Gurindam Membaris Pemikiran Menggaris Pedoman



Gurindam
Gurindam terikat adalah puisi yang terdiri daripada dua baris serangkap, yang berima di hujungnya. Di antara definisi Gurindam terikat ialah:
1-    Kamus Umum Bahasa Indonesia  menyebutkan bahawa : gurindam itu adalah sajak dua baris yang mengandung pengajaran.
2-    Kamus Dewan (1994:386) menyatakan gurindam ialah sejenis puisi terdiri daripada dua baris,berisi dengan berbagai-bagai pengajaran.
3-    Dalam Kamus susunan Sutan Mohd Zain, gurindam itu maknanya, sajak yang terjadi dari dua baris, baris pertama biasanya syarat dan baris yang kedua akibat.
4-    Sutan Takdir Alisjahbana (1971) menulis: Gurindam ialah nasihat, pengajaran yang kebenaran.
5-    Iladam (2003), mendefinisikan gurindam sebagai sebuah wacana yang mengandung kalimat yang berima. Isinya berunsur nasihat yang bentuknya semacam bidalan.

Daripada definisi di atas dapatlah dirumuskan bahawa aspek penting yang perlu ada pada gurindam ialah:
Dua baris berima a a
Baris pertama syarat dan baris kedua jawab/akibat
Berisi nasihat, pedoman, panduan
Mengandungi pemikiran/falsafah yang tinggi biasanya ada unsur keIslaman
Mesej disampaikan dengan jelas ,tepat, tidak kabur
Bahasa diperindah dengan penggunaan metafora,simile.


Hal ini dapat dijelaskan melalui contoh di bawah:

GURINDAM DUA BELAS ( CIPTAAN RAJA ALI HAJI).

Raja muafakat dengan menteri
Seperti kebun berpagar duri

Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja

Hukum adil atas rakyat
Tanda raja beroleh inayat
Kasihkan orang yang berilmu
Tanda rahmat atas dirimu

Hormat akan orang pandai
Tanda mengenal kasa dan cindai


syarat dan jawab/ akibat
Baris pertama raja muafakat dengan menteri adalah syarat bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Akibat dari raja muafakat dengan menteri terjadilah keadaan negeri terpelihara bagaikan kebun berpagar duri. (baris dua).
pemikiran dan falsafah
Terdapat pemikiran dan falsafah pengarang tentang kepimpinan dan kenegaraan yang dipadatkan di dalam dua baris ini. Pada pemikiran pengarang, keteguhan dan kedaulatan sebuah negeri bergantung pada pemimpin yang adil dan juga rakyat yang setia.
Keindahan bahasa (penggunaan simile, metafora,perlambangan)
Bahasa diperindah dengan penggunaan simile “bagaikan kebun dipagar duri”. Kebun melambangkan kesuburan dan kemakmuran, sumber makanan dan rezeki rakyat. Kebun yang berpagar duri berada di dalam keadaan terpelihara dan tidak mudah diganggu oleh musuh. Pagar berduri merujuk kepada ketahanan dan keselamatan negara tersebut akibat dari raja yang bermuafakat dengan menteri. Dalam ungkapan ‘mengenal kasa dan cindai”  terdapat penggunaan metafora atau perlambangan. Kasa dan cindai tidak sama dari mutunya.Kasa adalah kain yang kasar sedangkan cindai adalah halus dan indah buatannya.Keduanya digunakan sebagai lambang atau ukuran kepada taraf dan nilai di dalam kehidupan.
Pemikiran yang tinggi
Terdapat pemikiran tinggi tentang nilai ilmu. Ungkapan “Mengenal kasa dan cindai” merujuk kepada kebijaksanaan atau daya intelek. Syarat untuk menjadi bijak itu mestilah dahulu hormat akan orang yang pandai. Pemimpin dan rakyat mesti menuntut ilmu dan menghargai orang-orang yang berilmu. Ini juga bermaksud raja mesti meminta nasihat daripada orang yang pandai di dalam menjalankan urusan negeri dan di dalam menyelesaikan segala masalah yang timbul.
Gurindam dan Lagu Gurindam
Mengikut pendapat pengkaji-pengkaji sastera lama, gurindam pada asalnya tidak mempunyai lagu yang khusus. Ini bererti gurindam dicipta bukan dengan tujuan dilagukan. Jadi, kita harus jelas bahawa yang dikatakan gurindam itu ialah ciri-ciri yang ada pada puisinya bukan lagunya atau iramanya. Kita tidak dapat mendengar secara khusus bagaimana gurindam dilagukan sepertimana kita dapat mendengar beberapa cara untuk melagukan syair. Pembacaan syair adalah popular pada masa dahulu kerana syair mengandungi cerita yang memikat orang ramai untuk mendengarnya. Tetapi gurindam tidak mempunyai tarikan suspen yang ada pada sebuah syair naratif. Namun begitu sebagai sastera tradisi ia berkembang melalui tradisi lisan yang memerlukan elemen-elemen seni persembahan. Kadang-kadang gurindam dibaca dengan rentak dan irama dan diiringi dengan muzik yang sederhana.Yang mudah dilagukan ialah gurindam yang terikat yang mempunyai rima dan sukukata yang hampir tetap dalam sebaris. Gurindam boleh dilagukan dengan irama-irama tradisional yang sesuai.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2020/06/gurindam-membaris-pemikiran-menggaris.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemikiran Cewek Vs Pemikiran Cowok

Pemikiran Cewek Vs Pemikiran Cowok

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 897 hits
Presepsi Yang Salah Mungkin pola fikir orang sudah diatur hanya sebatasan fisik dan materi ditambah media yg hanya menampilkan orang orang yang rupawan atau yang bermaterilah yang layak dicintai This is a content summary only Visit my websi...
Pemikiran Popular Vs Tidak Popular

Pemikiran Popular Vs Tidak Popular

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 486 hits
Kongsi sedikit teori yang dikutip dari Subjek Pengurusan Sumber Manusia 23 tahun yang lalu masih releven untuk saya dan rakan2 yang mungkin kini bergelar pentadbir pengurus dlm organisasiPemikiran popular sukakan status quo Terikut ikut den...
Covid 19 Dan Pemikiran Statistik Pelajar

Covid 19 Dan Pemikiran Statistik Pelajar

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 264 hits
Oleh Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah Umi Hanim Maheran Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia Statistik merupakan satu istilah daripada perkataan latin yang memberi maksud keadaan Statistik terbentuk dari dua disi...
Pemikiran Kritis Melahirkan Puisi

Pemikiran Kritis Melahirkan Puisi

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 396 hits
APAKAH PEMIKIRAN KRITIS Puisi yang baik bermula dengan munculnya sesuatu pemikiran yang kritis Pemikiran ini kemudian diolah menjadi isi puisi Seperti yang telah dinyatakan Isi adalah apa yang disampaikan melalui puisi yang berupa mesej ama...
Beza Pemikiran Orang Kaya Dan Orang Miskin

Beza Pemikiran Orang Kaya Dan Orang Miskin

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 496 hits
Ada seorang kaya bertanya pada seorang miskin Jika aku boleh tunaikan satu permintaan kamu apa yang ingin kamu minta Jawabnya Aku mahu minta kamu berikan aku
Pemikiran Nak Cepat Canggih Viral Ustaz Don Daniyal

Pemikiran Nak Cepat Canggih Viral Ustaz Don Daniyal

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 597 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada anda semua Naim harap semua baik baik belaka bersama sama keluarga tercinta Jangan di lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad Semoga kita kelak mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad Insh...
Drama Epok

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jom Jumpa Lagenda Edwin Van Der Sar Di Aeon Mall Active Beat 3 0

Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

Kesihatan Lelaki Cabaran Kesedaran Dan Langkah Penjagaan Diri

Dosa Cinta

Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya

Allah Tahu Segalanya Walau Tak Pernah Kita Luah