Gunung Tertinggi Di Dunia Nama Gelaran Dan Ketinggian


Pasti ramai yang tahu bahawa gunung tertinggi di dunia adalah Gunung Everest yang terletak di antara Nepal dan Tibet.
Pada ketinggian 8.849 meter, gunung yang terletak di Banjaran Himalaya itu adalah sebahagian daripada The Seven Summits. Ini merupakan gelaran bagi 7 gunung tertinggi di 7 benua dunia.
Menawan kesemua 7 gunung ini merupakan impian terbesar bagi penggemar sukan mendaki.
Nama Gelaran Gunung Everest Seperti kebanyakan gunung yang terkenal di dunia, gunung tertinggi di dunia ini juga mempunyai nama gelaran yang berbeza bagi orang tempatan.
Dalam kalangan orang Tibet, gunung Everest dikenali sebagai Chomolungma yang bermaksud “Dewi Ibu Dunia” atau “Dewi Lembah”.
Dalam Bahasa Sanskrit, ia dikenali dengan nama Sagarmatha yang bermaksud “Puncak Syurga”.
Sebelumnya dikenali sebagai Puncak XV, gunung tertinggi di dunia ini kemudiannya dinamakan semula sebagai Gunung Everest pada tahun 1865.
Nama ini diambil daripada seorang pegawai juruukur British yang berkhidmat di India pada 1830 hingga 1843 bernama Sir George Everest.
Puncak Everest ditutupi oleh salji setebal 1.5 hingga 6 meter. Paras salji di puncak adalah tertinggi pada September iaitu selepas musim monsoon dan terendah pada bulan Mei.
Cerun dan puncak tertinggi gunung ini terletak sangat tinggi di atmosfera bumi sehinggakan kadar oksigen yang terdapat di kawasan tersebut hanyalah satu pertiga daripada yang ada di paras laut.
Kekurangan oksigen, angin yang kuat dan cuaca yang sangat rendah membuatkan kawasan ini tidak sesuai untuk menjadi habitat tumbuhan dan haiwan.  
Sumber : National Geographic Berapa Ketinggian Gunung Tertinggi di Dunia? Disebabkan beberapa faktor seperti paras salji, biasan cahaya dan penyelewengan graviti, ketinggian gunung Everest sering menjadi perdebatan dalam kalangan pengkaji selama bertahun-tahun.
Ramai pengkaji dari serata negara telah mencuba pelbagai teknik untuk mengukur ketinggian yang tepat bagi gunung ini.
Sehinggalah pada Disember 2020, China dan Nepal telah mencapai persetujuan dan mengisytiharkan ketinggian gunung Everest secara rasmi iaitu 29,031.69 kaki (8,848.86 meter).
Ketinggian terbaharu ini telah diambil menggunakan pantauan data yang dilakukan oleh Nepal dan China dengan bantuan GPS dan teknologi navigasi BeiDou serta laser theodolites.
Kaedah ini sekaligus telah diterima oleh pakar dari pelbagai cabang bidang kartografi dan geodesi termasuk Persatuan National Geographic.
Orang Malaysia Menakluk Gunung Everest Sejak tahun 1953, ribuan ekspedisi dari seluruh negara telah mencuba mendaki gunung itu. Bukan mudah untuk menakluk gunung tertinggi di dunia itu.
Selain terdedah kepada cabaran cuaca ekstrim dan kadar oksigen yang terhad, mereka juga perlu melalui pelbagai ujian fizikal selama berbulan-bulan sebelum memulakan ekspedisi pendakian Everest.
Ada juga yang memakan masa bertahun sebelum mampu mencapai puncak tertinggi dunia itu.
Namun, beberapa pendaki tempatan yang hebat dari negara kita telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga berupaya untuk mencapai kejayaan di mata dunia.
2 rakyat Malaysia pertama yang melakar sejarah menakluk puncak gunung Everest adalah Datuk M Magendran dan Datuk N Mohandas pada 23 Mei 1997.
Sumber : Astro Awani Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin dan temannya Ahmad Redzuan Rozali merupakan rakyat ketiga dan keempat berjaya menjejak puncak Everest pada 2004.
Antara pendaki Malaysia yang turut berjaya menawan puncak Everest adalah :
Allahyarham Idris Said (Ekspedisi Merdeka De’Everest 2007) Ahmad Reduan Rozali (Ekspedisi Merdeka De’Everest 2007) Ahmad Fakhri Abu Samah (Ekspedisi Merdeka De’Everest 2007) Marina Ahmad (Ekspedisi Merdeka De’Everest 2007) (wanita Malaysia pertama mendaki puncak Gunung Everest) Muhammad Fauzan Hasan (Ekspedisi Merdeka De’Everest 2007) Mohd Rafi Kori (Ekspedisi Merdeka De’Everest 2007) Mohd Nasuha Shamsuddin (2013) (rakyat Malaysia termuda mendaki Gunung Everest) Muhd Hafizudin Ibrahim( 2013) Zainudin Lot (2013) Myrza Fasha Md Hamyrudin (2013) Muhamad Ilaham Ishak (2013) Siti Hanisah Sharudin (wanita termuda mendaki Gunung Everest) (2013) N. Elanghovan (rakyat Malaysia tertua mendaki puncak Gunung Everest, 2022) Muhammad Hawari (2023) (pendaki OKU pertama menawan puncak Everest) RJ Nagarajan (2023) Sumber : Harian Metro Sumber : Citizens Journal Meskipun ada yang tumpas menawan gunung tertinggi di dunia ini, namun puncak Everest tetap menjadi tujuan utama ramai pendaki dari seluruh dunia.
Gunung ini juga menjadi simbol inspirasi dan kecekalan seseorang dalam mengharungi pelbagai cabaran demi menikmati manisnya kejayaan.
Sumber : Sinar, National Geographic, Harian Metro, Free Malaysia Today, Kosmo!, kln.gov.my, Astro Awani, Britannica
Baca Juga : Gunung Kinabalu: Persiapan, Harga Permit, Porter & Tips Mendaki


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/gunung-tertinggi-di-dunia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=gunung-tertinggi-di-dunia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajib Tahu Ini 11 Gunung Tertinggi Di Asia Tenggara

Wajib Tahu Ini 11 Gunung Tertinggi Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 150 hits
Di manakah terletaknya gunung tertinggi di Asia Tenggara Adakah gunung lain yang mampu menandingi ketinggian Gunung Kinabalu yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah Kalau anda nak tahu sebenarnya Gunung Kinabalu berada di tempat ketiga dalam s...
Sebelum Meninggal Dunia Song Jaerim Tiada Privasi Diganggu Peminat Fanatik

Sebelum Meninggal Dunia Song Jaerim Tiada Privasi Diganggu Peminat Fanatik

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 145 hits
Ramai rasanya yang masih tak percaya dengan berita kematian Song Jae rim Artikel Berkaitan Dua hari lalu pelakon berkenaan yang berusia 39 tahun ditemui meninggal dunia di kediaman di Seongsudong gu sekitar 12 30 tengah hari Menurut polis s...
Hiburan Dia Diherdik Tanpa Sebab Dilayan Penuh Dendam Sebelum Meninggal Dunia Tun M Sedih Dengan Pemergian Tun Daim

Hiburan Dia Diherdik Tanpa Sebab Dilayan Penuh Dendam Sebelum Meninggal Dunia Tun M Sedih Dengan Pemergian Tun Daim

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 245 hits
Semalam Malaysia dikejutkan dengan khabar berita sedih susulan pemergian bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim di usia 86 tahun Susulan itu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir meluahkan rasa sedih yang amat atas permegian sahabatnya...
Nama Upm Kekal Sultan Selangor Tidak Berkenan Pertukaran Nama Kepada Pertanian

Nama Upm Kekal Sultan Selangor Tidak Berkenan Pertukaran Nama Kepada Pertanian

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 137 hits
Sebelum ini Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ada menyuarakan cadangan untuk menukar semula nama Universiti Putra Malaysia kepada nama asalnya iaitu Universiti Pertanian Malaysia Menukar Semula Kepada Nama A...
Saya Akur Titah Sultan Selangor Nama Upm Kekal

Saya Akur Titah Sultan Selangor Nama Upm Kekal

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 758 hits
KUALA LUMPUR Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu tidak mahu membangkitkan cadangannya bagi menukar semula nama Universiti Putra Malaysia kepada Universiti Pertanian Malaysia Mohamad berkata beliau akur dan men...
Sultan Selangor Murka Mat Sabu Mahu Tukar Nama Univerisity Upm

Sultan Selangor Murka Mat Sabu Mahu Tukar Nama Univerisity Upm

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 291 hits
Kadang aku tak faham kenapa menteri sibuk mahu tukar nama universiti yang sudah lama popular Bila tukar nama ia melibatkan kos yang besar Semua segala dokumen kena tukar semua cop kena tukar Rakyat suruh selesaikan masalah beras tempatan na...
Analisis Pertandingan Indonesia Vs Jepang Di Kelayakan Piala Dunia 2026

Analisis Pertandingan Indonesia Vs Jepang Di Kelayakan Piala Dunia 2026

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 195 hits
Opening Scene Musik Latar yang Energik dan Visual Pertandingan sepak bola Indonesia vs Jepang Selamat datang di channel kami Hari ini kita akan membahas salah satu pertandingan yang paling dinantikan dalam dunia sepak bola yaitu Kelayakan P...
Skuad E Sukan Malaysia Cipta Sejarah Muncul Juara Dunia Di Riyadh

Skuad E Sukan Malaysia Cipta Sejarah Muncul Juara Dunia Di Riyadh

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 337 hits
Kemenangan pada Kejohanan Dunia IESF di Riyadh Arab Saudi menyaksikan pasukan Malaysia membawa pulang USD70 000 KUALA LUMPUR Pasukan Mobile Legend Bang Bang Malaysia mencipta sejarah apabila menjuarai Kejohanan Dunia IESF selepas menewaskan...
10 Negara Terkecil Di Dunia Saiz Geografi Dan Latar Belakang

10 Negara Terkecil Di Dunia Saiz Geografi Dan Latar Belakang

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 408 hits
Jika dibandingkan saiz negara Singapura dengan Malaysia negara Singapura saiznya cukup kecil sekali namun tahukah anda apakah 10 negara terkecil di dunia Jangan terkejut apabila melihat senarai ini anda kesemuanya jauh lebih kecil daripada ...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Stop Mistreatment Of Sosma Detainees

Breaking Down Dap S Artificially Created Barriers Between Non Muslims And Pas In Malaysia

Jeruk Kedondong Asam Boi Delicioussooo