Guna Wang Pencen Untuk Bayar Rm350k Ikat Jamin Mahkamah



Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan dan bekas pengerusi Felda Shahrir Ab Samad dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan, masing-masing RM2 juta dan RM1 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ahmad, 54, dan Shahrir, 71, yang sedondon bersut hitam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azman Ahmad dan Azura Alwi.

Ahmad juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan isu sama.


Pertuduhan Ahmad Maslan

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Ahmad Maslan dituduh melakukan perbuatan berkenaan dengan tidak mengisytiharkan pendapatan yang telah diterima daripada Najib berjumlah RM2 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov, 2013, yang mana cek itu telah ditunaikan sendiri oleh tertuduh pada hari sama.
Oleh itu, tertuduh didakwa telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim pada 30 April, 2014, mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Pertuduhan itu membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ahmad juga dituduh telah memberi penyataan-penyataan palsu semasa percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 oleh pegawai penyiasat SPRM iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd Zairi Zainal di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di Kuala Lumpur antara 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai, 2019.


Ahmad Maslan dituduh memberi penyataan-penyataan seperti berikut:

Saya sahkan saya tidak pernah menerima apa-apa bayaran berbentuk cek atau tunai berjumlah RM2 juta daripada Najib.Saya sahkan tidak pernah melihat cek yang ditunjukkan kepada saya sebelum ini. Saya juga sahkan tidak pernah menerima cek ini daripada Najib atau daripada sesiapa. Saya sahkan tidak pernah tunaikan cek itu di mana-mana bank untuk diri saya.Saya tidak tahu mengenainya dan tidak pernah tunaikan apa-apa cek milik Najib.Saya tidak tahu kerana tidak terima apa-apa dana daripada Najib.Saya tahu tetapi saya tidak menerima apa-apa dana daripada Najib seperti cek berkaitan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pertuduhan Shahrir Ahmad

Sementara itu, Shahrir dituduh melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov, 2013.

Cek itu kemudiannya telah dimasukkan ke dalam akaun Public Islamic Bank milik tertuduh pada 28 Nov 2013.

Oleh itu, tertuduh didakwa telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram.

Shahrir dituduh melakukan kesalahan itu di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur pada 25 April, 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman sama.


Pendakwaan

Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal @ Zainol dan Nik Haslinie Hashim yang mengendalikan kedua-dua kes menawarkan jaminan RM1juta dengan seorang penjamin kepada Ahmad dan RM500,000 kepada Shahrir kerana kesalahan dilakukan oleh kedua-dua tertuduh adalah serius.

"Sekiranya jaminan rendah diberikan, ianya akan membina satu persepsi kepada masyarakat yang menyebabkan sistem kehakiman dipandang rendah oleh orang awam," kata Norzilati Izhani yang turut memohon supaya pasport antarabangsa kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad berkata jumlah jaminan RM1 juta ditawarkan pendakwaan adalah terlalu tinggi dan tidak wajar dikenakan terhadap anak guamnya.

"Anak guam saya adalah Ahli Parlimen sejak 2008 sehingga sekarang dan tiada kemungkinan untuk beliau melarikan diri kerana pasportnya akan diserahkan kepada mahkamah," katanya yang turut memaklumkan anak guamnya datang ke mahkamah secara sukarela selepas dibebaskan oleh SPRM semalam.

Hamidi turut dibantu barisan peguam iaitu Md Yunos Shariff, Mohd Shahrul Fazli, Aiman Abdul Rahman, Azlan Abd Roni dan Mohd Shahril Madisa.

Shahrir yang diwakili peguam Syahrul Syazwan Salehin, Fahmi Abd Moin dan Datuk Shaharudin Ali merayu jaminan yang rendah dengan alasan tertuduh adalah seorang pesara.

“Kami bersetuju menyerahkan pasport kepada mahkamah jika ia dapat mengurangkan jaminan itu kerana tertuduh terpaksa menggunakan duit simpanan hasil duit pencen bagi membayar jaminan itu nanti.

"Saya merayu jumlah jaminan yang rendah dapat diberikan kerana ia haruslah menepati tujuan sebenar ditetapkan,” kata Syahrul Syazwan.

Mahkamah membenarkan Ahmad dan Shahrir, masing-masing diikat jamin RM500,000 dan RM350,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan iaitu pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 21 Feb dan 24 Feb ini untuk sebutan kes.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/01/guna-wang-pencen-untuk-bayar-rm350k.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Guna Ai Bantu Pegawai Kehakiman Buat Keputusan Jatuhkan Hukuman

Mahkamah Guna Ai Bantu Pegawai Kehakiman Buat Keputusan Jatuhkan Hukuman

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 316 hits
KUCHING 17 Jan Badan kehakiman Sabah dan Sarawak mengambil langkah pertama dalam mengguna pakai kecerdasan buatan dengan menggunakan mesin untuk membantu pegawai kehakiman menentukan hukuman yang sesuai bagi kesalahan jenayah tertentu Hakim...
Mahkamah Benar Lucut Hak Wang Umno Kelantan

Mahkamah Benar Lucut Hak Wang Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 192 hits
Mahkamah benar lucut hak wang Umno Kelantan Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Jan 2020 12 31PM
Main Forex Guna Wang Sumbangan Ibu Puteri Balqis Mula Bersuara

Main Forex Guna Wang Sumbangan Ibu Puteri Balqis Mula Bersuara

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 504 hits
IBU pelakon cilik Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz menafikan d4kwaan segelintir pihak dia mendapat sumbangan RM100 000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Norashikin ketika dihubungi berkata dia terk1ilan dan ...
Cara Bayar Saman Online Guna Myeg Rilek

Cara Bayar Saman Online Guna Myeg Rilek

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 1467 hits
Khas untuk yang bayar saman online sama ada melalui MyEG atau RILEK anda akan dapat diskaun 50 ke atas jumlah saman yang perlu dibayar Ini memang satu berita gembira yang ditunggu tunggu oleh mereka yang mempunyai saman tertunggak Tetapi ta...
Ahmad Maslan Shahrir Samad Ke Mahkamah Esok Kes Wang Haram

Ahmad Maslan Shahrir Samad Ke Mahkamah Esok Kes Wang Haram

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 391 hits
SHAH ALAM 20 JAN Datuk Seri Ahmad Maslan dan Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan diheret ke mahkamah atas pertuduhan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram esok Suruhanjaya Pence...
Bayar Saman Polis Jpj Online

Bayar Saman Polis Jpj Online

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 717 hits
Bayar Saman Polis JPJ Online apa caranya Boleh ke Bayar Saman Polis JPJ Online Lebih Info akan kongsikan Bayar Saman Polis JPJ Online Panduan ini untuk membantu anda
Perusahaan Asuransi Gagal Bayar Taspen Pamer 3 Tahun Dapat Opini Wtp

Perusahaan Asuransi Gagal Bayar Taspen Pamer 3 Tahun Dapat Opini Wtp

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 133 hits
Isu ini menguat dan telah menimbulkan persepsi yang tidak benar yang membuat resah internal masyarakat dan peserta Kami bersyukur antara jajaran direksi dan komisaris berkomunikasi kami menjaga GCG
Egumis 2020 Semakan Online Wang Tidak Dituntut

Egumis 2020 Semakan Online Wang Tidak Dituntut

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 720 hits
eGumis Semakan Online Wang Tidak Dituntut 2020 Ingin semak wang yang tak dituntut secara online Semakan ini boleh dilakukan tanpa perlu hadir ke Bank Negara atau Jabatan Akauntan Negara Cara Semak Wang Tidak Dituntut eGumis 2020 1 Pergi ke ...
Pasangan Mata Wang Gbp Usd 8 Januari Pemulihan Yang Ideal Dari Tahap Fibo Sebanyak 50 0 Menantikan Isyarat Jualan Kedua

Pasangan Mata Wang Gbp Usd 8 Januari Pemulihan Yang Ideal Dari Tahap Fibo Sebanyak 50 0 Menantikan Isyarat Jualan Kedua

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 311 hits
Pasangan mata wang GBP USD carta masa 4H Pada 7 Januari pasangan mata wang GBP USD membuat pemulihan semula dari paras pembetulan 50 0 dan garis atas koridor aliran menurun Oleh demikian pemulihan semula ini memungkinkan untuk melakukan pem...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je