Guru Pula Akan Jadi Sasaran Bila Kerajaan Ph Kecilkan Saiz Penjawat Awam



Baru2 nie perdana menteri dan kerajaan PH mengatakan akan mengurangkan jumlah penjawat awam di Malaysia...

Menurut Mahathir, masa beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ke 4 dulu jumlah penjawat awam hanya 1 juta..

Tapi kini ianya dah meningkat kepada 1.7 juta...

Oleh itu beliau berkata jumlah ini terlalu besar dan perlu di kecilkan...


Sebuah institut kajian dasar menyokong PH iaitu Penang Institute pula telah menyatakan bahawa Malaysia hanya memerlukan 430 ribu penjawat awam...

Mengikut Penang Institue lagi, nisbah jumlah penjawat awam kepada bilangan rakyat adalah besar di Malaysia berbanding negara2 maju yang lain...

Ada beberapa perkara yang janggal dalam saranan dan hujah Tun Mahathir dan Kerajaan PH ini :


》Masa Mahathir jadi perdana menteri ke 4 dulu, jumlah rakyat Malaysia adalah 25 juta tapi kini bilangan rakyat Malaysia adalah 32 juta...

Oleh itu, dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini sejak tahun 2003, nisbah peratusan penjawat awam berbanding rakyat Malaysia adalah tidak banyak berubah sebenarnya iaitu daripada 4% ke 5%...

》 Bagi negara2 maju, pengiraan nisbah penjawat awam kepada bilangan penduduk tidak mengambil kira bilangan penjawat2 awam dalam perkhidmatan wajib atau 'mandatory service' seperti polis, askar, bomba dan guru seperti di Malaysia...

Dan kalau penjawat awam dalam perkhidmatan wajib ini tidak di kira dalam pengiraan tersebut, maka nisbah penjawat awam kepada rakyat di Malaysia adalah jauh lebih rendah...

》 Saiz ekonomi Malaysia pada tahun 2003 hanyalah RM500 billion...

Kini saiz ekonomi Malaysia adalah RM1,300 billion atau RM1.3 trillion!!!

Ini adalah peningkatan sebanyak 160% dalam saiz ekonomi dalam tempoh 2003 ke 2018, berbanding peningkatan sebanyak 70% dalam jumlah penjawat awam dalam tempoh yang sama!!!

Oleh itu kadar peningkatan jumlah bilangan penjawat awam di antara tahun 2003 sehingga tahun 2018 adalah sebenarnya jauh lebih kecil jika di bandingkan dengan kadar peningkatan saiz ekonomi Malaysia...

Dan kadar peningkatan bilangan penjawat awam ini juga adalah sejajar dengan peningkatan produktiviti...


Mengikut data dan kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan World Bank, sejak tahun 2003, Malaysia mempunyai perkhidmatan awam antara yang paling cekap dan berkesan di dunia iaitu pada kadar 85 percentile jika di bandingkan dengan negara2 lain termasuk negara2 maju...

Maklumat kajian ini juga menunjukkan yang selepas tahun 2003, penjawat awam di Malaysia adalah cekap, telah pun menggunakan teknologi, berkesan dan mempunyai produktiviti yang tinggi dan bukan malas seperti yang di tohmah...

》Jumlah terbesar penjawat awam kini adalah dari kalangan guru iaitu seramai 430 ribu orang...

Pertambahan guru berlaku selepas tahun 2003 terutama semasa zaman Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri...

Ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak2 dengan mengurangkan nisbah jumlah murid kepada guru dalam setiap kelas...

Jika kini jumlah penjawat awam mahu di kurangkan oleh kerajaan PH kepada 430 ribu orang, seperti yang di cadangkan oleh mereka, maka boleh di bayangkan seolah2 yang hanya akan tinggal berkhidmat dalam perkhidmatan awam adalah guru sahaja untuk mengekalkan nisbah murid kepada guru seperti di atas...

Sebaliknya penjawat2 awam yang lain seperti polis, bomba dan askar serta perkhidmatan pentadbiran dan sokongan akan di buang...

Ini tidak masuk akal!!!

Apa yang berkemungkinan besar akan berlaku adalah sebaliknya, iaitu sebahagian besar penjawat awam yang akan di buang adalah guru dan perkhidmatan sokongan seperti kerani, pembantu pejabat dan pegawai2 rendah...

Ini akan menjejaskan tahap keberkesanan perkhidmatan awam termasuk kualiti pendidikan kepada anak2 di samping memburukkan lagi masalah pengangguran di Malaysia...

》Sebab utama kerajaan PH ingin mengecilkan saiz penjawat awam bukanlah kerana soal kecekapan atau produktiviti, alasan ini tidak boleh di pakai seperti yang telah di buktikan di atas...

Sebab utama adalah kerana kegagalan kerajaan PH menguruskan kewangan yang menyebabkan ekonomi merudum dan kelompongan bajet berpuluh billion akibat ketirisan SST...

Sebelum ini pernah di anggarkan bahawa ketirisan SST berjumlah lebih RM10 billion setahun yang memberikan kesan negatif kepada bajet kerajaan...

Lebih kurang separuh daripada bajet kerajaan setiap tahun di gunakan untuk membayar gaji, elaun dan pencen penjawat awam...


Sebelum ini, semasa zaman kerajaan BN, kita tak pernah mempunyai masalah untuk membayar gaji penjawat awam, malah setiap tahun menambah bilangan mereka serta meningkatkan gaji mereka lagi...

Namun kini, bawah kerajaan PH, untuk menutup kelompongan bajet akibat kegagalan mereka mentadbir ekonomi dan kewangan negara, mereka mahu buang penjawat awam pula...

Akibat dasar mereka ini, yang untung adalah pihak2 yang lari dari bayar cukai akibat ketirisan SST berbillion ringgit setiap tahun...

Yang rugi adalah penjawat2 awam dan seluruh rakyat Malaysia...


Bangsa apakah yang banyak menyertai sektor perkhidmatan awam di Malaysia?

Di manakah asasnya dakwaan presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, bahawa hanya Bersatu yang akan mempertahankan kepentingan bangsa Melayu bila ratusan ribu bangsa Melayu akan kehilangan pekerjaan nanti?

Hakikatnya, DAP telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengecilkan bilangan penjawat awam, sebelum mereka berjaya menjadi kerajaan lagi...


Pasti kita masih ingat sikap pemimpin DAP yang anti penjawat awam sejak sebelum merrka memenangi PRU 14 lagi...

Berbagai2 kata cacian dan hinaan mereka lemparkan kepada penjawat awam!!!

Kini, kuasa di tangan mereka, Mahathir cuma menyuarakan arahan mereka...






Kredit :

FB ISHAM JALIL
Presiden SUKARELAWAN MALAYSIA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/03/guru-pula-akan-jadi-sasaran-bila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Jangan Sabotaj Kerajaan Tpm

Penjawat Awam Jangan Sabotaj Kerajaan Tpm

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 334 hits
PUTRAJAYA Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan penjawat awam supaya tidak mensabotaj kerajaan selain menjaga batas perhubungan dalam komunikasi dan patuh kepada etika penggunaan media sosial Timbalan Perdana Menteri berkata dala...
Bala Buat Penjawat Awam Datang Lagi Anda Bakal Dipecat Dan Dibuang Kerja Oleh Kerajaan

Bala Buat Penjawat Awam Datang Lagi Anda Bakal Dipecat Dan Dibuang Kerja Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 891 hits
Perjuangan untuk membuang penjawat awam atau dalam bahasa yang lebih lunak mengecilkan saiz perkhidmatan awam di Malaysia telah dilancarkan oleh DAP bermula dari tahun 2011 lagi Tony Pua yang sekarang merupakan Pegawai Khas Menteri Kewangan...
Saiz Penjawat Awam Besar Perlu Dikurangkan Pm

Saiz Penjawat Awam Besar Perlu Dikurangkan Pm

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 467 hits
Tun Dr Mahathir berpendapat jumlah penjawat awam yang dimiliki kerajaan ketika ini adalah terlalu besar dan perlu dikurangkan Perdana Menteri memberitahu jumlah terkini penjawat awam adalah seramai 1 7 juta dan telah meningkat dengan mendad...
Selepas Tun M Kata Jumlah Penjawat Awam Perlu Dikurangkan Ini Pula Respon Muhyiddin Yasin

Selepas Tun M Kata Jumlah Penjawat Awam Perlu Dikurangkan Ini Pula Respon Muhyiddin Yasin

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 424 hits
Jumlah penjawat awam seramai 1 7 juta terlalu besar dan perlu dikurangkan tegas Tun Dr Mahathir Mohamad Menurut Perdana Menteri jumlah berkenaan meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003 Apabila ...
Penjawat Awam Tidak Wajar Sabotaj Kerajaan Dr Wan Azizah

Penjawat Awam Tidak Wajar Sabotaj Kerajaan Dr Wan Azizah

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 323 hits
Penjawat awam tidak wajar sabotaj kerajaan Dr Wan AzizahPosted By on March 04 2019Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan penjawat awam yang berbeza pendirian politik supaya tidak melakukan sebarang unsur u...
Semua Penjawat Awam Wajib Taat Setia Kepada Kerajaan Bukannya Parti Politik

Semua Penjawat Awam Wajib Taat Setia Kepada Kerajaan Bukannya Parti Politik

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 489 hits
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Da lam Per khid matan Awam Datuk Azih Muda berkata penjawat awam perlu taat dan setia kepada kerajaan yang mentadbir dan tidak bertindak dengan berkiblatkan parti politik Penjawat awam di negara ini...
Waktu Bekerja Fleksi Bagi Penjawat Awam Bermula 1 Mac

Waktu Bekerja Fleksi Bagi Penjawat Awam Bermula 1 Mac

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 2387 hits
Malaysiakini 26 Feb 2019 Bermula 1 Mac penjawat awam yang bekerja di kementerian dan jabatan persekutuan akan dibenarkan bekerja mengikut waktu fleksibel umum Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini Dalam satu pekeliling yang dimuat naik di lama...
Jumlah Penjawat Awam Perlu Dikurangkan

Jumlah Penjawat Awam Perlu Dikurangkan

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 479 hits
Jumlah penjawat awam seramai 1 7 juta terlalu besar dan perlu dikurangkan tegas Tun Dr Mahathir Mohamad Menurut Perdana Menteri jumlah berkenaan meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003 Apabila ...
Dap Tidak Senang Dengan Penjawat Awam Majoriti Melayu

Dap Tidak Senang Dengan Penjawat Awam Majoriti Melayu

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 450 hits
Saya pernah beri amaran berulang kali Berhati hati dengan pemimpin pemimpin DAP dan sewaktu dengannya Hari ini timbul semula bahawa perkhidmatan awam kita perlu dikecilkan Hampir sejuta penjawat awam akan kehilangan kerja jika ikut formula ...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Selamat Tinggal 0176076730

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Udang Lemon

Sampul Raya Yang Cantik Menarik

Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu