Guru Enggan Divaksin Tak Dibenar Mengajar Di Kelas Kata Menteri




FMT Reporters -September 3, 2021 Radzi Jidin berkata Kementerian Pendidikan bagaimanapun akan mengeluarkan garis panduan tugasan untuk guru yang enggan divaksin. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Guru yang enggan menerima vaksin Covid-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka dalam kelas dan berinteraksi bersama pelajar apabila sesi persekolahan dibuka 3 Oktober, kata Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.
Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana timbul persoalan terhadap guru yang enggan menerima vaksin itu.
Bagaimanapun katanya, Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan garis panduan tugasan untuk guru yang tidak divaksin ini.
“Pada waktu ini, terdapat 2,500 guru enggan divaksinkan di negara ini dan kita akan terus mengadakan sesi libat urus bersama mereka.
“Apabila sekolah dibuka kelak, guru yang tidak divaksinkan ini tidak boleh mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Menteri Kanan Pendidikan Bersama Guru Sekolah Rendah Negeri Perlis.
Radzi berkata, pihaknya sedang juga berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkenaan tindakan yang boleh diambil terhadap guru yang masih enggan menerima vaksin.
Katanya, tindakan yang diambil itu adalah mengambil kira keadaan semasa terutama menjelang pembukaan sekolah kelak.
“Jumlah ini tidak ramai dan hanyalah segelintir daripada lebih 400,000 guru di negara ini jadi kita hendak jaga anak kita di sekolah supaya ibu bapa yakin persekitaran di sekolah itu selamat untuk anak kita.
“Ada guru yang tidak dapat divaksin ini atas masalah kesihatan namun ada juga guru yang memberi alasan seperti tidak yakin akan keberkesanan vaksin ini menyebabkan mereka menolak untuk menerima vaksin ini serta pelbagai alasan lagi,” katanya.
Beliau berkata, segala alasan yang dikemukakan guru yang enggan divaksin akan diteliti satu persatu dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan bertemu dan menjelaskan kepada guru terbabit keperluan vaksin dalam memastikan ekosistem keseluruhan sekolah adalah selamat untuk pelajar.
Dalam pada itu katanya, sehingga kini sebanyak 85.26% guru di negara ini sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
“Sebanyak 96.7% sudah menerima satu dos vaksin dan pada masa sama juga, kakitangan sokongan di sekolah termasuk pekerja kantin, kita turut mahu pastikan staf sokongan sekolah yang terdiri sektor pekerja kantin, kebersihan dan keselamatan divaksinkan,” katanya.
Beliau berkata, kementerian sudah pun mengeluarkan makluman iaitu mereka yang berada di kawasan sekolah mesti di vaksin.
“Terdapat 73.71% kakitangan perkhidmatan sokongan sekolah sudah lengkap menerima dua dos vaksin manakala 89.35% lagi pula sudah pun menerima satu dos suntikan vaksin,” katanya.
Radzi berkata, sesi pengajaran ketika pembukaan sekolah pada 3 Oktober hadapan akan diputuskan kelak berdasarkan situasi negeri mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara.
“Malah, terdapat perbezaan dari sudut pendekatan pengajaran juga dijalankan mengikut negeri pada fasa PPN ini.
“Segala mekanisma pengajaran ini akan dimaklumkan kelak sebelum bermulanya sesi pembukaan sekolah nanti,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/guru-enggan-divaksin-tak-dibenar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Tolak Vaksin Tidak Dibenar Mengajar

Guru Tolak Vaksin Tidak Dibenar Mengajar

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 194 hits
Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin keputusan itu dibuat bagi memastikan sesi persekolahan yang akan dibuka kelak selamat bagi pelajar guru dan pihak pengurusan sekolah Guru tolak vaksin tidak dibenar mengajar diberi tugas...
2 500 Guru Enggan Terima Vaksin Tidak Boleh Mengajar Secara Bersemuka

2 500 Guru Enggan Terima Vaksin Tidak Boleh Mengajar Secara Bersemuka

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 222 hits
KANGAR 3 Sept Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan guru yang enggan menerima vaksin COVID 19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Okt ...
Covid 19 Tmj Jumpa 779 Guru Enggan Divaksin Hari Ini Bersatumenerajui

Covid 19 Tmj Jumpa 779 Guru Enggan Divaksin Hari Ini Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 308 hits
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengarah Pendidikan Johor dan 779 guru yang enggan divaksin hari ini Pertemuan itu bagi mencari penyelesaian isu berhubung perkara berkenaan SUBSCRIBE now Astro Awani http...
Guru Kafa Enggan Divaksin Idris Bincang Dengan Kpm Kkm

Guru Kafa Enggan Divaksin Idris Bincang Dengan Kpm Kkm

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 216 hits
HARAKAH DAILY BUKIT GANTANG Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan sama ada membenarkan guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain yang enggan divaksin mengajar secara bersemuka ...
Guru Tak Divaksin Dilarang Mengajar Bersemuka Jpa Diminta Kaji Tindakan

Guru Tak Divaksin Dilarang Mengajar Bersemuka Jpa Diminta Kaji Tindakan

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 363 hits
AGENDA DAILY Sebanyak 85 26 peratus guru di negara ini sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Kementerian Pendidikan tidak membenarkan semua guru yang enggan menerima vaksin Covid 19 mengajar secara bersemuka selain meminta Jabatan ...
Jpn Melaka Kenal Pasti 41 Guru Enggan Divaksin

Jpn Melaka Kenal Pasti 41 Guru Enggan Divaksin

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 194 hits
94 peratus guru sudah terima sekurang kurangnya satu dos suntikan BANGI Isu guru enggan menerima suntikan vaksin COVID 19 bukan sahaja berlaku di Johor bahkan perkara sama turut dikesan di Melaka Di negeri itu seramai 41 daripada 13 800 gur...
Tindakan Tatatertib Terhadap Guru Enggan Divaksin

Tindakan Tatatertib Terhadap Guru Enggan Divaksin

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 204 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI NORMALA SUDIRMAN JOHOR BAHRU Tindakan tatatertib sewajarnya diambil terhadap seramai kira kira 2 500 guru di negara ini yang masih enggan divaksin tanpa mengemukakan sebab atau alasan munasabah Presiden Pertubuhan Keba...
Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 247 hits
Keadaan orang ramai yang bersesak di PPV di Sandakan Sabah KOTA KINABALU Bekas menteri kesihatan Sabah Frankie Poon mahu kerajaan negeri bertanggungjawab atas lonjakan kes Covid 19 pada bulan lalu yang turut menyebabkan rekod kematian yang ...
Tmj Nak Jumpa 779 Guru Di Johor Yang Dilapor Enggan Terima Vaksin Covid 19

Tmj Nak Jumpa 779 Guru Di Johor Yang Dilapor Enggan Terima Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 492 hits
Dianggarkan sebanyak 779 guru di Johor menolak pemberian vaksin menurut keterangan Exco Pendidikan Penerangan Warisan dan Budaya Johor Mazlan Bujang Memetik laporan Sinar Harian Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan memberi penerangan mengen...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues