi anugerah guru berprestij iaitu Hadiah Guru Global 2020 oleh Yayasan Varkey berpusat di London.
Beliau berterima kasih atas sokongan dan kerjasama warga SMK Jerlun, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan KPM serta semua guru di negara ini sebagai pencetus semangat kepadanya untuk mengecapi pelbagai kejayaan termasuk dinobatkan sebagai penerima anugerah itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/11/guru-sains-smk-jerlun-terima-anugerah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dilabel Hipokrit Peminat Pertikai Keputusan Pu Riz Nak Berlakon Semula Setelah Terima Anugerah

Hiburan Dilabel Hipokrit Peminat Pertikai Keputusan Pu Riz Nak Berlakon Semula Setelah Terima Anugerah

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 225 hits
Pendakwah bebas yang juga suami kepada selebriti terkenal Neelofa telah memenangi anugerah Gandingan Serasi Filem Popular pada Anugerah Bintan Popular Berita Harian ke 34 bersama Wanna Ali dalam filem Ada Apa Dengan Dosa Berikutan kejayaann...
Mbk Terima Anugerah Who Atas Usaha Bantu Golongan Rentan Bandar Terkesan Covid 19

Mbk Terima Anugerah Who Atas Usaha Bantu Golongan Rentan Bandar Terkesan Covid 19

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 169 hits
KUANTAN Majlis Bandaraya Kuantan menerima anugerah daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia atas usaha membantu golongan rentan bandar yang terkesan susulan pandemik COVID 19 Anugerah dimenangi itu bagi kategori pencapaian membabitkan kumpulan...
Dr Amalina Terima Anugerah Kepujian Tertinggi Di Women Of The Future Award United Kingdom

Dr Amalina Terima Anugerah Kepujian Tertinggi Di Women Of The Future Award United Kingdom

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 354 hits
Nama Dr Amalina Che Bakri sudah tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia Anak Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom dalam bidang perubatan sudah mengharumkan nama negara di pentas dunia Terkini Dr Amalina menerima anugerah Kepuj...
Lomba Anugerah Konstitusi Tingkat Nasional Tahun 2019 Bagi Guru

Lomba Anugerah Konstitusi Tingkat Nasional Tahun 2019 Bagi Guru

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 123 hits
Lomba Anugerah Konstitusi Tingkat Nasional Tahun 2019 Bagi Guru Seleksi Naskah Peserta Anugerah Konstitusi Guru PPKn pada jenjang Pendidikan Dasar agar berlangsung secara efektif efisien dan Lebih Lengkapnya Kunjungi http kkgjaro blogspot c...
Hiburan Saya Sangat Terharu Dr Amalina Terima Anugerah Wanita Masa Hadapan United Kingdom 2021

Hiburan Saya Sangat Terharu Dr Amalina Terima Anugerah Wanita Masa Hadapan United Kingdom 2021

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 227 hits
Pakar bedah terkenal Dr menerima penghargaan dalam kategori profesion di Anugerah Wanita Masa Hadapan United Kingdom 2021 7 bulan lalu Dr Amalina Selamat Bernikah Dengan Lelaki Pilihan Tunda Majlis ResepsiAdvertisementDr Amalina atau nama l...
Rafizi Sindir Anwar Terima Katak Berprinsip Di Melaka

Rafizi Sindir Anwar Terima Katak Berprinsip Di Melaka

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 215 hits
Bekas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menyindir bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas keputusan untuk meletak dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO bertanding atas tiket Pakatan Harapan Rafizi mempersoalkan langkah yang diambil P...
Mana Suara Dap Bila Mahathir Terima 13 Ahli Parlimen Umno Soal Pkr

Mana Suara Dap Bila Mahathir Terima 13 Ahli Parlimen Umno Soal Pkr

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 185 hits
November 7 2021 Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Pengerusi Bersatu menerima bekas ahli Umno ke partinya pada Februari 2019 PETALING JAYA Seorang pemimpin PKR menyelar DAP atas ketidakhadiran pemimpin parti itu pada sidang akhbar Pakatan H...
Siakap Kayangan Tular Lagi Seorang Pengguna Media Sosial Dedah Terima Nasib Sama

Siakap Kayangan Tular Lagi Seorang Pengguna Media Sosial Dedah Terima Nasib Sama

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 234 hits
Seorang lagi pelanggan mendakwa menjadi mangsa di sebuah restoran makanan laut di Pulau Langkawi Kedah selepas tular dua kes melibatkan harga makanan yang mahal Menerusi satu hantaran Facebook yang dimuat naik oleh Pok Mark kejadian itu ber...
Jawatan Ketua Menteri Syarat Dap Kepada Anwar Terima Dua Bekas Adun Umno

Jawatan Ketua Menteri Syarat Dap Kepada Anwar Terima Dua Bekas Adun Umno

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 257 hits
AGENDA DAILY Syarat DAP kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim beri mereka jawatan Ketua Menteri jika mahu dua bekas ADUN UMNO bertanding atas tiket Pakatan Harapan Walaupun DAP keberatan menerima dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO sebagai ...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Misteri Surat Addendum Pengampunan Najib

Aksi Tfc Tempang Tanpa Akhyar

Prk Kuala Kubu Bharu Sock Tao Garis Lima Teras Dalam Manifesto

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Kento Momota Tak Berjaya Masuk Gelanggang Buat Kali Terakhir Sebelum Gantung Raket

Pegawai Perbendaharaan As Jumpa Pihak Berkuasa Malaysia Berhubung Sekatan