Guru Ganti Tawaran Gaji Dan Borang Permohonan Di Ppd
Dapatkan Borang permohonan guru ganti dan pengalaman sendiri dapat gaji yang ditawarkan
Tidak kira anda memiliki kelulusan SPM, lulusan STPM, Diploma mahupun Ijazah Sarjana Muda (Degree) lebih baik, anda dipelawa untuk hantar borang permohonan guru ganti berdasarkan jawatan kosong yang tersedia seperti yang dikongsikan seperti di bawah, sementara anda tiada komitmen kerja tetap dan kelapangan masa sekuran-kurangnya 2 bulan lamanya.
Pastikan juga, anda melepasi syarat kelayakan yang telah dtetapkan. Senarai kekosongan baik di negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah, sarawak, Kelantan, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang (Penang), Perak, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur
Kebanyakan kekosongan baik di sekolah rendah sekolah menengah adalah disebabkan kalangan guru yang perlu cuti bersalin sekurang-kurangnya 2 bulan lamanya. Ramai yang berminat mengisi kekosongan yang ada. Tetapi malangnya tidak ramai yang tahu bagaimana cara Cara Hantar Permohonan guru ganti atau guru sandaran tidak terlatih (GSTT) yang betul.
Atas sebab itu, Mypt3 berbesar hati untuk berkongsi makumat dan prosedur yang tepat dan betul kepada anda berdasarkan pengalaman sendiri.
Cara Hantar Permohonan Guru Ganti
1) Caranya mudah sahaja. Anda pergi ke pejabat pendidikan daerah (PPD) ambil borang permohonan guru ganti. Anda boleh pilih nak mengajar di sekolah menengah atau pun sekolah rendah. Tetapi akhirnya pihak PPD yang akan buat keputusan smaada permohonan anda diluluskan atau tidak
2) Kemudian lengkapkan borang permohonan guru ganti dan hantar semula ke PPD
3) Sesi temuduga guru ganti bergantung. Ada yang hantar borang permohonan guru ganti terus kena interview. Ada yang tidak perlu interview, terus dapat tawaran jawatan ini Jadi bergantung kepada masa dan situasi semasa.
4) Apabila dapat tawaran, akan dimaklumkan juga bila perlu anda lapor diri
5) Pada hari lapor diri, anda perlu berjumpa dengan pengetua untuk sekolah menengah dan guru besar untuk sekolah rendah. Dan selepas itu berjumpa pula dengan guru penolong kanan GPK untuk mendapatkan jadual mengajar.
Tawaran Gaji Guru Ganti
Tawaran gaji yang diberikan agak subjektif sebenarnya. Tiada tangga gaji yang ditetapkan untuk ini.
Ia bergantung kepada tahap kelayakan anda sebenarnya. Lagi tinggi kelayakan anda lagi tinggi gred gaji yang ditawarkan kepada anda. Tidak lupa juga ia bergantung juga kepada kedaan kewangan semasa pada waktu itu.
Itu butiran yang lebih terperinci boleh tanyakan terus kepada kakitangan PPD di sana
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mypt3.com/borang-permohonan-guru-ganti