Cara Bayar Saman Online Guna Myeg Rilek


Khas untuk yang bayar saman online sama ada melalui MyEG atau RILEK, anda akan dapat diskaun 50% ke atas jumlah saman yang perlu dibayar.
Ini memang satu berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang mempunyai saman tertunggak.
Tetapi, tawaran ini adalah untuk bayaran saman trafik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja, biasanya yang dikenakan oleh Polis Trafik.
Diskaun 50% ini berkuatkuasa bagi bayaran yang dibuat daripada 18 Januari sehingga 01 Febuari 2020 sahaja.
Dan syarat yang paling penting, hanya untuk mereka yang bayar saman online sahaja, bukan secara tunai di kaunter bayaran saman.
Boleh baca tentang pengumuman diskaun ini di sini: Diskaun 50% Saman Dibayar Secara e-Dompet
Mengikut pengumuman yang dibuat, ini adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan portal online untuk membuat bayaran saman, berbanding perlu pergi dan beratur bersesak-sesak di kaunter bayaran saman.
Tetapi, tiada pula diumumkan jenis saman yang akan diberikan diskaun dan yang mana yang akan dikecualikan.
Diskaun daripada PDRM kebiasaannya tidak diberikan kepada saman oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS), Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), saman berstatus mahkamah dan juga yang membabitkan warga asing.
Dan kadang-kadang diskaun juga tidak diberikan ke atas saman kemalangan, berkaitan lori, berstatus NC (No Compound) dan juga waran tahun semasa.
Jika anda mempunyai saman-saman jenis di atas, bolehlah rujuk dengan pihak PDRM sama ada layak untuk dapat diskaun 50% atau tidak.
Kemaskini: Mengikut laporan daripada Astro Awani, diskaun ini dikecualikan ke atas saman kesalahan bagi memandu laju, memandu di laluan kecemasan, langgar lampu isyarat, memotong garisan berkembar serta guna alat komunikasi ketika memandu.
Boleh rujuk laporan tersebut di sini: Polis Tawar Diskaun Saman 50% Sempena Tahun Baharu Cina
Kalau anda ada jenis saman yang layak pula, jangan bertangguh-tangguh untuk buat bayaran supaya dapat diskaun yang diberikan tersebut.
Diskaun bermaksud penjimatan, ini memang tak patut dilepaskan.
Jom kita belajar bagaimana cara bayar saman online supaya boleh tuntut diskaun 50% yang diberikan.
Cara Bayar Saman Online Melalui MyEG
MyEG adalah antara portal online yang popular yang boleh digunakan untuk semak saman dan juga buat bayaran saman secara online.
Tak perlu bersusah-susah perlu pergi ke kaunter bayaran saman untuk semak dan bayar saman.
Selain saman daripada PDRM, boleh juga semak dan bayar saman daripada JPJ dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bukan itu sahaja, malah boleh buat bayaran zakat, renew road tax dan insurans kereta online , semak skor CTOS, urusan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia dan banyak lagi perkhidmatan yang ditawarkan portal ini.
Semak Saman Online Melalui MyEG
Langkah #1 – Lawat portal MyEG di alamat yang berikut: www.myeg.com.my

Langkah #2 – Jika belum daftar akaun dengan MyEG, klik butang ‘Create an account’ untuk daftar. Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit’

Langkah #3 – Selepas siap daftar, boleh Login menggunakan username dan password yang didaftarkan tadi

Langkah #4 – Untuk semak saman trafik online, klik pada icon logo PDRM

Langkah #5 – Klik pada butang ‘Semak & Bayar Saman PDRM’

Langkah #6 – Masukkan nombor MyKad dan juga huruf-huruf yang ditunjukkan. Klik butang ‘Check Summon’.

Jika tiada saman tertunggak, paparan seperti berikut akan dipaparkan:

Tetapi, jika ada saman, maka senarai saman yang dikenakan akan ditunjukkan seperti ini:

Boleh dilihat nombor pendaftaran kereta yang terlibat, tempat disaman, masa kesalahan dilakukan dan juga jumlah saman yang perlu dibayar.
Boleh klik pada icon kamera untuk lihat jika ada gambar bagi kesalahan yang dilakukan.
Selepas semak saman online ini, bolehlah diteruskan jika hendak bayar saman online melalui MyEG.
Bayar Saman Online Melalui MyEG
Langkah #1 – Klik pada kotak bagi saman yang hendak dibayar. Terpulang nak bayar semua saman sekaligus atau pilih beberapa saman terlebih dahulu. Kemudian klik butang ‘Proceed’

Langkah #2 – Anda akan ditunjukkan jumlah saman berserta caj-caj lain yang perlu dibayar. Oleh kerana bayar saman online, maka ada caj tambahan seperti caj e-servis dan SST (Bayar saman pun pun kena SST, hhmm…) Kemudian, klik butang ‘Proceed to Payment’

Langkah #3 – Anda akan diberikan pilihan untuk memilih cara bayaran yang hendak dilakukan. Boleh pilih cara Online Banking (FPX) menerusi perbankan pilihan sendiri seperti di bawah:

Atau boleh buat bayaran menggunakan kad kredit/debit. Hanya perlu masukkan maklumat kad seperti yang diminta.

Langkah #4 – Selepas bayaran disahkan, maka anda selesai membuat bayaran saman online menerusi MyEG. Anda boleh cetak resit bayaran sebagai bukti bayaran.
Cara Bayar Saman Online Melalui RILEK
Selain daripada MyEG, boleh juga semak dan buat bayaran saman trafik melalui portal RILEK.
Portal RILEK turut menyediakan beberapa perkhidmatan dengan agensi-agensi kerajaan secara atas talian.
Antaranya dengan PDRM, JPJ, DBKL dan Jabatan Insolvensi Malaysia.
Semak Saman Online Melalui RILEK
Langkah #1 – Lawat laman web RILEK di alamat yang berikut: www.rilek.com.my

Langkah #2 – Jika belum daftar akaun dengan RILEK, klik ‘Register’ untuk daftar. Maklumat untuk pendaftaran adalah lebih ringkas berbanding yang diminta MyEG. Selepas isi, klik butang ‘Register’

Langkah #3 – Selepas siap daftar, anda akan diminta untuk mengisi Activation Code yang dihantar ke emel yang didaftarkan. Ikut pengalaman saya, boleh skip sahaja langkah ini kerana sampai ke sudah kod tersebut tidak diterima. Jadi, terus sahaja Login menggunakan emel dan password yang didaftarkan tadi.


Langkah #4 – Untuk semak saman trafik online, klik pada perkataan PDRM

Langkah #5 – Masukkan nombor MyKad dan terus klik ‘Next’

Jika tiada saman tertunggak, paparan seperti berikut akan dipaparkan:

Tetapi, jika ada saman, maka senarai saman yang dikenakan akan ditunjukkan seperti ini:

Boleh dilihat nombor pendaftaran kereta yang terlibat, tempat disaman, masa kesalahan dilakukan dan juga jumlah saman yang perlu dibayar, sama seperti yang dipaparkan di MyEG.
Cuma, tidak boleh lihat gambar bagi kesalahan yang dilakukan.
Selepas semak saman online ini, bolehlah diteruskan jika hendak bayar saman online melalui RILEK.
Bayar Saman Online Melalui RILEK
Langkah #1 – Klik pada kotak bagi saman yang hendak dibayar. Terpulang nak bayar semua saman sekaligus atau pilih beberapa saman terlebih dahulu. Kemudian klik butang ‘Pay Selected Summons’

Langkah #2 – Anda akan ditunjukkan jumlah saman berserta caj-caj lain yang perlu dibayar. Oleh kerana bayar saman online, maka ada caj tambahan seperti caj e-servis dan SST. Kemudian, klik butang ‘Pay Summons’

Langkah #3 – Anda akan diberikan pilihan untuk memilih cara bayaran yang hendak dilakukan. Buat masa sekarang, hanya bayaran melalui Maybank2u, CIMBClicks dan RHBNow sahaja yang dibenarkan. Pilihan bayaran menggunakan kad kredit/debit pun tiada. Mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa.

Langkah #4 – Selepas bayaran disahkan, maka anda selesai membuat bayaran saman online menerusi RILEK. Anda boleh cetak resit bayaran sebagai bukti bayaran.
Penutup
Macam mana?
Mudah bukan nak semak dan bayar saman online melalui MyEG dan RILEK.
Selepas ini, bolehlah selalu buka MyEG dan RILEK untuk semak saman dari semasa ke semasa.
Iyalah, kadang-kadang kita tak perasan yang kita disaman semasa operasi polis, JPJ atau pihak penguatkuasa yang lain.
Jadi, dengan adanya semakan secara online ini, mudah untuk tahu tentang kewujudan saman atas nama kita.
Dah tahu ada saman, boleh terus bayar secara online sahaja.
Mudah, tak perlu bersusah-susah nak pergi ke kaunter bayaran saman.
Itu sahaja untuk kali ini, semoga bermanfaat.
p/s: Jangan lupa kongsikan artikel ini ya!
The post Cara Bayar Saman Online Guna MyEG & RILEK appeared first on Jom Urus Duit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jomurusduit.com/2020/01/bayar-saman-online-myeg-rilek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Semak Saman Polis Dan Dapatkan Diskaun 50 Dengan Bayar Secara Online

Cara Semak Saman Polis Dan Dapatkan Diskaun 50 Dengan Bayar Secara Online

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 954 hits
Korang pernah kene saman dengan polis tak sebelum sebelum ni Berita baik untuk korang PDRM ada buat diskaun 50 bayaran sama bila bayar secara online Jadi sebarang kesalahan yang korang pernah lakukan dan diberi surat saman kini ada potongan...
Pdrm Beri Diskaun 50 Bayar Saman Secara Online Dari 18 Jan 1 Feb 2020

Pdrm Beri Diskaun 50 Bayar Saman Secara Online Dari 18 Jan 1 Feb 2020

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 495 hits
Pembayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia secara dalam talian akan dilaksanakan dengan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus bermula dari 18 Jan hingga 1 Feb ini kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk ...
Diskaun 50 Bayar Saman Trafik Pdrm Secara Online Bermula 18 Januari 2020

Diskaun 50 Bayar Saman Trafik Pdrm Secara Online Bermula 18 Januari 2020

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 1213 hits
PDRM sekarang ni sedang menawarkan diskaun 50 bagi pembayaran saman trafik terpilih kepada para pengguna jalan raya yang ingin menjelaskan saman mereka Pembayaran saman trafik PDRM boleh dibuat secara dalam talian melalui portal MyEG atau R...
Bayar Saman Polis Jpj Online

Bayar Saman Polis Jpj Online

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 717 hits
Bayar Saman Polis JPJ Online apa caranya Boleh ke Bayar Saman Polis JPJ Online Lebih Info akan kongsikan Bayar Saman Polis JPJ Online Panduan ini untuk membantu anda
Dah Bayar Rm3 4 Juta Saman

Dah Bayar Rm3 4 Juta Saman

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 441 hits
Oleh Nurul Hidayah Bahaudin LEBIH RM3 4 juta kutipan bayaran saman diperoleh dalam tempoh lebih 24 jam selepas Polis Diraja Malaysia mengumumkan diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman secara dalam talian bermula kelmarin Pengarah Jabatan ...
Cara Bisnis Online Baju Yang Menguntungkan Ini Trik Suksesnya Tips Bisnis Online

Cara Bisnis Online Baju Yang Menguntungkan Ini Trik Suksesnya Tips Bisnis Online

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 379 hits
Hohoho selamat malam sesi kali ini akan membahas tentang tips bisnis online Cara Bisnis Online Baju Yang Menguntungkan Ini Trik Suksesnya simak selengkapnya Liputan6 com Jakarta Bisnis jual beli online saat ini semakin berkembang Didukung d...
Semakan Saman Polis Trafik Pdrm Jpj Dan Aes Secara Online Dan Sms

Semakan Saman Polis Trafik Pdrm Jpj Dan Aes Secara Online Dan Sms

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 845 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 21 Januari 2020 jam 11 56 AM Malaysia amat menitikberatkan keselamatan pengguna di jalan raya khususnya
Kesian Tengok Anak Sembelit Doktor Saran Cara Ini Kalau Nak Elak Guna Ubat

Kesian Tengok Anak Sembelit Doktor Saran Cara Ini Kalau Nak Elak Guna Ubat

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 363 hits
Ada sesetengah kanak kanak memang ada masalah tiap kali nak buang air besar Kadang sampai menangis nangis meneran nak membuang Tapi sudahnya gagal juga nak membuang Kesian tengok si kecil yang ada masalah sebegini Dalam perkongsian yang dib...
Cara Paling Mudah Untuk Check Wang Tidak Di Tuntut Secara Online

Cara Paling Mudah Untuk Check Wang Tidak Di Tuntut Secara Online

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 502 hits
Cara paling mudah dan cepat untuk check wang tidak di tuntut Assalamualaikum dan salam sejahtera Rasanya ramai yang dah tahu pasal perkara ini kan Atau ada yang belum tahu tentang wang yang tidak di tuntut ini Untuk mudah faham wang yang ti...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai